Showing posts with label TV3. Show all posts
Showing posts with label TV3. Show all posts

Tuesday, February 18, 2025

Fesyen AJL39: Exco Selangor ingatkan TV3 tidak normalisasikan LGBT

malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 18, 2025 8:30 AM

Exco Selangor, Najwan Halimi, mengingatkan TV3 agar tidak menormalisasikan budaya LGBT susulan penampilan fesyen kontroversi dalam acara Karpet Merah Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39 yang melabuhkan tirai kelmarin.

Najwan, yang juga pemimpin PKR, menyelar tindakan stesen swasta itu yang membenarkan penampilan lelaki berpakaian feminin pada acara tersebut.

"Biadab dan memualkan! Saya nasihatkan @tv3malaysia jangan jadi enabler golongan mutasyabbih ini. Apakah TV3 menerusi #AJL39 cuba untuk menormalisasikan budaya LGBT di kalangan masyarakat?

"Tak sewajarnya insiden sebegini berlaku dalam majlis anugerah seni yang secara tradisi sejak 40 tahun lalu dianjurkan untuk meraikan karya terbaik di kalangan komposer dan penulis lirik tanah air," kata Najwan dalam kenyataan yang dimuat naik di media sosial semalam.

Sementara itu, Pengerusi Biro Kesenian dan Kebudayaan Amanah, Wan Anwar Wan Ibrahim, turut menyuarakan kebimbangan terhadap gaya pemakaian ala busana wanita yang dikenakan segelintir penonton lelaki pada acara itu.

"Malaysia mempunyai adat dan norma budaya yang kuat, di mana pemakaian lelaki dan wanita mempunyai perbezaan yang jelas.

“Fesyen yang menampilkan lelaki berpakaian seperti wanita dilihat bertentangan dengan nilai yang dipegang oleh majoriti rakyat Malaysia, termasuk prinsip dalam Islam dan budaya Melayu,” katanya dalam satu kenyataan.

Dia menyifatkan mereka yang memilih berpakaian sedemikian bukan kerana gaya atau ekspresi seni, tetapi untuk mencipta kontroversi dan menarik perhatian media serta netizen.

Menurutnya, ini menjadikan AJL lebih kepada pentas "mencari publisiti" daripada acara penghargaan muzik yang sebenar.

“AJL seharusnya menjadi medan untuk meraikan muzik dan bakat artis, tetapi malangnya perhatian kini lebih tertumpu kepada pakaian aneh dan ‘songsang’ yang digayakan.

“Pemakaian seperti ini bukan sahaja menenggelamkan pencapaian artis dan lagu yang bertanding, malah menjadikan AJL sebagai acara fesyen yang penuh kontroversi,” ujarnya.

Justeru dia memberi amaran jika trend ini dibiarkan tanpa kawalan, ia boleh memberi kesan kepada generasi muda yang mudah terpengaruh dengan nilai yang tidak sejajar dengan budaya Malaysia.

“Saya dengan ini mendesak agar AJL menetapkan kod pakaian yang lebih jelas pada masa akan datang agar tidak mencetuskan kontroversi yang boleh mencemarkan imej acara berprestij tersebut.

"Penganjur hendaklah memastikan bahawa pakaian yang dipakai oleh selebriti mahupun peminat atau penonton tidak melampaui batas dan masih menghormati norma masyarakat tempatan,” katanya.

Selain itu dia turut mencadangkan agar Majlis Agama Islam memainkan peranan dalam menangani isu ini melalui peruntukan enakmen atau akta syariah serta mekanisme fatwa sedia ada.

Monday, July 4, 2016

Kalau dah 'fitnah' - Saman aje le.......

Muhyiddin sedih dan kecewa dengan fitnah JMM, TV3
Program "Nothing to Hide 2.0" oleh NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan disiarkan di TV3 semalam, diselar sekeras-kerasnya hari ini oleh bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menyifatkannya sebagai satu pembohongan dan fitnah.

Muhyiddin melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan siaran program pada penghujung bulan suci Ramadan apabila umat Islam dituntut meningkatkan amal ibadah dan memohon ke hadrat Ilahi supaya mengampunkan segala dosa dan kesalahan mereka.
“Presiden JMM, Azwandin Hamzah, jelas berbohong apabila mengatakan saya telah menyatakan persetujuan untuk hadir ke program tersebut dalam pertemuan empat mata antara saya dengan beliau.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah berjumpa dengan beliau, tidak pernah menyatakan persetujuan untuk menghadiri program itu dan tidak pernah menerima apa-apa jemputan daripada JMM.

“Kenyataan Azwandin adalah satu pembohongan besar yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai dan menjatuhkan reputasi saya.

“Begitu juga dengan sikap tidak bertanggungjawab TV3 yang turut bersubahat menyebarkan pembohongan yang sama. Semoga Allah SWT memberikan petunjuk kepada mereka semua,” katanya di Facebook.

Menurut timbalan perdana menteri yang dilucutkan jawatannya pada Julai tahun lalu, apabila mendapat tahu JMM terus mengedarkan hebahan mengenai program itu dan menjemput orang ramai untuk hadir, beliau telah mengarahkan pegawainya membuat penafian di media.

Katanya, beliau juga meminta pegawainya menghubungi JMM secara terus untuk menafikan pembabitannya, namun beberapa panggilan yang dibuat kepada Azwandin telah tidak dijawabnya.

“Malah program itu telah dijadikan pentas untuk mengecam saya dan membohongi hadirin kononnya saya telah mungkir janji untuk menghadirinya.

“Saya diberitahu ramai hadirin bertindak meninggalkan majlis selepas mendapati pihak penganjur berbohong mengenai kehadiran saya.

“Tindak tanduk JMM jelas menunjukkan mereka sebenarnya berkomplot untuk menjatuhkan reputasi saya dengan membayangkan saya sebagai seorang pengecut dan tidak boleh dipercayai kerana gagal menghadiri program tersebut,” katanya.

[Baca berita penuh]

Monday, February 4, 2013

Tanda2 UMNO@BN sudah hampir tamat tempoh ...........


Monday, February 4, 2013

Program UAI di Kuantan dapat liputan TV3..ngigau kot?

Ustaz Azhar Idrus masuk TV3 hari ini.. Angka kehadiran luar biasa yang membanjiri stadium Darul Makmur semalam bukan sahaja menarik perhatian blogger tetapi juga penerbit TV3. Sesetengah blogger menggambarkan kehadiran di program Wacana Perdana bertajuk Hasil Keajaiban Al Quran tersebut berjumlah 100ribu orang.


Wacana Perdana bertajuk Hasil Keajaiban Al Quran
















Sejarah tercipta. Tidak pernah TV3 menayangkan berita tentang kejayaan program UAI... Tapi mengapa kali ini?

Pada pandangan gua TV3 mula mengorak langkah mengembalikan kepercayaan penonton yang selama ini semakin berkurangan akibat beberapa berita tidak tepat yang disiarkan TV3.

Saksikan video siaran berita tv3



Adakah gua tersalah dengar? Pada saat ke 13 hingga 18 dalam video di atas pemberita menyebut, "100ribu orang kebanyakannya anak muda"

Tahniah sebesar-besarnya untuk Ustaz Azhar Idrus kerana berjaya mencipta dua sejarah dengan satu program. Pertama, berjaya menarik anak muda terramai dalam satu program agama dan kedua adalah berjaya membuatkan TV3 mengakui Islam sedang bangkit di Malaysia lalu terpaksa menyiarkan berita program tersebut dengan rasa berat di hati... wakaka

Teringat kata seorang sahabat,

"Empayar Islam berakhir di Malaysia (melaka) dan di Malaysia juga ia akan bangkit."

wallhu a'lam

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-