Showing posts with label Datuk Seri Hishammuddin. Show all posts
Showing posts with label Datuk Seri Hishammuddin. Show all posts

Tuesday, April 18, 2017

Pelantikan Hishammuddin bukan tujuan peralihan kuasa

WARTAWAN SINAR HARIAN
18 APRIL 2017
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
SHAH ALAM - Pelantikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Dengan Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri bukannya bertujuan untuk peralihan kuasa namun bagi memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kekal berkuasa.

Presiden Parti Bebas Rasuah (PBR), Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, penasihat-penasihat perdana menteri hanya berada di luar kerangka pejabat dan tidak pernah mengangkat sumpah jawatan.

“Oleh itu, mereka tidak pernah rasa bertanggungjawab kepada negara.

“Ini juga satu daripada jenayah kerana memberikan kuasa dan akses hal negara kepada orang yang tidak mengangkat sumpah jawatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, perdana menteri mengumumkan mengenai pelantikan Hishammuddin tersebut dan beliau masih mengekalkan jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

Ezam berkata, matlamat utama pihak terbabit adalah bagi memastikan Najib terus berkuasa.

“Inilah juga sebabnya Najib masih mahu terus kekal berkuasa walaupun negara semakin mendekati jurang kehancuran.

“Beliau dikelilingi manusia-manusia yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab kepada negara,” katanya.

Ezam berkata, rakan-rakan seperjuangan tidak seharusnya terpengaruh dan terperangkap dengan tindakan tersebut dan kembali fokus kepada perjuangan membebaskan negara daripada belenggu rasuah.

Wednesday, April 12, 2017

Komen Ahmad Zahid terhadap jawatan baharu Hishammuddin

 MALAYSIA DATELINE
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sokongannya terhadap tugas baharu Datuk Seri Hishammddin Hussein bagi membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Pelantikan ini sesuai dan saya yakin beliau (Hishammuddin) dapat membantu Perdana Menteri dalam misi dan tugas khas bagi mengukuhkan hubungan dua hala dan juga tugas tertentu yang akan membawa kepada kelicinan pentadbiran kerajaan, " katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti dipetik.

Menurut Zahid, beliau yakin Hishammuddin mampu melaksanakan tugas yang baru diamanahkan itu.

Sementara itu, Hishammuddin ketika menerima berita pelantikannya itu pula, menyifatkan pelantikannya sebagai Menteri dengan Tugas-Tugas Khas, satu penghormatan dan kepercayaan yang cukup dihargainya.

Katanya, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid juga bersetuju dengan pelantikan yang diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini.

"Pelantikan ini sesuai dengan perkembangan dan landskap semasa tiada kaitan dengan pilihan raya umum, " katanya.

Pelantikan itu membolehkannya menjalankan tugas selain tanggungjawabnya beliau sebagai Menteri Pertahanan.

Friday, December 11, 2015

'Kenapa tak bagi aku berucap, ************* betul'



Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui “kemarahan membara” Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas disekat sepenuhnya daripada berucap dalam perhimpunan agung Umno.

Bagaimanapun, kata naib presiden Umno itu, perasaan itu telah pun reda.

“Keputusan semalam mungkin akan mencuit perasaan dan emosi pemimpin berkenaan tetapi hari ini saya tengok kemarahan yang membara malam semalam dah diredakan,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian dalam rakaman video yang dimuat naik ke saluran YouTube peribadinya semalam yang berjudul “Respons berkenaan berita Suara TV - Tidak boleh berucap, Muhyiddin mengamuk selepas Msyt MT”

Suara TV melaporkan Muhyiddin marah dengan keputusan ahli Majlis Tertinggi (MT) yang memutuskan hanya Datuk Seri Najib Razak akan menyampaikan ucapan penggulungan dalam perhimpunan agung Umno 2015.

Memetik sumber, SuaraTV melaporkan, sejurus selepas mesyuarat khas pada Selasa Muhyiddin dikatakan menarik Hishamuddin ke tepi sebelum menjerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat bagi meluahkan rasa tidak puas hati.

“Kenapa tak bagi aku berucap, ********* betul,” Muhyididn dilaporkan menjerit kepada Hishamuddin sebelum beredar.

Menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya, jeritan Muhyiddin itu dikatanya didengari beberapa MT lain yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.

Saturday, August 15, 2015

Isu 1MDB perlu selesai demi kredibiliti Umno, kata Hishammuddin

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata biarpun siasatan terhadap transaksi syarikat pelaburan strategik negara 1MDB akan memakan masa namun ia perlu diteruskan bagi mencari penyelesaian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Ogos, 2015.

Isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan bagi memastikan kredibiliti Umno tidak terjejas, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Justeru, katanya, biarpun siasatan terhadap transaksi syarikat pelaburan strategik negara itu akan memakan masa namun ia perlu diteruskan bagi mencari penyelesaian.

"Yang penting bukan individu tetapi institusi (parti) itu sendiri. Dalam proses siasatan dan mencari keadilan, jangan ada pihak-pihak tidak berdosa menjadi mangsa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Padang Besar di Beseri, dekat Padang Besar, hari ini.

Menyentuh mengenai penerangan parti itu mengenai isu 1MDB dan sumbangan derma RM2.6 bilion dalam dana politik kepada ahli di peringkat umbi, beliau berkata mereka dapat menerima penjelasan parti berhubung isu tersebut.

"Cuma janji kita pada ahli dan rakyat bahawa isu ini mesti diselesaikan dan siasatan terhadap 1MDB memakan masa," katanya.

Hishammuddin, yang juga menteri pertahanan, menegaskan bahawa fokus penting pada ketika ini ialah langkah strategik bagi menangani kedudukan ekonomi negara, kejatuhan nilai Ringgit dan harga komoditi.

Sementara itu di Kota Baru, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata rakyat sehingga kini hanya melihat 1MDB daripada perspektif negatif tanpa menilai sumbangan syarikat itu.

"Berapa ribu rumah yang 1MDB sudah buat. Ada tak mana-mana pihak yang dapat rumah itu menceritakan kebaikan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Kota Baru di Kota Baru.

"Semuanya negatif seolah-olah 1MDB tiada jasa langsung kepada rakyat. Ini saya cukup kesal dan kecewa," katanya. – Bernama, 15 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isu-1mdb-perlu-selesai-demi-kredibiliti-umno-kata-hishammuddin#sthash.KDdatL93.dpuf

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-