Showing posts with label Institut Darul Ehsan (IDE). Show all posts
Showing posts with label Institut Darul Ehsan (IDE). Show all posts

Friday, January 12, 2018

Pengundi Pas memang setia, tapi.....

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
12 JANUARI 2018
Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman
SHAH ALAM - Pas mempunyai penyokong yang setia terhadap parti berkenaan.

Bagaimanapun menurut Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE), Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman, semangat penyokongnya itu, tidak menjamin kepada kemenangan parti berkenaan.

"Tengok kepada 'mood' sekarang ini penyokong Pas itu agak stabil.

"Kalau merosot sedikit sahaja tapi untuk menang saya nampak agak sukar," katanya kepada Sinar Online selepas menjadi tetamu bagi program FB Live Sinar Harian, semalam.

Katanya, penyokong Pas agak istimewa sepertimana juga penyokong BN.

"Pengundi Pas sama jugak dengan BN agak solid tak banyak terjejas," katanya.

Justeru, katanya Pas memerlukan penyokong-penyokong parti lain untuk memenangkan parti mereka dalam PRU nanti.

Dalam pada itu Mohamad Redzuan turut menolak bahawa dalam PRU14 nanti akan berlakunya Tsunami Melayu.

"Saya beberapa kali menyertai 'survey' turun padang, saya tak nampak tsunami melayu ini,walaupun tak puas hati tu ada terhadap BN," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meningatkan Pakatan Harapan agar tidak memandang rendah akan 'kehebatan' Umno.

"Walaupun ada sisi buruknya, kita kena ingat ada jasa Umno yang diingati oleh orang Melayu.

"Jadi jangan padang rendah akan Umno," katanya.

Tuesday, August 29, 2017

Kaji selidik - 8 negeri dapat ditawan jika parti pembangkang bergabung

Zulaikha Zulkifli
Kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati, sekiranya parti pembangkang bergabung pada pilihan raya umum akan datang, mereka dapat menguasai lapan negeri di semenanjung Malaysia - termasuk negeri yang sedang ditadbir pembangkang ketika ini.

Negeri tersebut ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Melaka, Kelantan, Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Menurut Timbalan Pengerusi IDE Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, selain lapan negeri berkenaan, di negeri-negeri lain pula BN tidak akan mendapat dua pertiga majoriti.

Redzuan memberitahu, kaji selidik itu dibuat pada 11 hingga 15 Ogos lalu kepada 4,486 responden daripada lebih 12 juta pengundi yang berdaftar di semenanjung di 130 kawasan parlimen.

Soalan yang diajukan kepada respondan ialah 'Jika pilihan raya enam bulan dari sekarang, parti mana yang akan diundi'.

Hasil kajian itu mereka mendapati 59 peratus memilih gabungan pembangkang manakala 39 peratus memilih BN.

Menurutnya lagi, sekiranya parti pembangkang bergabung, undi popular BN merosot sebanyak 14 peratus manakala undi popular gabungan pembangkang sebanyak 13 peratus.

"Ini adalah mood rakyat Malaysia sekarang. Hanya 39 peratus akan menyokong BN.

"(BN) akan hilang dua pertiga majoriti hampir di semua negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan dapatan kajian berhubung kaji selidik Mood Rakyat Menjelang PRU14 di Shah Alam hari ini.

Selain itu, Redzuan turut memberitahu, melihat kepada situasi ketika ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan mengadakan pilihan raya umum secepat mungkin.

Katanya, ia berdasarkan kepada dua keadaan iaitu semangat Sukan SEA serta perpecahan pembangkang.

"Bila Najib akan panggil PRU? Ada dua keadaan. Pertama apabila mood semangat Sukan SEA lebih-lebih lagi apabila perlawanan akhir bola sepak Malaysia lawan Thailand nanti.

"Kedua pula ketika pembangkang berpecah dan bertelagah. Kalau ada dua gabungan ini, ia waktu terbaik untuk panggil PRU. Tak perlu tunggu tahun depan," katanya lagi.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-