Showing posts with label Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan). Show all posts
Showing posts with label Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan). Show all posts

Tuesday, May 16, 2017

Debat Hannah Yeoh vs Dr Kamarul, Hannah Yeoh membisu, takut !

Dr Kamarul Zaman Yusoff tidak gentar dengan laporan polis yang dibuat oleh ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh terhadapnya hari ini berkaitan dengan penulisan satu artikel.

Beliau yang juga Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM) turut mengesahkan artikel bertajuk “Hannah Yeoh contoh hipokrasi terbesar DAP” adalah tulisannya dan sedia bertanggungjawab terhadap penulisan tersebut.

“Saya mengesahkan tulisan itu adalah tulisan saya dan saya mengambil tanggungjawab penuh ke atas tulisan saya itu.

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberikan penjelasan kepada mana-mana pihak, termasuk kepada polis, atau di mana saja, termasuk di mahkamah, sekiranya diperlukan.

“Saya akan mengemukakan bukti berkaitan dan bukti-bukti lanjut yang belum didedahkan mengenai agenda Kristianisasi beliau di dalam bidang politik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hannah Yeoh kalau berani debatlah ! Kalau setakat report polis Bangla pun boleh report polis ! Ada berani ?

Bacaan tambahan ini menyokong kebenaran Dr. Kamarul.

Monday, April 24, 2017

Jangan bazir masa, kata Mapan kepada PAS

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) dari Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, para pemimpin PAS tidak sepatutnya membazir masa mencadangkan sesuatu perkara yang hampir pasti tidak akan berlaku.

"Saya agak terkejut dengan kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, yang menyarankan supaya Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak mengganggu kerusi PAS.

"Gesaan ini juga tidak selari dengan keputusan parti mahupun kenyataan pimpinan tertinggi parti yang menekankan betapa PAS tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk dengan DAP dan Amanah serta mana-mana pihak yang bersikap keras terhadap Islam," katanya dalam kenyataan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, katanya, telah menegaskan hal ini dalam beberapa kenyataan bahawa betapa parti Islam itu akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh majlis syura ulama PAS.

"Presiden PAS juga telah memberikan satu ibarat yang sangat menarik iaitu bahawa 'menyertai Barisan Nasional (BN) laksana memikul biawak hidup' manakala 'menyertai Pakatan Harapan biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah'," kata beliau.

Berdasarkan kenyataan Abdul Hadi itu, tidak wajar bagi mana-mana pemimpin PAS melontarkan apa-apa cadangan yang membayangkan kesediaan PAS menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan BN, jelasnya.

"Para pemimpin Pas perlu lebih berhati-hati di dalam membuat kenyataan bagi memastikan kenyataan mereka konsisten dengan keputusan parti mahupun kenyataan pimpinan tertinggi parti selain memastikan kenyataan mereka tidak bercanggah dengan konsep demokrasi," ujar Kamarul Zaman lagi.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-