Showing posts with label aktivis Fahmi Reza. Show all posts
Showing posts with label aktivis Fahmi Reza. Show all posts

Tuesday, February 20, 2018

'Badutkan' Najib: Fahmi Reza dihukum penjara 1 bulan, denda RM30k


Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini menjatuhkan hukuman bersalah ke atas seorang pereka grafik yang kerana memuat naik gambar aib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan tujuan menyakitkan hati orang lain, dalam akaun Facebooknya dua tahun lalu.

Hakim menjatuhkan hukuman penjara 1 bulan dan denda RM30,000 ke atas Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 40, kerana posting karya satira badut di Facebook.

Tertuduh didakwa menggunakan akaun Facebook 'Fahmi Reza' di suatu pautan secara sedar dengan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi (bawah) yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain, pada 8 Feb 2016.
Pautan itu kemudian didakwa dibaca di sebuah alamat di Seraya Sdn Bhd, Batu 3, Jalan Jelapang, di Ipoh, pada 2.40 petang, tarikh yang sama.

Mohd Fahmi Reza didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/412803#TQ5JODRrv3TxsjG8.99

Wednesday, April 19, 2017

Fahmi Reza lukis "anak kera", "anak tokong"

FMT Reporters
April 19, 2017

Fahmi kali ini menyatakan pandangannya mengenai #FatherAndSonParty, menampilkan lukisan menyerupai ahli politik terkenal dikekong bapa masing-masing.
PETALING JAYA: Nampaknya Fahmi Reza mempunyai pandangan tersendiri terhadap gandingan ahli keluarga dalam parti politik.

Dalam muatnaik Facebook terbaharunya, aktivis Fahmi Reza melakar karikatur menyerupai ahli politik terkenal dikekong bapa masing-masing.

Kartun bertajuk “Bapa borek, anak rintik” turut membawa hashtag #FatherAndSonParty (parti bapa dan anak), serta perkataan “Bapak dewa, anak tokong” dan “Bapak monyet, anak kera”.

Fahmi, yang mengundang kontroversi tahun lepas kerana menggambarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai badut, sekali lagi menyebabkan perbualan minggu lepas dengan lakaran yang menggambarkan Hadi sebagai monyet.

Pada Jumaat, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu FMT lukisan Fahmi akan dirujuk kepada peguam parti sekiranya ia mempunyai unsur fitnah.

Fahmi menghalakan penanya terhadap Hadi akibat kartun kontroversi Nanyang Siang Pau bertajuk “Monkey Show Act” yang memaparkan 2 ekor monyet di atas pokok “Akta 355”, merujuk kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. Sekumpulan monyet dilihat bergaduh di bawah pasangan itu.

Daripada pasangan itu, seekor monyet memakai songkok bertulis “speaker”, manakala seorang lagi memakai serban berlabel “Hadi Awang”. Kementerian dalam negeri kemudiannya mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akbar berbahasa Cina, dan kemudian mengumumkan tiada tindakan lanjut akan diambil.

Semalam, Fahmi memuatnaik gambar borang permohonan menyertai PAS tetapi butirannya menunjukkan beliau cuma mempersendakan parti itu.

Sunday, June 5, 2016

Fahmi Reza, 3 aktivis ditangkap di bawah Akta Hasutan

FMT Reporters

Empat yang ditahan itu termasuk aktivis, penganjur acara dan pelukis komik ditahan dan dibawa ke ibu pejabat polis Sentul atas kesalahan menghasut.
PETALING JAYA: Tiga individu ditahan mengikut Akta Hasutan 1948.

Ini susulan laporan terdahulu mengenai penahanan aktivis Fahmi Reza atas kesalahan menjual kemeja T #KitaSemuaPenghasut di pesta buku alternatif KL.

Malaysiakini yang memetik Pengarah Eksekutif Institut Rakyat Yin Shao Loong sebagai berkata tiga yang lain ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Sentul.

Tiga yang ditahan adalah penganjur acara Pang Khee Teik, aktivis masyarakat Lew Pik-Svonn dan pelukis komik Arif Rafhan Othman.

Dalam post di Facebook awal hari ini, Fahmi berkata dia ditahan pegawai polis di Publika, di mana acara itu diadakan dan disiasat kerana menghasut.

Kemeja T yang dijualnya dicetak dengan karikatur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam imej badut berserta slogan “Kita Semua Penghasut”.

“Lima hingga enam pegawai polis datang booth aku tadi. Mereka rampas kad pengenalan aku, 2 helai t-shirt penghasut dari beg aku dan juga sepanduk lukisan muka badut.

“Menurut polis aku disiasat bawah Akta Hasutan. Aku dalam keadaan selamat. Dah sampai balai polis sekarang.”

Semalam, dilaporkan Fahmi dibawa ke mahkamah untuk didakwa dua pertuduhan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat naik imej ke akaun media sosialnya.

Fahmi didakwa menggunakan akaun media sosialnya untuk memuat naik imej Najib yang diubahsuai untuk menyinggung orang lain pada 31 Januari dan parodi notis Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang memaparkan imej Najib yang disunting.

Kedua-dua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-