Thursday, July 18, 2024

Muafakat Nasional wajar dibentuk semula menuju PRU16

harakahdaily.com
July 18, 2024

KANGAR: Muafakat Nasional wajar dibentuk semula dengan wajah baru menuju PRU16 agar Penyatuan Ummah antara orang Melayu sebagai penduduk majoriti negara akan mengukuhkan lagi kedudukan politik di negara ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin berkata, bentuk kerjasama yang pernah dijalin antara PAS dan Umno dahulu adalah satu permuafakat terbaik pernah berlaku.

Namun katanya, sebarang kerjasama masa depan perlu mengambil kira perubahan dan pendirian semasa Umno, yang kini bekerjasama dengan DAP.

“Jadi kalau Muafakat Nasional macam dulu mungkin tak boleh, tetapi dengan Pengerusi Muafakat Nasional sekarang iaitu Tan Sri Annuar Musa bila-bila masa pun boleh.

“Dengan syarat Umno yang terlibat ialah Umno yang berasaskan kepada perjuangan asal mereka, bukan Umno yang terkait dengan DAP,” katanya ketika ditemui Harakahdaily, hari ini.

Terdahulu media tempatan melaporkan, Umno dan BERSATU perlu mencari jalan untuk bergabung dan menghidupkan kembali Muafakat Nasional (MN) bersama PAS.

Bekas Pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, Umno tidak boleh bersendirian untuk terus kekal relevan. 

HARAKAHDAILY 18/7/2024

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-