Showing posts with label Gerakan Gagasan Tiga (G3). Show all posts
Showing posts with label Gerakan Gagasan Tiga (G3). Show all posts

Thursday, November 22, 2018

Fitnah ICERD: Tarik balik kenyataan, minta maaf, kalau tidak... - Guan Eng

Diyana Ibrahim,
 Astro Awani | November 22, 2018

GUAN ENG: Saya minta mereka tarik balik tuduhan dan membuat kenyataan kalau tidak mahu dikenakan tindakan perundangan. -Gambar fail

KUALA LUMPUR: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang didakwa memfitnah DAP digesa menarik balik kenyataan mereka serta meminta maaf jika tidak mahu berdepan tindakan undang-undang.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata beliau juga akan membuat laporan polis terhadap NGO yang dikenali sebagai Gabungan NGO Gagasan Kuasa Tiga (G3) itu.

“Atas nasihat (peguam), saya minta mereka tarik balik tuduhan dan membuat kenyataan kalau tidak mahu dikenakan tindakan perundangan.

“Laporan polis pun saya akan buat,” katanya di Lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, NGO berkenaan dilapor menuduh DAP menjadi dalang menggerakkan agenda agar kerajaan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi kerajaan.

Pengerusi G3, Raggie Jessy mendakwa isu ICERD merupakan agenda tersembunyi DAP yang dibawa Guan Eng dan Lim Kit Siang bagi menghapuskan hak istimewa orang Melayu-Islam di negara ini.

Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP berkata dakwaan NGO itu merupakan satu fitnah yang jahat.

“Apabila kita mengalami krisis kewangan dan fiskal, pihak bertanggungjawab dalam rasuah dan tidak dapat urus ekonomi dengan baik, mereka akan cuba alih perhatian kepada isu-isu perkauman dan kebencian ke atas rakyat Malaysia.

"Saya harap rakyat Malaysia dapat lihat dan menilainya dan membezakan antara benar dan batil," katanya.

Beliau pada masa sama menafikan bahawa isu ICERD itu dibangkitkan oleh DAP.

"Siapa yang bangkitkan itu bukan kamilah DAP, itu sentimen perkauman yang cuba dibakar, kita tidak timbulkan langsung perkara ini, mereka cuba kaitkan atas tujuan politik mereka.”

Polemik ratifikasi ICERD semakin meruncing sehingga mendorong Pas-UMNO mengadakan himpunan mega pada 8 Disember ini.

Wednesday, November 21, 2018

ICERD isu agama, bukan perkauman

By Mohd Zaini Samsu Hadi
- 21 November 2018

Pengerusi Gagasan Tiga Malaysia (G3), Raggie Jesry pada Majlis Pengenalan Pertubuhan Sekretariat Gagasan Tiga Malaysia (G3) di Pandan Kapital, Kuala Lumpur. 
foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 21 NOVEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Gerakan Gagasan Tiga (G3) mendakwa isu Ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sengaja ditimbulkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Malah, Kit Siang juga didakwa cuba membawa agenda ala zionis ke negara ini, kata Pengerusi G3, Raggie Jessy dalam satu sidang media hari ini.

Malah Raggie menganggap ahli Parlimen Iskandar Puteri itu sebagai ‘bapa perkauman’ yang disifatkan terlalu rasis apabila cuba membawakan isu tersebut.

“Ada satu perkara yang orang Melayu terlepas pandang. Bangsa DAP sengaja mengungkit isu ICERD yang dibawa oleh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang.

“Mereka kata ICERD ini isu perkauman tapi saya kata ini isu agama. Ia memang isu diskriminasi kaum tapi dikaitkan dengan Islam dan Artikel 121 (1) a Perlembagaan Persekutuan yang perkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 1988,” katanya.

Menurut Raggie, DAP dan Kit Siang sudah berperang dengan Tun Dr. Mahatir Mohamad sejak dari dulu tetapi namun selepas bersama dalam sebuah kerajaan baharu mereka tidak berani mengutarakan artikel tersebut.

“Jadi, mereka buat secara tidak langsung. Mereka katakan isu ICERD ini tidak ada kena mengena dengan agama. Sorry, isu ICERD secara langsung terlibat dengan agama kerana orang Melayu Islam,” tegasnya.

Tambah beliau, apa yang berlaku pada hari ini hingga cuba menenggelamkan isu bantahan terhadap ICERD itu ialah apabila kerajaan terlalu taksub dengan isu kehilangan wang dan penyalahgunaan kuasa yang kononnya dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

ICERD adalah salah satu konvensyen antarabangsa hak asasi manusia yang telah berkuatkuasa dari tahun 1969.

Malaysia dan Korea antara negara yang tidak pernah menandatanganinya apalagi meratifikasinya, katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy baru-baru ini mengumumkan komitmen kerajaan untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama tahun depan.

Isu ratifikasi ICERD turut mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat mahupun kerajaan PH.

Terbaharu, Mahathir berkata ICERD mustahil dilaksanakan kerana pelaksanaannya memerlukan Perlembagaan Persekutuan digubal semula keranaia memerlukan majoriti dua pertiga Parlimen.

Malah, penggubalan Perlembagaan Persekutuan ‘agak mustahil’ dilakukan memandangkan jumlah dan reaksi wakil-wakil rakyat di pihak kerajaan dan pembangkang berhubung perkara terbabit.

 – MalaysiaGazette

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-