Showing posts with label Ketua Menteri Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Ketua Menteri Pulau Pinang. Show all posts

Sunday, January 1, 2023

'Jangan pandang remeh Tsunami Hijau' - Kon Yeow

hmetro.com.my
Siti Aminah Mohd Yusof
am@hmetro.com.my

Kon Yeow (tengah) ketika menghadiri Majlis Jamuan Teh bersama Jentera PRU-15 Peringkat Kadun Batu Maung di Sungai Ara di sini, hari ini. Foto Facebook.

Bayan Lepas: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengingatkan pimpinan Pakatan Harapan (PH) negeri agar tidak memandang remeh kepada 'Tsunami Hijau' iaitu sokongan pengundi kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU-15) lalu.

Beliau yang juga Pengerusi PH Pulau Pinang berkata gabungan parti itu perlu mempertahankan sekurang-kurangnya kekal 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak.

"Sasaran kita (PH) sekurang-kurangnya 37 kerusi kalau kita letak sasaran yang lebih rendah, (maka) lebih rendahlah pencapaian kita.

"Adalah penting untuk meletakkan objektif tinggi dalam PRN...kita perlu atur strategi, kerja keras pada setiap peringkat Parlimen dan Dun serta mula bekerja dengan serius," katanya di sini hari ini.

Kon Yeow berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Teh bersama Jentera PRU-15 Kawasan Dewan Undangan Negeri (Kadun) Batu Maung di Sungai Ara di sini yang turut dikongsi di laman Facebook beliau.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dan Adun Batu Maung, Datuk Abdul Halim Hussain

Dalam pada itu, Kon Yeow turut meminta rakyat Pulau Pinang membantu kerajaan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membina semula negara.

"Kita mengharapkan Kerajaan Persekutuan ini boleh kekal, jangan ulangi 'kerajaan 22 bulan' sekurang-kurangnya habis satu penggal (PRU-15), "katanya.

Disiarkan pada: Januari 1, 2023

Tuesday, July 7, 2020

Ketua menteri P Pinang disoal SPRM isu projek terowong

Predeep Nambiar
-July 7, 2020 11:27 AM

Chow tiba di bangunan SPRM Pulau Pinang di Jalan Northam. 
(Gambar Facebook)

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal berhubung projek terowong dasar laut dan jalan bernilai RM6.3 bilion.

Chow tiba di bangunan terletak di Jalan Northam itu pada 8.55 pagi tadi.

Perkembangan ini selepas badan anti rasuah itu menyoal 3 exco kerajaan negeri iaitu Phee Boon Poh, Chong Eng, dan Jagdeep Singh Deo semalam.

Minggu lalu, Chow memberitahu SPRM memaklumkan beliau dan exco kerajaan negeri akan disoal berhubung suatu siasatan.

Terdahulu, beliau berkata SPRM merancang untuk bertemu exco pentadbiran lepas ketika projek terowong dasar laut itu dicadang dan diluluskan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, yang memaklumkan siasatan kes itu masih berjalan sejak ia dimulakan pada 2017, enggan mengulas tentang kemungkinan exco akan ditahan.

Beliau berkata, perkara itu terserah kepada budi bicara pegawai penyiasat.

Bagaimanapun, DAP Pulau Pinang menyatakan siasatan kes itu bermotif politik, mendakwa SPRM sudah mengesahkan tiada salah laku dalam kes itu.

Baru-baru ini, SPRM menyerbu 3 syarikat dan sumber memberitahu FMT yang tindakan itu susulan penemuan petunjuk baru dalan siasatan kes berkenaan.

Seorang bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang direman 4 hari berhubung kes itu namun dibebaskan dengan jaminan RM100,000.

Friday, October 13, 2017

Wan Ji ditahan selepas sampaikan khutbah Jumaat

Farhan Darwis
PETALING JAYA: Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin hari ini ditahan polis sejurus selepas menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Penasihat Strategik Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan media.

Wan Ji yang juga ketua Exco Agama Pemuda PKR itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Seberang Perai Tengah.

“Satu kenyataan akan dikeluarkan sejurus pihak peguam yang berada bersama beliau mendapat maklumat sahih, mengapa Wan Ji ditahan,” kata Saifuddin.

Polis mengesahkan penahanan tersebut dan berkata Wan Ji ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Penahanan Wan Ji berlaku beberapa hari selepas penceramah agama dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Zamihan Mat Zin, yang kini turut ditahan di bawah Akta Hasutan, memuat naik gambar Wan Ji dengan ayat “Wan Ji mahu sistem raja dihapuskan”.

Sunday, April 24, 2016

PKR, DAP masih berbalah kerusi di saat terakhir

Radzi Razak

Kepimpinan DAP percaya kepimpinan PKR akan mengelakkan pertembungan sesama sendiri.
MIRI: Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk penamaan calon, namun PKR dan DAP masih belum pasti dengan peruntukan kerusi yang dipersetujui sesama mereka sebelum ini.

Bagi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, beliau yakin PKR akan menghormati persetujuan yang telah dicapai itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, beliau masih percaya kepada kepimpinan PKR untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan beliau sendiri akan memastikan DAP juga kekal dengan jaminan mereka.

“Sila rujuk kenyataan saya dan Lim Kit Siang bahawa kami akan menghormati persetujuan. Kami menyokong PKR di Batu Kitang kerana kami tidak mahu pertembungan tiga penjuru.

“Kami akan mematuhi perjanjian dan esok ketika penamaan calon, saya yakin PKR juga akan mematuhinya,” katanya ketika sidang media di ibu pejabat DAP Miri hari ini.

Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin pula menggesa DAP agar tidak terus “masuk campur” berhubung kerusi yang berpotensi ditandingi PKR, sebaliknya menggunakan baki masa ini untuk berunding.

“Kami merayu (DAP) untuk menarik semula tuntutan terhadap kerusi-kerusi yang telah ditandingi PKR dan telah diselaras oleh kami hampir sedekad.

“Dengan hanya tinggal beberapa jam sebelum penamaan calon, kami menggesa (DAP) untuk kembali ke meja rundingan dan menjamin situasi menang-menang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber memberitahu FMT bahawa kepimpinan PKR dan DAP Sarawak pada masa ini “sedang dalam perbincangan terakhir” berhubung soal itu.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali membuat seruan sama terhadap DAP dan mengecam parti itu menekan PKR Sarawak agar tidak meneruskan rancangan mereka untuk bertanding di 40 DUN.

Hari ini juga Pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jen membuat seruan terakhir kepada PKR dengan menggesa parti itu mematuhi persetujuan yang telah dicapai pemimpin kedua-dua parti, atau berhadapan dengan calon mereka di DUN Batu Kitang.

Beliau juga mendedahkan perjanjian yang telah ditandatangani Azmin dan Guan Eng berhubung peruntukan kerusi di 13 kawasan.

Menurut perjanjian itu, PKR bersetuju untuk bertanding di Batu Kitang, Marudi, Layar, Machan dan Belaga, manakala DAP bertanding di Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah, dan Murum serta melepaskan Batu Kitang kepada PKR.

Saturday, April 16, 2016

Lim Guan Eng dibenar masuk ke Sarawak

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dibenarkan memasuki Sarawak walaupun sebelum ini beberapa pemimpin dari parti itu dilarang ke negeri itu.

Semalam, Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang, telah memberi notis awal kepada pihak imigresen Sarawak sebelum berlepas ke sana. Beliau menaiki pesawat AirAsia AK5432 dan tiba di Lapangan Terbang Kuching pada pukul 9.10 pagi ini.

Lim diiringi oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, yang juga dibenarkan masuk oleh pihak imigresen Sarawak.

Lim, dalam suratnya kepada Tan Sri Adenan Satem pada hari Selasa, merayu kepada ketua menteri Sarawak itu supaya menghentikan sekatan terhadap pemimpin pembangkang untuk ke negeri itu menjelang pilihan raya Sarawak pada 7 Mei ini. Bagaimanapun, beliau tidak menerima sebarang respons.

Sekurang-kurangnya 30 pemimpin pembangkang dan aktivis termasuk Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke dan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, telah dihantar pulang sebaik tiba di Sarawak.

Lim telah menegaskan bahawa mengikut Akta Imigresen 1959/1963, walaupun Sarawak melaksanakan autonomi ke atas hal ehwal imigresen, tetapi ia tidak boleh melarang individu memasuki negeri itu untuk aktiviti politik yang sah.

Adenan menegaskan bahawa kerajaan hanya melarang pelampau dari datang ke Sarawak.

Pihak imigresen Sarawak enggan mengeluarkan senarai penuh mereka yang dilarang masuk ke negeri itu.

Monday, March 21, 2016

Agak-agaknya ade telo ke pemimpin Umno ni nak sahut cabaran pemimpin Dap ni.......?

Kita selalu dengar kata-kata bahawa orang Umno ni kurang bijak. Perkataan ini juga pernah dikatakan oleh bekas pemimpin Umno nombor 1.

Disini Wak suka beri sedikit contoh ayat-ayat yang kurang bijak dari pemimpin Umno : 'Kalau ayam mahal, jangan makan ayam, makan ikan..... Kalau nak sebut semuanya pasti satu laman ni tak cukup tempat.

Wak sebenarnya bukan nya mahu mempertahankan Ketua Menteri P Pinang ni. Tapi cuma mahu memberi sedikit gambaran tentang sesetengah pemimpin Umno yang kurang bijak.

Sepatutnya pemimpin Umno ni tidak sahaja 'pandai' berhujah dalam parlimen sahaja, sebaliknya dia juga sanggup berhujah mempertahankan hujah2 nya itu di luar parlimen juga.

Di sini nampak kebijaksanaan KM P Pinang yang menjemput pemimpin Umno itu bermuzakarah dengan baik di luar parlimen pula untuk membuktikan kebenarannya.

Malangnya pemimpin Umno ni tidak sanggup berhadapan dengan KM P Pinang di luar parlimen agaknya. Alasan-alasan penolakan beliau juga sangat lemah dan daif.

Sekarang sekali lagi KM P pinang 'mencabar' pemimpin Umno kita ni supaya mengulangi kata-katanya itu di luar parlimen.

Sanggup kah pemimpin Umno ini menerima cabaran kedua dari KM P Pinang ni? Atau pun pemimpin Umno ini akan memberi berbagai alasan untuk menolaknya.

Tuesday, January 19, 2016

Selepas selesai kes, Nasruddin dan Guan Eng cabar-mencabar

Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan kembali mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sehari selepas kes saman fitnah mereka selesai di luar mahkamah. Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Januari, 2016.

Sehari selepas kes saman fitnah mereka selesai di luar mahkamah, Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan kembali mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk menyamannya bagi membuktikannya bersalah dalam kenyataan sebelum ini.

Menerusi kenyataan bertajuk "Mereka saman saya, mereka mohon selesai" hari ini, Nasrudin mendakwa beliau tidak pernah bersalah dalam kes semalam, malah tidak pernah memohon maaf berhubung kenyataan bertajuk "Apa beza Kidex dan Penang Tunnel?" pada 6 Ogos 2014 yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang tidak mengamalkan tender terbuka.

Sebaliknya menurut Nasrudin, beliau hanya bersetuju membayar RM10,000 kepada peguam Lim selepas berulang kali dipujuk untuk tidak mempertahankan diri di mahkamah.

"Mereka saman saya, mereka yang mohon kes diselesaikan di luar mahkamah. Apabila dah selesai, spin (putar) pula seolah-olah saya bersalah.

"Kalau skripnya mahu mengatakan saya bersalah, selayaknya usah diusahakan sebarang rundingan di luar mahkamah. Teruskan perbicaraan sehingga akhir," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Hari ini juga, pegawai undang-undang kepada Lim berkata, mereka mempertimbang untuk menyaman Nasrudin berikutan kenyataan susulannya selepas penyelesaian kes saman mereka di luar mahkamah semalam.

Ia berhubung kenyataan Nasrudin bertajuk "Catatan dari Mahkamah Tinggi Georgetown - Kes diselesaikan di luar mahkamah" yang dikeluarkan sebaik sahaja penyelesaian di luar mahkamah dipersetujui Lim dan Nasrudin semalam.

"Sekiranya Nasrudin yakin artikel itu bukan fitnah terhadap Lim Guan Eng, mengapa pula terdapatnya persetujuan beliau untuk menyuarakan kekesalan dan membayar kos kepada ketua menteri? Fikirkanlah siapa sebenarnya yang berdusta.

"Susulan daripada penjelasan di atas dan sekiranya masih ada putar-belit dalam mana-mana laporan media berhubung dengan penyelesaian damai tersebut, Lim Guan Eng tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya," kata Raja Syarafina dalam kenyataannya. – 19 Januari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-selesai-kes-nasrudin-dan-guan-eng-cabar-mencabar#sthash.5jYgIWOa.dpuf

Saturday, January 9, 2016

Isu DAP-Israel: Pas kemuka bukti secara terbuka

Pengarah Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menyahut permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam yang mahu beliau mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa DAP menerima dana RM1.2 bilion daripada Israel. - Foto TRP/Syahirah Roslan

KUALA LUMPUR, 8 Januari:
Pengarah Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki menyahut permintaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam yang mahu beliau mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa DAP menerima dana RM1.2 bilion daripada Israel.

Menurut Zuhdi, beliau bersedia untuk mengemukakan bukti-bukti yang berkaitan dakwaan yang diketengahkan kembali melibatkan isu yang didedahkan oleh dibuat oleh bekas pegawai khas Lim, Mohamed Razali Abd Rahman empat tahun lalu itu.

“Saya akan kemukakan bukti-bukti berkenaan secara terbuka dari semasa ke semasa.

“Malah bukti yang saya akan kemukakan itu tidak semestinya melibatkan Israel tetapi juga hubungan DAP dengan pihak-pihak yang mengancam Islam.

“Saya sendiri telah berjumpa dengan Mohamed Razali dan bukti-bukti berkenaan akan menunjukkan siapakah sebenarnya DAP kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada The Rakyat Post.

BACA: Isu dana Israel: Pas buat fitnah jahat – DAP

Semalam, Guan Eng Lim Guan Eng menjelaskan beliau tidak pernah berjumpa atau bersalam dengan pemimpin Israel di Singapura atau di mana-mana.

Tegas Setiausaha Agung DAP itu lagi, beliau tidak faham mengapa DAP dikaitkan dengan Israel sedangkan beliau tidak pernah jumpa dan salam dengan pemimpin Israel.

Beliau kemudiannya meminta Pas untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan tersebut.

Sebelum ini, Mohd Zuhdi turut mengatakan bahawa Mohamed Razali mendakwa, pakar risikan Israel terlibat dalam melatih G17 atau kumpulan 17 pakar strategi DAP yang diketuai Tony Pua dan Guan Eng yang sering ke Singapura menemui wakil Kedutaan Israel.

Selain itu, DAP didakwa ditawarkan dana sebanyak AS$300 juta (RM1.2 bilion) pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu oleh Israel dan sebuah pangkalan tentera Israel baru akan dibina di Port Dickson sebagai balasan, jika DAP berjaya menawan Putrajaya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2016/01/08/isu-dap-israel-pas-kemuka-bukti-secara-terbuka/#ixzz3wfeOCl3U

Monday, November 16, 2015

PAS-UMNO: "Kalau dah rapat sangat, nikah sajalah"

SELAYANG 16 NOV: Menyambut kenyataan Mufti Perlis bahawa PAS dan UMNO kini sudah tidak lagi banyak perbezaan, Lim Guan Eng mencadangkan kedua-dua parti itu agar cepat-cepat “bernikah”.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, jika kedua-dua parti sudah sama perjuangan dan kepercayaan politik mereka, mereka tidak perlu lagi berpura-pura.

“Mufti Perlis (Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin) telah berkata bahawa PAS dan UMNO sudah sama sekarang, yang berbeza hanya nama, dan berlainan kopiah dan songkok sahaja.

“Jadi tunggu apa lagi? Nikah sajalah,” katanya sewaktu merasmikan Pusat Komuniti DAP Taman Templer di sini petang tadi.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memetik tulisan Dr Asri dalam facebook beliau hari ini yang mencatatkan: “PAS hari ini hampir menyamai Umno daripada segala segi melainkan perbezaan nama, kopiah dan songkok saja.

“Itu pun bukan soal pokok. Jika PAS dan UMNO dapat menjadi sahabat baik yang berpesan kepada kebaikan dan kebenaran serta mencegah kemungkaran mungkin banyak manfaatnya.”

Kata Guan Eng, keadaan sudah berbeza kerana PAS suatu masa dahulu keras menentang perkauman tetapi sejak akhir-akhir ini, kenyataan pimpinan tertingginya mencerminkan ia rapat dengan UMNO dan Barisan Nasional yang mengamal politik perkauman.

Malah, tambah beliau, kerajaan Terengganu telah menawarkan jawatan penasihat kerajaan negeri UMNO-BN kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Mengapa jawatan itu tidak ditawarkan kepada tokoh-tokoh UMNO yang berjasa? Tun Dr Mahathir Mohamad pun tidak ditawarkan sebagai penasihat untuk kerajaan UMNO-BN,” tegasnya.

Menurutnya, PAS tidak lagi boleh dianggap sebagai pembangkang tulen kerana ia hanya sekadar pembangkang celup berikutan sikapnya yang semakin akrab dengan UMNO, walaupun menyedari pimpinan UMNO semakin korup dan salah guna kuasa.
“Alternatif sebenar untuk rakyat adalah Pakatan Harapan. Kita tetap berprinsip dan berjuang demi rakyat. Kerana kita berprinsip, kita rela berkorban,” kata beliau.

Majlis itu menyaksikan pembukaan pusat komuniti DAP yang pertama di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Taman Templer. Ia dipimpin oleh penyelaras DAP untuk DUN Taman Templer, Edry Faizal Eddy Yusof yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Selangor.

Turut hadir di majlis itu adalah Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua; Adun Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran; Adun Bukit Tunku, Lau Weng San; Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, dan Ahli Jawatankuasa Wanita DAP Kebangsaan, Young Syefura Othman (Rara).

Wednesday, October 7, 2015

Pembesar suara: Polis rekod keterangan Guan Eng

Guan Eng
GEORGETOWN - Polis hari ini merekodkan keterangan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bagi membantu siasatan berhubung dakwaan tweet palsu mengenai larangan penggunaan pembesar suara luar masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, polis menjalankan siasatan selepas menerima laporan daripada pembantu Guan Eng, yang mendakwa ada pihak memalsukan akaun Twitter milik ketua menteri itu.

"Pegawai saya mengambil keterangan daripada ketua menteri di pejabatnya pada 4.45 petang tadi. Siasatan dibuat menurut Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi hari ini, di sini.

Tweet berhubung perkara itu muncul dalam bentuk paparan bergambar dan menjadi viral dalam Facebook dan Twitter sejak 2 Oktober lepas.

Tweet yang menggunakan nama Guan Eng pada laman Twitter itu mengandungi kenyataan

"Larangan pembesar suara di masjid & surau dlm P. Pinang muktamad. Mereka yang tak setuju tak layak tinggal dalam negeri ini. Sila Keluar!".

Sementara itu, Guan Eng ketika ditemui pemberita selepas memberi keterangan di Komtar berharap polis dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan segera terhadap individu atau pihak tidak bertanggungjawab yang mereka fitnah itu.

"Itu adalah satu fitnah jahat untuk menimbulkan kebencian terhadap saya dan menimbulkan kebencian antara kaum dan agama supaya ada huru-hara di Pulau Pinang.

"Apabila saya telah membuat kenyataan bahawa ini tidak benar, saya rasa rakyat faham dan mereka pun tidak mahu dipermainkan oleh sentimen yang jahat ini. Saya rasa usaha mempolitikkan isu ini tidak berjaya," katanya.

Larangan penggunaan pembesar suara itu dinyatakan melalui surat Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 September lepas berhubung keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang bertarikh 1 dan 2 Julai.

Mengikut larangan itu, penggunaan pembesar suara dalaman sahaja dibenarkan bagi program dan aktiviti masjid dan surau kecuali untuk azan dan iqamah. - Bernama

Saturday, October 3, 2015

Parti Amanah : Guan Eng Ucap Tahniah Kepada Mat Sabu

 Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengucapkan tahniah kepada Mohamad Sabu kerana berjaya mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebuah parti baharu yang diterajuinya, Parti Amanah Negara.

“Tahniah kepada Parti Amanah Negara (PAN) yang telah disahkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan hari ini,” lapor Facebook DAP yang turut memuatkan gambar Guan Eng bersalam dengan Mohamad Sabu.

Facebook CM Lim Guan Eng turut memaklumkan kelulusan pendaftaran Parti Amanah itu telah diumumkan Mohamad Sabu dalam sidang media bersama Guan Eng di George Town hari ini.

Difahamkan Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu membuat pengumuman itu dalam satu Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung oleh Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut Facebook Ahmad Tarmizi B Abdullah, Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang juga aktivis Amanah, Majlis Penyerahan Watikah itu diadakan di Kompeleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), George Town.
Hadir sama dalam majlis itu adalah Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Ghazali Derahman dan Pegawai-pegawai Daerah dari daerah Barat Daya, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Seberang Perai Utara (SPU).

“Semua lantikan berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2015 hingga 31 Disember 2015,” lapor Facebook CM Lim Guan Eng.

Semalam, Zulkifli Sulong, pengarang analisis dan rencana The Malaysian Insider melaporkan Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang telah mengisytiharkan kerajaan Pulau Pinang sebagai Kerajaan Pakatan Harapan dan bukan lagi kerajaan Pakatan Rakyat.

Ekoran pengumuman itu, secara perlahan-lahan, pimpinan Amanah akan mengambil tempat pimpinan PAS dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Ini termasuk sebagai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), majlis bandaraya dan perbandaran sehinggalah peringkat terendah iaitu Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), kata sumber The Malaysian Insider.

Difahamkan, hampir 500 pimpinan PAS di semua peringkat terlibat dengan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang ketika PR masih terbentuk.

Empat Penyelaras DUN yang diwakili PAS, iaitu di kawasan Sungai Dua, Bayan Lepas, Permatang Berangan dan Penaga, akan digantikan dengan wakil Amanah.

Penyelaras DUN, yang menerima elaun tetap RM3,500 sebulan dari kerajaan negeri, umpama wakil rakyat yang dilantik kerajaan negeri di kawasan yang mereka kalah dalam pilihan raya umum lalu.

Ketika kedudukan Yang Dipertua Maipp Datuk Salleh Man akan terus kekal sehingga tempohnya tamat kerana pelantikannya dibuat Yang Dipertuan Agong, kedudukan ahli Maipp daripada PAS, Afnan Hamimi Mohd Taib, bakal tergugat.

Namun kedudukan seorang lagi wakil PAS dalam Maipp, Rosidi Husin akan kekal kerana beliau menyertai Amanah.

Dua wakil PAS dalam majlis kerajaan tempatan juga akan terus gugur selepas meletakkan jawatan sebelum ini manakala 2 lagi akan dilantik semula kerana menyertai Amanah.

Tuesday, July 7, 2015

PAS kini musuh k'jaan P Pinang, kata Guan Eng

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, PAS telah menunjukkan dengan jelas bahawa ia adalah musuh kepada kerajaan negeri dengan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang ekoran pemecatan wakil mereka dalam pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Ini jelas menunjukkan bahawa ia tidak lagi ada hubungan dengan DAP," kata Lim dalam sidang akhbar di George Town hari ini.

Menurutnya, jika PAS mahu ambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri, maka parti itu sudah menjadi seperti pihak lawan.

Lim mengalu-alukan tindakan undang-undang itu, dengan berkata terpulang kepada rakyat untuk menghakimi tindakan PAS itu.

Menurutnya, parti itu telah benar-benar berubah sejak pasukan baru mengambil alih pucuk pimpinannya di mana usul memutuskan hubungan dengan DAP, telah diluluskan.

Berikutan itu, kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui DAP, telah memecat ahli-ahli PAS dari jawatan rasmi.

"Kita akan bertemu mereka di mahkamah," kata Lim lagi.

Thursday, June 11, 2015

Putus hubungan: DAP dakwa PAS hanya 'main-main'

Faiz Zainudin

Dakwaan itu kerana sehingga kini Pas tidak mengarahkan wakilnya meletak jawatan dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR: DAP mendakwa Pas hanya ‘main-main’ untuk memutuskan hubungan dengan parti itu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, sehingga kini Pas belum mengarahkan wakilnya meletak jawatan dalam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang.

“Saya rasa itulah kedudukan sekarang dan selagi mereka belum arahkan dia punya wakil-wakil untuk letak jawatan, maka saya rasa mereka sekarang hanya main-main saja,” katanya di Parlimen pada Rabu.

Pada masa sama, Ketua Menteri Pulau Pinang itu turut membangkitkan persoalan sama ada Pas akan mengubah keputusan memutuskan hubungan dengan DAP.

“Adakah mereka akan buat pusingan u selepas ini? Sekarang ini kita pun tak pasti Pas buat keputusan akan diteruskan (hubungan dengan DAP) atau dikekakan (usul putus hubungan).

“Adakah sekarang dia cakap sebenar bukan terima tapi rujuk, buat kita semua keliru,” katanya.

Guan Eng berkata, walau apa keputusan Pas yang dibuat, tindakan parti itu memutuskan hubungan dengan DAP dikira muktamad mengikut perlembagaan parti, seperti yang diakui oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Saturday, June 6, 2015

Peletakan jawatan wakil PAS: Guan Eng terima tanpa soal


GEORGE TOWN, 6 JUN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memaklumkan bahawa beliau akan menerima peretakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri itu tanpa sebarang soalan.

Beliau berkata, ini berikutan peletakan jawatan tersebut langsung tidak memberi sebarang impak terhadap kestabilan, kesinambungan dan kredibiliti kerajaan negeri Pulau Pinang.
“Peletakan jawatan wakil PAS dalam kerajaan negeri tidak dapat dielakkan berikutan keputusan muktamar yang menerima usul Dewan Ulama tanpa perbahasan bagi memutuskan hubungan dengan DAP, meskipun kekal dalam Pakatan Rakyat (PR),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Guan Eng, biarpun tidak ada perdebatan dibenarkan semasa muktamar bagi usul itu, kepimpinan baru PAS berhak untuk mengemudi parti mereka dengan cara yang difikirkan wajar, melalui demokrasi atau autokrasi.

“Saya tidak akan mengulas tetapi menyerahkannya kepada PAS untuk menjawab kedudukan kontradik mereka apabila memutuskan hubungan dengan DAP tapi kekal dalam PR.

“Walhal PR berfungsi atas konsensus kesemua tiga parti dan tidak ada satu parti pun boleh membuat keputusan bagi pihak PR.

“Namun PAS mempunyai kebebasan dan hak untuk memutuskan hubungan dengan DAP,” ujar beliau.

Bagaimanapun, Guan Eng menyatakan, beliau sedikit kesal kerana selama ini mempunyai hubungan kerja amat mesra dan baik dengan kebanyakan wakil PAS.

“Adalah suatu yang tidak dapat dipertahankan dari segi politik bagi mereka untuk kekal dalam kerajaan negeri yang diterajui oleh saya,” katanya. – Roketkini.com

Thursday, April 23, 2015

Akhbar lidah rasmi Umno bakal menerima saman lagi...........

Fitnah tanah wakaf: Guan Eng beri notis 24 jam kepada Utusan
GEORGE TOWN, 23 APR – Akhbar lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia sekali lagi berhadapan tindakan undang-undang berikutan satu laporannya yang didakwa memfitnah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, melalui peguamnya hari ini mengemukakan notis tuntutan kepada Utusan Malaysia supaya menarik semula laporan yang mendakwa kononnya tanah wakaf di Pulau Pinang berada di bawah pengawasannya.

Notis tuntutan tersebut memberi tempoh 24 jam supaya Utusan menarik balik, meminta maaf dan membayar ganti rugi RM1 juta dalam tempoh tujuh hari atas fitnah tersebut.

Rencana bertarikh 10 April 2015 itu antara lain menyebut, “Bagi tanah wakaf pula, sekarang diletakkan di bawah pengawasan Ketua Menteri.

“Sebarang cadangan membangunkannya mesti mendapat kelulusan beliau. Sedangkan pengurusan tanah-tanah wakaf itu sepatutnya diserahkan kepada majlis agama negeri seperti mana pada era pentadbiran BN.”

Tulisan oleh Zulkifli Jalil, yang turut dinamakan dalam notis tuntutan tersebut disiarkan pada halaman 9 akhbar terbabit, serta portal Utusan Online.

Dakwaan terhadap Guan Eng timbul dalam kehangatan kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh itu ditepis Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang sendiri, Datuk Mohd Salleh Man sambil menegaskan bahawa MAIPP satu-satunya pemegang amanah tanah wakaf.

Dalam sidang media bersama Ketua Menteri, Salleh Man menjelaskan bahawa semua cadangan berkenaan tanah wakaf hendaklah diputuskan oleh MAIPP selepas mendapat cadangan sebuah jawatankuasa yang tidak dianggotai oleh Ketua Menteri. – Roketkini.com

Tuesday, February 10, 2015

Ubah rasa hampa menjadi tekad perjuangan -- Guan Eng

PUTRAJAYA, 10 FEB: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyeru penyokong Pakatan Rakyat di seluruh negara tidak berasa hampa dan bersedih dengan keputusan perbicaraan kes Fitnah 2 ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya Guan Eng berkata, perasaan hampa dan kecewa itu sewajarnya diubah menjadi tekad yang kuat untuk meneruskan perjuangan menentang ketidakadilan akibat sistem kehakiman yang pincang.

“Ya.. Keputusan ini memang mengejutkan dan menghampakan. Tetapi perasaan hampa itu jangan tinggal hampa. Kita perlu ubah kepada tekad untuk memperjuangkan keadilan, demokrasi dan kebenaran.

“Kita kena teruskan perjuangan,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu ketika ditemui Roketkini di perkarangan mahkamah, sejurus selepas keputusan kes Fitnah 2 dibacakan.

Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah turut mengenepikan permohonan pihak pembela yang meminta hukuman lebih ringan berbanding yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini dan pada masa sama menolak permohonan pihak pendakwa yang mahu supaya hukuman ditambah.

Ketika ditanya sama ada masa depan Pakatan Rakyat akan terjejas, Guan Eng berkata ia bergantung kepada kecekalan pemimpin dan pendukung Pakatan Rakyat sendiri.

“Pakatan Rakyat takkan hilang karisma. Walaupun Anwar di dalam penjara, ujian itu juga adalah kepada kita.” ujarnya.

Dalam pada itu kata Guan Eng, beliau yakin Anwar akan terus memainkan peranannya sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, meskipun dari dalam penjara.

“Datuk Seri Anwar akan berjuang dari dalam. Maka, kita perlu meneruskan (di luar), agar perjuangannya lebih bermakna,” tambah Guan Eng sambil menegaskan hukuman penjara ke atas Anwar bukanlah penamat perjuangan.

“Kebenaran akan terbukti. Hanya masa yang akan menentukan,” ujar Guan Eng. – Roketkini.com

Saturday, January 10, 2015

Guab Eng serah sumbangan banjir RM1.15 juta pada wakil Kelantan

KUALA KRAI, 10 JAN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyerahkan sumbangan wang berjumlah RM1.15 juta dan barangan keperluan asas mangsa banjir, sebahagian dari keseluruhan RM1.5 juta sumbangan kepada wakil negeri Kelantan, semalam.

Penyerahan sumbangan wang dalam bentuk cek kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan negeri Kelantan oleh Guan Eng kepada ADUN Salor, Datuk Husam Musa dibuat dalam satu majlis ringkas disaksikan orang ramai di hadapan Pasar Kuala Krai.

Meskipun bukan majlis rasmi, penduduk Kuala Krai yang menyaksikan upacara tersebut turut mengucapkan terima kasih dan mengambil peluang bersalaman dan bergambar bersama pimpinan Pakatan Rakyat.

Hadir sama, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke dan Exco Pulau Pinang Datuk Malik Kasim.

Dalam ucapan ringkasnya kata Guan Eng, bencana banjir yang melanda negeri-negeri pantai timur dengan Kelantan paling terjejas, adalah ujian tentang bagaimana rakyat Malaysia menunjukkan keprihatinan mereka.

“Bukan hanya datang untuk menunjukkan rasa bersama dan silaturrahim, tetapi membuktikan bahawa rakyat Malaysia bersatu hati dalam menghadapi situasi sukar,” kata Guan Eng.

Terdahulu pada sebelah pagi, Guan Eng menyerahkan dua buah lori tangki PBA yang didatangkan khas dari Pulau Pinang membekalkan air bagi operasi pembersihan dengan tumpuan kepada sekolah di sekitar pekan Kuala Krai.

Kedua lori tangki PBA tersebut diselia Mejar Mohd Nizam Omar dari 12 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja yang turut bekerjasama dengan kontinjen bantuan banjir kerajaan negeri Pulau Pinang.

Turut menyertai operasi pembersihan bandar Kuala Krai adalah sukarelawan. Tzu Chi yang hadir dari seluruh negara.

“Lusa sesi persekolahan akan bermula. Jika anak-anak mahu ke sekolah, itu satu petanda yang baik,” ujar Guan Eng.

“Kita pun harap keadaan akan kembali pulih seperti biasa.

Beliau bersama delegasi turut sempat melawat sekitar pekan Kuala Krai selain menyerahkan sumbangan kepada pentadbiran SJKC Yuk Chaii bagi membaiki komputer yang rosak.

Sementara itu Pengarah Misi Bantuan Bencana Banjir DAP Anthony Loke memberitahu, Kuala Krai diberi perhatian khusus dan bantuan akan diteruskan berdasarkan keperluan penduduk setempat.

“Dalam tempoh sepuluh hari, ini adalah misi bantuan kelima. Diharap dapat meringankan beban penduduk Kuala Krai dan suasana akan kembali seperti sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu Anthony turut mengumumkan kutipan Tabung Dana Bencana Banjir DAP kini mencecah RM560,000. – Roketkini.com

Friday, December 19, 2014

PAS cabar Guan Eng dialog, jelaskan sebab tolak hudud


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dicabar Ahli Majlis Syura Ulama PAS Zaharudin Muhammad untuk berdialog berhubung isu hudud.

.Ahli Majlis Syura Ulama PAS Zaharudin Muhammad hari ini mencabar Lim Guan Eng berdialog dengannya berhubung isu hudud, merujuk kenyataan yang dibuat setiausaha agung DAP itu meminta Pakatan Rakyat (PR) memberi jaminan hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya ia mengambil alih pemerintahan negara.

Zaharudin yang juga menantu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dialog itu bagi memberi peluang kepada Lim menerangkan kenapa beliau menolak hudud dan kepada PAS menjelaskan keadilan sistem Islam kepada rakyat.

"PAS membawa politik Islam, politik damai dan politik dialog. Maka dengan sebab itu saya menyeru YAB (Yang Amat Berhormat) berdialog di depan masyarakat khususnya bukan Islam.

"Saya tidak kisah jika dalam dialog nanti YAB dengan jelas dan lantang menyatakan tidak bersetuju dengan alternatif yang PAS bawa, tetapi yang saya dan rakyat perlukan ialah fakta di sebalik penolakan lantang YAB," katanya dalam satu surat terbuka kepada Lim hari ini.

Surat itu, bertajuk “Cabaran dialog dengan Lim Guan Eng” diletakkan di status Facebooknya petang semalam.

Berucap pada Persidangan Nasional DAP 2014 di Subang Jaya pada Ahad, Lim berkata, dalam usaha menunjukkan pembangkang mempunyai suara sama, pendirian tidak melaksanakan hudud perlu jelas dinyatakan.

"Pakatan perlu buktikan kita boleh mentadbir lebih baik, ini dapat dilakukan dengan dasar yang jelas.

"Perlu ada pendirian tegas, kerajaan PR di Putrajaya tidak akan melaksanakan undang-undang hudud. Itu mesti jelas sama sekali," kata ahli Parlimen Bagan itu.

Zaharudin berkata beliau menulis surat itu atas kapasiti peribadi sebagai seorang Islam dan rakyat Malaysia yang faham dan yakin tentang keselamatan rakyat semakin terhimpit, jenayah menjadi-jadi serta kewujudan unsur rasuah dalam pengurusan ekonomi negara.

Katanya, PAS menegakkan Islam melalui kerangka demokrasi dan menawarkan sistem Islam yang adil sebagai alternatif kepada sistem sedia ada sekarang.

"Dengan kata lain, PAS berusaha menjelaskan keadilan sistem Islam kepada rakyat, kemudian terpulang kepada mereka untuk memilih atau menolak dasar PAS.

"Bila rakyat sokong dengan memberikan undi dan kemenangan kepada PAS sebagaimana berlaku di Kelantan, bermakna PAS berhak melaksanakan apa yang termampu sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat.

"Dengan kerangka demokrasi, sepatutnya semua parti dalam PR bebas bercakap tentang dasar perjuangan masing-masing dan ini juga dipersetujui dalam deklarasi ringkas pada 5 Mei 2013," katanya.

Beliau berkata, DAP tidak sepatutnya meminta PAS membuat pengisytiharan untuk tidak melaksanakan Islam sekiranya PR memenangi pilihan raya umum akan datang, sebagaimana PAS juga tidak boleh memaksa DAP untuk mengisytiharkan menerima pelaksanaan Islam.

"Apa yang penting ialah kita bersatu menentang BN (Barisan Nasional). Selepas menang kita melihat siapa yang majoriti sewaktu kemengangan.

"Jika PAS majoriti, maka Islam akan dilaksanakan demi kebaikan semua. Jika DAP majoriti, maka terpulang kepada DAP. Itu namanya demokrasi,” katanya.

Zaharudin berkata, keadaan itu sudah pun berlaku secara tidak langsung di Pulau Pinang di mana urusan pentadbiran diserahkan sepenuhnya kepada DAP dan di Kelantan, mengikut cara PAS.

Beliau menasihati orang bukan Islam supaya mengamalkan keterbukaan dan memahami hudud yang akan diperkenalkan oleh PAS, termasuk "hak dan keistimewaan yang mereka akan perolehi" di sebalik dasar itu, sebelum membuat keputusan menerima atau menolaknya.

"Apa yang rakyat tidak perolehi daripada Barisan Nasional (BN) ialah kebebasan mendengar dasar parti yang wujud di dalam Malaysia secara lebih jelas.

"Suara PAS disekat, dasar PAS tidak dapat difahamkan kepada masyarakat. Lebih teruk, media Umno putar belit hakikat dasar PAS. Akhirnya sokongan rakyat kepada sesuatu parti ialah berdasarkan sentimen.

"Saya menyeru YAB supaya sentimen ini dihancurkan bersama. Biar rakyat mendengar dan menilai. Itu yang saya dan rakyat Malaysia mahukan," katanya sambil mendakwa BN menerangkan dasar PAS dan memutar belitnya melalui sekatan media.

"1% betul, 99% putar belit. Akhirnya rakyat keliru. Saya harap ini tidak diikuti oleh DAP," katanya.

Zaharudin dengan yakin menegaskan beliau boleh menyatakan fakta yang hak orang bukan Islam sedang didiskriminasikan dalam sistem perundangan konvensional sekarang yang mempunyai banyak kelemahan.

Wednesday, August 14, 2013

Yang mane lebih memalukan, salah parking atau yang melantak beribu jute wang rakyat......................up date

CAUGHT IN ACTION ! FOTO YANG PASTI MEMALUKAN LIM GUAN ENG DAP....








Foto di bawah tentu memalukan Lim Guan Eng DAP!





1. Kereta rasmi Lim Guan Eng didakwa diletakkan di kawasan larangan meletakkan kereta! Memalukan!

2. Media melaporkan bahawa foto di atas menjadi viral dalam internet dan menimbulkan persoalan kredibiliti dan imej Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.



3. Yang lebih memalukan ialah Lim Guan Eng beria-ia mempersoalkan isu polis dan kenyataan Zahid Hamidi tetapi kereta rasmi beliau sendiri didakwa melanggar undang-undang!

Wak tak heran kalau kesalahan sekadar salah parking tu aje, tapi Wak heran kalau pencacai2 UMNO ni tak nampak pemimpin2 mereke tu melantak beribu jute wang rakyat. 

Yang ni haramjadah mane pule yang parking dalam petak OKU!

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-