Showing posts with label Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Show all posts
Showing posts with label Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). Show all posts

Friday, August 10, 2018

Maha Firaun, F**katan, Umngok, Pascai dalam senarai 'Bahasa Terlarang'


Beberapa perkataan yang biasanya digunakan untuk mengutuk musuh politik disenaraikan dalam panduan "Bahasa Terlarang" Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Beberapa perkataan, yang biasanya digunakan oleh jaguh siber dan pahlawan papan kekunci di alam maya turut disenaraikan.

Ia termasuklah perkataan Maha Firaun yang digunakan untuk mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathit Mohamad, DAPig untuk mengutuk DAP, Umngok untuk menghina Umno dan Pascai untuk menghina PAS.

Panduan itu disediakan oleh SKMM dengan bantuan Dewan Bahasa dan Pustaka, Lembaga Penapisan Filem, Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) dan Commercual Radio Malaysia (CRM).

"Menyedari kepentingan kesantunan bahasa dan usaha mempertingkatkan kualiti kandungan siaran dalam media penyiaran, rujukan industri ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman para pengaramal media penyiaran dalam penyelarasan tafsiran dan suntingan berkaitan penggunaan bahasa terlarang khususnya bahasa kasar, kesat dan lucah," kata Ketua Pegawai Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasaan SKMM Zulkarnain Mohd Yasin.

Ia tidak menyebut secara langsung tindakan yang boleh dikenakan jika panduan itu dilanggar.

Bagaimanapun, menurut panduan itu, ia perlu dirujuk bersama peruntukan dan tiga lagi garis panduan lain, iaitu:
Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998
Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010


[Baca panduan penuh]

Saturday, October 24, 2015

Istana Negara buat laporan polis

FMT Reporters | October 24, 2015

Pihak yang menyebarkan maklumat serta gambar palsu itu akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
PETALING JAYA: Polis menerima satu laporan daripada Istana Negara berhubung penyebaran maklumat palsu berkaitan kesihatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, yang menjadi viral di media sosial.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, laporan berkenaan diterima daripada pihak keselamatan Istana Negara, pada 1.10 pagi Sabtu.

“Kita akan serahkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia” katanya.

Selain maklumat palsu mengenai kesihatan baginda, pihak polis turut menyiasat penyebaran dua gambar yang memaparkan hadapan bangunan Sayap Diraja Istana Negara yang menunjukkan susunan kenderaan milik Istana Negara serta ambulans.

Friday, August 7, 2015

Akta Komunikasi dibuat untuk diamkan rakyat

FATHIN ATHIRAH HASLI
7 OGOS 2015
- Gambar Hiasan
PETALING JAYA - Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) 1998 yang bakal diusul Oktober nanti merupakan usaha kerajaan untuk mendiamkan rakyat.

Ini kerana menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, media sosial merupakan salah satu cabang berguna bagi rakyat untuk menyalurkan dan berkongsi maklumat mengenai isu-isu semasa berkaitan kerajaan dengan rakyat.

"Sekarang bagaikan berjalan satu operasi untuk mendiamkan anak muda dan pimpinan politik yang lantang bersuara meminta penjelasan serta menggertak agensi-agensi kerajaan yang melakukan siasatan.

"Seolah-olah ada satu usaha untuk mendiamkan rakyat yang begitu marah akibat pelbagai skandal dan kepincangan yang melanda negara," katanya menerusi sebuah sidang media di sini, hari ini.

Awal minggu ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menggesa kerajaan mengkaji semula Akta Komunikasi dan Multimedia dan SKMM.

Katanya, penggunaan internet dan media sosial di negara ini dipelopori terlalu meluas tanpa mengikut undang-undang.

Menurut Fahmi lagi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya bersikap lebih demokratik dan terbuka dalam menerima kritikan rakyat khusus menerusi media sosial.

"Beliau (Najib) perlu sedar bahawa media sosial merupakan perhubungan dua hala. Zaman perhubungan satu hala sudah lama berkubur.

"Beliau tidak sepatutnya menggunakan retorik "trial by social media" sebagai alasan membuat pindaan terhadap akta-akta ini, lebih-lebih lagi kerana rakyat hanya mengharapkan penjelasan terhadap isu-isu yang dibangkitkan. Kekangan dan tindakan ini hanya mengukuhkan persepsi bahawa ada sesuatu yang cuba disembunyikan.," katanya lagi.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-