Saturday, February 15, 2025

Siasatan kontroversi projek DBKL di peringkat akhir

freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
15 Feb 2025, 11:00 AM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata beliau setakat ini masih belum menerima taklimat daripada DBKL.
Afdlin Shauki sebelum ini menafikan dakwaan salah laku dalam perolehan projek bawah DBKL. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Siasatan dalam terhadap dakwaan salah laku projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bernilai RM4 juta yang dikaitkan dengan pelakon dan pengarah, Afdlin Shauki sudah berada di peringkat akhir.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata beliau setakat ini masih belum menerima taklimat daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur Maimunah Mohd Sharif berhubung hasil siasatan.

“Saya akan menentukan tarikh yang sesuai untuk mendengar taklimat itu yang dijangka diadakan secepat mungkin.

“Saya pasti ramai yang tahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga sedang menyiasat kes ini dan kita akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak penguat kuasa yang bertanggungjawab,” katanya pada majlis perasmian Karnival Sukan Sempena Hari Wilayah Persekutuan 2025 hari ini, lapor Berita Harian.

Media sebelum ini melaporkan, DBKL menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Maimunah dilapor mengesahkan siasatan itu dan sedang bekerjasama rapat dengan unit integriti DBKL.

Dakwaan salah laku membabitkan ahli lembaga penasihat terbabit mula tular di media sosial sejak akhir bulan lalu.

Ia membabitkan pelanggaran proses tadbir urus berkaitan perolehan projek kerja penerbitan bahan kreatif untuk DBKL bernilai RM4 juta, yang didakwa tidak diberikan melalui tender terbuka.

Afdlin kemudiannya mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan salah laku dalam perolehan projek di bawah DBKL.

Beliau mendakwa isu berkenaan sengaja dimainkan untuk memburukkan namanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-