Diterbitkan: Apr 4, 2024 6:26 PM
DAP akan membuat laporan polis berkaitan penyebaran rekaan grafik yang kononnya terdapat petikan daripada laman web rasmi parti itu yang menyifatkan Pakatan Harapan (PH) dan Umno sebagai “anjing” mereka.
Parti itu mendakwa fitnah itu disebarkan dengan niat membina persepsi palsu terhadap parti tersebut.
Setiausaha Publisiti DAP Teo Nie Ching berkata laporan polis akan dibuat esok supaya tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak-pihak yang menyebarkan fitnah terbabit.
"DAP memandang serius tuduhan jahat ini yang ternyata palsu dan petikan itu tidak langsung disebut di mana-mana platform rasmi parti.
“Ia sebenarnya merupakan grafik yang direkayasa untuk menimbulkan fitnah dan mencetuskan perbalahan semata-mata,” katanya.
Teo Nie Ching
Dalam kenyataan hari ini, Teo berkata pembohongan untuk memburuk-burukkan mereka itu tidak menjejaskan penyertaan orang Melayu ke dalam parti.Malahan, katanya, menyebabkan lebih ramai yang menyertai mereka kerana benci akan pembohongan seperti itu.
Dia berkata tular sebuah tangkap layar suatu petikan memaparkan tulisan Mandarin dengan terjemahan Google Translate seperti berikut:
"Kita tidak perlukan anjing untuk menyerang orang Melayu. Kita hanya perlu mencipta anjing daripada orang Melayu (PH+Umno) untuk menghancurkan Melayu dan Islam!
"Anjing kita Melayu (PH+Umno), mereka fikir kita (DAP) adalah Tuhan mereka. Dewa lama mereka sudah mati!”.
Namun, Teo yang juga anggota parlimen Kulai berkata parti itu sudah bertahun-tahun memperjelaskan fitnah-fitnah sebegitu kepada khalayak umum.
Justeru, katanya, usaha itu hanya kerja sia-sia golongan yang terdesak dan ketandusan idea.
Butiran lanjut berkaitan laporan polis esok akan disebarkan kepada wartawan dan pengamal media dalam masa terdekat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.