Showing posts with label Mujahid Yusof Rawa. Show all posts
Showing posts with label Mujahid Yusof Rawa. Show all posts

Saturday, December 16, 2023

Mujahid: Hari ini dilihat kerdil, Amanah akan jadi 'idola' di masa depan

malaysiakini.com
Aedi Asri Abdullah & Shamz Johan & Seth Akmal
Diterbitkan: Dec 16, 2023 9:00 AM
WAWANCARA | Meniti pemilihan parti Amanah akhir bulan ini, paling hangat diperkatakan adalah mengenai kedudukan kerusi presiden yang kini diterajui veteran politik dan antara pengasas parti iaitu Mohamad Sabu.

Sejak beberapa lama juga wujud gesaan agar Amanah menampilkan pucuk kepimpinan baru, termasuk bagi jawatan presiden. Pada masa sama, kerusi timbalan presiden juga kosong susulan kematian penyandangnya, Salahuddin Ayub pada Julai lalu.

Seorang lagi pengasas parti dan naib presiden Mujahid Yusof berkongsi harapannya terhadap Amanah dan cabaran-cabaran yang mendepani parti itu pasca pemilihan nanti.

Menjawab persoalan kedudukan presiden, dia sependapat dengan Mohamad - atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu - dengan menyerahkan perkara itu kepada perwakilan dan 27 anggota jawatankuasa pimpinan yang bakal terpilih nanti.

"Pendirian saya sama dengan presiden. Keterujaan ahli untuk melihat Amanah maju ke depan, mungkin di atas keperluan wajah (pemimpin) baru, saya tidak boleh nak sekat keterujaan itu.

"Terpulang kepada ahli-ahli untuk membuat pilihan terbaik, siapa yang mereka rasa sesuai untuk dipilih di kalangan 27 yang terbaik. Kemudian, dalam kalangan 27 orang ini yang akan sama-sama berunding siapa yang layak (menjadi presiden), siapa saja yang berada dalam kalangan 27 orang itu, layaklah menjadi presiden," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini pada 13 Disember lalu.
Pemilihan Amanah berbeza dengan amalan kebanyakan parti lain. Amanah tidak mengamalkan pemilihan jawatan utama dari peringkat tertinggi hingga ke akar umbi melalui undian langsung.

Sebaliknya perwakilan hanya memilih sejumlah calon - bagi peringkat nasional, 27 orang - dan kemudian berbincang untuk mengenal pasti siapakah antara mereka sesuai dilantik menjadi ketua serta jawatan lain.

Parti tak lagi dipinggir

Mujahid membayangkan tanggungjawab berat bakal dipikul mana-mana individu yang dipilih sebagai presiden nanti.

Antara tanggungjawab itu, katanya, adalah memperkukuh struktur dalaman agar Amanah dapat berkembang "dalam keadaan disiplin", dengan membangkitkan apa yang terjadi kepada parti itu semasa pentadbiran PH di bawah Dr Mahathir Mohamad.

Ketika itu, dia berkata Amanah terbiar tidak terjaga apabila kebanyakan pemimpin utamanya dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

"Kita mengaku hal ini. Tiba-tiba pada 2020 kerajaan jatuh, ketika itu kita bersetuju bahawa inilah peluang dan masa terbaik untuk bina semula parti," katanya, sambil menambah dia ditugaskan untuk mengendalikan perkara itu, menerusi pembentukan sebuah modul untuk meningkatkan kefahaman ahli berkenaan dasar dan perjuangan parti.

"Tiba-tiba jadi kerajaan balik (selepas PRU15). Kami belajar daripada pengalaman lalu dan berazam untuk tidak lagi tinggalkan parti," katanya.
Bekas menteri itu juga berkata presiden perlu mengukuhkan hubungan dengan parti-parti lain dalam kerajaan serta memastikan Amanah sentiasa melontarkan idea-idea yang dapat dijadikan asas kepada dasar kerajaan.

"Seperti mana pernah diutarakan Salahuddin yang terkenal dengan Rahmah. Hari ini ia nama yang dikenali semua di Malaysia. Kita perlu lebih banyak idea maka orang akan tahu peranan Amanah walaupun dilihat sebagai parti yang junior dan kerdil.

"Kena pastikan walau ada tanggapan kata Amanah tiada tokoh besar, idea-idea Amanah mempengaruhi masyarakat dan negara, seperti Rahmah.

"Lima tahun ke depan, sesiapa saja yang jadi presiden perlu menumpukan perkara ini...Insya-Allah saya yakin, hari ini orang kata Amanah kerdil, di masa depan ia akan jadi idola rakyat," katanya lagi.

Takkan ada perpecahan

Amanah ditubuhkan pada 2015 susulan krisis dalaman PAS. Ketika itu, sejumlah pemimpin PAS diketuai Mohamad - ketika itu timbalan presiden - bertindak keluar parti dan menubuhkan Amanah.

Mengimbas detik-detik awal Amanah, Mujahid berkata parti itu dipimpin secara kolektif dan menolak tanggapan "seniority" sebagai faktor dalam menentukan kepimpinan parti.

"Sejak menubuhkan Amanah, tidak pernah ada isu seniority. Kita akui bila berdepan dengan PKR yang meletakkan Anwar Ibrahim sebagai ikon, DAP pula dengan Lim Guan Eng, manakala Bersatu dengan Dr Mahathir Mohamad, tetapi Amanah?
"Kita tak pernah menyatakan ikon kita adalah Mat Sabu, tapi bersetuju untuk menyatakan kita adalah kepimpinan kolektif," tegasnya sambil memberikan contoh Khalid Samad yang lantang sebagai "panglima" (warlord), Dzulkefly Ahmad sebagai perangka strategi dan Salahuddin sebagai "diplomat" yang sering mewakili parti dalam rundingan.

Ditanya berkenaan kebimbangan persaingan dalam pemilihan nanti akan membawa kepada perpecahan dalaman, Mujahid berkata Amanah tidak sukar dikawal ekoran usianya yang masih muda.

Katanya lagi, dasar "rahmatan lil alamin" yang dipegang juga menjadikan setiap persaingan dan lontaran pandangan bebas dibuat tetapi secara beradab, selain perlembagaan parti yang tidak membenarkan jawatan tertinggi dipertandingkan secara terbuka.

"Saya tak nampak tahap persaingan hari ini (membawa perpecahan)...Kalau banding dengan parti-parti lain, baik sangat Amanah ini.

"Susah (untuk berpecah) melainkan ada orang yang teruk sangat, tak tahu perlembagaan parti dan kata 'aku nak jadi presiden'," kata Mujahid.

Monday, August 22, 2022

Najib guna sentimen agama untuk mempengaruhi penyokong fanatik: Mujahid

agendaily.com
22/08/2022
Bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta.

Menyedari perbicaraannya bakal dijatuh hukuman pada masa terdekat, Datuk Seri Najib Razak didakwa cuba memainkan sentimen agama bagi mempengaruhi penyokong fanatiknya.

Bekas Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa membidas tindakan bekas Perdana Menteri tersebut yang dilihat cuba meraih simpati sehingga sanggup menggunakan agama semata-mata bagi melepaskan dirinya daripada jenayah rasuah yang dilakukan.

“Tindakan Datuk Seri Najib Razak membuat sumpah laknat di Masjid Kampung Baru semalam amat dikesali.

“Ia adalah usaha untuk mempermainkan sentimen agama di kalangan penyokongnya sahaja ketika Mahkamah Persekutuan sedang bersidang bagi membicarakan beliau.

“Tindakan ini dibuat selepas pelbagai usaha untuk menangguhkan perbicaraan beliau ditangguhkan, namun gagal.

“Lebih dikesali lagi apabila beliau mengumpulkan penyokong beliau bersama untuk menyaksi kan sumpah beliau itu termasuk seorang penceramah agama,” kata naib presiden Amanah itu pada satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Najib semalam sekali lagi melakukan sumpah laknat dalam masjid.

Untuk rekod, Najib ketika ini sedang berdepan perbicaraan di Mahkamah Persekutuan dan jika disabitkan bersalah akan dihantar terus ke penjara bagi menjalani hukuman.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata bimbang dengan pendekatan Najib yang terdesak sehingga sanggup melakukan sesuatu yang luar batasan fitrah akal seorang manusia.

“Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman beliau bersalah dan kini lima hakim Mahkamah Persekutuan pula bersidang untuk menentukan nasib beliau,” jelasnya.

“Saya bimbang dengan pendekatan yang diambil oleh Datuk Seri Najib dan penyokongnya.

Apakah ini wajah Melayu yang kita inginkan atau Melayu yang lebih bermaruah dan memegang nilai-nilai agama dengan sebaik-baiknya bukan Melayu yang boleh dimainkan emosinya dengan sentimen perkauman dan agama yang sempit.

“Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua rakyat negara ini, buat masa sekarang berilah kepercayaan kepada Mahkamah Persekutuan pimpinan Ketua Hakim Negara (Tengku Maimun Tuan Mat) untuk membuat keputusan dengan adil dan berdasarkan bukti dan saksi dalam perbicaraan,” katanya lagi.

Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 berhubung hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib.

Najib telah didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan sekarang ini dijadualkan berlangsung selama sembilan hari, dari 15 Ogos hingga 19 Ogos dan akan disambung semula selepas hujung minggu ini dari 23 Ogos hingga 26 Ogos.

Thursday, July 15, 2021

Saya sedia dedah jika dipanggil RCI Tabung Haji, kata Mujahid

FMT Reporters
-July 15, 2021 11:45 AM

Mujahid Yusof Rawa berkata beliau sedia memberi kerjasama sekiranya dipanggil Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.

PETALING JAYA: Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Mujahid Yusof Rawa, bersedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) yang ditubuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, kerajaan hendaklah memastikan hanya anggota berkelayakan dilantik dalam RCI berkenaan bagi memastikan siasatan itu telus dan profesional tanpa agenda politik.

“Jika saya dipanggil untuk memberi keterangan, saya bersedia mendedahkan langkah dan tindakan yang kerajaan PH telah ambil untuk selamatkan TH, termasuk laporan polis yang dibuat ke atas individu yang terbabit dalam penyelewengan dana TH,” katanya dalam kenyataan.

Mujahid yang juga naib presiden Amanah berkata, pihaknya sejak awal lagi menyokong penubuhan RCI dan mengucapkan tahniah kepada kerajaan menubuhkan RCI, selepas lebih setahun PN mentadbir.

Mujahid Yusof Rawa.
Beliau bagaimanapun, menyatakan rasa hairan berhubung skop RCI tertumpu pada isu berbangkit pada 2014 hingga 2020, namun tidak memasukkan pelan pemulihan dan penstukturan TH, dilaksanakan ketika kini.

“Setelah 17 bulan PN berkuasa dan isu RCI TH disensasikan, akhirnya timbalan perdana menteri menyatakan kabinet setuju untuk menubuhkan RCI TH. Syabas dan tahniah.

“Sepanjang tempoh 22 bulan saya diberikan amanah menjaga TH di bawah JPM agama, saya dan pasukan TH bertindak berpandukan laporan firma audit profesional yang disebut bagi menjayakan pelan penstrukturan semula selepas TH berada dalam keadaan tenat dari sudut kewangannya dan integritinya,” katanya.

Katanya, dua perkara asas dilakukan segera membabitkan pengeluaran hibah atau dividen hendaklah mematuhi Akta TH 1995, yang dilanggar sejak 2014.

“Kedua, ialah menutup jurang defisit antara aset dan liabiliti yang mengikut laporan audit 2017 adalah sebanyak RM4 Bilion.

“Pelan penstrukturan semula TH diperkenalkan secara telus dan mendapat kelulusan kabinet serta dijelaskan dalam parlimen secara terbuka. Isu TH kembali hangat apabila PN berkuasa dan isu ‘jual aset orang Islam’ terus disensasikan, walaupun kejayaan pelan penstrukturan TH diperakui kerajaan hari ini,” katanya.

Semalam, mesyuarat jemaah menteri bersetuju menubuhkan RCI mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119), bagi menyiasat isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi TH.

Timbalan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, berkata siasatan merangkumi hasil pengauditan perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger dari 2014 hingga 2020.

Sunday, June 27, 2021

Mujahid terajui PH Perak

FMT Reporters
-June 27, 2021 6:40 PM

PH Perak berkata, pelantikan dan penyusunan semula organisasinya menggemblengkan pelbagai kaum dan gender.

PETALING JAYA: Bekas Menteri Agama, Mujahid Yusof Rawa dilantik menerajui Pakatan Harapan (PH) Perak setelah dipilih sebagai pengerusi yang baharu.

Mujahid yang juga naib presiden Amanah dilantik menjadi pengerusi PH Perak pada 24 Jun lalu oleh Majlis Presiden PH menggantikan bekas Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu, yang keluar PH bersama partinya Bersatu pada Feb 2020.

Sementara itu, semua Pengerusi Negeri iaitu Nga Kor Ming dari DAP, Asmuni Awi (Amanah) dan Farhash Wafa Salvador (PKR) dilantik sebagai Timbalan Pengerusi PH Perak.

Ketua Pemuda PKR Perak Mohamad Hairul Amir Sabri pula dilantik sebagai ketua pemuda PH negeri, manakala Pemimpin DAP Wong Mei Ing akan terus menerajui Wanita PH Perak.

Ahli Parlimen Baru Gajah, V Sivakumar pula kekal sebagai setiausaha PH Perak.
Mujahid Yusof Rawa.
“Langkah ini selaras dengan hasrat pengerusi PH Perak untuk membawa negeri Perak keluar dari pandemik Covid 19 dan seterusnya meletakkan kembali fungsi kerajaan ke peranan sebenar sebagai peneraju negeri yang memiliki potensi ekonomi dan modal insan yang kaya.

“Pelantikan dan penyusunan semula organisasi PH Perak yang menggemblengkan pelbagai kaum dan gender serta diketuai bekas Menteri Agama dapat memastikan hala tuju perjuangan PH Perak tidak tersasar daripada landasan Perlembagaan Persekutuan dan komitmen memelihara Islam sebagai Agama Persekutuan.

“PH Perak akan memberi tumpuan terutama dalam berhadapan krisis pandemik yang memberi kesan menyeluruh kepada semua pihak,” kata Penyelaras Komunikasi PH Perak, Muhaimin Sulam pada satu kenyataan hari ini.

Monday, December 28, 2020

Bukan sekadar 108 ahli Parlimen, pastikan gabungan besar jadi realiti

Oleh MOHD ALI HASHIM
December 28, 2020

malaysiadateline.com

Formula politik gabungan besar pembangkang atau disebut sebagai ‘grand coalition’ tidak harus dihadkan kepada 108 Ahli Parlimen menolak Belanjawan 2021.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, gabungan besar bagi menguatkan pakatan pembangkang itu harus direalisasikan dengan semaksimum mungkin.

Tegasnya, jumlah 108 anggota Dewan Rakyat itu harus dimaksimumkan tanpa had bagi memastikan nasib rakyat terbela.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) itu berkata demikian ketika ditemui semasa Konvensyen AMANAH Nasional di Bayou Lagoon Resort, Bukit Katil, Melaka semalam.

“Yang penting ialah parti-parti dalam gabungan besar tersebut harus memahami agenda sebenar yang hendak dibawa dalam reformasi yang akan dibawa melalui ‘grand coalition’ tersebut.

“Kita juga tidak meletakkan had dengan satu jumlah angka tertentu, sebaliknya berusaha sedaya mungkin bagi mendapatkan sokongan melalui gabungan yang direncanakan kepada siapa sahaja yang menganggotai Parlimen.

“Paling mustahak ialah kita bertanggungjawab bagi mendapatkan sokongan mereka dengan mendokong agenda reformasi yang sedang dilaksanakan supaya perubahan tersebut menjadi realiti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” katanya.

Mujahid turut berkata, hasrat untuk menambahkan jumlah Ahli Parlimen yang menentang kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu dicapai tanpa berlakunya keadaan yang dikejar tidak dapat, yang dikendong pula berciciran.

Pada 14 Disember lalu, Belanjawan 2021 yang dibaca untuk kali ke-3 diluluskan dengan 111 ahli Parlimen menyokong, 108 menentang dan seorang tidak mengundi.

Sebanyak 92 daripada 108 menentang itu merupakan Ahli Parlimen PH.

Jumlah 108 Ahli Parlimen yang menentang PN adalah angka sama yang kekal teguh bersama PH pada Mac lalu.

Thursday, December 10, 2020

Mujahid akan dedahkan isu yang merosakkan TH sebelum diambil alih

Oleh MALAYSIA DATELINE
December 9, 2020 11:44 pm


Bekas Menteri Agama Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa akan mendedahkan lagi banyak isu yang telah merosakkan institusi umat Islam Tabung Haji (TH) termasuk Tabung Haji Plantation (THP).

Beliau berkata, isu yang telah merosakkan institusi umat Islam sebelum beliau mengambil alih di mana ianya berlaku ketika pentadbiran kerajaan BN.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar juga mengaku laporan polis telah pun dibuat atas jenayah korporat terbesar di dalam Tabung Haji sehingga memaksa beliau membuat penstrukturan semula TH.

THP adalah anak syarikat TH induk untuk fokus pada sektor perladangan.

Pada tahun 2006, TH menerokai bidang perladangan memandangkan permintaan sawit yang meningkat.

Dari sebuah syarikat yang berskala sederhana dengan pemilikan 15,000 hektar, katanya THP menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Pada tahun-tahun berikutnya, jelas beliau THP secara agresif membeli ladang besar sehingga keluasan milik ladangnya pada tahun 2012 menjadi 100,000 hektar

“Dari sudut perniagaan, tidak ada salahnya membesarkan keupayaan kita tetapi ia perlu melihat kepada kerapuhan modal pelaburan, hutang, kos operasi dan kapasiti produktiviti dan infrastruktur.

“Oleh kerana THP adalah syarikat yang berdaftar dengan Bursa, ia tertakluk kepada undang-undang pengurusan korporat Bursa Malaysia, THP perlu memastikan perjalanannya mengikut piawaian yang ditetapkan,” ujarnya.

Jelasnya, perkara yang membabitkan hutang, kos pelaburan yang tinggi, kos operasi menyebabkan kedudukan kewangan THP menyempit.

Misalnya, kata beliau pada tahun 2015, THP dalam menangani masalah hutang membuat keputusan menjual TH Bakti bernilai RM16.3 juta dan TH Gemas bernilai RM154 juta kepada sebuah syarikat swasta Dupont dengan alasan mengurangkan beban hutang THP.

Tahun kewangan 2018, tambahnya, THP menanggung hutang RM 1.24b dan pada suku ke-3 hutang meningkat kepada RM1.29b.

“Pegangan tunai menyusut dari RM50.6 juta kepada RM43.8 juta. Keadaan ini memerlukan THP membuat rasionalisasi aset untuk memastikan kestabilan kewangannya.

“Sama seperti tahun 2015, THP perlu melihat masalah hutangnya dan menyelamatkan aset lain yang membawa hasil lebih baik untuk mengurangkan kos operasinya,” kata beliau.

Di atas alasan tersebut, Mujahid berkata beberapa ladang yang tidak produktif dan bermasalah terpaksa dilepaskan supaya dengan berbuat demikian THP menjimatkan kos pinjaman sebanyak RM9.41 juta.

“Usaha menyelamatkan kewangan THP adalah urusan biasa amalan pengurusan korporat yang tertakluk bawah peraturan Bursa Malaysia.

“THP juga ada ahli lembaganya yang bebas membuat keputusan atas kepentingan kewangan syarikat,” katanya.

Malangnya kata beliau isu THP menjadi isu politik yang membawa naratif aset dan harta orang Islam yang dijual kepada orang Cina.

“Campurtangan politik telah menjejaskan perjalanan THP yang kini mengalami masalah. Tujuan rasionalisasi aset adalah untuk selamatkan aset ladang lain yang membawa pulangan tinggi, manakala aset yang membebankan perlu dilepaskan supaya THP dapat berkembang dengan baik.

“Apakah ini satu contoh awalan campurtangan politik dalam amalan pengurusan korporat yang telus?

“Apakah entiti korporat tertakluk kepada tekanan politik sehingga kerajaan TSMY tidak mampu mempertahankan satu keputusan perniagaan yang telah pun diperakui pada 24 Nov kewajarannya?” soal beliau.

Monday, November 2, 2020

Mujahid disiasat di bawah 3 akta, termasuk hasutan

Faiz Zainudin
freemalaysiatoday.com
-November 2, 2020 8:44 PM
Mujahid mempersoal tempoh masa siasatan polis yang terlalu panjang berhubung kenyataan yang dibuatnya pada Mac.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa antara lain disiasat di bawah Akta Hasutan berhubung ucapannya pada Mac di Parit Buntar yang mempertikai pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu memberitahu bahawa selain Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, beliau juga disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

“Saya dipanggil bantu siasatan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia atas ucapan yang saya buat pada Mac di Parit Buntar.

“Siasatan ke atas saya (juga) didakwa di bawah Akta Hasutan,” katanya kepada media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman selepas selesai diambil keterangan hari ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu mempersoalkan kenapa siasatan itu dibuat selepas beberapa bulan, selain polis mengambil masa lama untuk membuka kertas siasatan.

“Saya pelik kerana Akta Hasutan itu setahu saya semasa saya dalam PH kita tak guna walaupun ada, malang hari ini saya tak tahu kenapa akta ini dipakai.

“Ucapan saya buat di kawasan saya pada Mac setelah jatuhnya kerajaan PH dan setelah selesai Muhyiddin (dilantik) sebagai PM.

“Saya tidak tahu kenapa ia memakan masa sangat panjang. Kini baru dibuat siasatan,” katanya.

Mujahid, yang hadir bersama peguam beliau, selesai memberi keterangan pada jam 7.20 petang tadi.

Beliau disoal siasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) lebih sejam setelah tiba di Bukit Aman pada jam 5.30 petang.

Mac lepas, media melaporkan laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang terhadap Mujahid dan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung kenyataan mereka yang dianggap mempertikai kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik Muhyiddin sebagai perdana menteri ke-8.

Ini berikutan kemelut politik yang berlaku ketika itu dan membawa kepada tumbangnya kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

Sunday, January 19, 2020

Biadab! Mujahid patut tegur Dong Zong tak cakap Melayu

Tolong haramkan, mereka pertubuhan ekstremis dan antinasional
19/01/2020

BANGI, 23 Jamadilawal 1441H, Ahad – Datuk Mujahid Yusof Rawa sepatutnya menegur pertubuhan radikal Cina, Dong Zong serta Presidennya, Tan Tai Kim kerana tidak bertutur dalam bahasa kebangsaan – bahasa Melayu – dalam satu sidang media baru-baru ini.

Profesor di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican berkata, tindakan Tai Kim yang tidak bertutur dalam bahasa Melayu dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adalah satu penghinaan kepada kerajaan dan warganegara Malaysia.

“Ini menunjukkan sikap antibahasa Melayu oleh presiden dan Dong Zong. Tindakan presiden itu ada satu kebiadaban. Haramkan Dong Zong. Mereka pertubuhan ekstremis dan antinasional.

“Saya telah suarakan ini ketika ditemubual oleh panel menilai dam maklum balas UEC Kementerian Pendidikan tahun lalu.

“Saya juga telah mengatakan sifat ekstremis Dong Zong dalam beberapa penulisan Saya. Sekolahkan presiden dan ahli Dong Zong ke budaya arus perdana bahasa dan budaya kebangsaan atau lucutkan kewarganegaraan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Dong Zong bersama 11 NGO lain mengadakan pertemuan dengan Mujahid di Putrajaya bagi membincangkan isu tulisan jawi dalam pembelajaran di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Dalam sidang media pada 16 Januari itu, Tai Kim tidak menggunakan bahasa Melayu untuk berucap sebaliknya beliau bertutur dalam bahasa Mandarin sebelum diterjemahkan oleh jurucakap ke dalam bahasa kebangsaan.

Lantaran itu, Ahmad Murad mengharapkan akhbar Melayu dapat menegur Mujahid kerana tidak menegur Dong Zong dan presidennya kerana tidak bertutur dalam bahasa Melayu.

“Ini perlu dilakukan melalui lidah pengarang Berita Harian dan Sinar Harian serta stesen-stesen radio dan televisyen Melayu.

“Jika tidak, apa guna kebebasan akhbar yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dalam penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC),” soalnya.

Friday, January 17, 2020

Mujahid gesa tindakan tegas ke atas pekeliling ‘haram’ Ponggal di sekolah

Predeep Nambiar
-January 17, 2020 8:47 PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sistem pengajian atas talian e-RPH untuk sekolah agama di Institut Latihan Perindustrian Arumugam Pillai di Nibong Tebal, Pulau Pinang hari ini

NIBONG TEBAL: Menteri berhubung hal ehwal Islam Mujahid Yusof Rawa hari ini berkata, tindakan tegas mesti diambil terhadap pegawai pendidikan yang mengeluarkan pekeliling yang mendakwa perayaan Ponggal adalah haram dalam Islam seperti dinasihatkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Beliau berkata, ini kerana Jakim tidak pernah mengatakan adalah “haram” untuk menghadiri perayaan menuai masyarakat Tamil itu, tetapi sebaliknya berkata, orang Islam dibenarkan mengambil bahagian dalam perayaan itu selagi akhlak Islam dipatuhi.

“Isteri saya guru di sebuah sekolah di Nibong Tebal dengan ramai pelajar Tamil. Sekolahnya mengambil bahagian dalam Ponggal dan pada waktu sama mematuhi akhlak Islam sejak beberapa tahun,” katanya di luar satu acara di Institut Perindustrian Arumugam Pillai di sini hari ini.

Mujahid mempersoal tindakan pegawai dari Kementerian Pendidikan kerana memutarbelitkan kandungan surat berkenaan.

“Anda (pegawai terbabit) menggunakan perkataan seperti ‘terpaksa’ dan ‘haram’. Come on lah. Kita kata Ponggal diharuskan selagi akhlak Islam dipatuhi.

“Kami mendesak tindakan tegas diambil ke atas individu yang menulis surat tersebut dan kemudian menyalahkan Jakim kerana membuat keputusan itu. Kasihanilah saya dan Jakim.”

Surat yang dirujuk oleh Mujahid merupakan pekeliling Kementerian Pendidikan kepada semua pengetua sekolah yang dikeluarkan menjelang sambutan perayaan Ponggal.

Pekeliling bertarikh 13 Jan itu menyebut bahawa Jakim mengisytiharkan mengambil bahagian dalam ritus Ponggal adalah “haram”, terutamanya perbuatan mendidihkan susu, yang merupakan acara utama perayaan menuai masyarakat Tamil itu.

Ia ditulis oleh penolong pendaftar institusi pendidikan dan guru Adzman Talib.

Dalam perkembangan lain, Mujahid membidas G25, kumpulan bekas pegawai tinggi awam, kerana mempersoalkan keabsahan Jakim dan Majlis Kebangsaan Hal Ehwak Islam (MKI).

Beliau berkata, langkah G25 mempersoal status Jakim dan MKI adalah seumpama mempersoalkan industri pensijilan “halal”, yang menyaksikan Malaysia menguasai sebahagian besar industri “halal” dunia yang bernilai AS$2 trilion.

Mujahid berkata, sekiranya kenyataan G25 itu benar, maka 30,000 guru sekolah agama dan kira-kira 1 juta pelajar di bawah mereka menerima gaji daripada sebuah badan haram.

Katanya, kumpulan itu sepatutnya mengehadkan dapatan kajiannya untuk dibahaskan dalam forum akademik, bukan mendedahkannya secara terbuka kerana ia akan mengelirukan orang ramai.

“Kesan kenyataan mereka tidak kena masa, terutama pada saat wujudnya ketegangan kaum dan agama. Apakah tujuan mereka? Anda memburukkan lagi keadaan.”

Terdahulu Mujahid melancarkan program e-RPH untuk sekolah agama, termasuk aplikasi telefon bimbit untuk guru bagi membantu mereka menyampaikan pendidikan berkualiti kepada pelajar.

Beliau berkata, kerajaan merancang untuk menaikkan elaun semasa RM1,000 kepada guru sekolah agama sebanyak RM100 bergantung kepada kelulusan.

Saturday, June 29, 2019

Umno: Kenyataan Mujahid mengenai Xinjiang malukan Islam, negara

FMT Reporters
-June 29, 2019 11:21 AM

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA:   Umno mendakwa tindakan Mujahid Yusof Rawa menggunakan istilah “pusat latihan” merujuk sebuah kem kontroversi yang ditubuhkan untuk “mendidik semula” penentang beragama Islam di wilayah Xinjiang yang bergolak memalukan umat Islam dan negara.

Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin berkata kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menggambarkan betapa terkebelakangnya pendirian kerajaan Pakatan Harapan berkaitan isu hak asasi minoriti Islam di Xinjiang.

“Penggunaan terma ‘pusat latihan’ adalah ‘an endorsement’ kepada dasar penindasan umat Islam di Xinjiang.

“Begitu juga apabila beliau menyifatkan laporan mengenai penindasan umat Islam di China sebagai ‘berita palsu dari China’ apabila berucap di Bejing Foreign Studies University,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mujahid sebelum ini berkongsi di Facebook tentang lawatannya ke “pusat latihan dan vokasional bagi masyarakat Uyghur”, istilah yang digunakan Beijing bagi menempatkan ribuan orang Islam yang mengkritik dasar China di Xinjiang.

Menurut Mujahid, pusat itu menjalankan aktiviti “latihan perindustrian” seperti menjahit dan mengakhiri kenyataannya dengan #RahmatanLilAlamin.

Khaled bagaimanapun berkata tiada “pusat latihan” di Xinjiang, sebaliknya “concentration camp” yang mempunyai satu tujuan iaitu menghapuskan identiti, kepercayaan dan budaya golongan minoriti seperti Uyghur, Kazakh, Tajik dan lain-lain.

Beliau berkata Mujahid seharusnya menyampaikan rasa prihatin, kesal dan protes umat Islam Malaysia dan dunia terhadap apa yang berlaku di Xinjiang.

“Tetapi apa yang berlaku ialah beliau memberikan ‘persetujuan’ terhadap dasar penindasan yang sistematik terhadap golongan minoriti khususnya Uyghur di Xinjiang,” katanya.

Monday, June 3, 2019

Mujahid pertahan sekutu politik, kata Mohd Amar

MALAYSIADATELINE


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dinasihatkan supaya tidak terlalu ghairah untuk mempertahankan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang melanggar sensitiviti Islam.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Mujahid sepatutnya bertindak menasihati dan bukannya menyebelahi sekutu politiknya itu.

Menurutnya, menteri PH itu perlu bertindak lebih cermat dan bukan sekadar mahu meraih sokongan serta keuntungan politik sehingga lupa diri.

“Ikutlah cara yang ditunjukkan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kerana arwah tidak pernah berbuka puasa di tempat ibadah orang bukan Islam.

“Sebaliknya Allahyarham mengajak mereka datang berbuka di tempat kita antaranya ketika Program Madinah Ramadan,” katanya pada sidang akhbar Majlis Kunjungan Imam Kerajaan Arab Saudi di Kompleks Kota Darulnaim seperti dipetik sinarharianonline hari ini.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kenyataan Mujahid yang mempertahankan majlis berbuka puasa anjuran Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir di kuil Gudwara Shaib, minggu lalu.

“Jika ia menyentuh soal hukum dan sensitiviti agama, umat Islam wajib mengambil berat dengan mengambil kira sempadannya.

“Orang bukan Islam tidak sesuai menyampaikan sumbangan zakat kepada asnaf kerana ia menyentuh sensitiviti agama,” katanya.

Mohd Amar berkata, sesuai dengan jawatan Mujahid sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama, beliau perlu berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan dengan merujuk ulama dan mufti sekiranya berlaku sebarang konflik.

Terdahulu, Dr Mujahid menasihatkan masyarakat Islam di negara agar tidak terlalu fobia dengan sebarang usaha penganjuran program kebajikan di rumah ibadat agama lain sehingga boleh menjejaskan semangat keharmonian antara kaum dan agama dalam kalangan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) itu berkata, berhubung isu penganjuran majlis berbuka puasa di Kuil Gurdwara Sikh, Johor Bahru oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir baru-baru ini.

Pihaknya meneliti penjelasan diberikan pemimpin PKR itu dan menyifatkan program itu tidak menyimpang daripada landasan Islam.

Menurutnya, sebagai seorang pemimpin masyarakat, adalah tidak salah Akmal menganjurkan majlis sebegitu atas usaha mempromosi semangat keharmonian antara kaum dan agama, kata Mujahid.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/mujahid-pertahan-sekutu-politik-kata-mohd-amar/

Saturday, June 1, 2019

Buka puasa di Gudwara Sahib tak salah, Mujahid pertahan wakil rakyat PKR

Majlis berbuka puasa anjuran ahli parlimen Johor Baru di Gudwara Sahib tidak sepatutnya menjadi isu, kata Datuk Seri Dr Mujahid Yusof. 
— Foto oleh Hari Anggara

PARIT BUNTAR, 1 Jun — Masyarakat Islam di negara ini dinasihat supaya tidak fobia dengan sebarang penganjuran majlis di rumah ibadat agama lain kerana ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata majlis berbuka puasa anjuran Anggota Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir di Gudwara Shaib pada Selasa lepas tidak sepatutnya menjadi isu kerana tujuan utama penganjuran adalah untuk merapatkan hubungan antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Malah, katanya majlis itu diadakan di kawasan dewan dan bukannya dibuat di dalam tempat ibadat itu.

“Ini bukan isu yang perlu diperbesarkan, hanya sesetengah pihak sahaja yang mensensasikan isu agama, pemikiran sempit dan perkauman. Ini dibimbangi akan mewujudkan Islamofobia,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Anggota Parlimen Parit Buntar di sini hari ini.

Selain itu, Mujahid berkata Islam tidak permah menghalang mana-mana pihak berlainan agama untuk datang dan memasuki masjid selagi mereka tidak melakukan perkara bertentangan seperti menghina.

Dalam perkembangan lain, Mujahid yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar berkata, semua projek pembangunan di sekolah tahfiz dan sekolah pondok di negara ini perlu diselesaikan selewat-lewatnya awal tahun hadapan.

Beliau berkata, kerajaan memperuntuk RM50 juta untuk sekolah tahfiz dan RM25 juta untuk sekolah pondok.

“Kalau ikut Prosedur Standard Operasi (SOP) permohonan sekolah itu hanya diberikan bagi melaksana infrastruktur termasuk untuk keselamatan, kebajikan serta kebersihan dan bukan bagi bantuan gaji atau penganjuran program.

Mengenai tindakan saman oleh penguatkuasa Majlis Daerah Kerian terhadap peniaga di pasar awam Parit Buntar, Mujahid menyifatkannya seolah-olah satu tindakan sabotaj.

“Peniaga di situ untungnya berapa sahaja dan terpaksa bayar saman RM500,” katanya yang sebelum itu melawat Pasar Awam Parit Buntar dan Pusat Pengajian Tahfiz Al Hidayah.

Baru-baru ini peniaga di pasar itu disaman RM500 kerana meletakkan sayur di luar premis perniagaan di situ.

Mujahid berkata anggota majlis sepatutnya prihatin dan peka serta tidak membebankan peniaga dalam keadaan ekonomi yang tidak baik sekarang.

 — Bernama

Monday, April 29, 2019

Mufti Perlis persoal penahanan anak murid Zakir Naik

Yasmin Ramlan 
Diterbitkan Hari ini 8:37 malam


Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mempersoalkan penahanan polis terhadap anak murid kepada pendakwah kontroversi Zakir Naik, iaitu Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu.

Mohd Asri mempertikaikan mengapa ceramah disampaikan Zamri di masjid yang menceritakan pengalaman peribadinya memilih agama Islam menjadi sebab penahanan itu.

“Apakah fakta beliau palsu? Apakah beliau menghina atau sekadar kisah dirinya sendiri? Apakah beliau bertujuan untuk menimbulkan ketegangan seperti kenyataan pemimpin-pemimpin yang telah menyebabkan peristiwa tragedi antara kuil dan pihak bomba?

“Tidak pula mereka itu ditangkap? Bagaimana dengan ucapan pemimpin-pemimpin politik dari agama lain yang sering menimbulkan permusuhan dengan masyarakat Islam?” soalnya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau turut berkongsikan pandangan pendakwah bebas, Firdaus Wong yang memuat naik status berhubung penahanan itu.

Terdahulu, Zamri yang juga pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpengkalan di Perlis ditahan polis awal pagi semalam atas tuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni berkaitan agama.
Menurut Ketua Polis Perlis Datuk Noor Mushar Mohamad, pendakwah berumur 34 tahun itu didakwa memuat naik kenyataan dalam akaun Facebooknya menghina agama lain, yang dibimbangi menyebabkan ketegangan antara kaum.

Tangkapan terhadap Zamri itu dibuat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

'Islam tak selamat di bawah pentadbiran hari ini'

Dalam hantarannya, Mohd Asri turut membandingkan tindakan pihak berkuasa hanya memanggil untuk memberikan keterangan terhadap ramai pihak yang menghina nabi Muhammad dan mempersendakan ajaran Islam.

Jelasnya, beliau sama sekali tidak menuding jari kepada pihak polis, tetapi menyifatkan keadaan ini berlaku berikutan realiti politik yang membiarkan umat Islam dibuli.

“Suara-suara mempertahankan Islam sukar kedengaran dalam kalangan yang memimpin pentadbiran hari ini, melainkan jumlah kecil.

“Apakah ini satu keadilan? Realiti ini menjadikan rakyat makin akur bahawa Islam berada dalam keadaan yang tidak begitu selamat di bawah pentadbiran hari ini,” katanya.

Terdahulu hari ini, beliau turut memuatnaik hantaran yang berpendapat bahawa ramai pihak merasakan Islam semakin terancam di bawah pentadbiran sedia ada.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa yang diminta mengulas mengenai kenyataan Mohd Asri itu berkata, beliau belum melihat tulisan mufti berkenaan dan enggan mengulasnya.

“Saya hanya menganggap apa yang orang komen itu, kalau ia suatu perkara yang boleh membantu kita menjadi lebih baik, saya terima sebagai komen positif.

“Tapi saya juga tak boleh halang orang daripada memberi pandangan kepada Islam. Sebab itu dasar rahmatan itu sangat penting,” katanya.

Wednesday, April 17, 2019

Hina Nabi: Mujahid didesak ambil tindakan terhadap Asiah Jalil

Menteri agama perlu buat kenyataan terbuka minta rakyat hormati Islam

siti hafidah 
17/04/2019

 
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor membuat laporan polis menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Mujahid Yusof Rawa mengambil tindakan yang tegas ke atas Asiah Abd Jalil.

BANGI, 11 Syaaban 1440H, Rabu – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Mujahid Yusof Rawa didesak supaya membuat kenyataan terbuka kepada rakyat negara ini supaya menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.

Dewan Pemuda PAS Tasek Gelugor membuat desakan itu susulan melihat senario penghinaan terhadap Rasulullah ï·º dan agama Islam semakin menjadi-jadi, termasuk kenyataan terbaharu yang dibuat feminis liberal, Asiah Abd Jalil, baru-baru ini.

Ketua Penerangannya, Mohd Khairil Haniff Arsyad berkata, tindakan sedemikian menunjukkan seolah-olah segelintir rakyat mengambil kesempatan di atas keterbukaan kerajaan hari ini.

“Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor dengan rasa tanggungjawab membuat laporan polis menuntut agar menteri agama, YB Datuk Mujahid Yusuf Rawa mengambil tindakan yang tegas ke atas Asiah Abd Jalil,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Isnin lalu, Asiah sekali lagi memuat naik kenyataan menghina Rasulullah ï·º , mendakwa Baginda ‘bersenang-lenang’ beribadah di Gua Hira dengan meninggalkan isteri dan anak Baginda di rumah.

“Banyak yang Nabi buat terhadap isteri-isteri baginda, saya tidak setuju dan tidak suka. Contohnya, Nabi senang-lenang beribadah di Gua Hira dengan meninggalkan anak-anak di bawah jagaan isteri seorang.

“Sesuatu yang pak lebai tabligh contoh dan amalkan hingga kini, nak beribadah tanpa gangguan katanya,” kata Asiah.

Asiah turut mendakwa bahawa Islam tidak pernah menghapuskan sistem perhambaan.

Menyifatkan kenyataan aktivis liberal itu bersifat jahat, Mohd Khairil mendesak Mujahid supaya membuat kenyataan terbuka kepada semua rakyat Malaysia untuk menghormati Islam sebagai agama Persekutuan, selain mengajak menghormati agama lain di negara ini.

“Dalam masa sama, kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor mengajak Puan Asiah Abd Jalil agar bertaubat dan menginsafi atas kenyataan jahatnya terhadap Rasulullah ï·º dan Islam,” katanya.

Saturday, April 6, 2019

Hibah 1.25%: 6 persoalan rakyat perlu tahu

DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI
05 APRIL 2019


SELURUH rakyat Malaysia pastinya gempar dengan pengisytiharan Hibah Tabung Haji sebanyak 1.25% yang dibuat YB Dr Mujahid Yusof Rawa iaitu kadar terendah dalam sejarah Tabung Haji (TH)!

Seperti dijangkakan YB Menteri menggunakan naratif menyalahkan Kerajaan dan pengurusan terdahulu yang kononnya melakukan manipulasi akaun dan salah guna kuasa hingga selama 5 tahun berturut-turut mengisytiharkan hibah yang tinggi kepada pendeposit.

Sebelum pihak menteri dan pengurusan baharu TH meneruskan permainan menyalah (blame game), lebih baik mereka bersikap telus kepada rakyat untuk menjelaskan beberapa persoalan penting yang membawa kepada pengisytiharan hibah yang terendah ini:-

1. Mengapakah TH hanya mengagihkan RM913 juta sahaja kepada pendeposit sedangkan mereka mengumumkan keuntungan boleh agih bagi tahun kewangan 2018 sebanyak RM2 bilion?

2. Ke manakah baki keuntungan RM5.8 bilion hasil penjualan aset-aset berharga TH kepada Syarikat SPV Urusharta Jemaah Sdn Bhd? Sebagaimana laporan YB Menteri sebelum ini jumlah aset bernilai RM10 bilion telah berjaya dijual pada nilai RM19.9 bilion. Sekiranya keuntungan ini digunakan untuk menutup defisit RM4.1 bilion aset pada tahun 2017, maka ianya masih berbaki RM5.8 bilion. Namun begitu, TH hanya mengisytiharkan RM2 bilion sahaja keuntungan boleh agih. Ke mana perginya RM3.8 bilion baki keuntungan hasil jualan aset-aset TH?

3. Apakah jaminan bahawa aset-aset yang dijual oleh TH kepada Syarikat Urusharta Jamaah Sdn Bhd mampu ditebus pada nilai yang sepatutnya. Apakah yang terjadi sekiranya nilai aset-aset ini kurang dari nilai sukuk yang dipegang oleh TH? Sudah tentu TH terpaksa merekodkan kerugian. Oleh yang demikian, 'Jaminan Kerajaan' amat penting, tetapi sebagaimana yang dilaporkan, Kementerian Kewangan bertegas bahawa tiada 'Jaminan Kerajaan' diberikan. Bagaimana kepentingan TH dapat dijaga?

4. Sekiranya benar berlakunya penyelewengan, penipuan, manipulasi akaun oleh pengurusan terdahulu, mengapakah sehingga hari ini tiada pendakwaan dibuat ke atas mereka? Sebaliknya Menteri lebih gemar mencetuskan sentimen dan menghukum mereka di mahkamah persepsi. Apakah ini satu cara menutup kelemahan pentadbiran Kerajaan PH yang hakikatnya juga bertanggungjawab menakut-nakutkan pelabur dengan naratif hutang negara tinggi dan bakal bankrap, dasar luar negara yang tidak konsisten dan mengelirukan hingga mengakibatkan saham-saham perladangan kelapa sawit dan getah milik TH menjunam jatuh selepas pertukaran Kerajaan pada Mei 2018.

5. Benarkah aktiviti pelaburan TH telah digantung sejak tahun lalu hingga hari ini sehinggakan Jawatankuasa Pelaburan tidak bersidang dan TH tidak mampu menjana apa-apa hasil pelaburan sebagaimana kebiasaannya kecuali menjual aset-aset seperti hartanah bernilai TH kepada SPV? (Antara hartanah bernilai yang dijual termasuklah Tanah TRX yang dibeli pada harga RM196 juta dan dijual pada harga RM400 juta; Platinum Park dijual pada harga RM737 juta sedangkan harga belian RM485 juta; ini tidak termasuk hotel-hotel TH yang turut dijual di TH Bayan Lepas, TH Kuching, TH Hotel Kelana Jaya, TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Alor Setar, TH Hotel Terengganu)

6. YB Amanah-PH Hasanuddin Yunus mendakwa berdasarkan cariannya bahawa TH Indoplantation di Riau rugi RM408 juta sedangkan dalam rekod TH mencatatkan keuntungan berjumlah RM873 juta. Mana satu yang betul? Pengurusan TH perlu jujur mengenainya.

Mohon YB Menteri Dr Mujahid menjelaskan dengan telus dan tulus persoalan-persoalan di atas yang rakyat berhak tahu terutamanya 9.3 juta orang pendeposit di kalangan orang Islam. Sudah-sudahlah bermain sentimen menyalah kerana tidak selamanya rakyat boleh diperbodohkan dengan sentimen fitnah dan tohmah!

DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia

– HARAKAHDAILY
   5/4/2019

Wednesday, March 13, 2019

Peguam PKR ‘panas hati’ Dr Mujahid jumpa Zakir Naik

By Admin
-March 13, 2019


Pertemuan Menteri Hal Ehwal Islam Mujahid Yusof Rawa dan pendakwah kontroversi Zakir Naik mendapat perhatian peguam Latheefa Koya.

“Teruskan usahamu tuan menteri, pada tahap ini anda boleh menyertai semula PAS tidak lama lagi,” ciap pengarah eksekutif Lawyers For Liberty di Twitter.

Terdahulu, menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkongsi mengenai pertemuan beliau bersama Zakir itu dalam satu hantaran Facebook.

Zakir dikehendaki di negara asalnya India kerana beliau didakwa terkait dengan kegiatan keganasan.
Menjelaskan pertemuan tersebut, Mujahid berkata pengalaman Zakir di seluruh pelusuk dunia menjadi inspirasi meneruskan kerja dakwah.

“Pertemuan penuh mahabbah bersama Dr Zakir. Pengalaman dakwahnya ke seluruh pelusuk dunia menjadi inspirasi buat kita untuk meneruskan kerja dakwah.

“Semoga Allah memperteguh usahanya untuk membimbing manusia mengenali Islam,” katanya.

Bagaimanapun, Latheefa dalam hantaran di media sosialnya itu bertanya bagaimana watak sebegitu yang didakwanya “memecah-belah” boleh menjadi inspirasi kepada negara.


Latheefa Koya@LatheefaKoya

Keep it up Mr Minister ⁦@mujahidrawa⁩ - at this rate you can join back Pas soon! ⁦how can this divisive & offensive character be an inspiration to u? https://www.malaysiakini.com/news/467780
85
6:12 PM - Mar 13, 2019
Twitter Ads info and privacy


Minister meets 'inspirational' Zakir Naik

Mujahid says the controversial Muslim preacher's work serves as an inspiration.malaysiakini.com

71 people are talking about this

Mujahid bertemu Zakir di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Kuala Lumpur dan berlangsung kira-kira sejam tengah hari tadi.

Baru-baru ini, Mujahid dikritik kerana mengatakan perhimpunan sambutan Hari Wanita Sedunia di Kuala Lumpur sebagai menyalahgunakan demokrasi kerana dikatakan mempertahankan hak golongan LGBT.

Julai lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata Zakir yang kini bertaraf pemaustatin tetap Malaysia dan tinggal di Putrajaya tidak akan dihantar pulang ke India.

Sunday, March 10, 2019

Kerajaan tegas tolak LGBT, kata Mujahid

Oleh BERNAMA
March 10, 2019 7:20 am


Kerajaan tegas dengan pendirian bahawa amalan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak diterima sama sekali di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata kerajaan tidak mengiktiraf sesuatu perbuatan yang salah di sisi undang-undang.

“Saya amat terkejut dengan tindakan segelintir pihak pada hari ini yang menyalahgunakan ruang demokrasi untuk mempertahankan perkara (LGBT) yang salah di sisi agama Islam.

“Mana mungkin kita mengiktiraf sesuatu perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Malah, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga pernah menegaskan tentang perkara ini,” katanya menerusi satu kenyataan di sini.

Mujahid mengulas mengenai satu perhimpunan hari ini bagi menuntut hak wanita yang diadakan bersempena Hari Wanita Sedunia berhampiran sebuah pusat membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pagi tadi.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Women’s Aid Organization (WAO), Sisters In Islam (SIS) serta penyokong LGBT dilaporkan telah menyertai perhimpunan tersebut.

Antara perkara dituntut kumpulan terbabit pada perhimpunan itu ialah menghapuskan diskriminasi jantina, menghentikan keganasan terhadap wanita dan kesaksamaan gender.

Perhimpunan itu bagaimanapun difahamkan tidak mendapat kebenaran pihak polis.

Mujahid berkata beliau menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri bagi mengambil tindakan tegas kepada penganjur perhimpunan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Shaharuddin Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata polis akan memanggil penganjur perhimpunan bagi membantu siasatan dalam tempoh terdekat ini.

Beliau juga mengesahkan perhimpunan itu tidak memperoleh permit daripada polis kerana notis permohonan dikemukakan kepada polis kurang 10 hari dari tarikh perhimpunan itu dijadualkan.

Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012, katanya.

— BERNAMA

Berita penuh https://malaysiadateline.com/kerajaan-tegas-tolak-lgbt-kata-mujahid/

Thursday, February 14, 2019

Mujahid enggan ulas syarikat judi taja lawatan kerja ketua polis negara ke Turki

Khairil Ashraf
-February 14, 2019 2:15 PM

Mujahid Yusof Rawa (baju oren) bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam, enggan mengulas sebuah syarikat perjudian menaja lawatan kerja diketuai ketua polis negara ke Turki.

Beliau sebaliknya meminta wartawan mendapatkan komen daripada polis dan kementerian berkaitan berhubung lawatan itu.

“Itu saya tak tahu, kena tanya kementerian yang berkenaan dan polis,” katanya selepas perhimpunan bulanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, syarikat perjudian, Da Ma Cai menaja rombongan diketuai Mohamad Fuzi Harun ke Turki untuk mempelajari dasar perjudian dalam talian.

Lim berkata, kementeriannya tidak menanggung kos lawatan kerja itu, walaupun Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan ia ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.

Tajaan itu dikritik pelbagai pihak, termasuk Ketua Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad yang menyifatkan ia mencalarkan imej pasukan keselamatan negara dan turut menyinggung perasaan umat Islam negara ini.

Sementara itu, Mujahid berkata, MAIWP akan menubuhkan sebuah universiti wakaf dengan mengambil kira Institut Profesional Baitulmal dan Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi (Picoms) sedia ada.

“Kita nak pergi ke satu tahap tinggi seperti universiti wakaf, maka sudah tentulah kita kena kukuhkan dulu apa yang kita ada ini,” katanya sambil menambah universiti itu akan memberi fokus kepada golongan asnaf.

Mujahid minta maaf, sahkan kereta miliknya di parkir OKU

FMT Reporters
-February 14, 2019 7:29 AM
Kereta yang diparkir di ruang yang dikhaskan kepada golongan OKU di hadapan sebuah restoran. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa mengesahkan gambar tersebar di media sosial membabitkan kereta yang parkir di petak khas orang kelainan upaya (OKU) adalah kenderaannya.

Menteri di Jabatan Perdana itu berkata, anak-anaknya menggunakan petak khas parkir OKU kerana merasakan ia dapat memberi kemudahan kepada ayah mertuanya yang uzur.

“Saya menjaga ayah mertua yang keuzuran dan berkerusi roda. Sewaktu kejadian ini anak-anak saya membawa datuk mereka untuk makan di restoran.

“Mereka menggunakan kemudahan parkir OKU kerana merasakan ia dapat memberi kemudahan kepada datuk mereka yang uzur.

“Saya mewakili anak-anak memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengucapkan terima kasih atas teguran ini,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Sebelum itu, seorang pengguna Facebook memuat naik sekeping gambar sebuah kereta berjenama Honda yang lengkap memaparkan emblem ahli Parlimen di laman sosialnya.

“Mereka kata kereta plat PLH 4466 ini milik menteri agama (menteri di Jabatan perdana menteri). Tidak tahu pula dia OKU,” katanya.

Tidak diketahui bilakah kejadian itu berlaku.

Thursday, January 31, 2019

MP: Amaran Allah mengatasi amaran Mujahid

Anne Muhammad 
Diterbitkan Hari ini 2:28 tengahari


Anggota Parlimen Kuala Terengganu Kuala Terengganu Ahmad Amzad Hashim menolak amaran menteri agama Mujahid Yusof dalam isu lantikan anggota lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

“Menteri di Jabatan Perdana, Mujahid Yusof jangan ingat amaran dari beliau digeruni oleh umat Islam.

“Beliau dilaporkan memberi amaran jangan mempertikaikan pelantikan wakil DAP sebagai ahli lembaga pengarah Yadim.

“Ingat , 63 peratus rakyat Malaysia adalah umat Islam yang ada had kesabarannya dan tidak teragak-agak mempertahankan Islam jika terus diganggu.

“Ingat, amaran Allah SWT mengatasi amaran beliau (Mujahid),” kata wakil rakyat PAS itu menerusi kenyataannya, hari ini.

Pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP Paloh Sheikh Omar Sheikh Ali sebagai anggota lembaga pemegang amanah Yadim dikritik banyak pihak, terutamanya pembangkang.

Bagaimanapun, Mujahid mempertahankan pelantikan itu dan menjelaskan bahawa ia dibuat atas kelayakan Sheikh Omar.

Sementara itu, Ahmad Amzad mendakwa DAP berusaha menghalang usaha memperkasakan institusi mahkamah syariah dengan pelbagai alasan.

“PAS beri amaran jangan berterusan memberi laluan campur tangan DAP dalam urusan Islam.

“DAP berterusan cuba menghalang usaha memperkasakan institusi mahkamah syariah dengan pelbagai alasan,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-