Showing posts with label Menteri Industri Utama. Show all posts
Showing posts with label Menteri Industri Utama. Show all posts

Tuesday, August 6, 2019

Tiada lagi skim bantuan tanaman semula – Teresa Kok

 rhg


Kerajaan tidak akan melaksanakan kembali skim bantuan penanaman semula kepada pekebun kecil di negara ini kerana mahu bersikap adil kepada semua pihak.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata, skim itu dilihat hanya memberikan kelebihan kepada satu pihak sebelum ini dan tidak membabitkan keseluruhan termasuk pekebun tersusun di Felda dan Felcra.

Menurutnya, beliau sedar ramai pekebun kecil persendirian merayu supaya skim tersebut diperkenalkan semula.

“Kita juga ada pekebun kecil tersusun di bawah Felda, Felcra dan sebagainya. Pekebun kecil Felda mereka pinjam duit dengan kadar empat peratus.

“Jika kerajaan beri geran percuma kepada mereka (pekebun kecil persendirian), kita mewujudkan satu keadaan yang tidak adil,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Taklimat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan sesi dialog bersama penanam dan pekebun kecil negeri ini di Dewan Akademik Usahawan Tani Kampung Awah di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Woo Chee Wan dan ADUN Bilut, Lee Chee Chin.

Sebelum ini kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) bagi membantu pekebun kecil melakukan penanaman semula.

Mereka yang layak menerima bantuan kewangan sebanyak RM7,000 bagi setiap hektar yang diusahakan di bawah skim TSSPK berkenaan.

Sebaliknya kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperkenalkan dua skim iaitu Skim Pinjaman Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Skim Pinjaman Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS). Ia membabitkan peruntukan dana sebanyak RM550 juta kepada pekebun kecil persendirian yang mahu melakukan penanaman semula komoditi terbabit.

Sinar

Saturday, April 27, 2019

Ejeklah, PM pun minum minyak sawit, kata Teresa Kok

Teresa Kok mengakui bahawa hanya dalam tempoh 10 bulan lepas beliau benar-benar mengetahui mengenai minyak sawit dan manfaatnya. 
Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 27 April — Tidak selalu kita menemui pihak berkuasa atau penggubal undang-undang menjadi bahan ejekan disebabkan kelebihan mereka, Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim ternyata antaranya.

Dalam temu bual baru-baru ini dengan media sempena sambutan satu tahun beliau dalam kerajaan, menteri itu mendapati lucu apabila netizen mengkritik beliau.

“Saya tahu netizen mengejek saya mengenai kenyataan saya makan satu sudu minyak sawit merah untuk kekal muda,” katanya, sambil menambah bahawa nasihat itu sebenarnya diberikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusia 94 tahun.

“Bagaimanapun, saya tidak kisah dengan orang yang mengejek saya, yang paling penting ialah mereka belajar mengenai minyak sawit dalam proses itu,” katanya.

Malah, semua komen sinis dan kritikan itu sebenarnya menarik perhatian orang ramai kepada minyak sawit dan isu yang berkaitan.

“Dua hari lepas Anggota Parlimen pembangkang bertanya kepada saya mengenai minyak sawit merah dan saya mendapati bahawa ia turut dibincangkan di Dewan Undangan Negeri Perak.

“Ini yang saya mahukan, lebih ramai orang mengetahui mengenai minyak sawit dan manfaatnya dari segi kesihatan,” katanya dalam temu bual yang berlangsung hampir sejam.

Malah, Kok mengakui bahawa hanya dalam tempoh 10 bulan lepas beliau benar-benar mengetahui mengenai minyak sawit dan manfaatnya.

“Pada 10 bulan lepas, saya kurang berminat dengan minyak sawit dan saya tidak tahu mengenai semua nilai dan manfaat daripada tanaman ini.

“Malah, saya secara terbuka telah menyatakan dalam satu forum bahawa saya sebelum ini menggoreng ikan menggunakan minyak zaitun dan orang ketawakan saya.

“Tetapi hari ini, saya mengetahui semua manfaat daripada tanaman serba boleh ini dan saya menggesa semua ahli masyarakat kita untuk meningkatkan pengetahuan mengenai produk kita supaya sebagai masyarakat, kita dapat sama-sama mempromosikan minyak sawit kita,” kata Kok, yang bersemangat apabila bercakap mengenai industri itu.

“Bayangkan apabila pergi ke Jepun dan memberitahu kepada rakyat Jepun untuk tidak memakan wasabi atau pergi ke Korea dan memberitahu mereka ginseng tidak baik.

“Mereka (rakyat Jepun dan Korea) akan memberi tindak balas kepada anda dan menyenaraikan semua manfaat produk mereka, kerana mereka tahu mengenai produk mereka dengan baik.

“Tetapi di sini di Malaysia, malah doktor kita menyatakan perkara negatif mengenai minyak sawit, dan itu sebabnya kita perlu kempen ‘Sayangi Sawit’,” katanya, sambil menambah rakyat Malaysia perlu menyokong dan melindungi tanaman emas negara itu.

Kok, yang enggan menilai dirinya walaupun diminta oleh media, berkata, “Ia adalah anda, rakyat Malaysia dan industri yang perlu menilai saya.” 

Bernama

Monday, March 4, 2019

Kenapa peneroka sakit hati - Teresa Kok

Tanaman lain ganti sawit sejajar hasrat PM


TERESA KOK
C. SHEILA RANI
04 Mac 2019 5:45 PM

KUALA LUMPUR  4 Mac - Menteri Industri Utama, Teresa Kok mempersoalkan mengapa pekebun dan peneroka berasa sakit hati terhadap cadangannya agar golongan itu mempunyai tanaman alternatif lain selain bergantung kepada kelapa sawit sebagai sumber pendapatan.

Beliau malah berkata, cadangan itu sejajar dengan pandangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sendiri pernah memaklumkan untuk tidak bergantung kepada satu jenis tanaman sahaja.

"Mengapa mereka rasa sakit hati ? kerana kenyataan yang saya keluarkan itu?

"Bukan sahaja daripada saya malah Perdana Menteri sendiri pernah menyuarakan pandangan kita tidak patut hanya bergantung kepada satu jenis tanaman.

"Jadi saya tidak faham mengapa mereka kecil hati.. Yang kecil hati siapa? Utusan Malaysia," katanya ketika ditemui pemberita selepas Forum Perniagaan Minyak Kelapa Sawit Malaysia-China, di sini hari ini.

Semalam, Mingguan Malaysia melaporkan, Teresa mencadangkan kepada pekebun supaya beralih kepada tanaman lain seperti buluh dan kelapa selaras dengan cadangan kerajaan menghentikan peluasan penanaman kelapa sawit di kawasan baharu seluruh negara.

Namun, tegas beliau, buluh, nanas dan kelapa adalah cadangan alternatif kepada pekebun kecil yang selama ini bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan, dan bukan sebagai tanaman pengganti.

Sebuah portal hari ini melaporkan peneroka Felda tidak bersetuju dengan saranan kerajaan supaya pekebun mengehadkan peluasan tanaman kelapa sawit sebaliknya menambah pendapatan mereka dengan menanam tanaman alternatif lain.

Salah seorang peneroka Felda menyifatkan cadangan itu sangat mengecewakan kerana percaya kelapa sawit sangat berbudi kepada warga peneroka dan kerajaan sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha mengatasi masalah dalam industri sawit itu sendiri.

Friday, December 14, 2018

Teresa Kok terima hamper sawit sempena Krismas

DECEMBER 14, 2018
Facebook


Menteri Industri Utama, Teresa Kok hari ini dikejutkan dengan pemberian awal hadiah berupa hamper dari Pemuda MCA di pejabatnya tengah hari tadi.

Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh menerima sekurang-kurangnya sepuluh hadiah berupa hamper yang terisi dengan buah sawit yang diletakkan di dalam bakul dan dibalut dengan reben.

Semalam Teresa Kok mengeluarkan kenyataan supaya rakyat Malaysia makan lebih banyak minyak sawit dalam usaha membantu pekebun kecil yang menderita akibat dari kejatuhan harga sawit.

Mungkin dari kenyataan itu maka Pemuda MCA menghadiahkannya buah sawit agar menteri boleh menjadi contoh kepada seluruh rakyat Malaysia agar makan sawit banyak-banyak supaya harga sawit boleh kembali naik. – AbuLeman


© Teresa Kok terima hamper sawit sempena Krismas - Abu Leman

Sumber: http://www.abuleman.com/2018/12/teresa-kok-terima-hamper-sawit-sempena-krismas.html?m=1&fbclid=IwAR1M9zQxMcJjh6hzaorNbATNt0Z2WleLMi4h61v40JkjYYLKuOpH3utNYyY

Thursday, October 25, 2018

Najib pertahan kenyataan eksport sawit jatuh selepas PRU14

FMT Reporters
-October 24, 2018 11:17 PM

Datuk Seri Najib Razak. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan kenyatan tentang kejatuhan eksport minyak sawit negara selepas pilihan raya umum ke-14.

Bekas perdana menteri berkata eksport minyak sawit Januari-April tahun ini lebih tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas, tetapi eksport Mei-September tahun ini lebih rendah berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Mengapa Teresa Kok memberi angka-angka dari Januari sehingga September? Cuba kira dari bulan Mei sehingga September, boleh? Naik atau turun?,” katanya di Facebook.

Najib menjawab kenyataan Menteri Industri Utama Teresa Kok yang meminta beliau berhenti mengelirukan orang ramai tentang trend eksport minyak sawit.

Teresa berkata perangkaan eksport Januari-September tahun ini menunjukkan peningkatan 3.6% kepada 18.27 juta tan berbanding 17.63 juta tan tempoh sama tahun lepas.

Najib menyorot perhatian kepada eksport minyak sawit Indonesia yang meningkat setiap bulan berbanding tahun lepas.

“Mengapa tiba-tiba berlaku perbezaan besar untuk trend ataupun corak eksport minyak sawit negara kita dengan Indonesia selepas PRU14?,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-