Showing posts with label Nik Nazmi Nik Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Nik Nazmi Nik Ahmad. Show all posts

Sunday, June 9, 2019

Nik Nazmi sokong petisyen gesa Latheefa letak jawatan


Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Nik Nazmi Nik Ahmad tetap menyeru orang ramai menandatangani petisyen menggesa Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai ketua pesuruhjaya SPRM meskipun Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad semalam berkata pelantikan itu muktamad.

"Pakatan Harapan telah beri komitmen untuk pelantikan Pesuruhjaya SPRM disahkan oleh Jawatankuasa Khas Pemilihan Parlimen.

"Mari kita sama-sama tandatangan petisyen ini agar komitmen ini dipenuhi.

"Isu ini lebih besar daripada Latheefa tetapi tekad reformasi yang kita janjikan kepada rakyat," kata Nik Nazmi yang juga merupakan ahli parlimen Setiawangsa.

Selain Nik Nazmi, Ahli Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Yee Kew sebelum ini turut menandatangani petisyen sama.

Setakat 12.17 tengah hari ketika berita ini ditulis, petisyen berkenaan mencecah 5,580 penandatangan.

Sementara itu, setakat berita ini ditulis, petisyen berasingan yang menyokong pelantikan Latheefa, mendapat jumlah tandatangan yang lebih banyak iaitu 10,887.

Pengkritik pelantikan Latheefa rata-rata bersetuju perwatakan tegas peguam itu sesuai bagi menggalas tugas berkenaan, namun mempersoalkan latar belakang beliau sebagai bekas ahli PKR yang pernah memegang jawatan dalam parti.

Selain itu, pengkritik juga mempersoalkan cara pemilihan Latheefa yang dibuat oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tanpa berbincang dengan kabinet atau melalui Jawatankuasa Khas Pemilihan Parlimen bagi Pelantikan Jawatan Awam Utama.

Nik Nazmi sebelum ini menyifatkan cara pelantikan Latheefa sebagai ketua pesuruhjaya SPRM tidak selari dengan janji yang dibuat PH dalam manifesto pilihan raya untuk memastikan SPRM melapor terus kepada parlimen dan bukan lagi kepada perdana menteri.

Dr Mahathir semalam berkata pelantikan Latheefa adalah muktamad.

Bagaimanapun, pengerusi PH itu berkata, Presiden PKR Anwar Ibrahim - yang meminta beliau menjawab kritikan berhubung pelantikan berkenaan - berhak mendapatkan penjelasan.

Latheefa dilantik bagi jawatan itu berkuat kuasa 1 Jun lalu bagi kontrak selama dua tahun.

Pelantikan itu dibuat selepas penyandang jawatan itu sebelum ini, Mohd Shukri Abdull memohon perkhidmatannya dipendekkan.

    Monday, February 23, 2015

    Nik Nazmi bermalam di Lokap Pusat Polis Jinjang malam ini

    Nik Nazmi yang sempat memuat naik status di akaun Facebook beliau berhubung penangkapannya itu memberitahu bahawa beliau akan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk membantu siasatan.

    KUALA LUMPUR, 22 Februari:

    Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad ditangkap polis di rumah beliau kira-kira jam 10.18 malam Ahad.

    Nik Nazmi yang sempat memuat naik status di akaun Facebook beliau berhubung penangkapannya itu memberitahu bahawa beliau akan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk membantu siasatan.

    “Saya dibawa ke Balai Polis Dang Wangi oleh anggota PDRM dari rumah jam 10.18 malam tadi.

    “Moga Allah pelihara keselamatan kita semua. Teruskan berdoa dan istiqamah untuk Malaysia,” kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Seri Setia itu dalam status Facebooknya.

    Bagaimanapun akaun Facebook beliau kemudian dikemaskini mengatakan beliau telah dibawa ke Lokap Pusat Polis di Jinjang sebaliknya dan perkara itu disahkan isterinya Dr Imaan.

    Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah, ketika dihubungi mengesahkan penangkapan itu.

    Penangkapan Nok Nazmi yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor menyusul selepas penahanan aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim dan anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa yang dibebaskan tengahari tadi.

    Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memberitahu poRtal The Malaysian Insider seramai 10 pegawai dan anggota polis tiba di rumah Nik Nazmi di Denai Alam, Shah Alam kira-kira jam 10 malam ini.

    Beliau tidak dapat memastikan sebab penangkapan itu, tetapi percaya ia mungkin berkaitan perhimpunan “#Kita Lawan” bagi menunjukkan sokongan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan sebuah pusat membeli belah di Jalan Tunku Abdul Rahman, semalam.

    Nik Nazmi, Adam dan Fariz merupakan antara ratusan hadirin yang hadir dalam perhimpunan itu yang bertujuan menunjukkan solidariti terhadap Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas dia disabitkan bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

    Adam dan Fariz dikatakan ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan.

    Turut kelihatan hadir di perkarangan kompleks membeli-belah Sogo semalam ialah anak perempuan Anwar, Nurul Nuha.

    Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/22/nik-nazmi-bermalam-lokap-pusat-polis-jinjang-malam-ini/#ixzz3SUNPbGAo

    ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-