Showing posts with label Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Show all posts
Showing posts with label Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Show all posts

Monday, November 23, 2015

Timbalan menteri dakwa Jakim perlukan lebih RM1 bilion setahun

Published: 22 November 2015 10:36 PM
Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pegawai agama dan guru memerlukan gaji lebih tinggi kerana tugas melindungi kesucian Islam menjadi lebih mencabar dengan penyebaran ideologi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memerlukan dana lebih RM1 bilion setiap tahun untuk memenuhi keperluan umat Islam dan memerangi mereka yang menafikan Islam sebagai agama persekutuan, kata Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam itu berkata, pegawai agama dan guru memerlukan gaji lebih tinggi kerana tugas melindungi kesucian Islam menjadi lebih mencabar dengan penyebaran ideologi "radikal" dan "pelampau".

Beliau memberi contoh Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis), liberalisme, pluralisme dan komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai sebahagian daripada ideologi radikal.

"Selain menguruskan elaun guru-guru KAFA (Kelas Asas Fardu Ain) yang melebihi 30,000 orang dan hampir 15,000 imam di seluruh negara, jumlah peruntukan Jakim dilihat relevan malah sebenarnya tidak mencukupi dalam memenuhi keperluan majoriti masyarakat Malaysia yang beragama Islam.

"Justeru, kita berterima kasih kepada mereka yang membangkitkan isu ini yang mana dapat membuka mata kerajaan untuk menambahkan lagi peruntukan Jakim pada tahun hadapan bagi menampung keperluan yang semakin kritikal khususnya dalam menangani golongan yang cuba menafikan Islam sebagai agama persekutuan negara ini.

"Sudah tentulah peruntukan hampir RM1 bilion tidak mencukupi bahkan perlu ditambah melebihi nilai tersebut," tulis Asyraf dalam posting Facebook beliau.

Beliau berkata demikian, mengulas laporan portal berita The Malaysian Insider hari ini yang melaporkan sejak beberapa minggu kebelakangan ini, timbul pelbagai persoalan mengenai apakah Jakim) masih relevan dan bagaimana mereka membelanjakan hampir RM1 bilion wang pembayar cukai setiap tahun.

Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu menjadi tajuk perdebatan selepas anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Tawfik Ismail mengatakan ianya perlu dimansuhkan kerana lebih banyak campur tangan kepada kehidupan peribadi umat Islam di Malaysia.

Beliau turut melampirkan bersama "screenshot" artikel The Malaysian Insider "How Jakim spent nearly RM1 billion this year" (Bagaimana Jakim belanja hampir RM1 bilion tahun ini).

Asyraf turut menuduh "pihak tertentu" cuba memperkecilkan dan memusnahkan kredibiliti institusi agama, dan mendakwa Jakim menjadi "sasaran" The Malaysian Insider.

Menelusuri kewujudan Jakim di Malaysia, beliau berkata, ia bermula daripada unit kecil di bawah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 1968 yang dipersetujui Majlis Raja-raja Melayu.

Beliau berkata, ia kemudiannya dinaikkan taraf kepada sebuah Bahagian Agama di Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) sebelum ditukar nama kepada Jakim berkuat kuasa 1 Januari 1997.

"Maknanya kewujudan Jakim adalah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja Melayu dan menjadi sekretariat penyelaras hal ehwal agama Islam kepada MKI," tulis Asyraf.

Belia berkata, peranan terbesar Jakim ialah menzahirkan kewajipan dan tanggungjawab pemerintah terutamanya kuasa eksekutif untuk melaksanakan sumpah Yang Dipertuan Agong untuk memelihara agama Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan.

Katanya, dalam Perlembagaan jelas menunjukkan bidang kuasa Jakim untuk terlibat dalam perkara-perkara yang melibatkan perundangan, pentadbiran dan pendidikan Islam‎. – 22 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/timbalan-menteri-dakwa-jakim-perlukan-lebih-rm1-bilion-setahun#sthash.MkQllVwy.dpuf

Sunday, November 22, 2015

Bagaimana Jakim belanja hampir RM1 bilion tahun ini

OLEH ANISAH SHUKRY
Published: 22 November 2015 6:49 AM
Ekoran perdebatan kerelevanan Jakim, aktiviti-aktiviti jabatan agama itu dibentangkan bersama kos hampir RM1 bilion yang diperuntukkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 November, 2015.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, timbul pelbagai persoalan mengenai apakah Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) masih relevan dan bagaimana mereka membelanjakan hampir RM1 bilion wang pembayar cukai setiap tahun.

Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri itu menjadi tajuk perdebatan selepas anak kepada bekas timbalan perdana menteri, Tawfik Ismail mengatakan ianya perlu dimansuhkan kerana lebih banyak campur tangan kepada kehidupan peribadi umat Islam di Malaysia.

Kenyataan anak Tun Dr Ismail Abdul Rahman itu menimbulkan perdebatan hangat berhubung peranan dan kerelevanan agensi yang menguruskan hal ehwal agama Islam itu.

Sebagai respons, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jakim lebih relevan pada hari ini kerana berdepan dengan Syiah, Islam liberal dan Kumpulan Militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha enggan melayan permintaan The Malaysian Insider untuk wawancara tentang bagaimana wang dibelanjakan jabatan itu.

Sementara itu, pegawai perhubungan awam badan persekutuan memberitahu The Malaysian Insider mereka tidak mendedahkan sejarah kewangan Jakim atau akaun yang diaudit kepada umum.

Menurut Perbendaharaan, objektif Jakim boleh dibahagikan melalui 3 perkara utama:

a) mengembangkan Islam; b) menghasilkan pemimpin yang berkredibiliti; dan c) membentuk pengurusan sistem berdasarkan nilai dan etika Islam.

Bagi mencapai sasaran itu tahun ini, Jakim menerima peruntukan kira-kira RM819,074,900 daripada Bajet 2015. Pada tahun hadapan pula jumlah itu bagaimanapun dikurangkan kepada RM724,594,600.

Laman sesawang Perbendaharaan menunjukkan bagaimana dana ini digunakan tahun ini, termasuk “hasilnya” dan aktiviti polisi paling banyak menggunakan peruntukan daripada bajet Jakim.

Polisi = RM531,392,000

Dianggarkan sebanyak RM531,392,000 dibelanjakan tahun ini, dan antaranya menumpukan kepada mengawal usaha penyelewengan akidah umat Islam dan aktiviti mengancam keselamatan negara.

Antara objektif lain dalam kategori itu termasuk menyelaras dan menyeragamkan undang-undang Islam seluruh Malaysia; menguatkuasakan undang-undang syarak negeri; menerajui usaha penyelidikan isu semasa dalam bidang akidah, syariah dan falak dan muamalat serta menyelaras pengurusan pendidikan Islam sekolah agama negeri dan sekolah agama rakyat.

Berdasarkan jangkaan Perbendaharaan, Jakim melaksanakan pelbagai aktiviti mengikut daripada aktiviti polisi itu:

· 6 program diadakan di negeri, daerah dan peringkat antarabangsa;

· 10,000 pensijilian halal dalam dan luar negeri;

· 2,243 kajian dan pemantauan dilakukan;

· 35 program penyelarasan pengurusan dan pembangunan fatwa dalam dan luar negara;

· 10 program penyelarasan meningkatkan kualiti pendidikan.

Bagi tahun hadapan, RM486,772,000 diperuntukkan untuk aktiviti polisi dan dijangkakan hasil program kekal sama.

Pengurusan = RM125,223,600

Pengurusan Jakim dan kakitangannya memakan wang pembayar cukai hampir RM125,223,600 tahun ini dan hasilnya ialah:

· 13,300 baucer bayaran diproses;

· 97% pengisian jawatan;

· 12 mesyuarat pengurusan Jakim;

· 9,000 permohonan Pensijilan Halal Malaysia melalui sistem eHalal.

Tahun hadapan Jakim dijangka akan menerima peruntukan sebanyak RM94,590,900 dan orang ramai boleh menjangkakan hasil sama.

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) = RM97,374,000

Objektif Jawi ialah mencegah kesalahan jenayah syariah di sekitar Wilayah Persekutuan dan menguruskan hal ehwal agama Islam di kawasan ini.

Perbendaharaan menjangkakan hampir RM97,374,000 dibelanjakan tahun ini untuk Jawi menjalankan aktiviti :

· 60 operasi dijalankan;

· 500 kes diambil tindakan;

· 88 Sekolah Rendah Agama, Sekolah Rendah Agama Integrasi, dan Sekolah Menengah Agama; dan

· pentadbiran 114 kelas Al-Quran dan Fardhu Ain.

Tahun hadapan, Jawi akan menerima RM94,590,900 untuk menjalankan tugas sama.

Pembangunan Insan = RM24,259,700

Pendakwah dan ilmuan Islam; memantau dan menyelaraskan polisi Islam; dan usaha dakwah memakan RM24,259,700 daripada bajet tahun ini.

Hasil bagi wang tersebut? Menurut jangkaan Perbendahaaraan, Jakim tahun ini:

· Menerbitkan 130 majalah, buku dan risalah dakwah; dan

· Menganjurkan 125 program pembangunan keluarga Islam dan pembangunan sosial.

Jakim berharap dapat mengurangkan wang aktiviti pembangunan Insan sebanyak RM15,659,700 pada tahun hadapan namun mengekalkan hasilnya.

Jakim Sabah = RM14,934,700

Objektif Jakim Sabah ialah untuk memberi perkhidmatan pengurusan cekap, berkesan dan berkualiti dari segi pengurusan pejabat, pengurusan perkhidmatan pegawai/kakitangan dan pengurusan kewangan termasuk meningkatkan kualiti modal insan, pengurusan pentadbiran kepada masyarakat berdasarkan ajaran Islam.

Dengan bajet hampir RM15 juta diperuntukkan, Perbendaharaan menjangkakan Jakim Sabah tahun ini menganjurkan:

· 135 program;

· 80 program pendidikan KAFA;

· 55 program di Pusat Latihan Islam;

· 65 program penerbitan dan perhubungan awam.

Ia juga menjalankan 50 kajian tentang pemantapan akidah mengikut perkiraan Perbendaharaan.

Tahun hadapan, peruntukan akan dikurangkan menjadi RM11,560,000, namun hasilnya dijangka akan kekal sama.

Jakim Sarawak = RM10,593,800

Seperti Sabah, Sarawak juga menyasarkan perkhidmatan pengurusan cekap, berkesan dan berkualiti dalam menyebarkan dakwah dan memantapkan Islam.

Dengan peruntukan diterima, Jakim Sarawak menjalankan aktiviti seperti:

· 270 program dakwah;

· 50 program pengurusan dan keurussetiaan;

· 60 program penyelidikan;

· 86 program Pusat Latihan Sarawak;

· 44 program Institusi Kemahiran Islam Malaysia Sarawak.

Tahun hadapan peruntukkan dikurangkan menjadi RM10,593,800, bagaimanapun hasil dijangka akan kekal sama.

Darul Quran = RM8,103,100

Institusi Darul Quran melatih pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam ilmu tahfiz Al-Quran dan pengajian Islam termasuk menghasilkan pendakwah dan ilmuan Islam.

Menurut Perbendaharaan, jangkaan hasil tahun ini ialah:

· 559 huffaz menjalani latihan;

· 38 huffaz mahir dalam pembacaan Al-Quran di peringkat pengajian Sarjana Muda;

· 30 peserta penganjuran pengajian kursus jangka pendek Sijil Tinggi Tarannum Al-Quran kepada orang awam;

· 30 peserta penganjuran kursus jangka pendek Asas Qiraat kepada pelajar lepasan SPM.

Darul Quran menerima peruntukan sama pada tahun hadapan, dan hasilnya dijangka kekal sama

Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) = RM7,194,000

ILIM bertanggungjawab memantapkan pegawai pengurusan hal ehwal Islam sebagai penjawat awam yang bertakwa, kompetan dan cekap menghadapi cabaran.

Dengan peruntukan itu dianggarkan sebanyak 8,000 perserta mengikuti kursus ; 160 kursus dijalankan dan 1 kajian hasil kursus.

Tahun hadapan ILIM menerima peruntukan kurang daripada sebelum ini, iaitu RM7,617,600. – 22 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bagaimana-jakim-belanja-hampir-rm1-bilion-tahun-ini#sthash.IWVjBgfX.dpuf

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-