Diterbitkan: Jan 22, 2025 12:36 PM
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, memaklumkan bahawa dia tidak berminat untuk melayan mahupun bergaduh dengan Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Menurut naib pengerusi DAP itu, dia tidak akan merendahkan martabatnya dengan melayan kerenah Akmal.
Nga Kor Ming
"Dari kedudukan saya, komen saya: singa tidak berdebat dengan lalat."Dia tidak setaraf, jadi kami tidak akan bergaduh," kata Nga yang dipetik dalam wawancara eksklusif denganChina Press, semalam ketika melawat ibu pejabat akhbar itu di Petaling Jaya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina.
Sebelum ini, Akmal menyekolahkan Nga berhubung isu sandwic "ham" yang dijual di KK Mart di kampus Universiti Malaya (UM) dengan menggunakan logo halal yang tidak sah.
Nga sebelum itu berkata, ‘ham’ hanya merujuk kepada daging yang telah diawet dan terdapat ham ayam belanda dan ham ayam, yang sesuai untuk dimakan.
Menurut pemimpin DAP itu, menjadikan perkara tersebut sebagai isu hanya menunjukkan siapa sebenarnya yang bodoh.
Akmal kemudian tampil menjawab bahawa ‘ham’ adalah merujuk kepada daging babi, bukannya proses pembuatan makanan.
Dia seterusnya membidas Nga dan mencadangkan menteri itu supaya merujuk definisi "ham" dalam Oxford Learner's Dictionary, yang menyatakan ia merujuk kepada daging babi.
Dalam laporan China Press, Nga berkata bahawa walaupun dia tidak akan melayan Akmal, namun DAP tidak akan berdiam diri.
Sebaliknya, apabila berdepan kritikan daripada Pemuda Umno, DAPSY, kata Nga akan membalasnya.
"Untuk setiap kenyataan yang dibuat oleh Akmal, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) akan memberikan respons sepuluh kali ganda.
“Bukan sahaja ketua baru sayap pemuda akan bertindak balas, malah setiausaha publisiti turut akan mengeluarkan kenyataan secara konsisten.
"Jadi, kita tidak berdiam diri. Kita hanya bertindak berdasarkan kedudukan masing-masing, " kata Nga.
Ahmad Zahid Hamidi
Dia juga melahirkan penghargaan kepada Presiden Umno dan Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, yang katanya, tidak pernah membuat kenyataan "liar" selepas kerajaan perpaduan dibentuk.Akhbar Cina itu memetik Nga sebagai memuji kenyataan Zahid semasa Perhimpunan Agung Umno tahun lalu, yang menyentuh tentang keperluan untuk membina semula keyakinan rakyat terhadap politik sederhana.
"Sudah tentu, dalam sebuah parti dengan sejuta ahli, pasti ada yang tidak bijak.
“Ini perkara biasa, seperti pepatah, pokok besar pasti ada dahan yang kering. Dalam kumpulan besar, akan ada yang baik dan buruk,” katanya.
Dr Muhamad Akmal Saleh
Nga juga menambah bahawa DAP dan Umno kini adalah sekutu dan akan terus bekerjasama demi rakyat."Tetapi, ada batasnya jika berdepan dengan orang seperti Akmal. yang tingkah lakunya tidak baik, kami akan menjauhkan diri.
Jika Akmal melakukan sesuatu yang baik, kami akan memujinya. Pendekatan ini adalah asas kepada politik rasional dan profesionalisme," katanya lagi.
Sementara itu, Akmal dalam satu hantaran di Facebook terus menyelar Nga.
“Wauu takutnya anggap diri singa. Tapi makna ham pun dia tak faham malah anggap ham itu proses buat makanan.
“Owh lupa, orang bebal memang begitu. Dasar ham,” tulisnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.