Showing posts with label bubar. Show all posts
Showing posts with label bubar. Show all posts

Saturday, January 22, 2022

MB: K'jaan perlu mandat baru, bukan bergerak atas ihsan pembangkang

malaysiakini.com

Diterbitkan: Jan 22, 2022 7:04 PM

Kerajaan yang memimpin Johor perlu mendapat mandat lebih kukuh dan bukannya atas ihsan pembangkang, kata menteri besar Hasni Mohammad mempertahankan keputusan untuk memohon pembubaran DUN, hari ini.

Hasni berkata, dengan kelebihan satu kerusi sahaja, tiada pihak yang boleh menafikan bahawa kerajaan negeri dalam keadaan tidak stabil.

"Saya beranggapan kerajaan yang ada perlu jadikan Johor sebagai negeri yang rancak program untuk rakyat.

"Semua ini perlu diteruskan, tetapi kedudukan kerajaan bergerak atas ehsan pembangkang (dan) saya rasa ini tidak wajar berlaku.

"Saya ingin melihat Johor menjadi negeri maju, rancak pembangunannya, justeru itu saya perlukan mandat baru. Saya perlu dapat semula mandat daripada rakyat Johor," katanya dalam sidang media di Johor Bahru, petang tadi.

Ia selepas Hasni dan menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene di Johor Bahru, petang tadi.

Kerajaan Johor pimpinan BN berdiri dengan majoriti tipis selepas kematian Adun Kempas, Allahyarham Osman Sapian pada 21 Disember lalu.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan untuk membubarkan DUN Johor, sekaligus membuka laluan untuk PRN diadakan.
"Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor untuk memberi laluan kepada PRN," menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim.

Mengulas lanjut, Hasni mendakwa meskipun pembangkang berjanji untuk melancarkan urusan pentadbiran negeri, namun ia tidak sepenuhnya berlaku.

"Saya anggap itu sebagai janji manis. Misalnya, sewaktu DUN bersidang baru-baru ini pun kita berdepan dengan rundingan untuk membenarkan wakil pembangkang untuk hadir dalam mesyuarat tindakan majlis daerah.

"Berulang kali saya terangkan kepada wakil pembangkang itu bukan keputusan kerajaan negeri, kita hanya tertakluk kepada arahan Pejabat Perdana Menteri mengenai komposisi untuk hadir dalam mesyuarat tindakan majlis daerah," katanya.

Dia juga membangkitkan Speaker DUN Suhaizan Kaiat yang merupakan Adun Amanah.

"Speaker DUN bukan daripada parti kerajaan. Mungkin Speaker atas ihsan untuk pastikan kerajaan berjalan, undi penentu diberikan kepada kerajaan.

"Itu saya kata kita bergerak atas ihsan. Dengan satu majoriti, tidak siapa boleh nafikan kerajaan negeri berada dalam situasi tidak stabil," katanya lagi.

Wednesday, June 10, 2015

PR sudah tidak sempurna, perlu BUBAR

ALOR SETAR – PR perlu dibubarkan setelah Pas mengusulkan untuk memutuskan hubungan dengan DAP pada Muktamar Tahunan Pas Pusat ke-61 baru-baru ini.

Presiden Pasma, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, gabungan pakatan itu tidak boleh dibuat tanpa penyertaan Pas.

“Sekiranya Pas memutuskan hubungan dengan DAP dan mereka tidak boleh duduk bersama, maka PR tidak boleh diwujudkan lagi.

“Kalau mereka (Pas) keluar, PR sudah tidak sempurna dan perlu dicari pengganti lain bagi mengisi kekosongan terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pembubaran itu perlu dibuat dan distrukturkan semula dengan PR Baharu untuk mengembalikan sokongan rakyat menjelang PRU14.

“Dalam situasi sekarang, masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dalam soal menarik sokongan rakyat.

“Misalnya DAP banyak penyokong bukan Melayu, PKR pula mempunyai sokongan pelbagai kaum dan Pas mempunyai penyokong Melayu yang ramai,” katanya.

Phahrolrazi berkata, bagaimanapun status PR perlu diperjelaskan terlebih dahulu kepada rakyat sama ada boleh dibaiki atau dibubarkan.

“Perbezaan pendapat antara Pas dan DAP dalam konteks PR dilihat begitu besar sehingga menjejaskan sokongan rakyat kepada PR yang amat menaruh harapan menjelang PRU14,” katanya.

Beliau yang juga bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Kedah turut menyarankan semua parti komponen menyatakan pendirian masing-masing dalam isu ini. - SH

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=287322:pr-sudah-tidak-sempurna-perlu-bubar&Itemid=2#ixzz3cde9ExPd
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Saturday, September 26, 2009

~~~~~~~~~~~~~~Bubar DUN Perak~~~~~~~~~~~~~

Bubar DUN Perak supaya DAP boleh meletak kan calun nya yang berketurunan Melayu/Islam.

DAP memang pernah meletak kan calun nya yang berketurunan Melayu/Islam sebagai calun DAP dikawasan bukan melayu. Ini pernah berlaku di DUN Pasir Berdamar, Teluk Intan Perak. Calun DAP yang bernama Fazlan Yahya kalau tak silap wak. Calun itu menang. Tahunnya wak dah lupa.

Pada PRU12 yang lepas DAP telah buat silap kerana tidak ada calun melayunya. Jika DUN Perak dibubarkan, kali ini DAP tidak akan buat silap lagi, pasti dua tiga orang calun melayu/Islam yang berpendidikan tinggi dalam bidang agama Islam akan di calunkan nya.

Jika perkara ini berlaku, PAS cuma ada dua pilihan sahaja - terpaksa menyokong DAP untuk meletak kan wakil DAP sebagai Menteri Besar Perak. Kedua PAS akan keluar Pakatan Rakyat jadi wakil bebas.

Sebenar nya apa kah tujuan PAS ber sungguh2 mahukan DUN Perak di bubarkan?

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-