Showing posts with label Parti Amanah Nasional (Amanah). Show all posts
Showing posts with label Parti Amanah Nasional (Amanah). Show all posts

Wednesday, May 17, 2017

AMANAH pertahankan buku Hannah Yeoh

N Faizal Ghazali
Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini tampil mempertahankan buku bertajuk 'Becoming Hannah' yang dihasilkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, ulasan seorang pensyarah universiti tempatan terhadap buku ADUN Subang Jaya itu ‎hanya untuk menimbulkan isu agama dan perkauman menjelang pilihan raya umum (PRU).

Sepanjang mengenali Yeoh, menurut beliau, pemimpin DAP itu menunjukkan keperibadian yang baik sebagai seorang penganut Kristian.

"Walaupun berbeza agama dengan saya, tetapi saya mendapati rata-rata tindakan beliau menunjukkan dia seorang penganut Kristian yang baik dan cuba membawa nilai-nilai baik yang diyakini agama yang dianuti itu membantu beliau menjadi ahli politik yang baik‎.

"Tak bolehlah kita mengatakan oleh kerana beliau daripada DAP, maka kita mengambil satu sikap tidak adil tanpa melihat kepada sebenarnya apa yang ingin Hannah (Yeoh) tunjukkan sebagai seorang wakil rakyat, speaker dan ahli politik," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusuff menyifatkan kandungan buku tulisan Yeoh itu sebagai usaha memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang lain yang bukan beragama Kristian supaya cenderong kepada agama Kristian.

Salahuddi berkata, ‎adalah tidak wajar perkara itu jadikan sebagai satu isu keagamaan bagi keuntungan politik pihak lain menjelang PRU akan datang.

"Mungkin kerana pilihan raya sangat dekat, jadi orang-orang seperti pensyarah ini ingin menjadikan isu ini sebagai isu kaum dan agama yang saya rasa tidak wajar lagi berlaku dalam negara yang sudah merdeka hampir 60 tahun.

"Saya mengambil sikap di sini bahawa Hannah (Yeoh) sebagai rakyat Malaysia dan penganut kristian,‎ beliau diberi kebebasan di bawah Perlembagaan dan Islam sendiri agama yang meraikan dan memberi hak untuk mana-mana agama untuk diamalkan dengan aman dalam negara kita.

"Adakah dia salah? Kalau ingin menjadikan dirinya seorang Kristian yang baik dan ingin menerangkan nilai-nilai yang baik pada dirinya sebagai wakil rakyat," katanya.

Tambah beliau, Islam tidak pernah mengajak dan mengajar umatnya bermusuh dengan agama-agama yang lain, kerana Islam agama meraikan kewujudan agama-agama lain.

"Bagi saya, Hannah Yoeh sebagai penganut agama Kristian yang ingin beramal, yang ingin menunjukkan nilai baik daripada agama yang dianuti.

‎"Sebagai mana penganut-penganut agaman lain‎ seperti penganut Buddha, Sikh, Hindu termasuklah kami beragama Islam, yakin baha‎wa agama masing-masing mengajar mereka tentang perbuatan dan nilai-nilai universal yang sangat baik," jelasnya.

Thursday, February 11, 2016

Biar ahli tentukan, Amanah atau PAS, kata pemimpin

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata PAS harus membiarkan ahli membuat pilihan sendiri berdasarkan kepada keyakinan masing-masing.Gambar The Malaysian Insider oleh Fiqah Mokhtar, 11 Februari, 2016.

Pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) berpendapat, isu membabitkan ahli mereka yang didakwa kembali semula kepada PAS tidak perlu diperbesarkan, memandangkan menjadi hak ahli memilih parti yang ingin disertai.

Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad berkata, mereka menghormati keputusan ahli masing-masing dan mengharapkan pemimpin PAS juga mengamalkan keterbukaan dalam hal itu.

"Saya merasakan, jika ia benar, tidak menjadi masalah (untuk ahli Amanah masuk PAS) dan ini negara demokrasi, kita hormat pilihan masing-masing.

"Kita harapkan PAS juga mempunyai sikap seperti itu. Biar ahli pilih sendiri berdasarkan kepada keyakinan masing-masing," katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Amanah, di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, PAS juga tidak seharusnya "mengikat" ahli masing-masing, sebaliknya perlu membiarkan mereka memilih dengan terbuka.

"Tidak perlu nak ikat dengan tuduhan-tuduhan khianat, langgar baiah. Biar mereka pilih atas keyakinan masing-masing.

"Jika ada orang Amanah hendak kembali kepada PAS, silakan. Buat apa yang kamu yakin adalah yang terbaik.

"Kalau ada orang PAS hendak masuk Amanah, kita harap pihak PAS mempunyai sikap yang terbuka dan menerima kita semua ini sebagai bersaudara, memperjuangkan dasar Islam untuk kebaikan negara dan umat," katanya.

Isu itu dibangkitkan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan sebelum ini, yang mendakwa ditemui beberapa ahli Amanah yang ingin kembali semula kepada parti itu.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, pihaknya berpendapat tidak perlu menyiasat kenyataan itu.

"Kami tidak perlu buang masa menyiasat perkara itu.

"Apa yang saya boleh yakinkan pada hari ini adalah, yang hendak masuk Amanah ramai daripada PAS, sebab itu ada istilah harum manis.

"Itu yang setiausaha agung (PAS) kena lihat," katanya.

Salahuddin dalam sidang media itu berkata, pihaknya juga difahamkan PAS kini sedang merangka peraturan bagi mengelakkan ahlinya dari menyertai Amanah.

"Mereka ini sekarang dalam proses membuat peraturan, mengeluarkan surat amaran, termasuk tidak boleh pergi ceramah Amanah.

"Dan mungkin minum kopi dengan kami juga akan diambil tindakan. Jadi, itu sebenarnya gambaran yang berlaku," kata Salahuddin.

Beliau bagaimanapun berkata, pihaknya tidak teruja dengan perkara itu.

"Bagi saya, kita tidak akan teruja. Dan kita tidak akan buang masa melayan tuduhan seperti itu," katanya. – 11 Februari, 2016.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/biar-ahli-tentukan-amanah-atau-pas-kata-pemimpin#sthash.e1bPdLUI.dpuf

Monday, January 18, 2016

'Saya akan bincang belakang tabir dengan Pas'

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
18 JANUARI 2016


Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - PKR akan mengadakan pertemuan dengan Pas dalam bagi menyelesaikan isu yang berbangkit di antara mereka.

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata, pihaknya sedia maklum mengenai amaran yang dibuat Pas bahawa akan memutuskan tahaluf siyasi bersama mereka.

Menurut beliau, PKR akan mengadakan perbincangan bersama kepimpinan tertinggi parti itu dan biro politik mereka sebelum bertemu dengan Pas.

"Saya baca (kenyataan itu), saya sedia maklum dan akan bncang di peringkat kepimpinan parti. Apa pendirian PKR? Sebaiknya kita bersatu menolak Umno dan BN.

"Isu ini (amaran) ini akan dibincangkan oleh pimpinan parti bersama biro politik kmudian kita akan berbincang belakang takbir denganPas," katanya pada sidang media, hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, adalah lebih baik semua parti pembangkang bersatu daripada bertelagah sesama sendiri.

Semalam, Pas Kelantan secara rasmi telah mengeluarkan surat amaran kepada PKR supaya tidak membuat sebarang hubungan dengan Parti Amanah Negara (Amanah) di negeri itu.

Sebelum ini, Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata Pas tidak teragak-agak untuk memutuskan kerjasama politik dengan PKR sekiranya parti itu mengkhianati mereka.

Pada 9 Januari lalu, secara rasminya, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara meterai perjanjian bersama dalam Pakatan Harapan sekaligus menunjukkan Pas terkeluar daripada blok pembangkang itu.

Sunday, December 13, 2015

Rafizi: Jalan ke Putrajaya perlukan PAS

Pakatan Harapan perlu membentuk gabungan pilihan raya dengan PAS demi mendapatkan sokongan golongan atas pagar, kata Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli.

Ini akan menjadi satu-satunya cara untuk pembangkang menawan Putrajaya, tegasnya.

Memetik tinjauan bebas pada 4 Disember, Rafizi berkata, sekurang-kurangnya 30 peratus orang Melayu sudah membuat keputusan untuk menolak Datuk Seri Najib Razak dan Umno.

Bagaimanapun, mereka dikatakan belum memutuskan pembangkang mana yang akan disokong.

Rafizi berkata, golongan itu dipengaruhi isu yang mempunyai kesan langsung terhadap mereka, termasuk cukai barangan dan perkhidmatan (GST), melebihi perkembangan politik.

Sebahagian mereka tidak mengetahui kewujudan kumpulan serpihan PAS, Parti Amanah Nasional (AMANAH), beliau memberitahu Malaysiakini dan KiniTV.

Menurut beliau, BN memperoleh 53 peratus undi Melayu manakala pembangkang pula 46 peratus.

Umno, PAS dan PKR pula masing-masing mempunyai 20 peratus penyokong tegar daripada orang Melayu, sementara bakinya akan membuat keputusan berdasarkan isu dan sentimen.

“Jika mereka tolak Umno, mereka akan berpatah balik kepada PAS,” katanya.

Saturday, December 5, 2015

Selepas setuju tidak serang PAS, Husam bidas dokumen sulit dibocor

Datuk Husam Musa menafikan dakwaan Facebook pro-ulama PAS yang menuduh seorang kakitangan kerajaan Kelantan membocorkan maklumat kepadanya. Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Disember, 2015.

Walaupun dikatakan bersetuju tidak akan bercakap secara umum isu dalaman parti selepas pertemuan dengan Dewan Harian PAS baru-baru ini, Datuk Husam Musa menyerang lagi partinya dalam satu majlis di Kota Baru malam tadi.

Bekas naib presiden PAS itu dipercayai melakukannya susulan serangan terhadap beliau melalui akaun Facebook pendokong kumpulan pemimpin tertentu dalam PAS, El-Haraki.

Pada majlis pelancaran buku itu, Husam berkata ekoran surat yang diberikan beliau kepada Dewan Harian PAS Pusat dalam pertemuan mereka di Kuala Lumpur baru-baru ini, seorang kakitangan pejabat menteri besar (MB) Kelantan diserang dengan pelbagai tuduhan.

Beliau mendakwa, kakitangan pejabat MB berkenaan dituduh memberi dokumen kepadanya sehingga membolehkan beliau membuat surat berkenaan kepada PAS Pusat.

Ekoran itu, Husam mempertikaikan bagaimana isi kandungan perbincangan yang dianggap sulit itu boleh dibocorkan kepada El-Haraki yang kemudiannya menyerang kakitangan pejabat MB itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu menegaskan, tidak ada pihak yang berjawatan dalam kerajaan PAS yang membekalkan sumber maklumat kepadanya.

Sebaliknya, katanya, sumber maklumat itu datang dari "jin yang turun kerana benci dengan hal-hal yang tidak menyenangkan berlaku di Kelantan".

Beliau mendesak MB Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob, agar prihatin dengan serangan terhadap kakitangan pejabatnya itu.

"Pembelaan dan siasatan perlu dijalankan dengan penuh adil oleh pejabat MB Kelantan," kata Husam.

Bagaimanapun, The Malaysian Insider mendapati, status yang menyerang kakitangan pejabat MB Kelantan itu kini dibuang daripada akaun Facebook El-Haraki itu.

El-Haraki adalah antara laman Facebook yang membuat serangan besar-besaran terhadap sesetengah pimpinan PAS sehingga parti itu berpecah dengan sebahagian pemimpinnya membentuk Parti Amanah Negara (Amanah).

Sebelum ini, The Malaysian Insider difahamkan, Husam bersetuju dengan permintaan Dewan Harian PAS tidak akan menyerang lagi kerajaan negeri dan parti itu dengan syarat beliau tidak diserang terlebih dahulu.

Dalam pertemuan dipengerusikan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Kuala Lumpur itu, Husam menyerahkan satu surat kepada pimpinan tertinggi PAS itu.

Pada majlis malam tadi, Husam berkata, beliau akan mendedahkan surat itu kepada umum jika tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap apa yang beliau bangkitkan. – 5 Disember, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-setuju-tidak-serang-pas-husam-bidas-dokumen-sulit-dibocor#sthash.lpnLH6jv.dpuf

Tuesday, December 1, 2015

PAS bidas Mat Sabu yang 'keliru dan celaru'

PAS memulangkan 'paku buah keras' dengan membidas Parti Amanah Nasional (AMANAH) yang menyerang parti itu dengan mengaitkan PAS dengan pemikiran kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), menyebabkan Amanah ditubuhkan.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Mohd Zuhdi Marzuki berkata tuduhan terbaru Presiden Amanah Mohamad Sabu itu bertentangan momokan mereka sebelum itu bahawa PAS mahu bekerjasama dengan Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Katanya, tuduhan cuba membentuk kerajaan perpaduan dan ISIS yang bersikap melampau terhadap pemerintah Muslim yang tidak sealiran serta mengangkat senjata tanpa jalan perdamaian, adalah paradoks.

"Jika PAS dituduh diserapi pemikiran ISIS, mengapa pula PAS dituduh mahu berkerjasama dengan pemerintah kerana pendekatan ini jauh berbeza dengan ISIS.

"Berdasarkan paradoks kedua-dua tuduhan itu, PPP melihat kepimpinan AMANAH lah sebenarnya yang semakin keliru dan celaru," katanya dalam satu kenyataan.

"Mereka tidak tahu, peluru mana yang mahu diguna untuk menyerang PAS. Mereka juga sedang mencari alasan memberikan jawapan kepada ahli-ahli mereka yang 'pening' bagi mewajarkan mengapa mereka keluar dari PAS."

Sehubungan, Mohd Zuhdi yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat menasihatkan pemimpin Amanah menyelesaikan terdahulu kecelaruan mereka dan mencari titik persamaan supaya pelbagai aliran dalam parti itu dapat disetarakan pemikirannya.

Hari ini portal berita The Malaysian Insider melaporkan Mohamad sebagai berkata mendedahkan di antara punca Amanah ditubuhkan kerana PAS sudah diresapi pemikiran ISIS.

Beliau juga dilapor menuntut supaya siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran kumpulan itu yang menyebabkan suburnya budaya "takfiri". dalam PAS.

Laporan itu juga menyebut, budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan dan menghalal pertumpahan darah.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-