Showing posts with label imam. Show all posts
Showing posts with label imam. Show all posts

Sunday, February 9, 2025

Empat imam tak baca khutbah Jumaat JAIPk isu fitnah digantung tugas

malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 9, 2025 9:15 PM
Empat imam Perak digantung tugas dan elaun mereka ditahan kerana tidak membaca khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Agama Islam negeri (JAIPk).

Khutbah pada 31 Jan, memberi amaran kepada umat Islam supaya tidak melakukan fitnah, hanya beberapa hari selepas Ketua Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria mendakwa Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh mempunyai kaitan dengan pengasas syarikat YTL Group, Yeoh Tiong Lay.

Keempat-empat imam itu sebaliknya dilaporkan membaca khutbah Jumaat sama ada dari Kedah atau Pulau Pinang atau dari tahun lepas.

Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata imam berkenaan mendakwa mereka tidak dapat mencetak khutbah yang disediakan pada 31 Jan itu.

Keempat-empat mereka telah digantung pada 6 Feb, sementara menunggu mesyuarat jawatankuasa disiplin yang dijadualkan pada Mac.

Zakaria dipetik Astro Awani sebagai berkata bahawa Sultan Perak Sultan Nazrin Shah telah menitahkan supaya tindakan tegas diambil.

Sebelum ini, anak Razman - Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Perak PAS Perak Rif'aat Razman - telah mempersoalkan di Facebook sama ada khutbah itu ditujukan kepada ayahnya.

JAIPk menafikan bahawa khutbah bertajuk Keburukan Fitnah: Pengajaran Dari Peristiwa Al-Ifki itu menyasarkan mana-mana individu, dan sebaliknya adalah untuk mengingati kejadian isteri Nabi Muhammad - Aisyah - telah difitnah, yang berlaku pada bulan kalendar Islam Syaaban sekarang.

Rif'aat telah disoal siasat oleh polis berhubung catatan Facebooknya.

Razman, pada petang selepas khutbah itu, menyiarkan: "Depa nak suruh kita dok diam-diam."

Ketua Pesuruhjaya PAS Perak itu telah memohon maaf atas tuduhannya terhadap Hannah.

Hannah, bagaimanapun, telah mengancam untuk menyaman bahagian lain dalam ucapannya, dipercayai atas dakwaannya bahawa dia mempunyai agenda Kristianisasi.

Wednesday, March 20, 2024

Cetus kekacauan di masjid, warga emas didakwa di mahkamah

freemalaysiatoday.com
Predeep Nambiar
-20 Mar 2024, 12:36 PM

Wanita itu tidak bersetuju dengan pertuduhan dikenakan terhadapnya dan menyifatkannya ‘pembohongan’.
Sofiah Abdul Majid diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret George Town hari ini.

GEORGE TOWN: Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan agama orang lain di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, minggu lalu.

Sofiah Abdul Majid, 65, didakwa melakukan perbuatan itu di Masjid Jamek Ar-Rahman pada 10 malam 12 Mac lalu, mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa menyifatkan bacaan imam dan bilal Masjid Jamek Ar-Rahman seperti “menyalak” dan membayangkan mereka “dirasuk hantu Cina atau Hindu”.

Ketika pendengaran pengakuannya, dia yang tidak diwakili peguam, melalui penterjemah berkata: “Semuanya bohong. Saya tidak faham pembohongan. Saya tidak setuju dengan pertuduhan itu. Bukan itu yang saya katakan, ia adalah rekaan.”

Majistret Nadratun Naim Saidi memerintahkan Sofiah menjalani pemerhatian di Hospital Ulu Kinta selama sebulan dan menetapkan sebutan semula kes pada 19 April ini.

Monday, July 23, 2018

Zawawi Mughni calon tepat di Sg Kandis

Zairudin Ashrafi | Diterbitkan 23 Jul 2018, 8:53 pagi 


ULASAN | Tidak sedikit cakap-cakap yang timbul selepas pengumuman nama Ustaz Mohd Zawawi Ahmad Mughni oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, selaku calon Parti KeADILan Rakyat (KEADILAN) bagi Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis, semalam.

Bukan calang-calang orang, Ahli Jawatankuasa Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) Selangor ini hakikatnya merupakan Pengetua Maahad Tahfiz al-Fateh, Jalan Kebun. Pastinya, figura paling cocok meneruskan legasi kecemerlangan allahyarham Mat Shuhaimi Shafie, berasaskan kepada rekod pencapaian beliau selaku aktivis masyarakat yang tulen.

Baru berusia 48 tahun, suami kepada Ustazah Hazlina Abd Razak dan bapa kepada 5 orang ini sangat dikenali oleh penduduk sekitar Sungai Kandis, memandangkan beliau sendiri merupakan anak jati Sungai Kandis.

Beliau dan isteri sangat disegani oleh para penduduk kerana berlatarbelakangkan pegangan agama yang kuat dan banyak membantu orang ramai.

Beliau dan isterinya mengasas serta menggerakkan Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Darul Wardah, Seksyen 30, Shah Alam.

Tidak terkenal di tempat lain tidaklah terkesan sangat, asalkan di tempat mengundi beliau sangat dikenali, kerana dialah yang akan memberi khidmat kepada kawasan ini. Inilah individu yang di terima rata-rata masyarakat setempat, tidak kira parti lawan atau parti kawan.
Malahan, Jalan Mughni di Jalan Kebun diambil sempena nama Allahyarham bapanya, Tuan Haji Mughni Haji Abd Rahman - seorang imam dan penolong pendaftar nikah yang dihormati di Kampung Jalan Kebun.

Ibunya, Allahyarhamah Hajjah Pauziah Haji Husin berasal dari Kampung Sijangkang, Kuala Langat, juga anak kedua kepada Haji Husin Abas, pengasas Pondok Haji Husin Abbasiyyah, Sijangkang atau lebih dikenali sebagai Pondok Kiyai Kusen Sijangkang.

Graduan Sarjana Muda Bahasa Arab, Universiti Al-Azhar, Mesir dan Master Pendidikan di Universiti Malaya (UM) ini lahir dari lubuk kesengsaraan dan kepayahan rakyat. Ustaz Zawawi pernah berkhidmat selaku Ahli Mesyuarat Badan Dakwah, Majlis Agama Islam Selangor (2006 – 2012) dan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Keluarga Islam, MAIS (2009 – 2012).

Beliau pernah bertugas sebagai guru di beberapa buah sekolah dan institusi seperti Kolej Hafiz Klang, SAM Hishamuddin Sungai Bertih.

Beliau juga pernah menjadi pensyarah sambilan di beberapa IPT seperti Kolej Pusrawi dan Universiti Malaya disamping berceramah motivasi, kepimpinan, kuliah agama dipelbagai institusi seperti sekolah, masjid, jabatan, kolej dan sebagainya.

Aktivis sosial

Tidak hanya punya ketokohan dalam bidang agama, tetapi juga merupakan aktivis sosial yang tegar. Mantan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor ini juga pernah diamanahkan selaku Timbalan Majlis Perundingan Kebangsaan ABIM (MPKA) dan Setiausaha Integrated Muslim Association Nework (IMAN).

Dalam usaha membangunkan generasi muda, beliau juga aktif menggerakkan aktiviti belia sehingga diberikan kepercayaan untuk menjadi Setiausaha Agung Majlis Belia Selangor (2006 – 2007) dan Ahli Majlis Perundingan Belia Negeri Selangor (2006 – 2007).

Beliau terlibat dalam Skuad Prihatin ABIM dan Global Peace Mission (GPM) yang melaksanakan misi bantuan bencana alam seperti banjir besar, tanah runtuh, kebakaran dan sebagainya. Melalui GPM beliau terlibat dalam usaha membantu rakyat Palestin dengan menganjurkan kempen kutipan dana dan kempen kesedaran di surau dan masjid kompleks beli belah dan lokasi-lokasi strategik.

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Firma Perunding Latihan BUDI Training & Management, di mana beliau terlibat memberikan motivasi, termasuk program-program kepimpinan yang dihadiri oleh para wakil rakyat.

Terkenal dengan sifat mesra serta merendah diri, Ustaz Zawawi mempunyai pengalaman luas dalam menangani isu gejala sosial di Selangor sejak tahun 20 tahun lalu dalam bidang pendidikan, badan pelajar, badan dakwah dan badan belia.

Di dalam parti, beliau aktif selaku Ahli Jawatankuasa Biro Pendidikan PKR Pusat serta Setiausaha Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) PKR Pusat. Fakta yang lebih menarik, beliau juga merupakan sahabat dan pembantu kepada Allahyarham YB Mat Shuhaimi Shafiei.

Pemilihan beliau adalah penting memandangkan kita memerlukan agamawan serta pemimpin yang celik soal keragaman dan kerencaman bangsa dan agama seperti di Malaysia, terutama di Selangor.

Pilihan raya, baik umum mahupun kecil – tidak hanya berlegar sama ada seseorang calon itu popular pada peringkat nasional atau pun tidak. Jauh lebih daripada itu, seseorang calon itu sewajarnya dikenali oleh penduduk setempat, selain mempunyai kemampuan juga kesungguhan untuk berkhidmat kepada rakyat yang diwakilinya.

Ustaz Zawawi mempunyai ciri-ciri seorang wakil rakyat yang komited serta berwibawa itu. Bila disebut nama Ustaz Zawawi, dialah imam, dialah jurunikah, dialah kaunselor dan pakar motivasi, dialah penceramah tersohor di kawasan tersebut.

Pemilihannya sebagai calon, pastinya adalah tepat sekali. Akhir kalam, pangkah KEADILAN untuk PRK DUN N.49, Sungai Kandis.

Monday, February 29, 2016

Yayasan 1MDB taja 150 imam, penerusi JKKK naik haji

Bernama
Sebanyak 150 imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari Sarawak akan dipilih bagi menyertai Program Khas Haji Yayasan 1Malaysia Berhad (1MDB) tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mengumumkan perkara itu semasa melawat Masjid Jamek Saratok hari ini, Perdana Menteri berkata mereka yang dipilih itu nanti terdiri daripada 75 imam dan 75 pengerusi JKKK.

"Kami serahkan kepada kerajaan negeri untuk menentukan siapa yang akan terpilih untuk menunaikan fardu haji di bawah program ini nanti," katanya.

Beliau berkata ini adalah sebagai menghargai jasa kepimpinan imam dan pengerusi JKKK di peringkat akar umbi.

Program khas untuk menunaikan rukum Islam kelima itu dimulakan Yayasan 1MDB pada 2011 dengan sebanyak 111 jemaah dari seluruh negara. Jumlah itu ditingkatkan kepada 400 orang pada tahun berikutnya, 2013 (800), 2014 (1,000) dan 2015 (1,200).

Najib berkata jumlah yang dipilih bagi negeri Sarawak adalah besar dan beliau berharap mereka akan mendapat haji yang mabrur nanti.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Terdahulu Perdana Menteri merasmikan Program Sejiwa Senada 2016 Saratok yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

-Bernama

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-