Showing posts with label Ketua UMNO. Show all posts
Showing posts with label Ketua UMNO. Show all posts

Wednesday, June 6, 2018

Jamal: Saya masih di Malaysia, tak perlu panggil Interpol

Mohamad Fadli | June 5, 2018

Jamal Yunos berkata meminta campurtangan Interpol untuk kes kesalahan kecil yang membawa denda RM400 hanya membuang masa.

PETALING JAYA: Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata beliau masih di Malaysia dan tidak berada di luar negara seperti yang didakwa.

Beliau berkata tindakan kerajaan meminta campurtangan Interpol untuk mengesannya bagi kes kesalahan kecil yang membawa denda RM400 hanya membuang masa.

“Kesalahan saya bukan jenayah yang boleh mengancam keselamatan. Ianya kesalahan memecahkan botol pejabat di hadapan SUK dengan penukul besi kerana membantah pesta arak. Kesalahan kecil yang dendanya hanya RM400,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polis sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk mengesan Jamal yang dipercayai melarikan diri ke repulik itu.

Satu waran tangkap dikeluarkan terhadap Jamal selepas pemimpin Umno itu didapati hilang selepas 3 pertuduhan dibacakan terhadapnya di Hospital Pakar Ampang Puteri 25 Mei lalu, di mana beliau sedang dirawat.

Jamal nafi melarikan diri dari pihak berkuasa, menegaskan ia cuma salah faham kerana menyangka proses ikat jamin sudah diselesaikan pada hari kejadian.

Jamal berdepan 3 pertuduhan yang dibacakan kepadanya di hospital, iaitu untuk tuduhan melakukan mudarat dengan mempamerkan senjata api berdasarkan gambar tular di media sosial, melakukan mudarat di kawasan awam apabila memecahkan botol arak menggunakan penukul besi sebagai simbolik bantahan terhadap pesta arak, dan yang ketiga dipercayai kerana menceroboh sebuah pusat judi haram di Ampang.

Beliau mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkan pemimpin Umno itu diikat jamin RM3,000 bagi setiap kes.

Polis berkata terdapat baki 6 kes lagi melibatkan Jamal selain daripada 3 kes yang sudah dituduh.

Monday, August 24, 2015

Jamal tarik balik kecaman, mohon maaf dengan MB Johor

FMT Reporters | August 24, 2015

Menafikan meviralkan kenyataan yang dibuat dan menjelaskan ia hanya pandangan peribadi
PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunus menarik balik kenyataan dan memohon maaf terhadap kecaman yang dibuatnya ke atas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Melalui kenyataannya di dalam Group Telegram Ketua UMNO Bhg Msia, beliau menjelaskan apa yang disuarakan sebelum ini hanyalah pandangan peribadi.

“ Saya sekali lagi memohon maaf dan ampun kpd kbs Johor…dan menarik balik kenyataan saya tersebut terhadap YAB MB JOHOR…itu hanya pandangan peribadi saya dalam group ini.

“Dan saya tidak meviralkannya dan tidak tahu bagaimana ia boleh terkeluar daripada group ini…mohon ampun dan maaf sekali lagi,” rayunya dalam mesej berkenaan.

Pada ayat yang seterusnya, Jamal menjelaskan dia bersetuju dengan pandangan dan nasihat yang diberikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar kepadanya.

“Saya budak baru belajar jika tersilap tolong tunjuk ajarkan,”tulisnya dalam Telegram berkenaan.

Sebelum ini, dalam kenyataan kerasnya Jamal menuduh Khaled gagal mengawal orang kanannya, Khairy Malek yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Johor selepas UMNO Bahagian Gelang Patah meluluskan usul supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak supaya cuti rehat.

“Kepada Khaled saya ingin berpesan, jadilah anak jantan.

“Jika mahu menentang PM, lakukanya secara terang-terang, letak jawatan dan lawan macam pendekar.

“Jangan main baling batu sembunyi tangan.

“Najib perlukan barisan yang “Sehati Sejiwa” untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Barisan Nasional, ” antara kecamaan yang dibuatnya terhadap Khaled.

Sunday, August 2, 2015

154 Ketua UMNO bahagian sokong pecat Muhyiddin, rombak Kabinet

FMT Reporters 

Ini membuktikan Perdana Menteri tidak membuat keputusan bersendirian sebaliknya mendapat sokongan majoriti pemimpin UMNO.
PETALING JAYA: Pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dibuat selepas mendapat sokongan lebih 150 Ketua UMNO bahagian.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, pemimpin parti berbincang isu itu menerusi applikasi Telegram selepas Muhyiddin mengkritik 1MDB ketika berucap merasmikan majlis Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras pada Ahad lalu.

“Dalam tempoh tujuh jam (pada Isnin), 154 UMNO Bahagian menyokong Perdana Menteri membuat rombakan Kabinet.

‘”Begitu juga Ahli Majlis Tertinggi yang memberi mandat kepada Presiden untuk merombak Kabinet,” katanya merasmikan mesyuarat UMNO Lembah Pantai pada Sabtu.

Ini katanya, membuktikan Najib tidak membuat keputusan bersendirian sebaliknya mendapat sokongan majoriti pemimpin parti.

Muhyiddin digugurkan dalam rombakan Kabinet pada Selasa lalu bersama-sama Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal.

Monday, February 11, 2013

UMNO menghine penduduk Ladang Kerilla .............


Udah Gila...Pemimpin Umno Longgok Duit Depan Penduduk..


“Wang berkenaan adalah jaminan atau bukti kepada penduduk bahawa saya Ketua Umno Bahagian Tanah Merah mempunyai sumber kewangan bagi membantu penduduk di ladang itu.

“Saya membawa wang sebanyak itu ke majlis berkenaan bagi menyakinkan penduduk bahawa Umno Tanah Merah di bawah saya bukan menabur janji kosong,” kata Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz, dipetik sebuah akhbar hari ini.

Semalam seorang penduduk dari Ladang Kerilla, Devandran a/l Vadiveloo, 34, mendakwa beliau melihat pemimpin Umno berkenaan membawa wang yang dibungkus di atas meja ketika menghadiri satu program di Kerilla baru-baru ini.

Katanya, perbuatan Ketua Umno Tanah Merah itu secara jelas cuba mengaburi mata masyarakat India dengan menjanjikan sesuatu untuk mereka.

“Saya amat terkejut seorang pemimpin Umno mempunyai wang tunai sebanyak RM1.2 juta. Dari mana seorang pemimpin mendapat wang tunai sejumlah itu.

“Sebagai mewakili masyarakat India di Ladang Kerilla sangat berharap SPRM membuat siasatan terperinci,” ujarnya.

Itulah satu perangai yang sangat keji yang di miliki oleh setiap pemimpin UMNO. Sombong dan riak dengan harta kekayaan dari hasil merompak harte negare. Pemimpin2 UMNO masih anggap harte kekayaan nye boleh mempertahankan kedudukan nye.

Pemimpin UMNO ni memandang rendah dan hine kepade penduduk2 Ladang Kerilla, wang yang di bawe nye itu se olah2 di jadi kan sebagai 'umpan'. Selalu nye perkataan 'umpan' ni di gunekan untuk di berkan kepade heiwan supaye mudah di tangkap.

Sekarang kite sedang saksikan pemimpin2 UMNO ni sedang menaburkan 'umpan' nye di sane sini untuk 'menangkap' manusie yang kurang bijak supaye ter jerat dalam perangkap nye. Bagi manusie yang bijak, umpan tetap di makan tapi tidak mudah terkene jerat.

Wak tak heran kalau semakin ramai pemimpin2 UMNO dah sasau, mereke semua dah terase angin perubahan sedang melande di seluruh negare. Di Sabah dan Sarawak sentiase kedengaran laungan "Ubah" atau "Tukar" bergeme di setiap ceramah2 yang di anjurkan oleh Pakatan Rakyat.



ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-