Showing posts with label KPM. Show all posts
Showing posts with label KPM. Show all posts

Thursday, November 12, 2020

Apa istimewanya sekolah vernakular mahu peruntukan khas? – Prof Teo Kok Seong

mykmu.net
November 12, 2020

Mereka bimbang hilang peluang agih dana pada masyarakat?

Prof Datuk Dr Teo Kok Seong

BANGI, 23 Rabiulawal 1442H, Isnin – Tindakan kerajaan tidak mengumumkan jumlah peruntukan mengikut kategori kepada sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Belanjawan 2021 dilihat adil dan tidak memihak.

Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, kaedah berkenaan lebih baik bagi memastikan tiada sekolah yang terkurang mahupun terlebih mendapat dana per tahun.

“Sebelum ini diagihkan mengikut kategori, jadi mungkin dengan pengagihan sebegitu ada sekolah yang dapat lebih ada yang mendapat kurang dana.

“Apabila kerajaan memberi belanjawan secara umum begini, maka ia lebih menyeluruh.

“Sekolah-sekolah yang sememangnya memerlukan bantuan akan dapat bantuan selayaknya,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Sementara itu, mengulas ketidakpuasan hati segelintir pihak – yang mendakwa kononnya kerajaan meminggirkan sekolah vernakular, Prof Teo Kok Seong berkata, perkara berkenaan tidak perlu menjadi isu kerana mereka tetap mendapat peruntukan menerusi belanjawan yang sama.

“Semua sekolah dalam sistem pendidikan kita sama rata. Tak perlu dikategorikan. Yang berbeza sedikit cuma daripada segi silibus yang dibekalkan dalam sekolah vernakular dan sekolah agama.

“Dari segi pengkategorian khusus, tak perlu pun. Tak kira jenis sekolah apa yang memerlukan untuk diselenggera, wajar mereka mendapat bantuan.

“Tambahan pula, mereka (sekolah vernakular) bukan sekolah kebangsaan sepenuhnya, apa istimewanya mereka sampai nak diberi peruntukan khas. Jadi, kita nampak ada kerakusan, yang umum pun mereka akan dapat. Jadi mereka nak yang khas sekali. Nak untung dua kali,” katanya lagi.

Prof Kok Seong tidak menolak kemungkinan peruntukan khas kepada sekolah vernakular sebelum ini hakikatnya adalah lebih kepada faktor politik.

“Pemimpin masyarakat cina terutama parti-parti yang memerintah, bila dapat dana khas, kadang-kadang pemimpin politik yang sampaikan dana itu kepada masyarakat Cina.

“Mereka mahu penglibatan politik lebih nyata. Jadi, jika tiada dana khas, maka ahli-ahli politik akan kehilangan peluang, iaitu peluang mengagih-agihkan dana kepada masyarakat Cina,” katanya.

Terdahulu, ADUN DAP, V Ganabatirau mahu kerajaan mempertimbangkan semula peruntukan khas kepada sekolah vernakular.

“Sebelum ini sejak 2013, tiap-tiap tahun SJKT dan SJKC dapat peruntukan khas RM50 juta masing-masing.

“Kali ini, PN umum RM800 juta secara am untuk semua sekolah. Jadi, kemungkinan sekolah vernakular tidak akan ada keutamaan.

“Kerajaan PN perlu pertimbangkan semula peruntukan khas dalam RM800 juta ini,” dakwanya.

Friday, June 26, 2020

MCA ada agenda cairkan identiti negara secara senyap

ainulillia
Dakwa silap letak, Hang Soon buang logo KPM selepas dikecam

BANGI, 4 Zulkaedah 1441H, Jumaat – Tindakan Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon memberi ucapan dalam bahasa Mandarin – menggunakan logo Kementerian Pendidikan (KPM) – tidak boleh dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan tegas.

Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Shuhaib Ar-Rumy Selamat berkata, meskipun beliau menyatakan tindakan itu sebagai satu kesilapan, hakikatnya hanya helah politik setelah menerima kecaman teruk daripada rakyat.

“MCA konsisten menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab oleh mereka yang tidak memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Lebih mendukacitakan lagi, timbalan menteri itu berada di posisi kementerian yang bertanggungjawab untuk memupuk nilai cintakan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.

“Identiti negara ini harus dipertahankan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, terutama berkaitan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya.

Terdahulu, Hang Soong yang juga Timbalan Presiden MCA menerusi akaun Facebook memuat naik poster dengan logo KPM, memberi ucapan Selamat Menyambut Perayaan Perahu Naga dalam bahasa Cina.

Menurut terjemahan, Hang Soon berkata, “Mari kita meraikan semangat patriotik Qu Yuan dengan menyambut festival Perahu Naga untuk meneruskan intipati budaya Cina.”

Sebagai respon kepada reaksi netizen yang mengecamnya, beliau bertindak membuang logo KPM itu dan menyatakan bahawa ia adalah satu kesilapan.

Beliau mengaku silap tersilap letak logo, namun mendakwa ada pihak bermain politik yang kononnya isu berkenaan ‘digereng’ untuk menimbulkan isu perkauman.

Friday, April 26, 2019

Mansuh matrikulasi: DAP hapus dulu sekolah vernakular, UEC

Pemuda UMNO beri amaran jangan sentuh hak, kedudukan Bumiputera
fazleen safina 
26/04/2019


BANGI, 20 Syaaban 1440H, Jumaat – Mengapa parti tamak haloba, DAP tidak memperjuangkan sistem pendidikan satu aliran, dengan membubarkan sahaja sekolah vernakular dan memansuhkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), jika benar mahu menyatukan sistem pendidikan hari ini.

Exco Biro Akademik dan Mahasiswa Pergerakan Pemuda UMNO, Farhan Khairuddin berkata, alasan DAP yang kononnya mahu ‘menyatukan sistem peperiksaan kemasukan institusi pengajian tinggi awam’ bagi mendesak kerajaan memansuhkan program matrikulasi, ternyata tidak jujur dan berat sebelah.

Menyelar desakan sekumpulan pemimpin DAP semalam, beliau berkata, parti itu sepatutnya bersikap jujur dan ikhlas apabila bercakap mengenai prinsip keadilan dalam isu itu.

“Anehnya, Program Matrikulasi yang berteraskan sistem quo 90:10 dikatakan tidak adil, tetapi pengiktirafan UEC yang diperjuangkan mereka dikatakan adil pula?,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan bersama yang dibuat 20 pemimpin DAP semalam, yang menggesa kerajaan menggantikan peperiksaan program matrikulasi dengan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Sekumpulan pemimpin itu dilaporkan berkata, jemaah menteri harus mengurangkan bilangan pelajar program matrikulasi secara beransur-ansur, dan melangkah ke arah ‘menyatukan sistem peperiksaan kemasukan institusi pengajian tinggi awam’.

Gesaan itu antara beberapa cadangan jangka panjang dan pendek yang dikemukakan mereka berhubung kontroversi mengenai bilangan kuota pengambilan pelajar untuk kemasukan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM).

Mengulas lanjut, Farhan berkata, DAP perlu sedar bahawa Program Matrikulasi KPM ditubuhkan bertujuan untuk membantu pelajar Bumiputera mengikuti pengajian pra-universiti, sekali gus membantu mereka masuk ke institusi pengajian tinggi tanpa melalui STPM.

“Asasnya, Program Matrikulasi KPM ini merupakan pintu bagi anak-anak Melayu dan Bumiputera untuk menempatkan diri dalam bidang-bidang profesional seperti perubatan, farmasi, kejuruteraan dan bidang profesional yang lain.

“Berbilion ringgit dilaburkan untuk pembinaan pusat-pusat matrikulasi seluruh negara seperti di Gopeng, Tangkak, Arau, Kuala Pilah dan Jugra,” katanya.

Katanya, kerajaan terdahulu tidak pula terlepas untuk membantu kaum-kaum lain dalam hal kemasukan ke IPTA, malah sebanyak 10 peratus daripada purata 20,000 tempat setahun atau 2,000 peluang dibuka untuk mereka.

“Hairan, apakah sebenarnya kenyataan bersama pemimpin DAP yang disiarkan di laman media Freemalaysiatoday.com ini merupakan cerminan kepada agenda mereka untuk menghapuskan kedudukan bumiputera dan non-bumi seperti yang dipersetujui mereka melalui Deklarasi Setapak 1967?

“Pemuda UMNO memberi amaran keras kepada DAP bahawa jangan diusik apa yang telah dipersetujui.

“Jalankanlah tugas kamu sebagai kerajaan dalam membela nasib rakyat, menyediakan peluang pejerjaan kepada anak muda serta memulangkan semula hak mahasiswa seperti baucer buku, potongan bayaran balik PTPTN, biasiswa Mybrain serta Kad Debit Siswa yang telah dirompak oleh kerajaan hari ini,” katanya.

Friday, July 27, 2018

MARA akan 'dicarik-carik'

MyMetro
Mutakhir
Wartawan NSTP
cnews@nstp.com.my

Senarai bahagian-bahagian MARA akan dipecah-pecahkan mengikut kementerian yang tular.

SETIAUSAHA Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan dipecah-pecahkan dan dibahagikan kepada beberapa kementerian.

Melalui status akaun Twitter miliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh memaklumkan bahawa MARA akan ‘dibahagi-bahagikan’ membabitkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pembangunan Usahawan (KPU), Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

"Diberitakan MARA bakal difaraidkan/dipecah kecilkan dan dibahagi antara KKLW/KPU/KPM/JPM/KEKON.. MARA jadi umpama GHANIMAH (rampasan perang). Jika berlaku, YB Rina akan jaga kulit saja... segala isi dipindahkan," tulisnya dalam Twitter pada jam 9.50 malam tadi.

Bagaimanapun, menerusi entri itu, Annuar yang juga bekas Pengerusi MARA tidak menjelaskan bagaimana agensi itu bakal dibahagikan antara kementerian terbabit.

Pada 23 Julai lalu, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Mohd Yusof memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat keputusan mengenai kedudukan MARA kurang daripada tempoh 20 hari.

Mohd Redzuan berkata, secara peribadi beliau mahu MARA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan walaupun agensi itu itu kini di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

"Namun, kita perlu ingat sejarah MARA yang sebelum ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum dibubarkan pada 2009.

"Jadi saya hendak sambung balik agenda dan memperkasakan peranan MARA seperti yang termaktub dalam Akta Parlimen," katanya dalam sidang media selepas mengadakan taklimat bersama pengurusan tertinggi MARA, 23 Julai lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Julai 2018 @ 2:02 AM

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-