Showing posts with label Perhimpunan Rang Undang-Undang 355 (H355). Padang Merbuk. Show all posts
Showing posts with label Perhimpunan Rang Undang-Undang 355 (H355). Padang Merbuk. Show all posts

Monday, February 20, 2017

Mahathir kritik himpunan 355

 AIDCNEWS
AIDCNews20/02/17 –Pe­ngerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad menuduh Himpunan Rang Undang-undang 355 yang dihadiri ribuan umat Islam di Padang Merbok pada Sabtu sebagai tidak ikhlas dan untuk meraih undi semata-mata.

“Dalam Islam, niat sangat penting. Jika niat untuk menang pilihan raya umum ke-14, itu salah.

“Jika berniat untuk menegakkan Islam, itu baik. Tetapi nampak seperti niat adalah politik, jadi ia salah,” jelas Mahathir kepada pemberita pada sidang media selepas menghadiri majlis Tahun Baru Cina anjuran PKR Bandar Tun Razak di Flat Seri Johor di Cheras.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir menegaskan beliau menolak usul penambahbaikan itu yang merangkumi hukuman penjara sehingga 30 tahun, denda RM100,000 dan sebatan syariah tidak lebih 100 kali kerana Islam memberikan keadilan kepada semua pihak.

Malah Dr Mahathir membuat tuduhan seolah-olah menyokong Akta 355 seperti menyokong ‘penyembelihan’ manusia.

“Dia orang ini seronok sangat nak potong tangan orang, nak sembelih orang. Nak sebat sampai mati, nak masuk jel sampai 30 tahun,”katanya.

Saturday, February 18, 2017

Orang ramai mulai banjiri Padang Merbuk

NURUL KHALEEDA RASHIKIN
18 FEBRUARI 2017
Orang ramai sudah mula membanjiri kawasan Padang Merbok.
KUALA LUMPUR - Orang ramai sudah mula membanjiri kawasan Padang Merbok untuk menghadiri Perhimpunan Rang Undang-Undang 355 (H355).

Malahan ada juga di antara mereka yang sudah tiba seawal selepas Subuh lagi.

Perhimpunan H355 dijangka bermula pada jam dua petang dan tamat pada jam 11 malam.

Kemuncak acara akan bermula pada jam 9 malam dimulakan dengan ucapan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dan diakhiri dengan pidato oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada jam 10 malam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Peserta himpunan diingatkan jaga adab]

Semalam, Pengarah H355, Nasrudin Hassan menggesa peserta H355 supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan respons kepada provokasi yang dicetuskan oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata, peserta diharapkan hadir dalam keadaan tenang, banyakkan zikir dan berselawat.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-