Thursday, July 18, 2024

BN pertaruh ketua Pemuda Umno Gua Musang di Nenggiri

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
18 Jul 2024

Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani akan mewakili kerajaan perpaduan pada PRK 17 Ogos.
Ketua Pemuda Umno Gua Musang Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani akan membawa cabaran BN di PRK DUN Nenggiri. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Gua Musang Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) PRK DUN Nenggiri 17 Ogos ini.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi BN Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub.

“Presiden telah meneliti senarai calon seramai tiga orang dikemukakan pimpinan Umno Gua Musang.

Difahamkan (keputusan) dibuat secara kolektif selepas berbincang dengan Umno Kelantan maka presiden membuat keputusan memilih salah seorang daripada tiga calon untuk wakili BN daripada Umno dalam PRK Nenggiri, katanya mewakili Pengerusi BN Zahid Hamidi pada sidang media.

Jazlan berkata, pemilihan Azmawi yang berusia 38 tahun dan berkelulusan ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan Universiti Utara Malaysia bagi mengiktiraf peranan orang muda dalam perjuangan Umno.

Kita tahu PRK ini tidak mudah tetapi kita akan berjuang rampas Nenggiri, katanya yang turut mengumumkan Zahid akan melancarkan jentera pada 29 Julai.

Sementara itu, Azmawi mengakui tugas berat menantinya di kerusi pernah menjadi kubu kuat Umno sebelum dirampas Perikatan Nasional (PN) pada PRN lalu.

BN masuk bertanding PRK dengan kekalahan 810 undi dan kita kena kerja kuat…bukan mudah tetapi kita usaha, katanya.

PRK Nenggiri diadakan selepas Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Abdullah pada pada 19 Jun lalu mengisytiharkan kerusi itu kosong apabila dimaklumkan Mohd Azizi Abu Naim bukan lagi ahli Bersatu.

Keahlian Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang dihentikan selepas dia gagal mengisytiharkan kesetiaannya kepada parti dan menunjukkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pada PRN tahun lalu, Azizi menewaskan Ab Aziz Yusoff daripada Umno, bekas Adun kawasan itu dalam persaingan satu lawan satu dengan majoriti 810 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon pada 3 Ogos dan undi awal 13 Ogos.
Rephrase with Ginger (Ctrl+Alt+E)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-