Showing posts with label gula. Show all posts
Showing posts with label gula. Show all posts

Wednesday, June 8, 2022

Gula dijangka naik, harga siling baru disemak

satuberita.my
By Najmi Hakim
-June 8, 2022
Pihak industri yakin kerajaan akan menetapkan harga siling gula baharu yang lebih komprehensif

KERAJAAN dijangka akan mengumumkan semakan semula harga gula dalam masa terdekat selari dengan tekanan kenaikan kos ketika ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM Malaysia Holdings Bhd, Syed Feizal Syed Mohammad.

Beliau berkata, pengeluar gula utama tempatan termasuk MSM dan Central Sugar Refinery Sdn Bhd (CSR) telah melaksanakan libat urus secara menyeluruh dengan beberapa kementerian dalam tempoh beberapa bulan yang lalu.

Beliau berkata, daripada libat urus dan perbincangan yang dilaksanakan itu, pihak industri yakin kerajaan akan menetapkan harga siling gula baharu yang lebih komprehensif.

“Pengeluar gula utama sudah membuat libat urus dan membentangkan mengenai semua perkara termasuk kenaikan 30 peratus dalam kos pengeluaran.

“Antara kementerian yang terbabit adalah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Kewangan (MOF), Unit Perancangan Ekonomi (EPU) serta agensi dan peserta industri lain yang terbabit.

“Ketika ini, ia dalam penelitian kerajaan dan berdasarkan gambaran awal, kami yakin kerajaan akan membuat keputusan yang terbaik,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan MSM secara maya, hari ini.

Turut hadir Pengerusi MSM, Datuk Syed Hisham Syed Wazir.

Mengulas lanjut, Syed Feizal berkata semakan harga adalah perlu kerana secara dasarnya harga gula hanya naik satu sen sejak 2011.

Ujarnya, pada 2017, kerajaan menaikkan harga gula bertapis sebanyak 11 sen sebelum membuat keputusan mengurangkan harga sebanyak 10 sen pada 2018, menjadikan kenaikan harga satu sen sejak 2011 kepada RM2.85 satu kilogram itu tidak lagi dapat menampung lonjakan kos pengeluaran sebanyak 30 peratus.

Beliau menegaskan, walaupun gula bertapis satu kilogram dijangka naik, tetapi ia seharusnya tidak dijadikan polemik kepada semua pihak.

“Harga yang naik tidak memberi kesan kepada isi rumah kerana secara puratanya isi rumah hanya menggunakan sekilogram gula sebulan. Ini bermakna, kenaikan bulanan adalah rendah. Gula bukanlah barangan keperluan yang banyak digunakan seperti ayam, telur dan beras.

“Malah, pihak industri seperti peserta utama serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terbabit dalam pengeluaran produk minuman turut memberi jaminan tidak akan menaikkan harga jika penetapan harga gula baru ini dinaikkan.

“Peserta industri turut memahami situasi yang berlaku ketika ini,” katanya, lapor BH Online.

MSM kekal fokus untuk memelihara pelan pemulihannya di tengah-tengah peningkatan elemen kos pengeluaran utama iaitu gula mentah, pengangkutan, gas asli dan pertukaran asing.

Pengeluar jenama gula bertapis nasional ‘Gula Prai’ itu telah pulih dengan capaian kewangan yang lebih bagus sejak 2020 walaupun menghadapi cabaran pasaran.

MSM mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM81 juta untuk tahun kewangan 2021, berbanding RM36 juta pada tahun kewangan 2020.

Kumpulan itu turut mencatatkan peningkatan tiga peratus pendapatan sebanyak RM2.26 bilion untuk 12 bulan tahun kewangan 2021 berbanding RM2.18 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Wednesday, December 4, 2013

Kenaikan petrol, gule dan elektrik tidak membebankan rakyat..............?


Bahang api kenaikan gule dan petrol sudah pun mule di terasei oleh rakyat yang berade di kelompuk bahawahan terutamenye kelompok2 yang bergantung dibawah talian BR1M. Kini boleh dikatekan hampir semue barangan yang di gunekan, dimakan/diminum dan perkhidmatan2 sudah mule naik.........

Kelmarin Wak tersinggah di pasar Selase Kampung Bahagie, Teluk Intan, Wak terkejut besar ketike membeli sekeping 'apam balik'. Sebelum ni harge nye cume RM2.20 sahaje, pade hari tu ianye sudah naik kepade RM2.50 - naik 30 sen. Alasan kenaikan oleh penjual ialah tidak lain tidak bukan kerane kenaikan gule dan kos pengangkutan.

Ini cume baru sedikit dari kesan kenaikan gule dan petrol sahaje, tidak lame lagi kite pasti akan berhadapan dengan bale yang paling besar - GST dan kenaikan elektrik! Di sini sekali lagi peniage2 pasti akan ambil kesempatan mencekek darah rakyat........ Menteri2 yang berkenaan cume boleh 'bercakap' dan memberi idea2 'dungu' sahaje.

"7 jung berlalu, anjing masih bercawat ekor"

Saturday, October 26, 2013

Gula, gula, gula ..............

Mungkin ade yang hairan bile Wak sebut 'gule dan rokok'. Gule dan rokok ni sangat sinonim dengan rakyat miskin. Pertame bab gule, gule ni termasuk senarai keperluan harian seluruh rakyat di muke bumi ni. Ade juge manusie yang kate gule membahaye kan kesihatan, ini Wak akui 100% -kencing manis.

Sebenar nye rakyat sudah pun lame tahu tentang bahaye pengambilan gule berlebihan. Kalu kite biase duduk di warung2 atau kedai kopi, boleh dikatekan yang order teh atau kopi tu mesti sebut perkataan 'kurang manis', makne nye buat teh atau kopi tu kurang gule.

Sekarang kanak2 pun tahu gule yang di ambil berlebihan boleh menyebabkan penyakit kencing manis. Walau bagaimana pun pengambilan gule hanye terbatas kepade pesakit2 kencing manis, yang tidak mengidap penyakin kencing masin tu akan terus mengunekan gule dalam kehidupan harianye dalam kadar yang terkawal.

Pokok pangkal nye ialah kenaikan harga gule yang kunun nye untuk mengawal penyakit kencing manis -yang akhir nye pasti akan menyebabkan kenaikan barang makanan dan minuman yang berantai. Peniaga2 semua jenis minuman dan makan yang ade kaitan dengan gule pasti akan menaikan harge nye. - siape yang akan tanggung beban ini?



ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-