malaysiakini.com
Haspaizi Zain
Diterbitkan: Aug 4, 2024
PAS membidas veteran Umno yang mendakwa parti itu seolah-olah "melacurkan" Mohd Rizwadi Ismail apabila membenarkannya keluar parti dan menyertai Bersatu untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri.
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Mohd Nor menyifatkan kenyataan yang dibuat veteran Umno itu sebagai ‘tak padan dengan tua’.
"Ustaz Wadi kulit macam saya, (jadi) pelacur mana nak laku. Dia ni (pemimpin veteran Umno) biasa kot (melacur).
"Apa cakap begitu tak padan dengan tua, nak kata bodoh (dah) tua," katanya ketika ditemui di Renok Baru, Gua Musang, hari ini.
Terdanulu Malaysiakini melaporkan, Veteran Umno melihat PAS seolah-olah "melacurkan" bekas timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang itu kepada Bersatu semata-mata untuk memenuhi nafsu politiknya di Nenggiri.
Setiausaha veteran Umno, Mustapha Yaakub mengingatkan pengundi dan penyokong PAS supaya tidak bersubahat dengan kepimpinan parti itu yang secara terangan menggadai maruah PAS.
"Pengundi dan penyokong PAS Nenggiri dinasihati supaya jangan bersubahat dengan kepimpinan PAS yang telah dengan terang-terang menggadai maruah parti apabila sanggup menjual timbalan ketua Pemuda PAS Gua Musang kepada Bersatu untuk bertanding sebagai calon PN dalam PRK tersebut.
"Perbuatan itu amat hina di sisi Islam dan adat berpolitik PAS yang mengaku sebagai parti politik Islam yang berjuang atas dasar Islam," kata Mustapaha.
Sementara itu, Sanusi yakin PAS mampu memenangi kerusi Nenggiri dengan majoriti yang lebih Besar dalam PRK kali ini.
"Saya sampai semalam ada beberapa program sambutan mengalakkan dalam suasana Gua Musang saya yakin kita akan mencapai kemenangan lebih besar dari PRN lepas.
"Memandangkan sambutan diterima. Saya yakin majoriti (kemenangan) tidak akan kurang 2,000," katanya lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
bharian.com.my Oleh Fahmy A Rosli fahmy.azril@bh.com.my - September 16, 2024 @ 5:29pm Fadillah Yusof KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menter...
-
bharian.com.my Oleh Noorazura Abdul Rahman bhnews@bh.com.my - September 22, 2024 Muhammad Sanusi melawat pusat pemindahan sementara (PPS) ...
-
harakahdaily.net September 17, 2024 Ahmad Fadhli dan Lee Chin Chen. KUALA LUMPUR: “Umat Islam perlu berasa terhina dengan kenyataan yang dik...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Sep 19, 2024 9:35 AM Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail, hari ini menceritakan kembali bagaimana ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Sep 18, 2024 3:33 PM SPRM merampas wang tunai hampir RM800,000 yang disimpan di dalam bilik tidur ketika serb...
-
malaysiakini.com Ili Aqilah Diterbitkan: Sep 17, 2024 Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa konsep halal perlu dilihat me...
-
bharian.com.my Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarshita@bh.com.my Suasana kesesakan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Kese...
-
freemalaysiatoday.com V Anbalagan 19 Sep 2024, 04:15 PM Shafee Abdullah berhujah keterangan beberapa saksi pendakwaan diperhitungkan untuk m...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Sep 18, 2024 10:33 AM ULASAN l Ketakutan dan kegelisahan Pakatan Harapan (PH) kepada PAS serta presiden parti...
-
malaysiakini.com Haspaizi Zain Diterbitkan: Sep 21, 2024 5:19 PM Kerajaan tidak menyekat kebebasan mana-mana ahli akademik untuk bersuara te...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.