Showing posts with label Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang. Show all posts

Monday, July 9, 2018

Pemimpin DAP: Malaysia, India ada ‘perjanjian rahsia’ batal ekstradisi Zakir?

Predeep Nambiar | July 9, 2018
Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, P Ramasamy menggesa pihak berkuasa India memberi tekanan kepada Malaysia.
P Ramasamy menyifatkan keputusan Putrajaya tidak mengusir Zakir Naik sebagai mengejutkan. (Gambar Fail)

GEORGE TOWN: Seorang pemimpin DAP mempersoalkan jika ada “perjanjian rahsia” antara kerajaan Malaysia dan India, selepas Putrajaya enggan mengusir Dr Zakir Naik, pendakwah kontroversi yang dikehendaki atas dakwaan keganasan dan pengubahan wang.

“Kenapa India berlengah-lengah mengekstradisi Zakir apabila bekas pesuruhjaya tinggi India (TS Trimurti) memberitahu saya proses berbuat demikian sedang dilakukan?” soal P Ramasamy yang juga timbalan ketua menteri II Pulau PInang.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak akan mengusir Zakir yang mempunyai status penduduk tetap, selagi beliau tidak menimbulkan masalah.

Terdahulu, media di India membuat spekulasi Zakir akan diusir, tetapi peguamnya menafikan dakwaan itu dengan berkata, anak guamnya tidak menerima sebarang dokumen ekstradisi.

Ia selepas Kementerian Luar India pada Rabu lalu mengesahkan permohonan rasmi sudah dikemukakan kepada Malaysia.

Ramasamy yang juga naib pengerusi DAP Pulau Pinang menyifatkan keputusan tidak mengusir Zakir sebagai mengejutkan.

“Saya kebingungan. Apa yang sedang berlaku? Kecuali ada perjanjian rahsia antara India dan Malaysia untuk membatalkan ekstradisi ini?”

Beliau turut menggesa Putrajaya mendedahkan cara Zakir mendapat status penduduk tetap dalam “kadar kilat” sedangkan pemohon lain terpaksa menunggu “bertahun-tahun, kalau bukan berdekad”.

Zakir berjumpa dengan Dr Mahathir Sabtu lalu.

Zakir turut mendakwa media di India menyasarkannya atas kempen cercaan sejak 2 tahun lalu dan berikrar akan mendedahkan “berita palsu” mengenai pengusirannya.

“Kebanyakan artikel yang diterbitkan mengenai saya akan dibuktikan tidak berasas dan ia adalah palsu,” katanya dalam rakaman video baru dimuat naik ke Facebooknya.

Friday, April 15, 2016

Harussani: Tindakan Ramasamy sangat biadab

SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
Harussani
SHAH ALAM - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy yang seharusnya dikeluarkan dari negara ini berikutan kebiadabannya menghina penceramah terkenal dunia, Dr Zakir Naik.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, gelaran ‘satan’ yang diberikan Ramasamy terhadap Zakir menunjukkan beliau tidak menghormati Perlembagaan negara yang menyatakan Islam sebagai agama rasmi.

“Bagi saya, tindakan Ramasamy itu sangat biadab. Sebagai seorang ahli politik dan pemimpin, Ramasamy sepatutnya memahami Perlembagaan.

“Kalau dia tak faham Perlembagaan, maka dia patut dikeluarkan dari negara ini,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut, Harussani berkata, permohonan maaf Ramasamy itu tidak mencukupi kerana beliau memohon maaf atas penggunaan perkataan 'satan' sahaja.

“Tindakan Ramasamy itu bukan menghina Zakir saja, tetapi turut menghina Islam secara keseluruhannya. Malah, permohonan maaf itu seolah-olah bukan dari hatinya.

“Di India sendiri, Zakir tiada halangan mengadakan ceramah. Jadi kenapa ada individu seperti Ramasamy yang mahu larang kedatangan Zakir ke sini?,” katanya.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-