Showing posts with label DS Anwar. Show all posts
Showing posts with label DS Anwar. Show all posts

Saturday, June 20, 2020

Perjudi nasib rakyat demi kepentingan politik sempit?


USAHA Pakatan Harapan (PH) untuk kembali membentuk kerajaan adalah berkisar kepada isu siapa bakal Perdana Menteri (PM).

Bakal PM sama ada Tun Mahathir atau Dato’ Seri (DS) Anwar mestilah membuktikan bahawa mereka mampu menarik sokongan MP khususnya daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk menyokong mereka nanti.

Perkara ini bukanlah satu rahsia lagi kerana pemimpin PKR, DAP dan PAN telah membawa perbincangan ini ke dalam media massa untuk diikuti oleh semua pihak.

Hari ini, PKR telah membuat keputusan iaitu bakal PM adalah Presiden mereka iaitu DS Anwar. DAP dan PAN yang dilihat sebelum ini memberikan sokongan kepada DS Anwar terpaksa beralih arah di atas faktor bahawa hanya Tun Mahathir mampu menarik sokongan GPS sedangkan DS Anwar gagal berbuat demikian.

Tun Mahathir, mengikut pandangan DAP dan PAN perlu diberikan keutamaan ketika ini jika mereka ingin kembali menguasai Putrajaya. Tempoh enam bulan atau setahun perlu diberikan kepada Tun untuk menerajui kerajaan. Selepas itu, DS Anwarlah yang akan menggantikan Tun Mahathir.

Begitulah skrip yang mereka rancangkan ketika ini walaupun PKR tidak bersetuju. Apa yang penting, PH mesti kembali ke Putrajaya dalam apa jua keadaan sekalipun. DAP dan PAN mungkin mahu DS Anwar bersabar lagi sedangkan DS Anwar telah beberapa kali dinobatkan sebagai bakal PM.

Cuba kita bayangkan sekiranya PH berikan peluang kepada Tun Mahathir sekali lagi sebagai PM;

(i) Tun Mahathir berjaya yakinkan GPS untuk sokong PH Plus dan mereka kembali sebagai Pemerintah dan DS Anwar mungkin dilantik menjadi TPM.

(ii) Tun Mahathir perlukan hanya 6 bulan untuk menguruskan apa yang perlu diselesaikan namun mungkin kerana ada yang belum selesai maka Tun Mahathir minta tempoh dilanjutkan? Persoalannya, adakah DS Anwar dan PKR akan bersetuju?

(iii) Jika PKR tak bersetuju, adakah PKR akan berdiam diri? Sudah tentu skrip yang pernah dibuat oleh mereka iaitu mendesak supaya Tun Mahathir patuh pada janji. Pada waktu ini, adakah DAP dan PAN akan menyokong Tun Mahathir atau DS Anwar?

(iv) Andai kata Tun Mahathir melepaskan jawatan PM seperti yang dijanjikan, adakah GPS akan memberikan sokongan kepada DS Anwar sebagai PM sedangkan ketika ini pun GPS tidak menunjukkan minat kepada DS Anwar.

Bayangkan, apa akan terjadi kepada politik negara jika PH terus bercakaran untuk menentukan siapa bakal PM. Ini bukan satu andaian kosong kerana jatuhnya PH adalah kerana berkisar mengenai bila Tun Mahathir akan serahkan jawatan PM kepada DS Anwar.

Kancah politik negara akan kembali bercelaru dan ianya memberikan impak yang negatif kepada rakyat kerana terpaksa mengadap pertembungan sesama mereka dalam sangkar PH sekali lagi.

PH yang kononnya sudah cukup bilangan MP, kononnya telah ada calon PM dan kononnya sudah bersedia untuk mengambil alih kerajaan rupa-rupanya sedang menanti detik perpecahan dan kemusnahan.

Saya percaya rakyat mahukan kestabilan politik dan kerajaan yang mengutamakan rakyat. Andai kata Perikatan Nasional (PN) gagal dalam pemerintahannya ketika ini mungkin mereka akan melihat PH sebagai opsyen tetapi rakyat pasti dapat membezakan yang mana kaca dan yang mana permata. Jangan gadai masa hadapan anak cucu kita.

Sekian, wassalam.

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL 
   20/6/2020

Friday, January 4, 2013

Kebimbangan PM Najib bubar parlimen .................


Wak heran kenape PM Najib masih lagi ter agak2 mau bubarkan parlimen dan menetapkan tarikh PRU-13. Tarikh tamat tempuh nampak nye sudah terlalu hampir.

Adekah ianye di sebabkan dengan keadaan di Sabah dan Sarawak yang buat PM Najib jadi begini. Nampak nye serangan DS Anwar ke Sabah ade memberi kesan impak yang mendalam terhadap BN . Sudah nampak jelas bahawe rakyat di sane lebih yakin kepada Pakatan Rakyat.

Senario yang begini tidak berlaku pada PRU-12 yang lepas. Rakyat di Sabah masih menaruh keyakinan pehun terhadap BN, tetapi pade hari ini keadaan nye sangat berlainan pule. Selogan kate2 "Kali inilah dan TUKARRR!!!" sudah bergeme di sane sini.

Keadaan di Sabah dan Sarawak sangat membimbangkan PM Najib. Kebangkitan rakyat menentang BN ini mungkin lebih parah di Sarawak kerane ke engganan ketua menteri yang tua dan terlalu lame tu berundur. Janji nye ia akan berundur se care terhormat selepas PRU-12 yang lalu.

Di sebalik itu keadaan di semenanjung Malaysia juga masih same seperti selepas PRU-12, keadaan kucar-kacir dalam BN nampak nye semakin parah. Segale usahe2 untuk memulih kan BN selepas PRU-12 telah gagal. Parti2 komponen dalam BN seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP masih terumbang ambeng tidak tentu arah.

Kegagalan kerajaan BN mengekang ke maraan bale tentere Pakatan Rakyat yang semakin maju dan perkase pasti akan mendatangkan bencane buruk terhadap BN.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-