malaysiakini.com
Haspaizi Zain
Diterbitkan: Aug 8, 2024 8:30 PM
Bekas Adun Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim tidak menggunakan peruntukan yang disediakan kerajaan negeri Kelantan bagi membantu rakyat, kata Menteri Besar Nassuruddin Daud.
Katanya, daripada lebih RM700,0000 yang disediakan kerajaan PAS Kelantan melalui pejabat tanah dan daerah pada tahun 2024, Mohd Azizi hanya membelanjakan sebanyak RM72,000 sahaja.
Sebaliknya, katanya, Mohd Azizi melontarkan fitnah kononnya kerajaan negeri tidak memberi peruntukan kepadanya selaku Adun Nenggiri ketika itu.
"Di DUN Nenggiri ni kita bagi RM713,500 kepada DUN Nenggiri, sebanyak RM700,000 kerajaan negeri bantu, dekat sejuta tuan-tuan.
"Tahu hak dia guna berapa, ni ambo (saya) kira belaka...setakat ni melalui pejabat tanah dia boleh tandatangan nak bagi kat siapa, rakyat.
"Tapi tuan-tuan tahu, dia guna berapa kerajaan negeri bagi, dia guna RM72,000 saja, 10 peratus saja. Kita bagi semua kepada wakil rakyat.
"Hak ada dalam tangan dah kenapa tak guna, (ini) satu hal mari fitnah pula kata kerajaan negeri tak bagi (peruntukan)," katanya ketika ditemui di Kampung Pasir Tumbuh, Gua Musang, hari ini.
Pada 5 Ogos lalu, Mohd Azizi mendakwa dia tidak pernah menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri semasa menjadi wakil rakyat.
Cabar kerajaan PAS Kelantan
Bekas ahli Bersatu itu mencabar kerajaan PAS Kelantan mengemukakan bukti dia menerima peruntukan sehingga menggelarkan dirinya tamak.
Mengulas lanjut, Nassuruddin mendakwa Mohd Azizi mencari alasan untuk menghalalkan tindakannya menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi mendapat habuan lebih tinggi.
Tindakan Mohd Azizi jelas tidak bertanggungjawab dalam menjaga amanah rakyat, tidak seperti wakil rakyat lain yang kekal setia walaupun diuji.
“Saya nak beritahu selepas PRU 2004 kerajaan PAS Kelantan menang tiga kerusi sahaja. Bagaimanapun selepas PRK Pengkalan Pasir, PAS Kelantan mentadbir negeri dengan kelebihan satu kerusi.
"Umno pada waktu itu menawarkan RM100 juta kepada saya (untuk beralih sokongan) tapi ambo tolak, sebab dunia ini sementara dan amanah rakyat tidak boleh dikhianati,”katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Feb 2, 2025 1:06 PM Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dr Akmal Saleh mengenal pasti individu dari MCA yang mendakwa...
-
malaysiakini.com Shakira Buang & Ili Aqilah & Zarrah Morden Diterbitkan: Feb 4, 2025 5:37 PM PARLIMEN | Yang Dipertua Dewan Rakyat, ...
-
freemalaysiatoday.com Faiz Zainudin 30 Jan 2025, 07:00 PM Naib Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhammad Hafiz Alias, jawab pengarah komunikas...
-
harakahdaily.com Tuan Guru Abdul Hadi Awang February 3, 2025 KUALA LUMPUR: Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang disifatkan sebagai Presiden PA...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jan 31, 2025 10:46 AM Penunjuk perasaan membaling telur di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Indonesia sema...
-
bharian.com.my Oleh Essa Abu Yamin essabuyamin@bh.com.my Februari 1, 2025 @ 8:11pm Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil (kiri) dan Menteri...
-
malaysiakini.com Zarrah Morden Diterbitkan: Feb 3, 2025 3:35 PM Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini berkata tarif elektrik perlu dinaikka...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jan 31, 2025 2:05 PM Majlis Ulama Umno memperingatkan menteri bukan Islam lebih berhati-hati memberi ulasan b...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Feb 3, 2025 9:00 PM Pengarah Komunikasi PKR Lee Chean Chung menegur Pemuda PAS agar berhenti mengeluarkan ken...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Feb 5, 2025 8:41 AM Pemuda MCA Petaling Jaya membuat laporan polis semalam, menggesa pihak berkuasa menyiasat...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.