Showing posts with label kerajaan baharu. Show all posts
Showing posts with label kerajaan baharu. Show all posts

Saturday, July 31, 2021

Gandingan mantap ‘Kabinet Anwar’ yang bakal menyelamatkan negara

agendadaily.com
31/7/2021


Impian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu semakin hampir menjadi kenyataan dan pemimpin utama Pakatan Harapan nampaknya semakin geli-geli untuk memegang tampuk pemerintahan sekali lagi.

Ketika ini, Anwar mungkin sudah merencana barisan Kabinet yang mantap ke arah untuk menyelamatkan negara dengan membariskan tokoh-tokoh yang disegani dalam blok pembangkang seperti Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Datuk Seri Shafie Apdal.

Selain itu, nama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku anak murid Anwar yang setia dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku pelobi utama dalam menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pasti akan menjadi pertimbangan Presiden PKR tersebut.

Agenda Daily memberi gambaran awal ‘Kabinet Anwar’ yang akan dibentuk melibatkan pemimpin utama blok pembangkang termasuk Zahid dan Najib, gandingan mantap yang disebut-sebut bakal menyelamatkan negara dalam krisis pandemik ketika ini.

Perdana Menteri, portfolio Menteri Kewangan – Anwar

Jawatan nombor satu yang selama ini menjadi idaman Anwar, ia mustahil akan diberikan kepada individu lain yang lebih layak selain Anwar dan dikatakan bakal mengekalkan portfolio lamanya semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri Kewangan.

Portfolio tersebut paling penting memandangkan Menteri Kewangan akan menguruskan segala urusan berkaitan keluar dan masuk wang kerajaan, ketika era pentadbiran Barisan Nasional (BN) umum mengetahui bagaimana Najib mengekalkan kuasanya semasa memegang portfolio tersebut.

Anwar pasti memilih untuk memegang portfolio tersebut bagi memastikan pengaruh dan kuasa berada dibawah telunjuknya.

Timbalan Perdana Menteri 1, portfolio Menteri Undang-Undang dan Parlimen – Zahid

Bagi membalas jasa dan tanda penghargaan kepada Zahid yang setia serta dilihat pencatur utama dalam menjatuhkan kerajaan PN, jawatan kedua tertinggi ini perlu diberikan kepada anak muridnya.

Walaupun umum mengetahui pelbagai skandal serta kontroversi salah guna kuasa terpalit dengan Presiden UMNO tersebut, tiada pilihan lain selain Anwar perlu melantik anak muridnya itu sebagai Menteri Undang-Undang dan Parlimen.

Portofolio yang dijangka diberikan kepada Zahid pastinya berkaitan Undang-Undang dan Parlimen memandangkan ia dapat membantunya dalam mengendalikan kes-kes mahkamah yang sedang dihadapinya disamping dapat mengelak berdepan hukuman penjara sekiranya didapati bersalah.

Sebagai Menteri Undang-Undang dan Parlimen, Zahid akan dapat mengawal badan perundangan negara dan boleh menjadi ‘gate keeper’ atau penjaga kepada kerajaan Anwar sekiranya diserang atau dipersoalkan keabsahannya.

Timbalan Perdana Menteri 2, portfolio Menteri Ekonomi – Guan Eng

Anwar perlu memberikan jawatan kedua tertinggi kerajaan kepada Setiausaha Agung DAP tersebut ia memandangkan parti tersebut memiliki 42 Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat, komposisi terbanyak dalam kerajaan yang bakal dibentuk oleh Anwar.

Ia perkara wajib dilakukan Anwar sekiranya mahu kekal mendapat sokongan DAP, tawaran jawatan tersebut akan mengekalkan kesetiaan parti tersebut kepada Anwar, malah Guan Eng juga mempunyai pengalaman sebagai Menteri Kewangan sebelum ini semasa era pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang mempunyai pengalaman dalam menarik pelaburan, ia terbukti dengan projek terowong yang berjaya menarik pelabur dari China ke negeri Pulau Pinang.

Cuma, projek tersebut tidak diteruskan dan sebaliknya Guan Eng kini sedang berdepan kes mahkamah berkaitan projek tersebut.

Menteri Senior, portfolio Menteri Pendidikan – Mat Sabu

Walaupun kurang menyerlah semasa menerajui Kementerian Pertahanan sebelum ini, Mat Sabu mungkin akan diangkat Anwar sebagai Menteri Pendidikan sebagai balasan terhadap kesetiaannya untuk kekal bersama dan sanggup meninggalkan Dr Mahathir yang kini tidak lagi memiliki sokongan AMANAH dan DAP.

Anwar yakin dengan kemampuan Mat Sabu untuk membawa era baharu dalam pendidikan negara semasa era pandemik, ia walaupun tidak habis belajar selepas dibuang daripada ITM.

Namun, kejayaannya dalam pentas politik tidak boleh dinafikan dan Mat Sabu pastinya dapat menaikkan motivasi para pelajar untuk mengikut jejaknya, gagal dalam pelajaran tidak semestinya gagal dalam hidup.

Paling tidak pun, kemungkinan ramai pelajar jurusan kulinari yang bertaraf dunia dapat dilahirkan memandangkan kehebatannya dalam bidang masakan. Pasti ramai mengetahui kehebatan kari Mat Sabu.

Cuma pesan Agenda Daily, Mat Sabu perlu mengelak ada skandal dengan pelajar sekolah kerana sebelum ini pernah tersebar klip audio seksi beliau dengan seorang wanita muda.

Menteri Senior, portfolio Menteri Pertahanan – Shafie Apdal

Anwar tidak boleh meminggirkan Presiden Warisan tersebut dalam barisan Kabinetnya jika mahu mendapatkan sokongan Ahli Parlimen dari Sabah dan jawatan Menteri Pertahanan perlu diberikan kepada Shafie.

Bekas Ketua Menteri Sabah tersebut juga memainkan peranan penting dalam menumbangkan kerajaan PN dan bagi memastikan kestabilan kerajaan, Anwar perlu memberi jawatan yang dianggap penting kepada Shafie.

Jawatan Menteri Pertahanan paling sesuai diberikan kepada Shafie memandangkan negara sedang berdepan isu pencerobohan perairan negara di Laut Cina Selatan dan sebagai seorang anak Bajau Laut, pastinya Shafie lebih memahami isu tersebut serta memahami cara untuk mengatasinya.

Dan terakhir, Penasihat Khas Perdana Menteri (PM) – Najib

Dalam memastikan sokongan berterusan dan ampuh terhadap Kabinetnya, peranan Najib tidak boleh dipandang ringan Anwar kerana tanpa sokongan bekas Presiden UMNO itu mustahil langkah menyingkirkan kerajaan PN berjaya direalisasikan.

Situasi kali ini berbeza dengan perjanjian yang pernah dimerterai Anwar dan Najib semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu yang orang tengahnya ketika itu adalah bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.

Mengapa kali ini berbeza, kali ini Najib memerlukan bantuan Anwar untuk menyelamatkan dirinya dan sama seperti Zahid juga, kedua-dua mereka tidak mahu hidup meringkuk dalam penjara.

Jalan terakhir yang Najib dan Zahid ada sekarang ini hanya bekerjasama dengan Anwar, tiada jalan lain lagi. Apa jadi sekali pun, kepentingan peribadi lebih penting sekarang.

Sebagai balasan, Anwar perlu meletak Najib pada kedudukan selamat atas bantuan yang diberikan dan Penasihat Khas adalah tawaran terbaik yang tidak akan ditolak.

Maka, terbentuklah Kabinet Anwar yang baharu. Tahniah………

Tuesday, June 15, 2021

Gempar !!! Pemimpin Pas dedah agenda pembentukan kerajaan baharu

inforakyat.net
15/06/2021 9:15 PM


Rancangan beberapa pemimpin politik mahu membentuk kerajaan baharu atau kerajaan sementara bagi menggantikan Perikatan Nasional (PN) didakwa mempunyai muslihat dan agenda tersembunyi.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pihak berkenaan menggunakan istilah baharu menerusi kerjasama parti-parti politik walaupun sebelum ini mereka bermusuhan antara satu sama lain.

“Jajaran Harapan atau khemah besar atau apapun istilah yang muncul kini adalah usaha untuk mencetus dan membentuk gabungan baharu bagi merealisasikan usaha mereka membentuk kerajaan baharu mengikut acuan mereka.

“Malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih berusaha untuk memastikan beliau terus memimpin negara melalui Majlis Gerakan Negara (Mageran) ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.

“Justeru telitilah sejarah yang telah kita lalui, jangan ulangi kesilapan yang akhirnya membawa rebah oleh mereka yang ada agenda tersembunyi seperti kata pepatah, sungguh kawat yang dibentuk, ikan ditebat yang diadang,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membayangkan bakal terbentuk jajaran baharu politik bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang akan dikenali sebagai Perikatan 3.0 dan bukannya PN ketika Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.

Pendedahan terbuka Zahid itu secara tidak langsung mengukuhkan lagi khabar angin sebelum ini dengan menyifatkan langkah tersebut diambil sesuai dengan dinamik politik yang sedang berlaku mengikut perubahan dan keadaan politik semasa negara.

Poster Jajaran Harapan yang menampilkan Ahmad Zahid bersama-sama pemimpin Pakatan Harapan (PH) iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu tular dalam media sosial.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/144397/BERITA/Politik/Bentuk-kerajaan-baharu-ada-agenda-tersembunyi-Pas-Johor

Friday, February 1, 2019

Kami akur teguran Tun Daim - Maszlee

MyMetro
Mohamed Farid Noh
farid_noh@nstp.com.my

Pix: Adnan Ibrahim

TEGURAN bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin supaya menteri tidak bergaduh sesama sendiri secara terbuka sudah diambil maklum barisan pemimpin negara.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, barisan jemaah menteri juga berlapang dada dan akan mengambil cakna teguran dibuat tokoh negara berkenaan.

"Kami (menteri) mengambil maklum dan cakna teguran diberikan Tun (Daim). Terima kasih kerana sudi memberikan teguran dan tunjuk ajar kepada kami.

"Nasihat Tun sebagai seorang tokoh berpengalaman amat penting dan berguna buat kami (menteri) yang masih baharu dan akan dijadikan pedoman di masa hadapan, " katanya selepas program edaran buah limau di Pasar Jumaat Simpang Renggam, hari ini.

Pada program itu, Maszlee mengagihkan kira-kira 40 kotak limau mandarin kepada pengunjung serta peniaga Pasar Jumaat selain beramah-mesra dengan mereka.

Rabu lalu, Daim dilaporkan menegur sikap sesetengah menteri yang gemar bergaduh sesama sendiri secara terbuka.

Daim dilaporkan berkata, jika perkara itu terus berlaku, ia hanya akan menimbulkan rasa muak rakyat terhadap sikap menteri kerajaan baharu.

Berita berkaitan

• 'Sudah-sudahlah gaduh'

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Februari 2019 @ 11:01 AM

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-