Showing posts with label Negara Islam. Show all posts
Showing posts with label Negara Islam. Show all posts

Monday, March 11, 2019

LGBT cemar imej Malaysia negara Islam, kata Jakim

Diterbitkan pada 11 March 2019

Jakim komited membantu golongan yang terjebak dengan budaya LGBT melalui program rawatan dan pemulihan dari semasa ke semasa. 
Foto AFP

PUTRAJAYA, 11 Mac — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menolak sebarang usaha untuk mengiktiraf lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam negara.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata pendirian itu selaras dengan pendirian Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Malaysia tidak boleh menerima sistem nilai yang diamalkan di negara barat iaitu LGBT, dan perkahwinan sama jenis.

“Sejak dahulu lagi LGBT tidak diterima di negara kita. Jangan ada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan imej Malaysia sebagai negara Islam,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata demokrasi tidak bermaksud semua orang boleh buat apa yang disukainya, lebih-lebih lagi apa yang diperjuangkan bertentangan dengan undang-undang, ajaran agama, nilai dan norma masyarakat Malaysia.

“Jakim merasa kesal dengan tindakan sekumpulan peserta perarakan Hari Wanita Antarabangsa di Kuala Lumpur pada Sabtu yang menyokong golongan LGBT dalam negara.

"Pendirian sama juga turut ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof yang melarang sebarang usaha untuk mempromosi LGBT,” tambahnya.

Mohamad Nordin berkata Jakim komited menangani dan membantu golongan yang terjebak dengan budaya LGBT melalui program rawatan dan pemulihan yang dijalankan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pelbagai pihak.

Media sebelum ini melaporkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Women’s Aid Organization (WAO), Sisters In Islam (SIS) serta penyokong LGBT menyertai perhimpunan sempena Hari Wanita Sedunia berhampiran sebuah pusat membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Sabtu.

Perhimpunan itu difahamkan tidak mendapat kebenaran pihak polis. 

Bernama

Sunday, March 10, 2019

Hentikan sokongan kepada golongan Liberal

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH 
09 MARCH 2019


HIMPUNAN Woman's March yang diadakan pada hari ini, 9 Mac 2019 adalah satu agenda mengarut dan jelas menunjukkan kedangkalan atau ketidak perihatinan pemahaman pendukung ini terhadap akar budaya rakyat Malaysia yang menekankan adab sopan dan budi pekerti mulia.

Intipati daripada laungan “Hidup Wanita”, “Hidup LGBT”, "Hentikan Stereotaip dan Prejudis”, serta perjuangan kesaksamaan gendersebenarnya berlawanan dengan norma masyarakat Malaysia kerana ia hanya berakar umbi daripada gerakan-gerakan di Barat dan Eropah.

Muslimat PAS ingin menegaskan bahawa Allah S.W.T telah secara jelas mencegah dan melarang gaya hidup LGBT dalam Surah al-A'raf ayat 80-81, dan tindakan mempromosi dan mempertahankan hak LGBT dilihat sebagai mencabar perintah Allah S.W.T dan ianya amat memalukan kerana Malaysia merupakan sebuah negara Islam.

Kami juga mengecam tindakan kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM30,000 kepada SIS, sebuah pertubuhan yang telah difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Selangor, serta perjuangannya bertentangan dengan kehendak rakyat Malaysia.

Oleh itu, Muslimat PAS menyatakan bantahan terhadap perhimpunan dan segala kehendak golongan Liberal seperti SIS dan Women Aid Organization (WAO) untuk menyemai idea Liberal dan Feminisme di Malaysia.

Kami juga menyeru agar semua wanita tidak mengikuti ajaran songsang ini dan terus mengenal Islam serta ajarannya yang sebenar dan kami percaya agama lain juga mencegah perbuatan songsang yang tidak mendatangkan manfaat kepada penganutnya.

Di samping itu, Muslimat PAS sangat mendukung usaha untuk menyelamatkan rakyat yang tertindas melalui pelbagai cara dan kami juga konsisten memperjuangkan hak semua wanita dengan adil dan saksama tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.

YB SENATOR USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
9 Mac 2019 bersamaan 2 Jamadil Akhir 1440

 - HARAKAHDAILY
   9/3/2019

Wednesday, January 2, 2019

G25: Malaysia akan gagal, miskin jika ikut model 'negara Islam' ala Isma

Diterbitkan pada 02 January 2019
Oleh Yiswaree Palansamy

Pemimpin dan penggerak kempen 'Malaysia negara Islam' menunjukkan simbol jari berbentuk 'C' sebagai lambang bulan sabit.Foto ihsan Twitter/ Malaysia Negara Islam

KUALA LUMPUR, 2 Jan Kumpulan tokoh progresif G25 memberi amaran Malaysia akan menjadi negara miskin dan gagal jika mengikut model "negara Islam" Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).

"Pandangan kami dalam G25, apa yang dikempenkan oleh Isma akan menyebabkan negara ini menjadi gagal dengan kemiskinan dan kesengsaraan untuk rakyatnya," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan.

Tambahnya, Isma harus menjelaskan sama ada sistem sedemikian boleh menjadikan ekonomi negara ini kuat untuk meningkatkan taraf hidup dan memberi keyakinan terhadap masa depannya.

Kumpulan itu juga yakin Sabah dan Sarawak tidak boleh menerima apa-apa ideologi seumpama itu yang disifatkannya dalam kategori "aliran sangat kanan."

"Isma mungkin boleh mendapat satu juta tandatangan tetapi Malaysia arus perdana, yang mewakili majoriti, tidak akan menerima pakai agenda Islamnya," kata G25 lagi.

Hujung bulan lalu, badan Islam itu melancarkan kempen untuk mendesak Malaysia diiktiraf sebagai negara Islam dengan hujah perlembagaan dan kedudukan agama di negara ini.

Ingin mengutip sejuta tanda tangan dalam tempoh lima bulan, kempen tersebut menggunakan simbol jari berbentuk huruf "C," yang melambangkan bulan sabit.

Lapan mesej kempen itu termasuklah menolak Malaysia sebagai negara sekular dan menegaskan ia asalnya tanah Melayu dan bangsa itu penduduk asalnya.

Mereka juga mahu rakyat melaksanakan kewajipan Islam, memperkasa undang-undang Islam dalam sistem kehakiman dan mengukuhkan peranan bahasa Melayu.

Bahan kempen mereka menggunakan huruf jawi, bukan huruf rumi, yang ditujukan khas kepada orang Melayu yang boleh membacanya.

Baca seterusnya di Malay Mail

Wednesday, August 8, 2018

Kerajaan kena tegas halang LGBT

SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
8 OGOS 2018

Noraini Ahmad

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengambil tindakan pantas dan tegas bagi menghalang kempen menghalalkan gaya hidup Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) di negara ini.

Ketua Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, kempen menuntut hak sama rata golongan itu yang bertentangan dengan agama akan menjadi punca kepada kerosakan institusi sosial lebih besar terhadap masyarakat di Malaysia.

“Benar kata Datin Marina (Mahathir), hari ini mereka bukan minta perkahwinan sejenis tetapi apa akan jadi pada masa akan datang?

“Perkahwinan sejenis di negara-negara lain bermula dari perjuangan menuntut kononnya hak asasi sama rata untuk golongan LGBT,” katanya dalam kenyataan hari ini.

[ ARTIKEL BERKAITAN: LGBT bukan minta kahwin sejenis ]

Sebelum ini, Marina berkata, komuniti LGBT di negara ini hanya mahukan kesamarataan dari sudut hak asasi manusia yang terkandung dalam perlembagaan.

Ia termasuk hak mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan dan perlindungan keselamatan tanpa sebarang diskriminasi.

Menurut Noraini, Wanita Umno bersetuju bahawa mana-mana individu di Malaysia tidak pernah dinafikan hak asasi mereka dalam menjalani kehidupan seharian.

“Isu diskriminasi terhadap golongan LGBT untuk mendapatkan pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan, perlindungan keselamatan dan sebagainya berlaku apabila tuntutan agama masyarakat terutamanya umat Islam di negara ini diambil ringan seolah-olah ingin menghalalkan gaya hidup LGBT,” katanya.

Katanya, sebagai sebuah negara Islam dari sudut kehidupan dan Perlembagaan, rakyat mesti akur bahawa hubungan sesama jantina itu adalah haram di sisi Islam.

“Maka, untuk menghalalkan golongan LGBT mengamalkan gaya hidup hubungan sesama jantina secara terbuka merupakan satu hak yang berlebihan untuk diminta dalam sebuah negara Islam seperti Malaysia,” katanya.

Sunday, October 15, 2017

Baru gesa BN S'wak tolak komitmen jadikan M'sia negara Islam

Berita Terkini
Ketua PKR Sarawak Baru Bian menggesa BN negeri menolak kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki bahawa kerajaan BN komited untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Asyraf dilaporkan oleh portal berita Free Malaysia Today menyatakan pembangunan Islam yang diperkasakan dari semasa ke semasa menjadi petunjuk jelas kepada perkara itu.

"Ini adalah kenyataan jelas mengenai pendirian kerajaan persekutuan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam," kata Baru yang juga ADUN Ba Ke'lalan.

Baru berkata BN Sarawak harus menolak kenyataan Aysraf kerana rakyat negeri itu akan berfikir bahawa kerajaan negeri terlibat dalam usaha kerajaan persekutuan menjadikan Malaysia negara Islam.

Baru berkata kenyataan timbalan menteri itu juga adalah satu pelanggaran yang jelas terhadap Perjanjian Malaysia 1963.

"Ia seolah-olah tidak peduli mengenai pelanggaran ini dan lebih banyak lagi bukti mengenai isu-isu yang amat penting bagi Sarawak, BN Persekutuan tidak peduli terhadap hak rakyat negeri," kata peguam hak asasi manusia itu.

Baru berkata, BN Sarawak harus mencontohi Sultan Johor apabila baru-baru ini memberikan reaksi terhadap isu pengasingan dobi di Muar.

"BN Sarawak mesti menolak kenyataan Asyraf Wajdi dan menuntut BN persekutuan menafikannya," tambah Baru.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/398373#UeLRFuVXLMJYZSWB.99

Friday, March 18, 2016

Mengapa orang Islam kurang peduli rasuah? soal Mat Sabu

FMT Reporters | March 18, 2016
Beliau bimbang sikap tidak peduli itu akan membuatkan masyarakat bukan Islam salah faham dengan ajaran Islam.
PETALING JAYA: Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu menyifatkan umat Islam termasuk di negara ini, tidak sensitif terhadap rasuah menyebabkan banyak negara Islam ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Berucap dalam satu program Pakatan Harapan di Alor Setar, Kedah, beliau meluahkan kekecewaannya itu memandangkan rasuah adalah kesalahan di sisi Islam dan sering dibicarakan dalam kuliah agama.

“Orang Islam kurang sensitif dengan rasuah. Tapi orang Cina yang tak pergi solat Jumaat dan tak dengar hadis pun boleh sensitif.

“Tetapi kenapa orang Islam yang dengar khutbah boleh ketinggalan dalam pelbagai bidang? Sedangkan ia didikan awal Nabi Muhammad SAW. Kalau nak negara maju orang Islam mesti cantik akhlak dan bebas rasuah, Tapi cerita bab RM2.6 bilion pun orang tidak sensitif,” katanya seperti dipetik Sinar Harian hari ini.

Beliau bimbang sikap tidak peduli itu akan membuatkan masyarakat bukan Islam akan salah faham dengan ajaran Islam.

Menurut laporan itu lagi, Mohamad Sabu turut memberikan contoh Kerajaan Pulau Pinang, yang memiliki jumlah hutang paling sedikit berbanding negeri lain.

“Mengapa bukan Kelantan, negeri yang orang Islam perintah?” soalnya lagi.

Tuesday, December 1, 2015

PAS bidas Mat Sabu yang 'keliru dan celaru'

PAS memulangkan 'paku buah keras' dengan membidas Parti Amanah Nasional (AMANAH) yang menyerang parti itu dengan mengaitkan PAS dengan pemikiran kumpulan pengganas Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), menyebabkan Amanah ditubuhkan.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Mohd Zuhdi Marzuki berkata tuduhan terbaru Presiden Amanah Mohamad Sabu itu bertentangan momokan mereka sebelum itu bahawa PAS mahu bekerjasama dengan Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Katanya, tuduhan cuba membentuk kerajaan perpaduan dan ISIS yang bersikap melampau terhadap pemerintah Muslim yang tidak sealiran serta mengangkat senjata tanpa jalan perdamaian, adalah paradoks.

"Jika PAS dituduh diserapi pemikiran ISIS, mengapa pula PAS dituduh mahu berkerjasama dengan pemerintah kerana pendekatan ini jauh berbeza dengan ISIS.

"Berdasarkan paradoks kedua-dua tuduhan itu, PPP melihat kepimpinan AMANAH lah sebenarnya yang semakin keliru dan celaru," katanya dalam satu kenyataan.

"Mereka tidak tahu, peluru mana yang mahu diguna untuk menyerang PAS. Mereka juga sedang mencari alasan memberikan jawapan kepada ahli-ahli mereka yang 'pening' bagi mewajarkan mengapa mereka keluar dari PAS."

Sehubungan, Mohd Zuhdi yang juga anggota jawatankuasa PAS pusat menasihatkan pemimpin Amanah menyelesaikan terdahulu kecelaruan mereka dan mencari titik persamaan supaya pelbagai aliran dalam parti itu dapat disetarakan pemikirannya.

Hari ini portal berita The Malaysian Insider melaporkan Mohamad sebagai berkata mendedahkan di antara punca Amanah ditubuhkan kerana PAS sudah diresapi pemikiran ISIS.

Beliau juga dilapor menuntut supaya siasatan terperinci dibuat pasukan keselamatan negara ke atas penyusupan pemikiran kumpulan itu yang menyebabkan suburnya budaya "takfiri". dalam PAS.

Laporan itu juga menyebut, budaya takfiri merujuk kepada tindakan mengkafirkan kumpulan yang berbeza pandangan dan menghalal pertumpahan darah.

Friday, October 2, 2015

Malaysia akan terima 3,000 pelarian Syria, kata Najib

Malaysia akan membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh 3 tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Oktober, 2015.

Malaysia akan membuka pintu kepada 3,000 pelarian Syria dalam tempoh 3 tahun akan datang bagi membantu meringankan krisis pelarian, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata negara-negara Islam sebahagiannya bertanggungjawab memastikan kesejahteraan orang Syria yang terpinggir melarikan diri dari negara mereka dengan jumlah yang besar sehingga mengakibatkan tekanan ekonomi dan sosial di Eropah.

"Sebab itu Malaysia selama ini mengambil banyak orang yang melarikan diri daripada peperangan, kebuluran dan penganiayaan. Kini kami mempunyai ratusan ribu migran dan kami mengambil lebih ramai awal tahun ini apabila terdapat krisis kemanusiaan di Laut Andaman," katanya pada sesi ke-70 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di New York, semalam.

Pengumuman Najib berhubung kesediaan untuk menerima pelarian Syria itu disambut tepukan gemuruh audiens.

Dilaporkan sejak 4 tahun lepas, kira-kira 4 juta pelarian Syira melarikan diri ke negara jiran dan bergelumang dalam kancah kemiskinan.

Najib berkata penyelesaian antarabangsa yang baharu diperlukan bagi menangani krisis migrasi.

Katanya, "kita mesti menghormati nilai kemanusiaan bersama" dan isu berjuta-juta rakyat Syria melarikan diri dari negara mereka harus menjadi kebimbangan dan perhatian dunia.

"Hanya apabila kita melangkaui batas bangsa dan anutan, hanya apabila kita melihat gambar migran yang terdesak, mangsa ekstremis dan mereka yang hidup diselubungi kebuluran dan kemiskinan - dan melihat mereka bukan sebagai orang asing tetapi sebagai saudara kita.

"Apabila kita melihat gambar memilukan jasad Aylan Kurdi berusia 3 tahun yang terdampar di pantai dan merasakan seolah-olah anak kita sendiri dalam wajah kanak-kanak lelaki tidak berdosa itu maka kita akan bertindak untuk berbuat lebih baik.

"Orang di seluruh dunia merayu bantuan kita. Kita tidak boleh - tidak akan membiarkannya saja," kata Najib.

Najib turut mengulangi kekecewaan Malaysia terhadap kegagalan PBB menerima pakai resolusi menubuhkan sebuah tribunal antarabangsa untuk menyiasat insiden menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 kerana kuasa veto dikenakan.

"Kami akan terus menuntut keadilan menerusi opsyen undang-undang lain kerana kami bertanggungjawab terhadap keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian jenayah yang kejam ini," katanya.

Pada 29 Julai lepas, Rusia menggunakan kuasa veto untuk menghalang cadangan 5 negara yang dirintis Malaysia untuk menubuhkan tribunal jenayah antarabangsa sementara bagi membicarakan mereka yang bertanggungjawab menembak jatuh penerbangan MH17 tahun lepas.

Resolusi tersebut mendapat 11 undi menyokong daripada Chad, Chile, Perancis, Jordan, Lithuania, Nigeria, Sepanyol, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

China, Venezuela dan Angola, bagaimanapun, berkecuali daripada mengundi.

Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terkorban apabila pesawat itu ditembak jatuh di Donetsk di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas. – Bernama, 2 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/malaysia-akan-terima-3000-pelarian-syria-kata-najib#sthash.yN8ukaTC.dpuf

Saturday, January 3, 2015

Negara Islam bukan sekadar pada nama, kata Sultan Perak

Negara Islam tidak terbentuk sekadar dengan menamakannya sebagai Negara Islam tetapi ia adalah satu kaedah untuk mewujudkan satu sistem pemerintahan yang melakukan amal makruf dan menegah kemungkaran, titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah (gambar).

Selain daripada itu, baginda bertitah rakyat di sesebuah negara Islam hidup dalam suasana damai lagi rukun, saling bekerjasama, saling menghormati, bersatu padu dan mempertahankan kedaulatan watan.

Mereka juga meluhurkan piagam atau perlembagaan dan mendaulatkan undang-undang untuk memastikan wujudnya keadilan agar negara dilimpahi dengan rahmat keamanan, kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan daripada Allah, titah baginda pada majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Ipoh, hari ini.

Sultan Nazrin bertitah Rasulullah SAW menunjukkan contoh teladan pentadbiran negara Islam yang pertama di dunia di Madinah, yang menjunjung prinsip pemerintahan berpaksikan undang-undang yang bersumberkan Al-Quran.

Baginda bertitah negara Islam yang dipimpin oleh Rasulullah SAW mengutamakan keadilan kerana ia adalah faktor yang akan menentukan rasa hormat dan penerimaan rakyat kepada pemimpin.

"Sifat adil yang diamalkan oleh Rasulullah SAW tidak hanya dinikmati oleh umat Islam malah keadilan dipastikan turut dinikmati oleh bukan Islam.

Bukan Islam turut dijamin perlindungan keselamatan, dijamin kebebasan menganut agama, dijamin boleh mengamalkan budaya masing-masing, dijamin hak untuk melakukan pelbagai kegiatan ekonomi dan usaha-usaha pembangunan sosial," titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah Perlembagaan Madinah menetapkan bahawa setiap insan tanpa mengira pegangan agama, tanpa mengira amalan budaya dijamin hak asasi masing-masing.

Baginda bertitah menggubal sesuatu piagam atau perlembagaan adalah satu permulaan namun apa yang lebih penting adalah kesediaan rakyat menerima pakai piagam yang digubal.

"Piagam yang diterima pakai pula, perlu dipastikan memberi kesan dan memenuhi matlamat penggubalannya, terus dihormati dan terus diyakini untuk terus didukung sepanjang masa.

Oleh itu pada peringkat menggubal sesuatu perjanjian mahupun dasar, amatlah penting diamalkan sifat inklusif, dipastikan adanya partisipasi yang melibatkan penyertaan pelbagai pihak, mewakili pelbagai konstituen, terutama ketika menangani isu-isu sensitif, isu-isu kontroversi dan isu-isu yang menyentuh pendirian yang bercanggah," titah baginda.

Sultan Nazrin juga bertitah Islam membenarkan umatnya bersuara, bersifat kritikal dan mereka diseru untuk memiliki keberanian menegakkan kebenaran dan ketegasan mempertahankan keadilan.

"Umat Islam diseru memenuhi tanggungjawab moral, menggunakan daya intelek kurniaan Ilahi untuk mencetuskan cadangan dan pandangan demi kebaikan dan kesejahteraan ummah.

Islam membenarkan kebebasan bersuara tetapi kebebasan tersebut wajib dikembarkan dengan tanggungjawab," titah baginda.

Baginda bertitah Islam menegaskan pentingnya diamalkan budaya syura dalam sistem pentadbiran untuk membolehkan pandangan dan pendapat disuarakan.

Islam juga menganjurkan kesediaan mendengar dan menganalisis secara rasional hujah dan pendirian yang berbeza untuk membolehkan keputusan yang dirumuskan dicapai secara kolektif.

Baginda bertitah Islam menegaskan pemerintahan wajib bersandarkan undang-undang dan pemimpin tidak memiliki sebarang keistimewaan mahupun kekebalan untuk berada di atas undang-undang.

"Pemimpin yang menghayati roh Islam akan mengasaskan pemerintahan berteraskan kebenaran – bertiangkan keadilan," titah baginda. – Bernama

Saturday, December 27, 2014

Mauritania Hukum Mati Muslim Murtad - Negara Islam Malaysia macam mana?

SEORANG Muslim di Mauritania, salah satu negara di Afrika, dilaporkan telah dijatuhkan hukuman mati kerana murtad pada hari Rabu (24/12/2014). Hukuman ini dijatuhkan setelah pengadilan memutuskan bahwa ia telah menulis sesuatu yang menghina ajaran Islam, sumber pengadilan mengatakan kepada AFP.

Mohamed Ould Cheikh Mohamed, yang berusia sekitar 30 tahun, pingsan saat putusan dibacakan akhir Rabu (24/12/2014) di sebuah pengadilan di Nouadhibou, di barat laut ibukota Mauritania, kata sumber itu tanpa menyebut nama.

Sebelumnya, Mohamed telah ditahan sejak 2 Januari 2013, dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan kepadanya.

Mauritania memberlakukan hukuman mati, namun belum pernah mengeksekusi mati orang sejak tahun 1987.

Selama sidang, hakim mengatakan Mohamed telah menantang beberapa tindakan Nabi, kata sumber itu kepada AFP.

Namun, Mohamed menjelaskan bahwa hal itu dilakukan itu bukan berniat untuk menyakiti nabi, sumber tersebut menambahkan. [sumber IP]

Wednesday, July 30, 2014

Di Negara Islam Malaysia ni bila lagi..........?

Lelaki Indonesia Jadi Orang Pertama Dikenakan Hukum Hudud Di Negara Brunei


Seorang lelaki yang berasal dari Indonesia bernama Eko Sulistono menjadi orang pertama yang didakwa dengan Undang-Undang Syariah ( Hudud ) di negara Brunei Darussalam. Eko dihukum kerana telah ditangkap merokok di siang hari semasa bulan Ramadan.

Berita ini dilaporkan oleh akhbar The Brunei Times semalam di mana, Penolong Pendaftar Mahkamah Syariah, Hjh Zuraina Dato Seri Setia Hj Abd Rahman, berkata, ketika ditangkap Eko tengah merokok di bengkel tempat dia bekerja. Zuraina menambah, Eko ditahan oleh pegawai polis syariah Brunei di kawasan Benkurong Masin pada 9 Julai yang lalu. Atas kelakuannya itu, Eko melanggar Pasal 195 (1) Akta Syariah tahun 2013. Mahkamah Syariah Brunei menjatuhkan hukuman kepada Eko untuk membayar denda sebanyak 2,500 dolar Brunei dan penjara selama 180 hari atau enam bulan.Hukuman itu dibacakan pada 21 Julai yang lalu. Namun Eko sudah membayar denda tersebut. Undang-Undang Syariah ( hudud ) mula dilaksanakan di Brunei pada 1 Mei yang lalu.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, telah memperkenalkan pelaksanaan hukuman hudud di negara Brunei. Akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam mengikut tempoh percubaan selama enam tahun.

Undang-undang tersebut termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina. Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak.

“Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan,” katanya.

Thursday, April 26, 2012

Ape perjuangan sebenar PAS.........................

Pada pandangan Wak, PAS sudah tidak tahu lagi ke mane arah tuju nye. Harapan penyokong2 nye dari umat Islam sangat berharaf PAS memperjuangkan Islam. Slogan atau manifesto PAS yang berbunyi : "Membangun Bersama Islam" dan "Negara Islam Bagi Malaysia" itu sangat indah di dengar oleh telinga umat2 Islam.

Penyokong2 nye menunggu dan me nanti2 saat bila PAS akan berjaya melaksanakan nye. Penantian itu telah berakhir dengan kekecewaan dan kehampaan. " Membangun Bersama Islam dan Negara Islam akhirnye telah bertukar menjadi "Negara Berkebajikan" sahaja. Pengorbanan dan usehe2 mereka telah di sia2 kan oleh pemimpin2 nye.

Hari ini sebutan perkataan 'Islam' sudah jarang2 kedengaran dalam ceramah2 PAS terutama nye ceramah PR. Nampak benar pemimpin2 PAS takut bersuara tentang Islam di hadapan rakan2 nye DAP dan PKR. Pemimpin2 PAS sedar bahawa DAP dan PKR tidak suka perkataan Islam di sebut2 dalam ceramah2.

Wak pun tersangat heran, mengapa dengan tiba2 "Membangun Bersama Islam" di tukarkan kepada "Negara Berkebajikan" Di bawah ini sama2 kita teliti dan cube perbandingkan dengan ape yang sedang dan telah di laku kan terlebih dahulu oleh kerajaan BN.

Manifesto yang mempunyai 36 muka surat terdiri daripada 12 Teras, antaranya;
* Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih
* Pengurusan Berhemat (Pruden) Kekayaan Negara, * Jaminan Keselamatan Nyawa, Kehormatan dan Harta Benda dengan Membenteras Jenayah.
* Pendidikan Menyeluruh Pemacu Perubahan
* Jaminan Perkhidmatan Kesihatan Rakyat
* Kebajikan Pekerja Sektor Awam dan Swasta
* Pembelaan Kebajikan Menyeluruh Mesra-Rakyat
* Tawaran Istimewa Bagi Kaum Wanita
* Memajukan Industri Pertanian sekaligus Membela Kaum Petani dan Nelayan
* Dasar, Etika dan Amalan Media Massa Adil, Bersih dan Demokratik
* Pemuliharaan Alam Sekitar
* Dasar Perpaduan Nasional. 


Sebenar nye bukan nye 12 Teras yang sedang dan telah di laksanakan oleh kerajaan BN dengan berjaya nye bahkan ianye lebih daripada 12 Teras. Sedangkan PAS belum  bermule barang selangkah pun untuk melaksanakan nye. Hari ini rakyat boleh di katekan semua nye berpendidikan, bijak dan cerdik serta tahu menilai yang mana kaca dan yang mane intan.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-