Showing posts with label kapal selam Scorpene. Show all posts
Showing posts with label kapal selam Scorpene. Show all posts

Monday, November 19, 2018

Siasatan kapal selam Scorpene dibuka semula

Hariz Mohd
Diterbitkan 19 Nov 2018, 2:55 petang 


EKSKLUSIF |   Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula siasatan terhadap pembelian dua kapal selam Scorpene yang dibuat ketika Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa ia adalah sebab Najib dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pagi tadi.

"Kes itu telah dibuka semula," kata seorang pegawai tinggi SPRM yang enggan dinamakan.

Sumber memberitahu pegawai sedang menyiasat kes tersebut yang antaranya membabitkan dakwaan habuan diberikan bagi pembelian kapal selam Perancis itu pada 2012.

Beberapa individu lain juga mungkin akan dipanggil untuk membantu siasatan, katanya lagi.

Menurut seorang sumber, ia termasuklah bekas penasihat Najib, Razak Baginda.

[Berita penuh menyusul]

Sunday, June 24, 2018

Kendali kes Scorpene di Malaysia, kata Suaram

Khairil Ashraf | June 24, 2018
Ini kerana skandal yang dikaitkan dengan pembelian kapal selam Scorpene melibatkan syarikat tempatan dan kerajaan Malaysia.


PETALING JAYA: Badan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini menyarankan kerajaan membuka semula kes pembelian kapal selam Scorpene agar ia dijalankan di Malaysia.

Ini kerana skandal yang dikaitkan dengan pembelian kapal selam itu melibatkan syarikat tempatan dan kerajaan Malaysia, kata Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy,

“Fokus kes kita adalah penyelewengan dalam pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan syarikat Malaysia dengan syarikat di Perancis. Pada masa itu bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak juga merupakan menteri pertahanan juga.

“Kalau boleh sama ada Suaram failkan atau kerajaan kepada kerajaan atau kita bincangkan dengan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu nanti,” katanya.

Pada 19 Julai lalu, AFP melaporkan penyiasat Perancis mendakwa 2 pegawai syarikat yang terlibat dalam penjualan 2 kapal selam Scorpene bernilai AS$1.1 bilion kepada Malaysia pada 2002. Mereka ialah Philippe Japiot, bekas pengerusi syarkat DCNI, dan Jean-Paul Perrier, bekas ketua pegawai eksekutif syarikat pertahanan gergasi Thales, yang disoal siasat Mei lalu atas tuduhan rasuah dan komisen.

Pada 22 Jun lalu, dilaporkan pihak berkuasa Perancis menerusi badan kehakimannya menjalankan usaha susulan membabitkan siasatan berhubung pembelian kapal selam Scorpene bernilai 1 bilion euro. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata perkara itu didedahkan sendiri oleh Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche dalam satu pertemuan di Putrajaya.

Suaram berkata pihaknya mencadangkan kerajaan membenarkan peguam Perancis yang mengendalikan kes Scorpene, William Bourdon, dibenarkan masuk ke negara ini supaya dia boleh memberi taklimat perkembangan terbaru kes tersebut kepada kerajaan.

“Peguam ini sebelum ini telah dilarang datang ke Malaysia apabila dia mahu membuat penerangan kes Scorpene ini,” katanya.

Sevan berkata cadangan-cadangan ini akan dikemukakan kepada Mohamad Sabu pada pertemuan yang dijadualkan Khamis depan.

Monday, May 28, 2018

Kes Scorpene: Mat Sabu setuju jumpa peguam Perancis

Susan Loone 


Menteri Pertahanan Mohamad Sabu bersetuju untuk bertemu dengan peguam Perancis yang mewakili NGO hak asasi manusia, Suaram untuk memfailkan saman di negara itu mengenai penglibatan Malaysia dalam urus niaga pembelian dua kapal selam Scorpene pada 2001.

Mengulas soalan wartawan Malaysiakini jika beliau bersedia diberi taklimat oleh peguam William Bourdon dan Apoline Cagnat berhubung kes yang sedang didengar di mahkamah di Paris, Mohamad menjawab, "(sedia) pada bila-bila masa."

"Mereka perlu menulis kepada saya secara rasmi mengenai perkara itu supaya kami boleh menentukan tarikh kunjungan mereka ke Malaysia," Mohamad memberitahu Malaysiakini, ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran menteri itu di kampung halamannya di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor, Pulau Pinang semalam.

Ditanya jika larangan perjalanan jabatan imigresen terhadap Bourdon yang dikenakan pada 2011 akan ditarik balik bagi membolehkan peguam berkenaan masuk ke Malaysia tanpa sekatan bagi menjalankan tugas mereka, Mohamad memberikan jawapan yang positif.

"Ya, boleh jadi, seperti orang lain yang pernah dikenakan sekatan perjalanan yang kini dibenarkan masuk ke negara ini seperti editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown," katanya.

Mohamad berkata usaha kini sedang giat dijalankan untuk membentuk pasukan atau jawatankuasa bagi mengkaji pelbagai kontrak yang ditandatangani dengan Kementerian Pertahanan, termasuk perjanjian membeli kapal selam Scorpene, yang menjadi kes mahkamah di Paris.

Kes itu, yang difailkan Suaram pada tahun 2011, melibatkan dakwaan pembayaran sogokan berjumlah berjuta-juta ringgit kepada pegawai Malaysia.

"Saya telah berbincang hal itu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kami sedang merancang membentuk jawatankuasa untuk mengkaji kontrak-kontrak ini," kata Mohamad.

"Kami akan mengendalikan perkara berkenaan secara profesional dan seperti yang saya katakan sebelum ini, tindakan kami akan berdasarkan kepada fakta dan bukan khabar angin," katanya.

[Baca berita penuh]

Saturday, May 26, 2018

Belum teliti dokumen kapal selam - Mat Sabu

MyMetro
Mutakhir
Siti Sofia Md Nasir
siti.sofia@bh.com.my

MOHAMAD Sabu beramah mesra dengan warga TUDM. FOTO Danial Saad

KEMENTERIAN Pertahanan masih belum meneliti dokumen berkaitan urusan pembelian kapal selam buatan Perancis, Scorpene, yang dibeli kerajaan pada 2002.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, ketika ini beliau dalam proses mendengar taklimat dan penerangan berhubung tugas serta perjalanan Kementerian Pertahanan.

“Saya belum lagi semak kes itu. Hari ini hari kelima saya dilantik sebagai Menteri Pertahanan, saya perlu dengar taklimat daripada pegawai dahulu.

“Saya ambil pendekatan untuk suai kenal dahulu. Selepas ini baru pergi ke perkara yang selama ini diperkatakan dalam media,” katanya pada sidang media di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth di sini, hari ini.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Sementara itu, Mohamad mengakui Kementerian Pertahanan amat memerlukan beberapa peralatan ketenteraan baharu yang lebih canggih.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan mengusulkan cadangan pembelian beberapa peralatan ketenteraan baharu dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

“Kita memerlukan pembaharuan. Saya akan bawa perkara ini ke Kabinet dan saya harap Perdana Menteri dapat dengar perkara ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Mei 2018 @ 9:03 PM

Monday, May 14, 2018

'Selain 1MDB, siasat juga Scorpene dan Razak Baginda'

Hafiz Yatim
Diterbitkan 14 Mei 2018


Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata di saat kerajaan baru memberi tumpuan kepada kes 1MDB, ia juga perlu menyiasat kes kapal selam Scorpene dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda.

Beliau berkata, kes itu juga melibatkan dakwaan penyelewengan wang kerajaan yang masih belum ditebus kembali.

"Saya memikirkan rasuah besar yang diperolehi dalam urus niaga Scorpene. Wang itu diperolehi melalui tindakan jenayah dan oleh itu perlu didapatkan kembali.

"Sama seperti Jho Low yang dikaitkan dengan 1MDB, Abdul Razak Baginda juga mempunyai hubungan yang sama dalam urus niaga Scorpene," katanya kepada Malaysiakini dan FMT.

Justeru, katanya lagi, Abdul Razak Baginda perlu disoal siasat berhubung keadaan dan di mana dana itu pada masa ini.

[Berita lanjut menyusul]

Thursday, March 31, 2016

Kerajaan lanjutkan kontrak RM272 juta selenggara scorpene

by ANA GHOIB2016-03-31

Kerajaan melanjutkan kontrak penyelenggaraan bernilai kira-kira RM272 juta untuk dua kapal selam Scorpene, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurutnya, pembaharuan kontrak bagi kedua-dua kapal selam itu masing-masing berjumlah RM110.95 juta dan RM161.22 juta.

“Kontrak yang tamat pada 30 November 2015 kini dilanjutkan hingga Mei 2017,” kata Hishammuddin dalam jawapan parlimen semalam.

Menurutnya, jumlah kos penyelenggaraan selama enam tahun itu berjumlah RM1.39 bilion, sebelum kontrak berkenaan tamat tahun lalu.


Oleh itu, kos terkumpul untuk kedua-dua KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak mencapai RM1.7 bilion.

Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd dilantik untuk menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan untuk kedua-dua kapal selam Scorpene milik negara.

Pengerusi Boustead ialah Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin yang juga adalah pengerusi 1MDB, yang di bawah kawalan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah perdana menteri.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-