malaysiakini.com
Hidir Reduan Abdul Rashid
Diterbitkan: Feb 28, 2024 3:00 PM
Mahkamah Rayuan membatalkan pelepasan dan pembebasan Muhyiddin Yassin apabila mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hadhariah Syed Ali hari ini sebulat suara membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Ogos tahun lepas yang membenarkan bekas perdana menteri itu untuk mencabar pertuduhan berkenaan atas alasan ia tidak jelas dan cacat.
Panel hakim, yang turut dianggotai hakim Azmi Ariffin dan SM Komathy, membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula pertuduhan salah guna kuasa.
Bercakap bagi pihak panel rayuan, Hadhariah memutuskan bahawa pertuduhan adalah jelas dan tidak kabur.
Pada 15 Ogos tahun lepas, hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin memutuskan bahawa pertuduhan salah guna kuasa adalah cacat dan tidak selaras dengan Kanun Tatacara Jenayah.
Dia berkata pertuduhan itu tidak mendedahkan butir-butir yang mencukupi mengenai dakwaan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.
Hakim menegaskan antara kekurangan kejelasan mengenai empat pertuduhan itu ialah sama ada Muhyiddin dituduh membuat keputusan yang menyalahi undang-undang atau menggunakan kedudukannya secara menyalahi undang-undang.
Hakim menolak dakwaan pihak pendakwaan bahawa butiran dan perincian akan didedahkan semasa perbicaraan jenayah, menegaskan bahawa pertuduhan mestilah mengandungi butir-butir yang mencukupi untuk membolehkan Muhyiddin lebih bersedia untuk berdepan dakwaan semasa perbicaraan.
Bagaimanapun, Muhyiddin masih menghadapi tiga pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram yang belum selesai di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Empat dakwaan salah guna kuasa
Pada Mac tahun lepas, di hadapan Mahkamah Sesyen, Muhyiddin minta dibicarakan atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta yang dikaitkan dengan Jana Wibawa.
Empat pertuduhan salah guna kuasa itu, dirangka mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, menuduhnya menggunakan kedudukan sebagai perdana menteri dan presiden Bersatu ketika itu untuk suapan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu, antara Mac 1, 2020 hingga 20 Ogos 2021.
Tiga syarikat itu ialah Bukhary Equity, Nepturis Sdn Bhd, dan Mamfor Sdn Bhd, manakala individu terbabit ialah Azman Yusoff.
Tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu dibentangkan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amlatfpuaa) - dibaca bersama Seksyen 87(1) akta sama .
Ahli politik berusia 77 tahun itu didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk Bersatu menerima RM125 juta hasil daripada aktiviti haram daripada Bukhary Equity - antara 25 Feb 2021 hingga 8 Julai 2022.
Tuduhan itu tidak mendakwa bahawa pembayaran dibuat kepada Muhyiddin.
Wang itu didakwa dicuci dengan menerima wang yang dimasukkan ke dalam akaun Bersatu.
Pengubahan wang haram adalah kesalahan menyamarkan aset kewangan supaya ia boleh digunakan tanpa pengesanan aktiviti haram yang menghasilkannya.
Melalui pengubahan wang haram, hasil monetari yang diperoleh daripada aktiviti jenayah diubah menjadi dana dengan sumber yang sah.
[Laporan penuh menyusul]
Showing posts with label Muhyiddin Yasin. Show all posts
Showing posts with label Muhyiddin Yasin. Show all posts
Wednesday, February 28, 2024
Wednesday, May 30, 2018
Kaji semula pengambilan pekerja Bangladesh
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
30 MEI 2018
GEORGETOWN – Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia (PBKIM) mengharapkan Menteri Dalam Negeri yang baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin memperbetulkan beberapa dasar yang diperkenalkan sebelum ini.
Presidennya, Leftenan Kolonel (H) Che Hassan Che Johan berkata, antara perkara yang perlu diberi perhatian serius adalah pengambilan pekerja asing terutama dari Bangladesh.
“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada Muhyiddin atas pelantikan sebagai Menteri Dalam Negeri yang baharu serta kemenangan Pakatan Harapan yang cemerlang dalam PRU14.
“Dengan pelantikan ini, saya doakan semoga penyusunan semula segala dasar dapat diperbetulkan demi kepentingan rakyat di negara ini,” katanya.
Menurutnya, kebanyakannya dasar yang diperkenalkan pada sebelum ini lebih mengutamakan pengambilan pekerja asing.
“Kami juga harap perhatian dapat diberikan dengan lebih lagi kepada kakitangan Imigresen yang masih berkhidmat.
“Semoga mereka tidak terasa seperti dianaktirikan seperti sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, Persatuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) mahu kerajaan menyelesaikan masalah pekerja asing tanpa izin sedia ada sebelum membawa pekerja Bangladesh ke negara ini.
FMM dalam satu kenyataan pada Februari 2016 berkata, ia bagi mengelakkan kemasukan sejumlah besar pekerja asing dari Bangladesh menambah masalah pekerja tanpa izin di Malaysia.
Sehubungan itu, FMM mencadangkan agar proses pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh dapat dibuat secara telus dan efisien.
Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan kerajaan membuat keputusan untuk menangguhkan pengambilan semua pekerja asing ke Malaysia, termasuk dari Bangladesh.
Beliau turut menggalakkan majikan lebih mengutamakan pengambilan pekerja tempatan berbanding pekerja asing.

Saturday, April 20, 2013
Siapekah Ibrahim Ali, Siapekah Zulkifli Nordin, jike di banding kan dengan Datuk Kamalia Naib Ketue Pergerakan Wanita UMNO Malaysia???
PANAS !! Kamilia Pentingkan Kuasa Daripada Parti,Dipecat Daripada UMNO Kerana Tanding Bebas
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan Kamilia menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada Umno. "Tindakan beliau (Kamilia) jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan peraturan Umno, serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti.............
Wak heran kenape Najib sanggup anayekan Naib Ketue Pergerakan Wanita UMNO ni. Adakah Najib menganggap Datuk Kamalia ni sudah tidak penting lagi dalam UMNO? Adakah Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin tu lebih penting dari Datuk Kamalia?
Perbuatan Najib ni bukan sahaje telah menguris hati Datuk Kamalia sahaje bahkan perbuatan Najib ni juge telah menguris hati seluruh Wanite UMNO di Malaysia ini. Perbuatan Najib ni boleh juge di anggap sebagai satu diskriminasi dan penghineaan terhadap kaum wanite keseluruhan nye. Najib menganggap wanite UMNO ni cume layak menduduki kerusi DUN sahaje dan bukan nye di parlimen.
Kenyataan dari Timbalan PM Muhyiddin ini telah meletak kan garam keatas luke di hati Wanitan UMNO. Sepatut nye Muhyiddin mengkaji dulu sebab2 nye mengape Datuk Kamalia yang sangat setie kepade UMNO sanggup berbuat demikian dan bukan nye terus menjatuhkan hukuman yang begitu drastik.
Tindakan Muhyiddin telah memberi kan gambaran yang sangat buruk terhadap kepimpinan UMNO. Pemimpin2 UMNO memang berkuku besi, tamak dan gile kuase. Mereke sanggup buat ape saje asalkan mereke boleh terus berkuase. Orang2 di bawahan yang patut 'dibunuh' mereke akan 'pancung' begitu saje tanpa memerekse asal usul kesalah nye.
Najib telah gagal 100% dalam misi transformasi nye dalam UMNO..........
PAGOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan keputusan Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim yang bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata tindakan Kamilia menyebabkan beliau secara automatik dipecat daripada Umno. "Tindakan beliau (Kamilia) jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan peraturan Umno, serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti.............
Wak heran kenape Najib sanggup anayekan Naib Ketue Pergerakan Wanita UMNO ni. Adakah Najib menganggap Datuk Kamalia ni sudah tidak penting lagi dalam UMNO? Adakah Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin tu lebih penting dari Datuk Kamalia?
Perbuatan Najib ni bukan sahaje telah menguris hati Datuk Kamalia sahaje bahkan perbuatan Najib ni juge telah menguris hati seluruh Wanite UMNO di Malaysia ini. Perbuatan Najib ni boleh juge di anggap sebagai satu diskriminasi dan penghineaan terhadap kaum wanite keseluruhan nye. Najib menganggap wanite UMNO ni cume layak menduduki kerusi DUN sahaje dan bukan nye di parlimen.
Kenyataan dari Timbalan PM Muhyiddin ini telah meletak kan garam keatas luke di hati Wanitan UMNO. Sepatut nye Muhyiddin mengkaji dulu sebab2 nye mengape Datuk Kamalia yang sangat setie kepade UMNO sanggup berbuat demikian dan bukan nye terus menjatuhkan hukuman yang begitu drastik.
Tindakan Muhyiddin telah memberi kan gambaran yang sangat buruk terhadap kepimpinan UMNO. Pemimpin2 UMNO memang berkuku besi, tamak dan gile kuase. Mereke sanggup buat ape saje asalkan mereke boleh terus berkuase. Orang2 di bawahan yang patut 'dibunuh' mereke akan 'pancung' begitu saje tanpa memerekse asal usul kesalah nye.
Najib telah gagal 100% dalam misi transformasi nye dalam UMNO..........
Subscribe to:
Posts (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Wak tak heran bile jenguk2 kad blog pencacai2 UMNO boleh di katekan semuenye ' nampak bersetuju ' dengan kerajaan BN menaikan har...
-
Sepatutnya perkara ini tidak timbulkan perbalahan pendapat sesama sendiri. Nazri sepatutnya tidak perlu layan orang tua ini. Sepatutnya o...
-
Wak tak heran kalu pekerje2 yang berade dalam Perkhidmatan Awam tu semue nye bersetuju juge dengan saranan Presidennye tu. Kate nye 'pen...
-
Kalaulah perkara ini berlaku di negara lain, sudah pasti ada berlaku pergaduhan hingga sampai ber bunuh2 han. Yang pasti ianya tidak mungki...
-
Wak tak heran kalu UMNO menyerang pemimpin2 PR terutame nye PAS dan PKR dengan tohmah dan fitnah mem buruk2 kan peribadi. Sebenar nye UMNO...
-
"31 DECEMBER 2012 Buku berkaitan penukaran akuan bersumpah Bala mula tersebar KUALA LUMPUR 31 Dis: Buku yang berkaitan dengan pe...
-
Harapan PAS - 'PAS for All'. Ini lah slogan PAS yang sangat berkesan pada PRU12 yang lepas. Setelah meraih kemenangan banyak kerusi...
-
Wak tak heran kenape menteri2 UMNO ni selalu keluarkan iade2 yang kurang bijak. Pertame pemimpin2 UMNO tahu bahawe pencacai2, penyokong da...