malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Jan 30, 2025 2:55 PM
Bekas menteri, Rafidah Aziz, menyarankan kerajaan agar memberi keutamaan dalam menyelesaikan isu dalam negara terlebih dahulu sebelum menyatakan komitmen untuk membangunkan semula Gaza.
Mengulas pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim, Rafidah berkata walaupun Gaza perlu dibangunkan semula dan niat itu wajar dipuji, terdapat isu mendesak dalam negara yang perlu diselesaikan.
Antara lain, bekas menteri itu merujuk kepada keadaan "menyedihkan" di sekolah-sekolah luar bandar yang sering diketengahkan di media.
“Begitu juga dengan kekurangan di hospital kerajaan luar bandar serta tempat ibadah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Selain itu Rafidah berkata golongan pesara, terutamanya mereka yang menerima pencen bulanan tetapi berada di bawah garis kemiskinan, perlu diberikan perhatian.
“Kerajaan tidak sepatutnya mempertikaikan permintaan yang sah dan tepat pada masanya ini, yang telah diputuskan oleh mahkamah negara,” tambahnya.
Pada 24 Januari lalu, kerajaan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur yang membenarkan semakan kehakiman berhubung pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016 berkuat kuasa mulai Januari 2022.
Menegaskan bahawa pemimpin negara ini mesti mengutamakan keperluan rakyat terlebih dahulu, Rafidah berkata: “Adalah terpuji untuk membantu dunia, tetapi pastinya bukan kerana kepentingan politik”
“Terlalu banyak yang perlu diselesaikan dan dilakukan di negara kita,” tambahnya.
Rafidah turut menegaskan bahawa kemusnahan di Gaza berlaku di atas “tanah yang dipertikaikan” di mana hak pemilikan masih belum diselesaikan.
“Sehingga badan arbitrasi atau keputusan antarabangsa yang relevan telah membuat keputusan yang jelas dan tidak boleh dipertikaikan yang mesti dipatuhi, sebarang usaha pembinaan semula mungkin akan menjadi sia-sia.
“Akan ada pertelingkahan dan pertempuran yang berterusan. Dan usaha pembinaan semula tidak akan berhasil,” tambahnya.
Rafidah mencadangkan selepas konflik diselesaikan dengan jelas dan semua pihak menerima syarat yang ditetapkan, kerajaan boleh menubuhkan dana kemanusiaan khas.
“Jemput sektor swasta untuk menderma, dengan pelepasan cukai, serta penglibatan minimum atau tanpa penggunaan wang pembayar cukai oleh kerajaan,” tambahnya.
Semalam, Anwar mengumumkan bahawa Malaysia akan membina sekolah, hospital, dan tempat ibadah sebagai usaha awal dalam membantu pembangunan semula Gaza.
Perdana menteri berkata usaha pembangunan semula itu akan dijalankan dengan kerjasama antara rakyat dan sektor swasta.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), ...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Jun 1, 2023 5:45 PM Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa bahawa golongan Melayu yang menyertai Pakatan Hara...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Mar 14, 2023 2:28 PM Bekas menteri kanan, Rafidah Aziz, menyatakan rasa gelisahnya apabila melihat keadaan se...
-
Hassan Basri ketika Mahkamah Sesyen Ipoh menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 atas tujuh tuduhan rasuah pada Disember ...
-
malaysiakini.com Hidir Reduan Abdul Rashid Diterbitkan: Jul 13, 2022 Seorang wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menimbulkan menye...
-
bharian.com.my Oleh Nur Izzati Mohamad bhnews@bh.com.my - Mac 18, 2025 @ 7:08pm Anwar menandatangani plak simbolik perasmian pada Majlis Pe...
-
agendaily.com 21/11/2022 ADUN UMNO Perak yang bersekongkol dengan DAP. Memetik kata-kata Tan Sri Annuar Musa “Nak membina memakan masa berta...
-
Norman Goh | Diterbitkan 26 Jul 2018, 8:49 pagi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengetuai delegasi ke China bulan depan...

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.