Sunday, August 4, 2024

Sanusi yakin PN menang Nenggiri majoriti 2,000 undi

freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin
-04 Aug 2024, 12:43 PM

Ketua pengarah pilihan raya PN itu berkata soal calon bukan jadi isu memandangkan gelombang PN sudah masuk ke kawasan Orang Asli.
Sanusi Nor berkata, PN akan menumpukan kempennya di kawasan Orang Asli yang mempunyai lebih 2,000 pengundi.

GUA MUSANG: Sanusi Nor yakin PAS bukan sahaja mampu pertahan Nenggiri, malah menang majoriti sekurang-kurangnya 2,000 undi, dengan memperhebat kempen dalam kalangan Orang Asli.

Ketua pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) itu berkata keyakinan itu berdasarkan sambutan pengundi terhadap calonnya, Mohd Rizwadi Ismail, sambil terus menyuarakan gelombang PN melanda setiap ‘inci tanah’ termasuk kawasan masyarakat itu.

“Saya yakin kita akan mencapai kemenangan lebih besar dari PRN lepas melihat sambutan diterima.

Saya yakin majoriti tidak akan kurang 2,000, katanya ditemui selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pengundi di Renok Baru.

Pada PRN Ogos tahun lalu, calon Bersatu mewakili PN, Azizi Abu Naim, menang dengan 810 undi, menumpaskan calon Barisan Nasional, Ab Aziz Yusoff.

Sanusi berkata, PN juga akan berusaha meyakinkan pengundi Orang Asli di Nenggiri, yang mana parti itu hanya memperolehi sekitar 100 undi pada PRN lalu.

Kita tidak perkecil 2,000 lebih pengundi Orang Asli, kita susun jentera masuk jumpa pengundi Orang Asli, saya rasa zaman sekarang jarak bukan penghalang kita ada macam-macam kaedah berkomunikasi menyampaikan maklumat, gelombang PN kita melanda seluruh negara setiap inci tanah termasuk kawasan Orang Asli, katanya.

Bukan tunggang, tapi tampung

Dalam perkembangan lain, Sanusi menepis dakwaan Presiden Umno Zahid Hamidi yang parti itu menunggang Bersatu, berikutan bekas pemimpinnya, Rizwadi dipilih calon PRK Nenggiri.

“Itu (beri ahli) tak boleh dibuat BN, kita ikhlas kerjasama dengan Bersatu, kita boleh ‘pi mai’, kalau Bersatu boleh jadi (ahli) PAS dan PAS boleh jadi Bersatu…dia Umno jadi DAP dan DAP jadi Umno.

Kita PAS macam abang sulung, kalau adik ada kelemahan di mana-mana kita tampung, itu gunanya PN, katanya.

Beliau mencabar andai BN ikhlas berkawan dengan DAP, parti itu sepatutnya bertanding mewakili DAP pada pilihan raya akan datang.

BN tak boleh buat, saya harap suatu hari nanti kalau DAP tak ada calon, calon Umno boleh masuk DAP, katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-