Showing posts with label Dewan Ulama PAS Pusat. Show all posts
Showing posts with label Dewan Ulama PAS Pusat. Show all posts

Monday, April 24, 2017

Jangan bazir masa, kata Mapan kepada PAS

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) dari Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, para pemimpin PAS tidak sepatutnya membazir masa mencadangkan sesuatu perkara yang hampir pasti tidak akan berlaku.

"Saya agak terkejut dengan kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, yang menyarankan supaya Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak mengganggu kerusi PAS.

"Gesaan ini juga tidak selari dengan keputusan parti mahupun kenyataan pimpinan tertinggi parti yang menekankan betapa PAS tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama dalam apa jua bentuk dengan DAP dan Amanah serta mana-mana pihak yang bersikap keras terhadap Islam," katanya dalam kenyataan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, katanya, telah menegaskan hal ini dalam beberapa kenyataan bahawa betapa parti Islam itu akan tetap terus berpegang dengan keputusan yang telah dibuat oleh majlis syura ulama PAS.

"Presiden PAS juga telah memberikan satu ibarat yang sangat menarik iaitu bahawa 'menyertai Barisan Nasional (BN) laksana memikul biawak hidup' manakala 'menyertai Pakatan Harapan biawaknya lebih besar dan penyakitnya lebih parah'," kata beliau.

Berdasarkan kenyataan Abdul Hadi itu, tidak wajar bagi mana-mana pemimpin PAS melontarkan apa-apa cadangan yang membayangkan kesediaan PAS menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menumbangkan BN, jelasnya.

"Para pemimpin Pas perlu lebih berhati-hati di dalam membuat kenyataan bagi memastikan kenyataan mereka konsisten dengan keputusan parti mahupun kenyataan pimpinan tertinggi parti selain memastikan kenyataan mereka tidak bercanggah dengan konsep demokrasi," ujar Kamarul Zaman lagi.

Wednesday, June 17, 2015

PKR penentu nasib Kerajaan Selangor, Pulau Pinang

FMT Reporters

Keputusan PKR sama ada kekal atau keluar PR akan menentukan dua negeri yang dikuasai PR selamat atau sebaliknya.
PETALING JAYA: Masa depan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang kini bergantung sepenuhnya kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, sekiranya PKR juga menarik diri daripada Pakatan Rakyat (PR) maka Kerajaan Selangor akan berhadapan masalah besar.

Katanya, jika PKR membuat keputusan kekal bersama PR, parti itu perlu membuat pendirian sama ada menerima atau tidak DAP dalam pentadbiran negeri.

“Kini terpulang kepada PKR untuk menentukan nasib kerajaan Selangor.

“Jika PKR kekal bersama Pas dalam PR, mereka juga perlu menyatakan pendirian terhadap erajaan Pulau Pinang.

“Peranan PKR akan menentukan negeri manakah akan goyah sama ada Selangor atau Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan Facebook Dewan Ulama Pas Pusat.

Mohd Zuhdi berkata, DAP terpaksa menarik diri daripada PR selepas segala usaha provokasi terhadap Pas supaya keluar pakatan pembangkang tidak berjaya.

Katanya, DAP keluar pakatan pembangkang bukan perkara baru kerana pada 2002, parti itu menarik diri daripada Barisan Alternatif (BA) meninggalkan Pas dan PKR berdepan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2004 dan 2008.

Saturday, June 6, 2015

JK PAS Pusat bincang segera usul tahaluf siyasi

MUHAMMAD FAIZAL

KUALA SELANGOR: Usul politik (tahaluf siyasi) yang dikemukakan Dewan Ulamak PAS Pusat dan PAS Kawasan Tumpat berhubung memutuskani hubungan dengan DAP akan dibincangkan segera di peringkat Jawatankuasa PAS Pusat.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata usul yang diterima tanpa bahas pada pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-61 yang berakhir di sini, hari ini bukannya satu keputusan.

Sebaliknya, kata beliau ia akan dibawa ke peringkat Jawatankuasa PAS Pusat serta Majlis Syura Ulamak.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan pada muktamar yang berlangsung di Stadium Tertutup Kuala Selangor, petang tadi.

Usul itu, antara lain menuntut dan menggesa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak hendaklah memutuskan hubungan dan kerjasama politik dengan DAP, sebaliknya kekal bersama PKR dalam Pakatan Rakyat.

Wednesday, June 3, 2015

Berita Terkini dari Muktamar PAS : Pakatan Rakyat dah punah.....?

DUPP lulus usul tergempar putuskan hubungan dengan DAP
Usul tergempar tuntut putus hubungan dengan DAP dikemukan oleh Mokthar Senik (gambar) sebagai wakil DUPP dan disokong oleh 648 orang perwakilan yang hadir hari ini. - Foto TRP/Azrol Ali

GOMBAK, 3 Jun:

Dewan Ulama PAS Pusat hari ini meluluskan usul tergempar bagi memutuskan hubungan dengan parti.

Usul itu diluluskan sebulat suara tanpa bantahan dari mana-mana perwakilan di Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat hari ini.

Usul tergempar tersebut telah dikemukan oleh Mokthar Senik sebagai wakil DUPP dan disokong oleh 648 orang perwakilan yang hadir hari ini.

“Saya mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan juga Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama kerjasama DAP hendaklah dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat (PR),” katanya susulan tindakan DAP yang banyak bertentangan dengan keputusan parti tersebut.

- berita lanjut menyusul.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/03/dupp-lulus-usul-tergempar-putuskan-hubungan-dengan-dap/#ixzz3c01MoKxY

Sunday, February 22, 2015

Dewan Ulama PAS tolak Nurul Izzah

"Saya ada dengar suara yang mahukan Nurul Izzah (gambar) sebagai Ketua Pembangkang, jadi memang tak sepatutnya lah, dia orang muda," kata Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

SERI KEMBANGAN, 22 Februari:

Dewan Ulama PAS Pusat menolak cadangan beberapa pihak yang mahu menjadikan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebagai Ketua Pembangkang yang baharu menggantikan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya ada dengar suara yang mahukan Nurul Izzah sebagai Ketua Pembangkang, jadi memang tak sepatutnya lah, dia orang muda,” kata Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Kata Mahfodz, pihaknya lebih menyokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Ketua Pembangkang kerana beliau lebih berpengalaman dan lama di dalam PAS.

“Datuk Tuan Guru banyak pengalaman dalam PAS, turun naik dalam PAS, pengalaman dalam PAS, politik. Sepatutnya jika PAS nak sokong memang patut sangatlah,” tegas beliau pada sidang media selepas persidangan Multaqa Ulama SeMalaysia kali ke-2 anjuran PAS di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Subang Jaya MPSJ, Serdang Jaya, lewat malam Sabtu.

Anwar, yang juga Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen PKR Permatang Pauh kini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas rayuan terakhir kes liwat II beliau ditolak oleh Mahkamah Persekutuan, yang mengekalkan sabitan bersalah ke atas beliau kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Selain Hadi dan Nurul Izzah, antara nama lain yang disebut-sebut berpotensi menggantikan Anwar mengetuai pakatan pembangkang ialah Presiden PKR yang juga isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail serta Timbalan Presidennya yang juga Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/02/22/dewan-ulama-pas-tolak-nurul-izzah/#ixzz3SSELGcJ8

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-