Nor Fazlina Abdul Rahim
am@hmetro.com.my
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Gua Musang: PAS mempelawa DAP turun padang membantu Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, DAP disifatkan seolah-olah tiada semangat setiakawan apabila tidak turun sepanjang tempoh berkempen.
"DAP ini tiada semangat setiakawan, ketika kawan (BN) tengah susah berdepan PRK, DAP tak datang pun bantu.
"Kenapa DAP tak nak datang? Penduduk di DUN Nenggiri pun mahu melihat raut wajah DAP. Mereka tidak sama seperti PN, kita bila calon BERSATU bertanding di PRK Kuala Kubu Baharu, kita sama-sama tolong.
"Begitu juga di PRK Sungai Bakap dan PRK Nenggiri saling bantu membantu," katanya ketika ceramah umum di Unit Daerah Mengundi (UDM) Sungai Terah, di sini, malam tadi.
Pada masa sama, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya berpuas hati dengan gerak kerja jentera PN sepanjang tempoh berkempen.
"Cuma berbaki beberapa hari lagi kita pastikan jentera dapat tingkatkan lagi keupayaan dengan membuat kunjungan ke rumah pengundi bagi memastikan peratusan keluar mengundi adalah tinggi," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, DAP tidak menerima undangan daripada BN untuk membantu berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, parti itu akan hanya turun membantu BN berkempen sekiranya dijemput hadir.
Disiarkan pada: Ogos 8, 2024 @ 9:11am
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.