Showing posts with label KJ. Show all posts
Showing posts with label KJ. Show all posts

Thursday, September 20, 2018

Annuar: Mustapa disiasat polis seminggu sebelum keluar Umno

Shakira Buang | Diterbitkan 20 Sep 2018, 5:53 petang 


Datuk Seri Mustapa Mohamed disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) seminggu sebelum beliau membuat pengumuman untuk keluar Umno, kata Tan Sri Annuar Musa.

Menurut setiausaha agung Umno itu, turut disiasat ialah dua lagi pemimpin Umno Kelantan.

"Saya boleh sahkan Umno Kelantan termasuk Tok Pa (Mustapa) disiasat polis 10 hari lalu.

"Beliau terima sejumlah dana yang agak besar dan ia disiasat oleh PDRM," katanya dalam sidang media di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara jelas dari mana sumber dana yang didakwa diterima Mustapa itu.

Sebelum ini anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam membuat dakwaan Mustapa mengambil keputusan keluar Umno setelah diugut Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin, kerana menerima dana daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lokman mendakwa Mustapa disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama tiga hari berhubung dana RM2.6 bilion dan diberi kata dua oleh Daim, sama ada untuk keluar Umno atau dihadapkan ke mahkamah.

Anggapan KJ tersasar
Bagaimanapun, mengulas lanjut Annuar menegaskan tindakan Mustapa itu dibuat bukan kerana siasatan tersebut.

“Namun saya tidak boleh katakan itu (siasatan SPRM) sebab dia keluar. Tidak semestinya. Tidak berani saya kata, awak kena tanya dia sendiri,” katanya.

Dalam sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno hujung bulan ini, Annuar turut menegaskan dakwaan Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa tindakan Mustapa keluar parti terjadi kerana anggota parlimen Jeli itu tidak senang dengan kerjasama Umno dengan PAS.

Katanya spekulasi berkenaan adalah tidak tepat.
“KJ ada tweet mengatakan Tok Pa keluar kerana ada kaitannya dengan soal kerjasama Umno dengan PAS, tapi apabila saya semak, KJ tidak bercakap dengan Tok Pa pun lagi. Jadi, ini bermakna KJ membuat spekulasi.

“Saya juga ada versi saya. Saya tahu Tok Pa keluar bukan kerana kerjasama Umno dengan PAS, kerana Tok Pa tidak pernah menolak bahawanya (kerjasama) begitu. Isunya bukan itu. Tidak mungkin dia keluar parti sebab itu sahaja.

“Saya boleh beri penegasan dalam konteks kenyataan KJ itu sudah pastinya tersasar maka ianya hanya satu telahan KJ sendiri,” katanya.

Mengulas lanjut, Annuar berkata terlalu banyak sebab kenapa pemimpin Umno hari ini bertindak meninggalkan parti.

Baca: Wang songlap dari 1MDB atau derma?

“Semua yang keluar ini alasannya tak sama, ada yang keluar memaklumkan mereka ada kepentingan perniagaan dengan kerajaan pusat dan kepentingan itu terlalu besar, maka mereka terpaksa memikirkan keperluan menyelematkan perniagaan mereka.

“Kita hormati setiap keputusan yang dibuat,” katanya.

Selain itu, Annuar turut mengingatkan Umno ketika ini sedang melalui zaman sukar dan memberitahu tidak semua orang boleh berdepan tekanan hebat.

“Sesetengahnya tidak boleh hidup jika tidak ada duit, sesetengahnya pula tidak boleh hidup jika ditekan pihak tertentu, jadi proses inilah yang kita terpaksa hadapi ketika Umno mengalami ujian,” katanya.

Annuar turut mendakwa terdapat banyak tawar-menawar berlaku daripada pihak tertentu untuk membeli pemimpin Umno.

"Banyak tawar-menawar, (dari) pintu depan pintu belakang. Kita tak boleh nak kawal atau nak tambat. Terpulang pada istiqamah masing-masing. Perjalanan masih jauh," kata Annuar.

Tuesday, March 9, 2010

Di sebalik kegembiraan - menyasikan pemimpin2 PKR lompat melompat...........

Kedudukan BN/UMNO masih berada seperti 'telur di hijing tanduk'. BN/UMNO telah terselamat kerana sokongan dari Sabah dan Sarawak pada PRU12 yang lalu.

Kita cuma boleh andaikan PR sudah lemah kerana dilanda badai gelombang penghijrahan pemimpin2 PKR keluar parti. Sebalik nya penyokong2 parti itu masih lagi berpegang teguh kepada parti mereka itu. Kemarahan penyokong2 PR ini akan menambah kan lagi azam mereka untuk menguat kukuhkan parti mereka.

Dengan penghijrah pemimpin2 PKR ini sebenarnya sedikit pun tidak melemahkan PR. Sedangkan keadaan BN/UMNO masih lagi terumbang-ambing. Sebenar nya BN/UMNO masih lagi belum dapat men diagnosis dengan tepat punca2 kekalahan teruk pada PRU12 yang lepas.

Ada pehak mengatakan kaum bukan melayu tidak lagi menyokong parti2 komponen BN iaitu MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Ini terbukti bahawa hampir semua pemimpin2 parti komponen BN ini telah tewas pada PRU12 yang lepas.

Tindakan kerajaan untuk mengambalikan sokongan kaum bukan melayu ini kepada BN/UMNO tidak banyak memberi kesan setakat ini. Kaum ini masih lagi nampak memehak kepada parti lawan. Perkara ini ditambah buruk kan lagi dengan kepincangan2 yang sedang berlaku dalam parti2 komponen BN ini.

MCA, MIC, Gerakan dan PPP masih gagal menarik sokongan kaum bukan melayu. Image parti2 ini masih ditakuk lama. Tiada pembaharuan dibuat, melainkan yang nyata terserlah ialah rebutan kuasa sahaja.

Sekarang kita tinjau pula kedudukan parti peneraju utama BN iaitu UMNO. Adakah UMNO itu sudah benar2 pulih dan sudah diterima oleh semua gulungan rakyat?

Sebenarnya apa yang sedang berlaku dalam sayap Pemuda UMNO masih lagi bergelora, walaupun ianya nampak tenang di mata rakyat biasa. Ianya seperti gunung berapi yang akan meletup pada bila2 masa sahaja.

Kunun nya dikatakan juga salah satu lagi yang penyebab BN/UMNO hampir tumbang pada PRU12 yang lepas ialah kepimpinan Tun Abdullah ex-PM kita. Ini ada kaitan pula dengan KJ. Sedangkan KJ masih lagi berada di pucuk pimpinan UMNO atas tiket Ketua Pemuda UMNO yang dimenanginya secara kontravesi.

Masih ramai penyokong2 parti yang masih tidak berpuas hati tentang kehadirian KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO. Perkara ini juga sedang di peram oleh pemimpin2 atasan.

Image sesetengah pemimpin atasan juga masih lagi tidak boleh berubah, masih ada lagi yang ber bangga2 mempamirkan harta kekayaan, hidup ber mewah2 dan bini baru yang comel lote pula.

PRU13 semakin hampir, sedarlah, jangan terlalu teruja dengan 'pesta melompat' yang sedang dipersembahkan oleh segelintir pemimpin PKR ini.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-