Showing posts with label MB Kedah. Show all posts
Showing posts with label MB Kedah. Show all posts

Monday, August 14, 2023

Sanusi sedia ‘buka lembaran baru’ dengan kerajaan pusat

freemalaysiatoday.com
Yasmin Abdul Latif 
- 14 Aug 2023

Menteri besar Kedah tidak mahu mengaitkan isu peribadi termasuk kes mahkamah dengan urusan pentadbiran kerajaan negeri.
Sanusi Nor mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah bagi penggal kedua hari ini.

PETALING JAYA: Sanusi Nor berkata beliau sedia membuka lembaran baru dengan kerajaan persekutuan selepas mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah bagi penggal kedua hari ini.

Beliau berkata, fokus utamanya kini adalah melaksanakan hasrat rakyat dan tidak sama sekali mencampur aduk urusan peribadi dengan pentadbiran negeri.

“Saya sedia untuk membuka lembaran baru, kalau mereka pun sedia Alhamdulillah…kalau mereka masih menyimpan dalam hati saya tidak tahulah.

“Mana boleh simpan dalam hati urusan pemerintahan, hal hati tak boleh bawa kena simpan dalam peti,” kata Adun Jeneri itu pada sidang media selepas mengangkat sumpah jawatan menteri besar di Balai Mengadap Besar, Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Sanusi berkata, ia termasuk beberapa kes mahkamah yang sedang dihadapinya dan memaklumkan, semuanya akan diteruskan mengikut prosedur undang-undang.

“Itu hal saya, tak campur dengan pentadbiran…saya hadaplah, apa lagi,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai keserasian antara Bersatu dan PAS, Sanusi berkata setakat ini tiada masalah dan isu Bersatu menuntut kerusi di Kedah juga tidak wujud.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) akan mengadakan mesyuarat berhubung lantikan 10 exco, yang menurutnya akan ada lantikan baru dan ada dikekalkan.

“Akan ada kekalkan exco yang lama…kita akan cuba selesaikan dalam minggu ini,” katanya.

Sanusi dilantik semula ke jawatan itu selepas PN mendapat kemenangan besar iaitu 33 daripada 36 kerusi DUN pada PRN Sabtu lalu.

Timbalan pesuruhjaya PAS Kedah itu berjaya mempertahankan kerusi DUN Jeneri disandangnya, selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Muhamad Khizri Abu Kassim dengan majoriti 16,050 undi.

Thursday, July 20, 2023

Saifuddin syor lucut pangkat kehormat TLDM pada Sanusi

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jul 20, 2023 8:58 AM
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mencadangkan supaya menarik balik gelaran Laksamana Pertama (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diberikan kepada Muhammad Sanusi Md Nor.

Ini selepas menteri besar sementara itu didakwa menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sanusi dilantik sebagai laksamana pertama kehormat Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia pada 2021, tetapi Saifuddin menegaskan bahawa Sultan Selangor merupakan Kapten Yang Dipertua TLDM.

"Sultan Selangor tu memang TLDM bawah naungannya. Jadi Datuk Sanusi dia kehormat, dia bukan tentera laut tapi dia dapat kehormat punya. Sultan Selangor itu adalah ketua dia.
"Tiba-tiba hang pi hina tuanku, jadi saya ingat mungkin sampai masanya Majlis Angkatan Tentera semak balik hak kehormat Sanusi barangkali sampai masa tarik baliklah.

"Cabut tu, pasal tak hormat dengan Sultan Selangor,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran jentera pilihan raya parti bagi kawasan DUN Suka Menanti.

Sanusi ketika berceramah pada 11 Julai lalu didakwa berkata kesultanan Kedah adalah satu-satunya di negara ini yang mempunyai susur galur keturunan yang tidak putus-putus berbanding kesultanan lain dan mempersoal pelantikan Amirudin Shari sebagai menteri besar untuk mengetuai pentadbiran Selangor.

Ini dilihat sebagai satu penghinaan kepada Sultan Selangor, yang menyebabkan aduan dibuat oleh Dewan Diraja Selangor.

Walaupun meminta maaf dan menjelaskan ucapannya dipetik di luar konteks, namun Pejabat Diraja Selangor kemudian menyatakan Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa isu kenyataan Sanusi yang didakwa menghina baginda belum selesai.

Pada Selasa, Sanusi dihadapkan ke mahkamah dan turut berdepan pertuduhan hasutan berasingan kerana kenyataannya mengenai Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, Sanusi tidak mengaku bersalah dan meminta dibicarakan bagi kedua-dua pertuduhan.

'Mencurigakan, pekerja MBI warga China'

Sementara itu, Saifuddin sekali lagi menggesa Sanusi menjelaskan peranan dua warga China yang dikatakan dikaitkan dengan projek nadir bumi Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI Kedah).

Dakwanya, Sanusi telah menulis surat kepada menteri dalam negeri ketika itu Hamzah Zainudin untuk memohon Pas Lawatan Ikhtisas (visa profesional) untuk 10 jurutera dan 21 pekerja mahir dari China untuk bekerja dengan MBI Kedah.

Ini kononnya atas kepakaran mereka dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) untuk membantu MBI Kedah dalam penerokaan REE.

Saifuddin menyifatkan kedua-dua pekerja yang ditaja MBI Kedah itu sebagai "mencurigakan", kerana seorang telah hilang manakala seorang lagi ditahan awal tahun ini kerana menceroboh hutan simpan bersama lebih 380 beg bijih nadir bumi.
Gambar fail, penduduk Bukit Enggang bantah perlombongan REE.
"Eh ini bukan eksplorasi lah. Ini curi," kata Saifuddin.

Antara lain, Saifuddin menuntut penjelasan Sanusi tentang kepakaran mereka, skop kerja, tempoh pekerjaan, dan imbuhan mereka.

Dia juga menuntut Sanusi menjelaskan seorang pekerja warga China yang menghilangkan diri itu.

Semalam, SPRM dilaporkan menahan seorang pegawai kanan MBI Kedah dan seorang pengarah syarikat bagi memudahkan siasatan berhubung dakwaan kecurian sumber REE di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik, Kedah.

Pada Februari lalu, 52 suspek ditahan di kawasan itu berhubung aktiviti perlombongan haram di hutan simpan berkenaan.

Thursday, January 26, 2023

Cuba racuni pemikiran Melayu, 'move on' Sanusi, kata Amanah

malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 26, 2023 10:43 AM
Amanah Kedah menyelar tindakan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa terus memainkan isu-isu perkauman.

Pengerusinya Ismail Salleh berkata menerusi video ucapan Sanusi yang tular di media sosial pemimpin PAS itu mendakwa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming mempunyai agenda tersembunyi apabila mahu membawa konsep pembangunan perumahan dari Singapura.

Katanya, Sanusi cuba meracuni pemikiran orang Melayu kononnya menteri KPKT itu mahu membawa agenda pilihan raya kerajaan tempatan dari Singapura apabila mahu tiru pembangunan perumahan negara jiran itu.
"Sanusi juga cuba meracuni pemikiran orang Melayu kononnya KPKT sedang melaksanakan agenda Silk Road dari negara China.

"Ada beberapa isu yang tidak menyenangkan saya dan saya percaya rakyat Malaysia juga tidak senang dengan pendekatan politik perkauman PAS ini," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Merujuk video terbabit Sanusi dalam ucapannya antara lain mendakwa DAP mahu melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan bagi menguasai kerusi ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selain itu dakwanya, Pakatan Harapan juga mahu merealisasikan agenda 'the new Silk Road' yang menjadi dasar kerajaan China.

Sementara itu Ismail berkata langkah kerajaan meniru pembangunan perumahan yang dilaksanakan oleh Housing Development Board (HDB) Singapura adalah suatu tindakan yang sangat baik untuk meningkatkan kualiti perumahan di Malaysia.

Jelasnya, kualiti perumahan rakyat yang dibuat oleh Singapura melalui HDB sangat tinggi berbanding dengan Malaysia.

"Apa salahnya kita belajar kebaikan yang dibuat oleh Singapura. Rasulullah sendiri berkata ‘tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China’

"Takkan kerana kita nak tiru perumahan di Singapura maka kita akan bawa semua perkara dari Singapura.

“Ini pemikiran cetek dan berniat jahat Sanusi yang sengaja mahu mengapikan semangat perkauman yang negatif untuk menjaga kepentingan politik PAS," tegasnya anggota dewan undangan negeri (Adun) Pengkalan Kundor.

Tambahnya Sanusi juga mendakwa kononya kerajaan PAS kedah menyekat agenda ‘Silk Road’ tetapi sebaliknya mereka bekerjasama dengan syarikat dari China.

Malah katanya, Sanusi juga menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan sebuah syarikat dari China iaitu Xiamen Tungsten Co Ltd untuk projek perlombongan berunsur nadir bumi (REE) di Sik.

"Inilah yang saya katakan, Sanusi dan PAS ini tidak 'move on’ lagi. Ketika Tuanku Sultan Kedah nasihat agar berbuat baik dengan kerajaan pusat untuk kepentingan rakyat, dia masih lagi duk main isu perkauman.

“Kalau betul tak apa juga, tetapi hanya khayalan Sanusi semata-mata," kata Ismail.

Wednesday, December 7, 2022

Sanusi dakwa Anwar ‘kacau’ Syed Mokhtar sebab dia melayu

utamadsily.com
07/12/2022
Sanusi dakwa Anwar ‘kacau’ Syed Mokhtar sebab dia melayu. Perdana Menteri Anwar Ibrahim hanya berani menegur Syed Mokhtar Albukhary berbanding tokoh korporat terkaya di Malaysia yang lain kerana beliau adalah Melayu dan mudah dibuli, kata Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu berkata, tindakan Anwar tidak “mencari” individu terkaya di Malaysia yang lain menimbulkan persoalan memandangkan Syed Mokhtar hanya berada di tangga belasan senarai orang paling kaya di negara.

“Dia kata Syed Mokhtar kawal beras dan perlu beri balik petani RM10 juta dan RM50 juta tahun depan.

“Kenapa Syed Mokhtar? Kerana dia Melayu. Kenapa? Tiada lagi orang kaya lain di Malaysia ini?” soal Sanusi ketika berucap pada Ceramah Grand Finale Perikatan Nasional (PN) bagi pilihan raya Padang Serai di Kedah, malam tadi.

Semalam, Anwar pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya memaklumkan Syed Mokhtar setuju untuk memperuntukkan RM10 juta kepada petani miskin selepas ditegur olehnya.

Anwar turut menegaskan kerajaan pimpinannya tidak akan membenarkan berlaku pembolotan harta oleh tokoh-tokoh politik terhadap golongan pesawah padi.

Dalam pada itu, Sanusi turut menyarankan supaya Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil supaya fokus terhadap tanggungjawabnya sebagai seorang anggota Kabinet dan tidak membuang masa memantau akaun TikTok miliknya.

Katanya, tindakan Fahmi yang menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat ucapannya ketika berucap pada Ceramah Jelajah PN Padang Serai baru-baru ini hanya membazirkan masa tambahan pula apabila video ucapan yang dimuat naik dalam akaun media sosial itu disalah tafsir.

Menurut Sanusi, ucapan itu sebenarnya adalah nasihat kepada pengundi Padang Serai supaya tidak ada sikap “berkira” apabila melaksanakan tanggungjawab mengundi pada 7 Disember sempena pilihan raya Padang Serai.

“Dia (Fahmi) jumpa saya nasihat orang ramai pakat balik mengundi di Padang Serai.

“Saya pesan jangan berkira duit minyak, balik undi dulu, kita nak Pakatan Harapan (PH) kalah, takkan menasihat pun salah, takkan macam itu pun koyak?” soal beliau.

Menurut Sanusi, sebagai seorang menteri komunikasi digital, Fahmi seharusnya tumpu kepada isu seperti berkaitan dengan liputan internet dan bukannya tumpu kepada akaun media sosial pemimpin PN.

“Jadi menteri, tanggungjawabnya besar. Saya baca dalam akhbar menteri suruh siasat saya.

“Padang Serai mana mengundi lagi? 7 Disember baru orang mengundi. Pening apa?” soal Sanusi.

Monday, January 25, 2021

Presiden MIC cabar MB Kedah tanding kerusi campuran

Siti Hafidah
ismaweb.net

Vigneswaran dakwa Muhammad Sanusi tak bertimbang rasa


BANGI, 12 Jamadilakhir 1442H, Isnin – ‘Perang mulut’ di antara Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor serta pemimpin MIC dilihat semakin tegang.

Terbaharu, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran mencabar Muhammad Sanusi supaya bertanding di kerusi campuran pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau mendakwa, sikap angkuh Muhammad Sanusi antara punca ramai orang meninggalkan PAS dan membentuk Parti Amanah Negara (PAN).

“Tidak ada parti serpihan daripada MIC sejak 30 tahun lalu walaupun terdapat banyak isu. Isu terakhir mempengaruhi banyak pengundi, bahkan pengundi Melayu yang secara tradisional memberikan sokongan mereka kepada BN tetapi tidak melakukannya pada PRU14.

“Menteri Besar ini pula tidak bertimbang rasa seolah-olah PAS sendiri membentuk pemerintahan di Kedah,” katanya seperti dilapor Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Muhammad Sanusi yang dilaporkan ‘malas layan’ kenyataan pemimpin MIC termasuk amaran parti itu yang tidak akan menyokongnya pada PRU15.

Semalam, Menteri Besar Kedah itu dilaporkan berkata, pada PRU14 MIC juga tidak menyokong PAS, malah kebanyakan ahli parti itu menyokong Pakatan Harapan (PH).

“Malas layan dah, pada PRU14 pun dia tak sokong kita juga. Kebanyakan mereka mengundi PH, MIC pun tinggal satu kerusi sahaja.

“Hakikatnya MIC yang memerlukan undi daripada bukan India,” katanya.

Mengulas lanjut, Vigneswaran berkata, sikap Muhammad Sanusi itu hanya akan membuat pengundi berasa terasing.

“Saya dapat memahami dengan jelas mengapa dan bagaimana Amanah dibentuk kerana orang seperti MB Kedah yang sombong serta tidak mempunyai keberanian untuk bertanding di kawasan bukan Melayu.

“MIC dan MCA masih akan bertanding dan mengambil risiko. Untuk menunjukkan betapa terkenal dan hebatnya beliau, saya mencabar Muhammad Sanusi untuk bertanding di kerusi campuran dan melihat bagaimana pengundi menyokongnya,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-