malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Jun 16, 2024 9:44 AM
Sebanyak 1,833,164 umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadat haji tahun ini, menurut Pihak Berkuasa Am bagi Statistik Arab Saudi.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berkenaan kepada media di Mekah, daripada jumlah itu sebanyak 958,137 jemaah terdiri daripada lelaki manakala 875,027 adalah jemaah wanita.
Pihak berkuasa berkenaan memaklumkan jumlah jemaah haji luar ialah sebanyak 1,611,310 manakala jemaah tempatan 221,854 orang.
“Peratusan jemaah haji dari Asia tidak termasuk negara Arab mewakili 63.3 peratus, negara Arab (22.3 peratus), negara Afrika (11.3 peratus), dan Eropah, Amerika Utara dan Selatan serta Australia (3.2 peratus),” menurut pihak berkuasa itu.
Statistik itu menunjukkan jumlah ketibaan jemaah haji tertinggi adalah melalui lapangan terbang dengan 1,546,345 orang diikuti darat (60,251) dan pelabuhan (4,714).
Dalam pada itu, jumlah jemaah haji yang mendapat manfaat daripada Inisiatif Laluan Makkah pada musim haji tahun ini ialah sebanyak 322,901 orang.
Sementara itu, pihak berkuasa berkenaan juga menyatakan antara objektif pengumpulan data terperinci ini adalah bagi menyokong pembuat keputusan dalam mempertingkatkan perkhidmatan yang ditawarkan kepada jemaah haji.
“Statistik ini menyumbang kepada penilaian perkhidmatan disediakan oleh entiti yang bertanggungjawab untuk memberi khidmat kepada jemaah haji,” menurut pihak berkuasa itu.
- Bernama
Showing posts with label ibadah Haji. Show all posts
Showing posts with label ibadah Haji. Show all posts
Sunday, June 16, 2024
Subscribe to:
Posts (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin Kesalahan Kiandee tak setara kes Hamzah, kata Muhyiddin 2 hours ago FMT Reporters ...
-
bebasnews.my By Zaini Hassan -31/08/2021 DALAM tempoh 30 jam selepas kabinet Ismail Sabri Yaakob mengangkat sumpah semalam (Isnin 30 Ogos),...
-
Nik Amar perlu ukur baju di badan sendiri Kedudukan penyandang jawatan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu kini dilihat le...
-
Jamil: Bekalkan senjata pada penguatkuasa agama Bernama 6:42PM Nov 12 ...
-
PRK Sg Limau: Menguji Kematangan Politik Masyarakat Cina Selepas PRU13 JERING Daily | 02:00 | 0 comments Terdapat 1,827 pengund...
-
Wak tak heran kalau kerajaan BN yang di pimpin UMNO semakin ditolak oleh kaum cine. Sebenarnye parti2 komponen dalam BN seperti MCA dan P G...
-
Wak tak heran pebile sahabat blogger ni kate PAS bodoh piang. PAS di katekan bodoh piang kerene 'mempercayei cakap Lim Guan Eng masuk ...
-
Wak heran juge bile semakin ramai terutamenye kaum mude mudi keturunan banjar sudah semakin melupekan asal usul diri mereke. Boleh dikatekan...
-
What happened in Ayodhya? In 1992 a mosque in Ayodhya was torn down by angry Hindus who believed that Hindu...
-
"KULA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini menasihati MCA menyelesaikan kemelut politik mereka dengan segera sebelum rakyat mengambi...
