Showing posts with label bendera Malaysia. Show all posts
Showing posts with label bendera Malaysia. Show all posts

Sunday, October 27, 2024

Polis buka kertas siasatan perhimpunan kibar Jalur Gemilang di Menara Condong

bharian.com.my
Oleh Muhamad Lokman Khairi
bhnews@bh.com.my
Oktober 27, 2024
Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria (baju putih) berucap di hadapan lebih 300 peserta yang berhimpun sambil mengibarkan Jalur Gemilang di Dataran Menara Condong Teluk Intan, petang semalam. - Foto NSTP/MUHAMAD LOKMAN KHAIRI.

IPOH: Polis membuka kertas siasatan perhimpunan kibar Jalur Gemilang yang disertai lebih 300 individu di Dataran Menara Condong, Teluk Intan, semalam kerana tiada notis dihantar penganjur bagi acara itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, berkata himpunan itu anjuran gabungan badan bukan kerajaan (NGO) serta dihadiri pimpinan PAS Perak dan penduduk setempat.

Siasatan awal mendapati Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria memberi ucapan tanpa pembesar suara di hadapan kumpulan itu.

Kira-kira 200 bendera Jalur Gemilang pelbagai saiz dikibarkan oleh peserta dengan diiringi lagu-lagu patriotik.

"Hasil semakan mendapati, penganjur perhimpunan terbabit tidak menghantar pemakluman kepada polis bagi mengadakan perhimpunan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 iaitu penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis antara 10 hari hingga 30 hari sebelum perhimpunan.

"Arahan perintah untuk menyiasat (OTI) akan dipohon bagi menjalankan siasatan lanjut pihak yang terbabit akan dipanggil untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan kertas siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azizi berkata, aduan dibuat anggota polis yang bertugas jaga aman di Menara Condong Teluk Intan pada jam 6 petang, semalam.

Terdahulu, media melaporkan lebih 300 individu membanjiri Dataran Menara Condong Teluk Intan, petang semalam bermula jam 5 petang sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

Kehadiran peserta itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap insiden bendera China dikibarkan oleh peserta Sambutan Guan Gong Sedunia di lokasi sama, Khamis lalu.

Justeru, Azizi memberi amaran dan menasihati orang ramai agar tidak terbabit dengan sebarang perhimpunan yang boleh menimbulkan kacau ganggu serta menggugat ketenteraman awam.

"Mana-mana individu yang didapati bersalah jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 mengikut peruntukan Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012," katanya.

Wednesday, November 27, 2019

Isu bendera Malaysia lima bintang: DAP tak perlu fitnah kami – MCA

POLITIKUTAMA
November 26, 2019
EDITOR

VIRAL dalam sosial media berhubung insiden bendera Malaysia dengan lima bintang yang dipaparkan menerusi klip video semasa perasmian kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam.

Dengan segera, pihak penganjur MABA (Persatuan Bola Keranjang Malaysia) telah meminta maaf di atas insiden tersebut, manakala pihak PDRM telah mengambil tindakan pantas dalam menyiasat kes itu.

Kami mengecam tindakan tersebut, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja, kerana ia adalah satu salah-laku yang langsung tidak boleh diterima.

Kewibawaan Jalur Gemilang pantang dihina dan dicabar!

Namun, kami juga mengecam mana-mana pihak yang cuba mengaitkan Presiden MABA Lua Choon Hann dengan MCA.

Tengoklah sendiri bagaimana FB page ini yang bernama “Friends of DAP” menggunakan hanya beberapa keping gambar untuk memberikan gambaran seolah-olah Lua Choon Hann ini adalah orang kuat Wee Jeck Seng dan Wee Ka Siong.

Come on lah, fitnah nak kenakan MCA biar ada standard sikit.

Kalau begitu, saya turut lampirkan beberapa keping gambar si Lua ini dengan Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Menteri Luar Negeri dan Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan.

Bolehlah saya katakan Lua Choon Hann ini orang kuat Saifuddin Abdullah @ Pakatan Harapan?

Sudah-sudahlah dengan kerja haram jadah memfitnah, bertaubatlah PH, terutamanya DAP.

MIKE CHONG YEW CHUAN
Jurucakap MCA

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Buletin Asia*

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-