Showing posts with label Hal Ehwal Agama. Show all posts
Showing posts with label Hal Ehwal Agama. Show all posts

Monday, August 6, 2018

Kalau ikutkan saya, pusat judi Genting pun tak perlu, kata Mujahid

Faiz Zainudin | August 6, 2018
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian secara peribadi kerana aktiviti itu bertentangan dengan semua agama.

DEWAN RAKYAT

Mujahid Yusof Rawa turut menasihati orang Islam tidak menjadi ahli lembaga pengarah syarikat judi.

KUALA LUMPUR: Kewujudan pusat judi termasuk di Genting Highland tidak perlu dibenarkan beroperasi, kata Datuk Mujahid Yusof Rawa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu berkata demikian secara peribadi kerana aktiviti itu ditentang semua agama, bukan sahaja Islam.

“Saya kalau bertanya kepada saya, kalau boleh (judi) Genting Highland ke, semua tak ada. Sebab ini akan jadi masalah, selagi ada permintaan selagi itu ada tawaran,” katanya ketika ucapan pergulungan titah Agong di Dewan Rakyat.

Mujahid berkata demikian menjawab pertayaan Datuk Seri Edmund Santhara (PH-Segamat) yang menanyakan adakah kerajaan hanya membenarkan syarikat judi besar seperti di Genting Highland dan mengetepikan permohonan syarikat kecil.

Mujahid turut menjawab pertanyaan Edmund, adakah terdapat peruntukan undang-undang tidak membenarkan orang Islam menjadi pemegang saham dalam syarikat judi.

Beliau menjawab: “Mana-mana ahli lambaga pengarah Islam terlibat dalam syarikat perjudian tidak ada. Saya bercakap dari segi moralnya, jadi saya nasihat kepada orang Islam jika beliau tahu tanggungjawab dia, kalau judi haram maka nak jadi ahli lembaga, lagi tak boleh,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mujahid bersetuju dengan cadangan Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS-Pasir Puteh) supaya setiap kementerian membentuk satu jawatankuasa bagi membolehkan semua wakil agama mengadakan perbincangan soal judi dan memperkenalkan penguatkuasaan hukuman bagi semua agama secara selari bagi kesalahan judi.

“Saya bersetuju dengan Pasir Puteh, sebab saya kira isu judi bukan Islam sahaja tapi merentasi semua kaum,” kata Mujahid sambil memaklumkan pihaknya bersetuju menjadikan Kelantan sebagai contoh dalam membanteras judi, jika ia memberi kebaikan.”

Monday, July 30, 2018

Kerajaan akan tambah baik sistem tahfiz, kata Mujahid

Mohamad Fadli | July 30, 2018
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata kerajaan akan memperketatkan kokurikulum berikutan banyak kokurikulum sekolah tahfiz agak bebas.

Mujahid Yusof Rawa berkata kerajaan akan pastikan pelajar tahfiz tidak hanya menjadi imam tetapi berkemahiran dalam pertukangan, elektrikal dan sebagainya. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menambah baik sistem tahfiz di negara ini dalam meneruskan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) sedia ada.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata antara langkah yang akan dilakukan kerajaan adalah memperketatkan kokurikulum berikutan banyak kokurikulum sekolah tahfiz agak bebas.

“Mereka ikut ‘style’ sendiri. Jadi Jakim sedang bekerjasama dengan Darul Quran yang dah berpengalaman berpuluh tahun.

“Kita bukanlah nak paksa tapi kita nak mereka ikut panduan supaya kurikulum itu menghasilkan pelajar-pelajar yang tak tersisih daripada arus perdana, termasuk kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja,” katanya ketika ditemui di Jakim.

Beliau juga berkata kerajaan akan memastikan guru tahfiz diberi latihan supaya mereka mendapat latihan yang baik.

Beliau berkata pelajar tahfiz yang dilahirkan juga boleh menyumbang kepada negara.

“Dari sudut ini sekolah tahfiz ini dianggap satu entiti yang memberi sumbangan besar pada negara.

“Dan model terbaik kita ada adalah Darul Quran, sebab ia bukan saja belajar tahfiz di peringkat diploma tapi juga ijazah.

“Cara dia buat kerjasama dengan Universiti Sains Islam Malaysia turut membantu supaya dia keluar nanti ada ijazah,” katanya.

Mujahid berkata kerajaan akan pastikan pelajar tahfiz tidak hanya menjadi imam tetapi berkemahiran seperti pakar dalam pertukangan, elektrikal dan sebagainya.

Selain itu, beliau meminta pengusaha tahfiz telus dan berdaftar dengan badan yang berautoriti.

“Ini supaya kita boleh mengikuti perkembangan mereka.”

Mac lalu, kerajaan Barisan Nasional mendapat perkenan Majlis Raja-Raja untuk melaksanakan DPTN yang merangkumi 4 bentuk kurikulum bagi melahirkan graduan huffaz yang mempunyai keseimbangan ilmu agama dan akademik duniawi pada masa depan.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, di bawah kurikulum itu, pelajar bukan sahaja mampu menghafal Al-Quran tetapi turut mempunyai kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), ilmu agama dan bidang profesional.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-