Showing posts with label Perhimpunan Agung. Show all posts
Showing posts with label Perhimpunan Agung. Show all posts

Thursday, January 5, 2023

Tukar pemimpin jika mahu bawa perubahan, Umno diberitahu

freemalaysiatoday.com
Dineskumar Ragu
-January 5, 2023 12:15 PM
Umno akan mengadakan perhimpunan agung pada 11 hingga 14 Januari, namun jawatan presiden dan timbalan presiden mungkin tidak dipertanding. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Umno perlu bersikap berani mengubah kepimpinannya termasuk bagi jawatan presiden dalam pemilihan parti kelak sekiranya mahu melihat pembaharuan, kata penganalisis politik.

Mujibu Abd Muis dari Universiti Teknologi Mara berkata, pemilihan parti perlu menjadi platform untuk ahli-ahli membawa “pembaharuan penuh” susulan prestasi buruk Umno dalam pilihan raya umum (PRU15) November lalu.

“Berikan isyarat (untuk membuat pembaharuan) dengan menukar kepimpinan dari peringkat tertinggi hingga bahagian sekiranya mereka mahukan satu ‘makeover’.

“Jika mereka berani, pilih orang yang mencabar Ahmad Zahid Hamidi (bagi jawatan presiden). Kegagalan melakukan pembaharuan akan membawa kepada tahap pencapaian lebih buruk lagi pada PRU16 kelak,” katanya kepada FMT.

Bagaimanapun, beliau ragu-ragu sama ada pemimpin parti akan membuka ruang untuk perubahan seperti itu “kerana mereka lazimnya berpaut pada jawatan parti dan menolak mereka yang dilihat mampu menjadi saingan”.

Umno hanya menang 27 kerusi dalam PRU15 apabila kalah kepada Perikatan Nasional (PN), pesaing utamanya untuk meraih undi Melayu.
Azeem Fazwan Ahmad Farouk dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, membawa pembaharuan dalam Umno bukanlah sesuatu yang mudah dibuat dengan sekadar menukar pimpinannya.
“Membawa pembaharuan terhadap Umno tidaklah semudah disangka,” kata pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa USM (Cenpris) itu. “Pilihan raya parti semata-mata tidak akan membawa perubahan yang diingini.”
Azeem berkata, struktur parti tidak membolehkan pembaharuan dilakukan sepertimana diperlukan. Katanya, pemimpin Umno akan menepis sebarang usaha seumpama itu walaupun ia sesuatu yang perlu, kerana mampu turut menjejaskan kedudukan mereka.
Susulan PRU15, Zahid berdepan desakan beberapa pemimpin Umno untuk meletak jawatan, selain supaya jawatan presiden dan timbalan presiden dipertanding dalam pemilihan parti.
Zahid berkata, sebagai seorang demokrat beliau menyerahkan kepada perwakilan ketika perhimpunan agung Umno nanti bagi menentukan sama ada jawatan presiden dan timbalan presiden Umno boleh ditandingi atau tidak.
Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 akan diadakan dari 11 hingga 14 Januari ini, dan hanya usul ucapan dasar presiden akan dibentang ketika itu, kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Maslan.

Kestabilan apa kalau kalah teruk masa PRU-15, kata ketua UMNO

agendaily.com
05/01/2023
Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Mohd Yusof Ismail.
Alasan ‘bagi mewujudkan kestabilan’ untuk menyokong supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang adalah paling memualkan, kata pemimpin UMNO bahagian.

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail menegaskan pihak yang menyokong supaya kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan memberi pelbagai alasan, termasuk kononnya ahli perlu wala dan setia kepada pemimpin.

Menurutnya semakin dekat Perhimpunan Agung UMNO (PAU), ramai yang memberi pendapat menyokong dan menyanggah supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, sambil masing-masing memberi alasan tersendiri.

“Yang tidak mahu pemilihan punyai pelbagai alasan. Walak kepada pemimpin lah, setia kepada Presiden lah. Paling mual, nak pastikan kestabilan untuk hadap pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

“Alasan sama sebelum PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15). Konon untuk pastikan parti kuat dan menang.

“Menang apanya? Kalah teruk lagi ada. Paling teruk dalam sejarah. (Menang) 26 kerusi sahaja berbanding 54 kerusi (pada) PRU-14,” katanya dalam satu kenyataan menurut laporan Utusan.

Mohd Yusof berkata sebelum PRU-15 UMNO menguasai kerajaan apabila Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri.

Namun beliau menjelaskan desakan supaya PRU-15 diadakan kononnya atas alasan kestabilan telah menyebabkan parti terus porak-peranda.

“Sekarang nak sekat demokrasi dengan alasan kestabilan lagi? Hanya yang gila kuasa dan kemaruk jawatan serta kepentingan sahaja tak tahu malu guna alasan konon suci macam ni. Jutaan lagi ahli UMNO tahu sangat agenda masing-masing.

“Kalau betul dua jawatan ni tidak dipertandingkan, tunggu lah UMNO akan ditimpa mudarat lebih besar. Bukan ahli UMNO sahaja hilang kepercayaan tetapi rakyat juga akan berpaling muka dari UMNO.

“Mana kita lagi sanggup tengok? UMNO kekal dihormati ahlinya sendiri walaupun segelintir akan menyalak kerana hilang kuasa, atau UMNO dikuburkan rakyat buat selama-lamanya?,” soal beliau.

Wednesday, January 12, 2022

KENYATAAN MEDIA UMNO

By MT Webmaster
On Jan 12, 2022


Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada malam 12 Januari 2022 yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi antara lain memutuskan bahawa :-


1.0 PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2021

1.1. Tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO 2021 ialah pada 16 – 19 Mac 2022 seperti jadual berikut :-

16 Mac 2022 (Rabu)
Perasmian Perhimpunan Agung Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri oleh YB Dato’ Seri Utama Timbalan Presiden UMNO

17 Mac 2022 (Khamis)
Perhimpunan Agung Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO berlangsung

18 Mac 2022 (Jumaat)
Ucapan Dasar Presiden dan Perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh YB Dato’ Seri Presiden UMNO
Perhimpunan Agung UMNO bermula

19 Mac 2022 (Sabtu)
Perhimpunan Agung UMNO hari kedua

1.2 Kehadiran Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO
Kesemua 14 orang perwakilan setiap Bahagian akan dijemput untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2021 dan tidak diadakan perhimpunan secara hibrid. Kesemua 5 orang Perwakilan bagi setiap sayap juga akan menghadiri Perhimpunan Agung masing-masing pada kali ini. Walaupun demikian, SOP tetap akan dipenuhi daripada segi penjarakan, pelitup muka, penggunaan Aplikasi Mysejahtera, sanitizer dan lain-lain.

2.0 Banjir besar yang melanda negara pada Disember 2021 dan Januari 2022 merupakan sesuatu yang diluar jangkaan. Pelbagai bantuan banjir yang diberi oleh kerajaan adalah dialu-alukan. Mesyuarat mengambil ingatan tentang pengurusan banjir yang perlu diperbaiki terutama di Negeri Selangor. Sidang Dewan Rakyat khas pada 20 Januari 2022 juga diharapkan dapat mengumpulkan cadangan-cadangan bernas agar Malaysia menjadi negara yang terhindar daripada banjir-banjir besar pada masa akan datang.

3.0 Majlis Kerja Tertinggi UMNO ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli dan pimpinan UMNO di semua peringkat yang terlibat sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir. Antaranya ialah kakitangan Ibu Pejabat UMNO, Biro Kebajikan UMNO, Jawatankuasa Penyelaras Bantuan Bencana Banjir Barisan Nasional, Skuad Sayang, Skuad Sabil, Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda, Pergerakan Puteri, UMNO Bahagian dan Cawangan terutamanya di kawasan-kawasan yang terlibat banjir.

4.0 Majlis Kerja Tertinggi UMNO menegaskan bahawa sokongan kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana Menteri adalah sentiasa kekal malahan perlu terus dimantapkan. Majlis Kerja Tertinggi telah memutuskan agar segala kesiapsiagaan dibuat bagi memastikan perjalanan parti berjalan dengan baik dalam membuat pelbagai program bagi menghadapi pengundi 18 tahun dan pengundi baharu yang jumlahnya sekitar 5.8 juta orang.

DATUK SERI HAJI AHMAD BIN MASLAN

Saturday, December 15, 2018

'Hanya PAU yang boleh lucutkan jawatan saya'

Published on December 15, 2018


SHAH ALAM – Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan hanya Perhimpunan Agung Umno yang boleh melucutkan jawatan yang dipegangya itu.

Oleh itu katanya, beliau tidak akan tunduk dengan mana-mana desakan melepaskan jawatan.

“Dulu desakan bercuti. Sekarang desakan letak jawatan. Ok…yang boleh melucutkan jawatan saya hanyalah Perhimpunan Agung Umno sahaja.

“Ia mestilah dihadiri oleh dua per tiga perwakilan yang hadir dalam perhimpunan yang lalu,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Ditanya sekiranya ada yang mendesak supaya perhimpunan itu diadakan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda Umno ketika ini, beliau berkata, terserah kepada Ibu Pejabat Umno.

“Itu ibu pejabat kena buat. Tetapi perlu dua pertiga daripada seluruh perwakilan. Awak tahu perwakilan ada berapa? 146,000 perwakilan. Itulah jumlahnya. Kena ada dua per tiga yang desak,” katanya.

Diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang mengatakan bakal berlaku gelombang ketiga Ahli Parlimen keluar Umno sekiranya beliau enggan melepaskan jawatan, Ahmad Zahid yang tidak gusar dengan apa yang didedahkan itu berkata, Hamzah tidak mempunyai hak bercakap mengenai parti lagi.

“Dia dah keluar Umno kan? Bila dia dah keluar Umno dia tidak boleh bercakap bagi pihak Umno,” katanya.

Hamzah antara enam Ahli Parlimen Umno yang mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini.

Lima orang yang lain adalah Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan Ahli Parlimen Tasik Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohamad Fasiah Mohd Fakeh dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Kelmarin, Umno Sabah lumpuh selepas hampir kesemua anggota jawatankuasa badan perhubungan negeri itu termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengumumkan keluar parti.

Source: SH Politik

Sunday, September 9, 2018

'Hala tuju Pas-UMNO agenda utama'

MyMetro
Mutakhir
Faliq Lajim
cnews@nstp.com.my

DR Halimah Ali. FOTO arkib NSTP

KERJASAMA antara PAS dan UMNO akan dibincangkan pada Muktamar Tahunan PAS Pusat di Terengganu, 14 hingga 16 September ini, kata Ahli Jawatankuasa Pusat, Dr Halimah Ali.

Beliau berkata, perbincangan ke arah kerjasama yang lebih erat itu akan menjadi agenda utama selepas kedua-dua parti secara terbuka menyokong antara satu sama lain pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis dan Seri Setia.

"Perbincangan mengenai hala tuju untuk ke peringkat seterusnya akan menjadi keutamaan. Pemimpin UMNO dijemput hadir ke muktamar dan itulah permulaan kepada kerjasama.

"Ini adalah ta'awun atau tolong menolong ke arah kebaikan dan kesejahteraan rakyat dan negara. Apa salahnya ta'awun jika ia memberi keuntungan kepada rakyat.

"Kemungkinan itu (kerjasama lebih serius antara UMNO dan PAS) akan menjadi topik perbincangan dalam muktamar," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan PAS TTDI Jaya, Shah Alam, hari ini.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan akan menghadiri Muktamar Tahunan PAS Pusat di Terengganu sebagai sokongan moral kepada parti itu.

Menurut Ahmad Zahid, beliau akan ke Kuala Terengganu bersama jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO selepas menerima jemputan rasmi daripada barisan kepimpinan PAS.

UMNO turut mengundang kepemimpinan PAS untuk Perhimpunan Agung parti itu pada 29 dan 30 September ini.

Wednesday, July 29, 2015

Apakah nasib Muhyiddin selepas ini........?

JUGA KERANA 1MDB, MUHYIDDIN BAKAL DIPECAT DARIPADA UMNO?

shahbudindotcom

Walaupun sudah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin masih lagi merupakan Timbalan Presiden UMNO sehinggalah pemilihan UMNO yang akan datang.

Oleh kerana pemilihan UMNO yang sepatutnya diadakan pada 2016 telah ditangguhkan selama 18 bulan lagi untuk memberi laluan kepada pengukuhan parti dan pilihanraya ke 14 terlebih dahulu, ia dijangka hanya akan diadakan pada tahun 2018.

Ini bermakna, meskipun tanpa jawatan dalam kerajaan, Muhyiddin masih lagi merupakan pemimpin nombor dua dalam UMNO sehinggalah tahun 2018 akan datang nanti.

Ia bukan saja bermakna Najib sebagai Presiden UMNO terpaksa duduk bersebelahan dengan Muhyiddin setiap sebulan sekali dalam mesyuarat Majlis Tertinggi parti, malah tidak boleh mengelak daripada duduk bersama di pentas utama ketika Perhimpunan Agung UMNO yang diadakan setiap tahun dengan disaksikan oleh para perwakilan daripada seluruh negara.

Termasuk tahun ini sehinggalah pemilihan 2018 nanti, bermakna sekurang-kurangnya ada empat kali lagi Perhimpunan Agung UMNO yang perlu dilalui secara bersama oleh Najib dan Muhyiddin dan ia sekaligus memberi erti kedua-duanya akan terus dalam dilema "mata berpandangan, budi kedapatan" dalam acara tahunan itu.

Lebih daripada itu, sebagai Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin juga masih perlu menunaikan tanggungjawab merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri pada setiap tahun.

Bagi Muhyiddin, beliau mungkin tiada masalah menghadiri, baik mesyuarat bulanan MT UMNO mahu pun Perhimpunan Agung tahunan parti kerana sebagai orang yang sudah dipecat, itulah peluang untuk terus menampilkan dirinya sambil meraih sisa-sisa simpati daripada mereka yang menyaksikan kehadirannya, tetapi ia tentu saja berlainan bagi Najib.

Setelah menendang timbalannya itu daripada jawatan kerajaan hanya kerana isu 1MDB dan demi menyelamatkan kerusi Perdana Menterinya, Najib barangkali tidak memerlukan lagi Muhyiddin untuk terus berada di sebelahnya dalam apa jua urusan parti selepas ini.

Najib tentu saja lebih selesa untuk duduk, bercakap, senyum mahu pun ketawa dalam mesyuarat, perhimpunan agung atau ataupun apa-apa program parti jika kelibat Muhyiddin tiada lagi di sisinya.

Tambahan lagi, beliau kini sudah ada Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menterinya yang baru. Setelah mengenepikannya daripada kerajaan, Najib juga tidak memerlukan lagi Muhyiddin sebagai orang nombor duanya dalam parti.

Lalu, apa nasib Muhyiddin dalam UMNO sebenarnya meskipun kedudukannya sebagai Timbalan Presiden adalah dipilih dan bukannya dilantik?

Apakah Najib sanggup membiarkan saja Muhyiddin terus berada dalam parti sebagai orang nombor dua sehingga tahun 2018 nanti atau bakal "menendangnya" sekali lagi?

Kebetulan pada Jumaat, 31 Julai ini akan diadakan mesyuarat bulanan MT UMNO. Ia bukan saja akan menjadi mesyuarat MT UMNO yang pertama dihadiri oleh Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO tanpa jawatan dalam kerajaan, bahkan mungkin yang terakhir juga baginya.

Tidak lama selepas dipecat semalam, berlegar desas-desus bahawa ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras pada Ahad lalu sedang dikaji dan dianaliasa oleh pihak tertentu dalam UMNO untuk mencari kemungkinan ia turut melanggar disiplin parti.

Jika tegurannya dalam perasmian itu berkenaan Perdana Menteri dan 1MDB telah menjadi asas pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menterti, sebenarnya tidak mustahil ia juga boleh dijadikan hujah untuk menuduh Muhyiddin sebagai telah mencemar serta memburuk-burukkan nama baik parti dan juga Presidennya secara terbuka kepada ahli-ahli UMNO sendiri.

Dengan itu, sekiranya usul pemecatan Muhyiddin dibawa dalam mesyuarat MT UMNO Jumaat ini, ia pasti akan diluluskan dengan majoriti yang selesa berikutan "mood" Ahli-Ahli MT ketika ini lebih kepada menunjukkan sokongan terhadap Najib berikutan rombakan kabinet yang baru saja berlaku.

Melalui pemecatan itu nanti, maka tergugurlah jawatan Timbalan Presiden UMNO yang sedang disandang oleh Muhyiddin itu.

Sekiranya tindakan tidak dilakukan terhadap Muhyiddin Jumaat ini, pemecatannya juga sedang menanti selepas ini jika beliau aktif mengeluarkan kenyataan mengenai 1MDB atau turut serta dalam program-program bersama dengan Tun Mahathir Mohamad.

Meskipun Najib sering mengatakan tentang keterbukaan dan sedia dikritik, tetapi beliau pasti tidak akan membiarkan Muhyiddin boleh sebebasnya menyusahkannya atau mengkritiknya dalam menguruskan parti dan kerajaan tanpa mengambil apa-apa tindakan.

Lagi pula, membiarkan Muhyiddin lepas bebas bercakap apa saja sehingga tahun 2018 adalah tindakan yang boleh merugikan dan menyebabkan ketidakselesaan kepada Najib sendiri.

Kecuali ucapannya di Cheras Ahad lalu, Muhyiddin hanya boleh selamat dan mampu bertahan sehingga beliau berundur sendiri pada pemilihan 2018 nanti sekiranya beliau dapat mengawal perasaan dengan berdiam diri dan mengelakkan daripada berkolaborasi sama sekali dengan gerakan Tun Mahathir.

Itu pun jika Muhyiddin sedia memencilkan dirinya dan sanggup keluar hanya sebulan sekali untuk menghadiri mesyuarat MT UMNO atau setahun sekali untuk Perhimpunan Agung UMNO.

Soalnya, sanggupkah Muhyiddin?

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-