Showing posts with label FELCRA. Show all posts
Showing posts with label FELCRA. Show all posts

Wednesday, May 20, 2020

MP Tasek Gelugor dilantik jadi pengerusi Felcra


Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya telah dilantik sebagai pengerusi baru Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).

Felcra Bhd dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan mengurus sektor perladangan.

"Pelantikan Shabudin dialu-alukan seluruh warga Felcra dan para peserta.

"Kami penuh harapan agar ketokohan, keupayaan dan pengalaman luas Shabudin, serta kemampuan beliau untuk menjiwai keperluan rakyat akan menganjakkan usaha Felcra ke tahap lebih tinggi, dalam merealisasikan visi dan misi syarikat,

seiring dengan aspirasi serta mandat membangunkan sosioekonomi peserta ke tahap terbaik," kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Mohd Nazrul Izam Mansor.

Shabudin, 54, adalah bekas hakim mahkamah syariah sebelum menyertai politik.

Dia memenangi kerusi Tasek Gelugor pada tahun 2013 dengan tiket Umno dan mengekalkan kerusi itu dengan hanya 35.73 peratus undi pada 2018.

Shabudin kemudian meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu pada Februari 2019 bersama-sama ahli parlimen lain - Mas Ermieyati Samsuddin (Masjid Tanah), Hamzah Zainuddin (Larut), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Abdul Latiff Ahmad (Mersing) dan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).

Pelantikan Shabudin ke Felcra bermakna 30 daripada 32 anggota parlimen Bersatu kini berada sama ada di kabinet, dilantik sebagai timbalan menteri atau dilantik ke agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) atau dewan yang berkaitan dengan kerajaan.

Dua anggota parlimen Bersatu lain yang tidak memegang dua jawatan kedua melibatkan entiti berkaitan kerajaan persekutuan adalah Yamani Hafez Musa (Sipitang) dan Zakaria Mohd Edris (Libaran).

Tuesday, April 7, 2020

Ketua 3 agensi utama kerajaan akan diganti?

FMT Reporters
-April 7, 2020 1:56 PM
Nageeb Wahab (dari kiri), Bakke Salleh dan Zakri Khir.

PETALING JAYA: Sumber boleh dipercayai berkata, pertukaran ketua di beberapa agensi utama kerajaan dalam perancangan.

FMT difahamkan individu itu termasuk Nageeb Wahab, Bakke Salleh dan Zakri Khir, yang masing-masing mengetuai Felcra, Felda serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

FMT tidak dapat mengesahkan dakwaan itu.

Nageeb dilantik mengetuai Felcra pada Oktober 2018, susulan peletakan jawatan Bung Moktar Radin daripada Umno.

Beliau memiliki 40 tahun pengalaman dalam industri pertanian, getah dan kelapa sawit, serta pernah memegang pelbagai jawatan kanan di Sime Darby Plantation Bhd.

Bakke, bekas pengerusi 1MDB yang mengkritik pengurusan kerajaan Barisan Nasional ke atas sayap pelaburan itu, dilantik menerajui Felda pada Jun tahun lalu.

Baru-baru ini, beliau dilaporkan diminta mengosongkan jawatan pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Zakri mengambil alih jawatan pengerusi Perkeso daripada Aseh Che Mat pada Oktober 2018. Beliau mempunyai pengalaman 3 dekad dalam pengurusan portfolio dan insurans.

FMT cuba menghubungi ketiga-tiganya untuk mendapatkan komen mereka.

Sementara itu, seorang lagi sumber memberitahu FMT berkata, lebih ramai ketua agensi utama kerajaan akan disingkirkan dalam beberapa minggu ini.

“Sebahagian daripada mereka sepatutnya ditukarkan ketika pentadbiran Tun,” kata seorang sumber merujuk bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Tuesday, August 6, 2019

Tiada lagi skim bantuan tanaman semula – Teresa Kok

 rhg


Kerajaan tidak akan melaksanakan kembali skim bantuan penanaman semula kepada pekebun kecil di negara ini kerana mahu bersikap adil kepada semua pihak.

Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim berkata, skim itu dilihat hanya memberikan kelebihan kepada satu pihak sebelum ini dan tidak membabitkan keseluruhan termasuk pekebun tersusun di Felda dan Felcra.

Menurutnya, beliau sedar ramai pekebun kecil persendirian merayu supaya skim tersebut diperkenalkan semula.

“Kita juga ada pekebun kecil tersusun di bawah Felda, Felcra dan sebagainya. Pekebun kecil Felda mereka pinjam duit dengan kadar empat peratus.

“Jika kerajaan beri geran percuma kepada mereka (pekebun kecil persendirian), kita mewujudkan satu keadaan yang tidak adil,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Taklimat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan sesi dialog bersama penanam dan pekebun kecil negeri ini di Dewan Akademik Usahawan Tani Kampung Awah di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Woo Chee Wan dan ADUN Bilut, Lee Chee Chin.

Sebelum ini kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan Skim Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil (TSSPK) bagi membantu pekebun kecil melakukan penanaman semula.

Mereka yang layak menerima bantuan kewangan sebanyak RM7,000 bagi setiap hektar yang diusahakan di bawah skim TSSPK berkenaan.

Sebaliknya kerajaan Pakatan Harapan (PH) memperkenalkan dua skim iaitu Skim Pinjaman Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) dan Skim Pinjaman Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS). Ia membabitkan peruntukan dana sebanyak RM550 juta kepada pekebun kecil persendirian yang mahu melakukan penanaman semula komoditi terbabit.

Sinar

Wednesday, May 1, 2019

[UPDATE] Bung Moktar dan Zizie Izette ditahan SPRM

MyMetro
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


Bung Moktar dan Zizie Izette dipanggil SPRM berhubung kes rasuah membabitkan FELCRA. 
FOTO Arkib NSTP

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan pihaknya menahan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette A Samad hari ini.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan Bung Moktar ditahan 10.50 pagi tadi di pejabat SPRM Sabah manakala Zizie Izette ditahan di pejabat SPRM Putrajaya 11.15 pagi tadi selepas mereka hadir untuk melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes rasuah membabitkan FELCRA.

“SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Bung Moktar dan Zizie Izette di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Mei ini.

“Bung Moktar dan Zizie Izette bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009.

“Mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen dan isteri ditahan SPRM

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mei 2019 @ 8:26 PM

Wednesday, June 6, 2018

Peneroka Felda, Felcra dapat duit raya RM450

AZIZUL FAHMI AHMAD ZABIDI dan
JUNHAIRI ALYASA
06 Jun 2018 1:48 PM

Peneroka Felda dan peserta Felcra akan menerina insentif khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM450 yang akan diserahkan tidak lama lagi. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Kerajaan mengumumkan bayaran insentif khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM450 kepada semua peneroka Felda dan Felcra.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi tujuan pembayaran insentif tersebut.

“Bayaran insentif ini akan disemak semula pada tahun 2019 yang mana penerima Bantuan Sara Hidup tidak layak lagi untuk menerima bayaran insentif khas ini,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan menteri-menteri Kabinet.

Baru-baru ini, UMNO telah mendesak Kerajaan Pakatan Harapan supaya jangan menjadikan isu hutang negara sebanyak RM1 trilion sebagai alasan untuk tidak memberikan bantuan hari raya kepada peneroka Felda dan peserta Felcra yang merupakan kumpulan yang sering mendapat manfaat itu daripada kerajaan terdahulu.

Menurut Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO, pemberian bantuan khas raya yang tidak menyeluruh kepada kakitangan awam telah membuatkan warga peneroka Felda dan peserta Felcra kini resah menantikan sama ada mereka berpeluang menerima bayaran saguhati hari raya atau sebaliknya.

UMNO turut mempersoalkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang menyatakan ekonomi Malaysia kukuh tetapi pada hari berikutnya apabila ditanya mengenai pembayaran bonus hari raya untuk penjawat awam, beliau memberikan alasan bahawa ekonomi negara lemah.

 - K! ONLINE

Friday, May 25, 2018

Calon PKR buat laporan polis terhadap ahli Parlimen Pasir Salak

Bernama
May 25, 2018

Dakwanya, penyelewengan itu menyebabkan pihak Felcra gagal tingkatkan bayaran dividen kepada peserta selain 3 kilang sawit Felcra juga dijual di bawah harga pasaran.
Maharani Tasi juga mendakwa bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu gunakan wang Felcra semasa berkempen pada PRU13.

IPOH: Calon PKR bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) Mohamad Maharani Md Tasi hari ini membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman atas dakwaan melakukan penyelewengan semasa menjadi pengerusi Felcra dari 2008 sehingga 2014.

Pesara kerajaan itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau juga mendakwa bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu juga menggunakan wang Felcra semasa berkempen pada PRU13.

Dakwanya, penyelewengan itu menyebabkan pihak Felcra gagal meningkatkan pembayaran dividen kepada peserta selain 3 kilang sawit Felcra juga dijual di bawah harga pasaran.

Sehubungan itu, Mohamad Maharani memohon pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap Tajuddin.

Dalam PRU14 pada 9 Mei lepas, Mohamad Maharani kalah di kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Manik kepada Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang ketika itu bertanding atas tiket Barisan Nasional. Zainol Fadzi kemudiannya keluar Umno dan menyertai PPBM.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut, namun ia dirujuk ke IPD Perak Tengah untuk tindakan lanjut.

Tuesday, December 9, 2014

Kumpulan peserta FELCRA buat laporan polis bonus tanpa izin kepada lembaga pengarah

Published: 9 December 2014


Pengerusi Bapa, Razman Zakaria (tengah) dilihat di sini bersama Pengerusi Anak, Mazlan Aliman (kanan). Bapa akan membuat laporan polis isu pembayaran bonus kepada Lembaga Pengarah Felcra. – Gambar Bapa Felcra, 9 Disember, 2014.Atas nasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), sebuah NGO akan membuat laporan polis ekoran pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) bahawa ahli Lembaga Pengarah Felcra mengagihkan bonus di kalangan mereka tanpa mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

Laporan itu akan dibuat Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) di Ipoh hari ini, selepas mereka bertemu dengan SPRM di Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan Lembaga Pengarah Felcra mengagihkan bonus berupa wang dan lembu di kalangan mereka tanpa mendapat persetujuan badan induk mereka iaitu MOF Incorporated.

Yang menyedihkan, turut berada dalam lembaga pengarahnya adalah wakil Kementerian Kewangan sendiri.

"Selaras dengan cadangan pegawai SPRM tadi, maka Bapa akan membuat laporan polis di Ipoh, esok berhubung isu itu, selain meminta Bapa di peringkat negeri juga berbuat demikian," kata Pengerusi Bapa, Razman Zakaria kepada wartawan sebagaimana dilaporkan Harakahdaily.

Razman bersama Pengerusi Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, ke pejabat agensi itu, di Jalan Cochrane semalam bagi membuat laporan tentangnya.

Pertemuan itu bertujuan membuka ruang kepada SPRM menyiasat isu tersebut selaras dengan pendedahan yang dilaporkan PAC.

Ketika ditemui wartawan selepas pertemuan tersebut, Razman memaklumkan, SPRM meminta beliau membuat laporan polis mengenainya kerana agensi itu beranggapan isu tersebut membabitkan kesalahan jenayah dan bukannya rasuah.

Bagaimanapun, katanya pihak SPRM tetap memberi jaminan menyiasat perkara tersebut.

Dalam masa sama, Pesuruhjaya PAS Perak itu turut mengharapkan SPRM bersedia bekerjasama meneliti semua laporan berhubung penyelewengan yang berlaku di Felcra, yang sebelum ini didedahkan Bapa.

Sebelum ini, PAC yang diketuai Datuk Nur Jazlan Mohamed, dalam laporan PAC menyatakan pemberian bonus kepada ahli lembaga pengarah Felcra dibuat tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.

Bonus tersebut diluluskan Felcra untuk diberikan kepada lembaga pengarah Felcra, termasuk tiga timbalan menteri iaitu Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, yang sebelum ini merupakan bekas Pengerusi Felcra; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib dan Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Siddique.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-