Saturday, August 3, 2024

PRK Nenggiri: BERSATU `berkubur' di Nenggiri selepas 480 ahlinya sokong UMNO

bharian.com.my
Oleh Paya Linda Yahya 
bhnews@bh.com.my
Ogos 3, 2024 @ 6:23pm
Bekas Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Gua Musang, Che Ariffin Hussin (kiri) menyerahkan borang keahlian 480 bekas ahli BERSATU DUN Nenggiri kepada Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub di Kampung Jerek, Gua Musang, hari ini sambil disaksikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto NSTP/Sharifah Mahsinah Abdullah.

GUA MUSANG: Seramai 480 ahli BERSATU di Dewan Undangn Negeri (DUN) Nenggiri di sini, mengambil keputusan beralih sokongan kepada UMNO.

Mereka semua adalah ahli daripada12 cawangan BERSATU yang terdapat di DUN berkenaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan diambil oleh 480 ahli itu adalah kerana sudah hilang kepercayaan kepada BERSATU.

"Saya ingin mengucapkan selamat datang. Selamat menyertai UMNO kepada saudara Che Ariffin Hussin yang juga bekas Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Gua Musang menyertai UMNO bermula hari ini.

"Ini adalah kerana beliau sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan BERSATU dan tentunya ini merupakan satu dasar yang harus diikuti oleh ahli BERSATU yang lain.

"Hal ini berlaku mungkin kerana mereka merasakan bahawa kerjasama di antara BERSATU dan PAS, di mana PAS bukan hanya menunggang Islam tetapi menunggang rakan kongsi mereka BERSATU," katanya pada sidang media di Dewan Kampung Jerek, di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata kerusi DUN Nenggiri yang kini ditandingi bekas Timbalan Pemuda PAS Gua Musang dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Nenggiri adalah sebenarnya milik BERSATU.

Katanya, dalam erti kata lain calon yang diletakkan di kerusi DUN berkenaan adalah calon dari PAS yang keluar dari parti itu seterusnya menyertai BERSATU.

"Pengundi Nenggiri jangan tertipu sekali lagi pada 17 Ogos ini. Kita mengharapkan agar orang Nenggiri akan beralih kepada BN semula dan memilih saudara Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai Ahli Dewan Undangn Negeri N43 Nenggiri.

"Itulah taktik yang mereka gunakan. Bukan saja menipu rakyat tetapi mereka mahu mengelirukan pengundi BERSATU di Nenggiri seolah-olah mereka mewakili BERSATU. Hakikatnya mereka mewakili PAS," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid turut menyatakan 'letter of demand' sudah dikeluarkan kepada Ahli Dewan Undangan Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis untuk menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta.

Pada Rabu lalu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) memutuskan untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap Muhamad Jailani bagi tujuan berkenaan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata mesyuarat mempertimbangkan dan bersetuju untuk memulakan tindakan undang-undang bagi menuntut ganti rugi dan pampasan sebanyak RM100 juta.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-