Showing posts with label Jabatan Kehakiman AS. Show all posts
Showing posts with label Jabatan Kehakiman AS. Show all posts

Friday, July 22, 2016

PM tidak dinamakan sebagai defendan, tiada juga dakwaan salah laku jenayah - AG

Mohamed Apandi Ali
Peguam Negara memandang berat terhadap sindiran dan dakwaan-dakwaan yang dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib berkaitan dakwaan salah laku jenayah berikutan kes tindakan sivil yang difaiikan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

Sedangkan, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan, tindakan sivil itu langsung tidak menamakan Perdana Menteri sebagai defendan atau didakwa telah melakukan salah laku jenayah.

Beliau menjelaskan, tindakan sivil telah difailkan oleh DOJ Amerika Syarikat bagi pelucutan hak aset-aset berkaitan dan perkara itu kini tertakluk di bawah mahkamah sivil di negara itu.

"Ia adalah berkaitan apa yang dikatakan pengubahan haram wang yang diselewengkan dari 1MDB," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Mohamed Apandi, setakat ini tiada bukti daripada mana-mana siasatan yang dijalankan agensi penguatkuasa undang-undang dalam pelbagai bidang kuasa menunjukkan bahawa wang telah diselewengkan dari 1MDB.

Malah, katanya, tiada pertuduhan jenayah difailkan terhadap mana-mana individu bagi kesalahan seumpama itu.

Pada masa ini, siasatan sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia dan memandangkan kes itu sedang disiasat adalah tidak sesuai butiran mengenainya didedahkan kerana boleh menganggu siasatan.

Mohamed Apandi menekankan, Malaysia sebagai negara yang mendukung kedaulatan undang-undang, adalah penting untuk memelihara integriti siasatan agar hasilnya kelak tidak diragui.

Katanya, setakat ini Jabatan Peguam Negara masih belum menerima sebarang permintaan daripada DOJ untuk mendapatkan apa-apa maklumat atau bukti.

Walau bagaimanapun, beliau mengalu-alukan sebarang permintaan, selaras dengan komitmen kerjasama antarabangsa dan usaha membanteras pengubahan wang haram dan amalan rasuah.

Tegasnya, sebagai Pendakwa Raya,beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pelaku jenayah dengan syarat terdapat bukti yang mencukupi untuk berbuat demikian.

Sebarang salah laku mesti dan akan dihukum, tambahnya.

 - MalaysiaGazette

Thursday, July 21, 2016

Salleh: Derma Najib soal berasingan, 'hati-hati' tuduhan AS

FMT Reporters
July 21, 2016

Menteri komunikasi dan multimedia itu mempertahankan Najib dan berkata tuduhan Jabatan Kehakiman AS perlu ditangani secara berhati-hati.
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini tampil mempertahankan Datuk Seri Najib Razak daripada dikaitkan dengan permohonan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat semalam menyita aset 1MDB.

“Tiada siapa yang patut terburu-buru menghakimi sebelum tuduhan terbukti di mahkamah. Derma kepada perdana menteri adalah suatu perkara berasingan,” kata Salleh.

Semalam, Jabatan Kehakiman AS memfailkan saman menyita aset berkaitan 1MDB bernilai AS$1 bilion (RM4 bilion), dalam kes korupsi terbesar AS membabitkan negara luar.

Permohonan saman itu antara lain menamakan anak tiri Najib, Riza Aziz dan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low, nama yang sering dikaitkan dengan skandal 1MDB.

Salleh berkata penyiasatan rapi mendapati wang yang diterima Najib merupakan derma keluarga diraja Arab Saudi, dan disahkan menteri kewangan negara itu pada 14 April.

Najib sebelum ini dilaporkan menerima wang sejumlah RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya pada 2013. Beliau bagaimanapun menafikan wang itu berkait dengan 1MDB, seperti didakwa akhbar The Wall Street Journal yang memetik dokuman penyiasatan Malaysia.

Salleh berkata 1MDB selama ini menjadi sasaran serangan bermotifkan politik dengan tujuan menjatuhkan kerajaan yang dipilih melalui demokrasi.

“Terlalu banyak tuduhan seperti kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya RM42 bilion lesap, kemudian dibuktikan tidak benar – dalam hal ini pengesahan itu dibuat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara yang dwipartisan.

“Ini bermakna mana-mana dakwaan berhubung 1MDB perlu ditangani dengan berhati-hati mengikut proses undang-undang dan mematuhi prinsip tidak bersalah sehingga terbukti bersalah,” kata Salleh.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-