Showing posts with label Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Show all posts
Showing posts with label Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Show all posts

Friday, April 15, 2016

2000 anggota ditugaskan kawal forum Dr Zakir

ASYRAF MUHAMMAD
14 APRIL 2016
Abu Shariz
SHAH ALAM -  Pengarah Program Ceramah Umum Dr Zakir Naik 2016, Abu Shariz memaklumkan bahawa kerajaan telah menyediakan kira-kira 2000 orang anggota bagi mengawal keselamatan orang awam ketika penganjuran program Dr Zakir Naik yang bakal berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil pada Sabtu ini.

Menurut Abu Shariz, anggota keselamatan tersebut terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pasukan komando serta pengawal keselamatan.

“Kerajaan akan menyediakan jumlah pasukan keselamatan yang mencukupi dalam penganjuran program pada Sabtu ini dan ini bukan merupakan sesuatu yang ganjil memandangkan dalam perlawanan bola sepak pun, pasukan keselamatan yang ditugaskan adalah lebih kurang 3000 orang,”katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memutuskan untuk tidak membenarkan forum Dr Zakir di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) selepas tajuk forumnya "Persamaan Antara Hinduisme dan Islam" mencetuskan kontroversi.

Namun begitu, selepas mendapat maklum balas yang kurang menyenangkan daripada masyarakat Islam negara ini, kerajaan mengambil keputusan untuk membenarkan forum agama pada Ahad ini diteruskan dengan syarat tajuk asal program itu perlu ditukar.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai keselamatan Dr Zakir Naik di negara ini selepas berlakunya kontroversi berkenaan, Abu Shariz memaklumkan bahawa keselamatan beliau tidak pernah menjadi isu pada ketika ini.

“Kami percaya kebanyakan rakyat negara ini merupakan rakyat yang sivil, menghormati hak antara satu sama lain serta memberi ruang sesama sendiri. Cuma persoalannya hanyalah berikutan terdapat segelintir pihak yang sedang melakukan provokasi lebih kepada penyebaran maklumat yang tidak sahih,”katanya.

Tambahnya, sekiranya orang bukan Islam ingin menghadiri program berkenaan, keselamatan mereka dijamin akan selamat berikutan daripada penyediaan jumlah anggota keselamatan yang mencukupi.

Sunday, March 1, 2015

Ular sawa sembilan meter berjaya ditangkap

Beberapa anggota JPAM Segamat menunjukkan ulat sawa sepanjang hampir sembilan meter dengan berat kira-kira 90 kilogram yang ditangkap ketika memasuki reban kambing penduduk di Kampung Sepinang dekat sini, pada Sabtu.

SEGAMAT, 1 Mac:

Empat anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Segamat berjaya menangkap seekor ular sawa sepanjang hampir sembilan meter dengan berat kira-kira 90 kilogram di Kampung Sepinang dekat sini, pada Sabtu.

Pegawai JPAM Segamat, Nazlan Ruslan berkata anggotanya menerima panggilan daripada seorang penduduk kampung kira-kira jam 3 petang meminta bantuan untuk menangkap reptilia tersebut yang memasuki reban kambing penduduk.

“Empat anggota kemudian bergegas ke lokasi tersebut dan berjaya menangkap haiwan tersebut yang dalam keadaan lapar dengan bantuan beberapa penduduk kampung kira 30 minit kemudian.

“Ular yang ditangkap kali ini merupakan tangkapan terbesar pada tahun ini dan dipercayai reptelia tersebut yang lapar keluar mencari makanan dan air berikutan cuaca panas sebelum memasuki reban kambing penduduk,” katanya.

Beliau memberitahu cuaca panas dan kering ketika ini menyaksikan kes tangkapan ular di daerah ini meningkat mendadak dengan 26 ekor sepanjang Januari dan 28 ekor pada bulan Febuari tahun ini.

Menurutnya, pada musim panas dan kering lazimnya ular akan keluar dari lubang atau tempat persembunyian berkeliaran bagi mencari makanan.

Nazlan berkata ketika tangkapan dibuat ular tersebut tidak melawan kerana dipercayai dalam keadaan lemah akibat kelaparan sekaligus memudahkan proses menangkap haiwan tersebut oleh anggota dan penduduk kampung.

“Ketika ditangkap dipercayai haiwan tersebut belum sempat membaham sebarang mangsa kerana semua kambing tiada di dalam reban pada masa itu.

“Sehubungan itu saya menasihatkan orang ramai agar berhati-hati terutama ketika berada di kawasan semak dan jangan bertindak melulu serta cuba menangkap reptilia tersebut kerana boleh mendatangkan bahaya,” katanya yang akan menyerahkam haiwan tersebut kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/03/01/ular-sawa-sembilan-meter-berjaya-ditangkap/#ixzz3T9726zIa

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-