Showing posts with label kuasa politik melayu. Show all posts
Showing posts with label kuasa politik melayu. Show all posts

Thursday, April 9, 2020

Orang-Orang Melayu Jangan Berpecah Lagi

BERITA
By MT Webmaster
On Apr 8, 2020
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR, HARAKAH


ISU PERPECAHAN politik orang-orang Melayu sehingga mengakibatkan kuasa politik Melayu turut terpecah bukanlah perkara baru. Ia bermula sejak Pilihan Raya Persekutuan 1955 lagi apabila PAS dan Umno bertarung untuk memenangi undi Melayu di kalangan majoriti pengundi rakyat Malaya ketika itu. Dalam pilihan raya itu Perikatan yang diwakili Umno, MCA dan MIC memenangi 49 kerusi dan PAS 1.

Sejak itu bermulalah persaingan untuk menguasai sokongan dan undi orang-orang Melayu di antara PAS dan Umno dan ia berlarutan dari satu pilihan raya ke satu pilihan raya selepas Merdeka sehinggalah Pilihan Raya Umum terakhir dalam tahun 2018.

Dan Pilihan Raya Umum 2018 adalah contoh terbaik apabila orang-orang Melayu gagal bersatu, berterusan berpecah sesama sendiri, tatkala itu walaupun mereka mungkin merupakan majoriti pengundi dalam negara, namun mereka boleh digerhanai oleh segmen pengundi yang bukan-Melayu walaupun segmen ini cuma minoriti mengikut bilangan.

Ruginya orang Melayu apabila berpecah, kuasa dan suara politik mereka menjadi lemah, lantas agenda perjuangan mereka tidak mampu diketengahkan atau bakal ditewaskan oleh kepentingan kaum lain yang lebih berdominasi akibat kukuhnya kesatuan politik mereka.

Kerajaan Pakatan Harapan yang muncul dari PRU 2018 adalah satu contoh jelas. DAP yang mewakili masyarakat bukan-Melayu menjadi suara dominan dan kukuh dalam Kerajaan baru apabila lebih 80 peratus pengundi bukan-Melayu ‘solid’ memberikan undi kepada calon-calon mereka.

Malah pengundi bukan-Melayu ketika itu turut mengundi parti-parti yang berpakat dengan DAP, seperti PKR, PAN dan BERSATU mengakibatkan parti-parti ini turut meraih untung dan mampu menang banyak kerusi terutama apabila undi Melayu berpecah kerana PAS dan Umno turut meletakkan calon di kerusi-kerusi yang mereka tandingi.

Kebimbangan berada di bawah Kerajaan yang sedemikian rupa, bukan lagi igauan tetapi menjadi realiti pasca Mei 2018 dan terus menghantui masyarakat Melayu terutama apabila DAP yang buat pertama kali berkuasa mula menajam dan mencengkam kukunya lantaran dominannya mereka dalam Kerajaan.

Negara tercinta mahu ditransformasi menjadi ‘Malaysian Malaysia’ dengan mengenepi dan menghapuskan segala kontrak sosial dan amalan serta budaya yang telah diterima yang sudah pasti menghakis dan mencungkil apa sahaja warisan dan kepentingan umat Melayu.

Apa pun dengan takdir Allah S.W.T Kerajaan yang didukung kuat DAP itu atas mainan politik sesama mereka akhirnya roboh tak sampai separuh penggal kerana Perdana Menteri (PM) mereka meletak jawatan angkara rebutan kuasa dalaman.

Kerajaan PH telah roboh dan atas robohannya didirikan Kerajaan Perikatan Nasional yang menggabungkan PAS, BN dan BERSATU selain GPS serta beberapa parti dari Sabah setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin diangkat oleh Istana sebagai PM yang baru.

Buat pertama kali dalam sejarah parti-parti Melayu terbesar dalam negara bergabung membentuk Kerajaan Persekutuan dengan disokong beberapa parti Bumiputera Borneo dan bukan-Melayu yang lain. Tiada lagi dominasi DAP atau bukan-Melayu apabila Kerajaan baru ini terbentuk dengan lebih 80 peratus wakilnya dari kalangan Ahli-ahli Parlimen Melayu Islam.

Hari ini menyedari komposisi Perikatan Nasional (PN) rakyat khususnya umat Melayu Islam tidak lagi bimbang dan rasa terancam. Menurut penganalisa politik Joceline Tan dalam ruangannya di akhbar Sunday Star (5 April,2020) tidak ada Kerajaan yang stabil kecuali yang mendapat kepercayaan orang-orang Melayu kerana mereka mewakili 60 peratus penduduk negara. Kerajaan PN ini menurut beliau memiliki sokongan 85 peratus orang-orang Melayu.

Walaupun negara malah dunia kini berhadapan dengan ancaman COVID-19, namun segala inisiatif dan langkah Kerajaan di bawah Muhyiddin terus diterima rakyat tanpa banyak pertikaian tidak sebagaimana Kerajaan 22 bulan PH yang lampau. Adalah diyakini kiranya Kerajaan dapat menguruskan dengan baik peperangan menentang ancaman virus ini, tidak mustahil ia akan kekal dalam ingatan rakyat sampai bila-bila.

Kerana itu kiranya PN mampu memperkukuhkan kekuatan parti-parti yang mendukungnya khususnya kalangan BERSATU, PAS dan Umno sehingga PRU ke-15, membereskan segala urusan dengan saksama dan menyelesaikan isu pembahagian kerusi dengan baik, tidak mustahil ia akan menang besar melenyapkan langsung harapan PH untuk membikin ‘comeback’.

Semasa Muafakat Nasional dilancarkan pada bulan September 2019 lalu, Umno dan PAS yang masing-masing memenangi 54 dan 18 kerusi dalam PRU14 lalu, iaitu jumlahnya 72 kerusi Parlimen yakin kiranya mereka mengelakkan pertandingan sesama sendiri dan meletakkan satu calon di kerusi-kerusi majoriti Melayu, gabungan kekuatan dua parti Melayu terbesar ini akan mampu memenangi 126 kerusi Parlimen dan boleh membentuk Kerajaan tidak termasuk kerusi yang boleh disumbangkan rakan-rakan parti bukan-Melayu yang lain. Formula ini terbukti dalam 5 Pilihan Raya Kecil yang Muafakat Nasional (MN) sertai atas satu gabungan.

Kini dengan pembentukan Kerajaan PN, gabungan kuasa politik MN menjadi bertambah besar terutama dengan kehadiran BERSATU dan bekas PKR yang menyertai BERSATU. Gabungan baru ini jika terus kekal relevan pasti membentuk Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri pasca PRU15 yang lebih mantap dan kukuh.

Ketika itu DAP akan terpaksa berpuas hati dengan saki-baki kerusi majoriti bukan-Melayu setelah hilang sokongan dari kerusi-kerusi campuran, PKR pula tanpa sokongan pengundi Melayu akan jadi cemas malah tidak mustahil kerusi-kerusi Port Dickson dan Permatang Pauh juga boleh hilang. Manakala PAN, parti jelmaan DAP dijangka menjadi mangsa terbesar kerana sebahagian besar kerusi-kerusi Parlimen mereka akan jatuh ke tangan PN dengan mudah.

Tidak syak lagi senario seumpama ini amat dialu-alukan khususnya oleh para pengundi Melayu, iaitu negara tercinta kembali stabil dan ditadbir pula oleh segmen yang mewakili majoriti dalam masyarakat.

Segala status quo dan kontrak sosial yang telah dipersetujui akan terus terjamin dan dihormati manakala hak serta kepentingan Islam dan umat Melayu serta Bumiputera akan kekal terbela.

Begitu juga diyakini masyarakat bukan-Melayu setelah melihat kemampuan dan kestabilan Kerajaan PN di bawah Muhyiddin akan mula meninggalkan PH, kerana mereka juga mahu kestabilan dan kemakmuran yang ternyata sukar dicapai apabila PH berkuasa.

Gabungan pimpinan Melayu Islam bukanlah satu kuasa politik yang harus dibimbangi sebagaimana saraf dan propaganda PH, sebaliknya masyarakat bukan-Melayu telah pernah hidup sejahtera dan selamat di bawah Kerajaan seumpama ini termasuklah di Kelantan dan Terengganu di bawah PAS.

Tiada masyarakat bukan-Melayu yang dianaktiri, didiskriminasi atau tercicir dari arus perdana malahan mereka dapat mengamalkan agama dan budaya mereka dengan selamat dan berniaga serta meraih keuntungan tanpa banyak sekatan atau halangan.

Lantaran itu umat Melayu Islam perlu bersatu berdiri teguh di belakang PN manakala pimpinan PN pula terus mempamerkan kepimpinan yang mantap sekali gus menjadikan mereka satu-satunya pilihan tunggal buat rakyat Malaysia pada PRU15 nanti. 

Wednesday, May 11, 2016

'DAP perkuda anak Melayu untuk agenda cauvinis, rasis'

DAP sering-kali didakwa didorong oleh agenda cauvinis Cina yang menurut Umno adalah bertujuan untuk melemahkan kuasa politik Melayu.

Pemimpin parti pembangkang itu juga berulang kali menafikan dakwaan berkenaan sementara berusaha memikat lebih ramai orang Melayu untuk menyertai parti itu bagi menghapuskan persepsi negatif.

Namun keceluparan penceramah lantang DAP Hew Kuan Yew yang dikenali sebagai ‘superman’ di kalangan penyokong pada ucapannya semasa kempen pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu, memberi penentang parti itu lebih banyak alasan menuduh mereka sebagai rasis.

Seorang pemimpin bahagian Umno menuduh DAP memperkudakan anak Melayu dan meletakkan mereka sebagai calon pilihan raya dengan objektif tersirat bagi melanjutkan agenda cauvinis dan rasis mereka.

Merujuk ucapan Hew, Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Rafique berkata adalah jelas objektif DAP mahu menghancurkan kekuatan politik bangsa Melayu di negara ini.

“Selama ini DAP berulang kali mendakwa bahawa parti mereka itu parti berbilang kaum. Mereka mula merekrut anak-anak muda Melayu kononnya untuk memperlihatkan bahawa DAP bukan parti untuk satu kaum sahaja, tetapi untuk semua kaum.

“Namun apabila kita mendengar ceramah Hew dalam kempennya di Sarawak baru-baru ini, maka ternyatalah DAP sebenarnya mempergunakan anak-anak Melayu itu untuk mencengkam bangsa Melayu itu sendiri," katanya yang dipetik portal Umno Online.

“Ceramah yang diberikan oleh Hew itu memperlihatkan ideologi rasis dan cauvinis sememangnya menjadi pegangan kepimpinan DAP dari peringkat atas dan berakar umbi sehingga ke peringkat bawahan, biarpun DAP cuba menafikannya,” katanya.

Menurut Zainal, kata-kata Hew membuktikan bahawa selama ini kepimpinan DAP telah berbohong kepada rakyat, dengan mendakwa bahawa parti itu membela nasib semua kaum.

“Pada pandangan saya, bukan hanya segelintir orang Melayu sahaja yang tertipu dengan pembohongan mereka itu bahkan kaum Cina dan India juga turut tertipu dengan retorik politik DAP yang cuba menyembunyi politik kebencian yang menjadi agenda sulit mereka itu,” katanya.
Kenyataan Hew juga menarik bidasan daripada Pemuda MIC yang menegaskan bahawa ini bukan kali pertama pemimpin DAP itu mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

"Dia melontarkan kenyataan berbaur perkauman, seksis dan kesat manakala DAP seolah-olah menggalakkan dan merestui kenyataan seperti itu.

"DAP seharusnya mengutuk kenyataan itu jika mahu menjadi sebuah parti politik pelbagai kaum di negara ini. Hew memainkan isu kaum. Menjelang pilihan raya negeri Sarawak, dia sekali lagi melakukannya dengan cara yang lebih keji, "kata C Sivaraajh dalam satu kenyataan media.

[Baca berita penuh]

Friday, October 2, 2009

BN pasti menang di DUN Bagan Pinang


Bagan Pinang adalah kubu kuat BN/UMNO. Penduduk kaum melayu/Islam tetap berpegang kuat untuk mempertahankan kuasa politik melayu/Islam.

PAS dan PKR memang tidak boleh di pertaruhkan untuk menjadi teras memerintah negara kerana kekuatan nya cuma bergantung kepada sokongan DAP sahaja.

Pemimpin2 melayu/Islam yang ada dalam Pakatan Rakyat cuma ada lebih kurang 30% atau kurang. Cuba perhatikan semasa negeri Perak di perintah oleh PR. Dalam EXCO nya cuma ada 3 orang melayu/Islam berbanding dengan 7 bukan melayu dari DAP dan PKR. Keadaan di P Pinang lagi teruk dan menyedaihkan, PAS terus dipinggirkan oleh DAP. Ini lah yang dinamakan Melayu/Islam sudah hilang kuasa politik nya.

Jika perkara sedemikian berlaku pada pentadbiran negara, maka kaum melayu/Islam akan menerima nasib seperti melayu di Singapura.

Tuesday, September 1, 2009

Gajah sama Gajah Bertarung, Pelanduk Mati Terpijak. ~~~~~~~~~~~~~~~

Kaum melayu harus segera sedar sebelum terlambat. Agenda kaum kafir untuk memecah belahkan perpaduan kaum melayu/Islam sudah hampir atau pun boleh dikatakan sudah berjaya.

Perpecahan ini di maksudkan kepada 'kuasa politik'. Kuasa politik kaum melayu/Islam sudah berpecah. Sedangkan kuasa politik sangat penting untuk menentukan siapa yang berhak untuk memerintah negara.

Jika kuasa politik melayu/Islam lemah dan hancur maka melayu/Islam akan hilang kuasa dalam memerintah negara. Ini telah terbukti di Singapura, di mana kaum melayu/Islam sudah kehilangan kuasa politik dan seterusnya kuasa memerintah secara total.

Hari ini, kelemahan kuasa politik melayu/Islam sedang berada ditahap sangat lemah. Dengan jelas kita sudah dapat rasakan kaum bukan melayu sedang mula menekan kita.

Kaum melayu/Islam yang tidak sedar atau senghaja tidak mahu sedar inilah pengkhianat agama, bangsa dan negara yang sebenar nya.
Gulungan manusia jenis ini terdiri dari pemimpin2 parti pembangkang melayu/Islam sahaja.

Mereka sanggup berbuat demikian kerana ingin menunaikan perasaan dendam dan hasrat dengkinya terhadap kerajaan yang telah berjaya memerintah negara dengan aman dan makmur.

Selamatkan dan perkukuhkan kuasa politik melayu/Islam demi ke agungan agama dan bangsa melayu kita.

Tuesday, August 4, 2009

PAS sudah lupa perjuangan asalnya - kini cerita negara Islam bersama hukum Hudud nya sudah ditenglamkan oleh DAP

"Over my dead body"
Kini PAS sudah lupa diri kerana sudah berjaya memerintah 3-1=2 buah negeri di Malaysia. Pemimpin2 tinggi PAS sudah berangan2 menjawat jawatan PM, TPM dan Menteri2 kabinet Malaysia.

Harapan mereka ini sangat tinggi kerana telah mendapat sokongan dari DAP dan PKR. PAS sangat yakin jika PR dapat berkuasa, PAS akan menerajui pemerintahan 'Negara Islam Malaysia'.

PAS sudah lupa bahawa DAP/PKR yang menyokong PAS itu sangat anti 'Negara Islam'.

Apa yang terjadi di negeri Perak sudah banyak memberi pengajaran dan pembelajaran kepada kaum melayu/Islam.

Ingatan kepada penyokong PAS - 'menang sorak kampung tergadai'

Kuasa Politik Melayu/Islam harus di pertahankan walau nyawa tergadai!

Friday, July 17, 2009

Kuasa PAS dalam Pakatan Rakyat - sokongan 14.05% dan 23 kerusi parliment

PAS - sokongan ciput

Selepas PRU12 PAS sudah jadi sebuah parti yang sangat agung dan popular di Malaysia. Ini berlaku kerana kemenangan besar PAS, iaitu mendapat sokongan sebanyak 14.05% undi dan memenangai sebanyak 23 kerusi parliment. Kejayaan besar ini se mata2 hasil dari sokongan DAP dan PKR.

Sebaliknya, PAS pula kena sokong DAP dan PKR pula, hasilnya DAP mendapat 13.72% undi dan 28 kerusi parliment. PKR mendapat 18.45% undi dan 31 kerusi parliment. Dalam perkara ini siapa yang lebih mendapat untung? PAS, PKR atau DAP?

PAS berjaya dapat memerintah Kedah, DAP dapat P Pinang dan PKR memerintah Selangor. Inilah yang dinamakan Pakatan Rakyat.

Kelantan terkecuali dari kuasa Pakatan Rakyat. Kedah perlu patuh kehendak DAP dan PKR, P Pinang seperti Kelantan juga berkecewali dari Pakatan Rakyat - PAS diketepikan.

Pada kesimpulan nya 'kuasa politik melayu' di 3 buah negeri iaitu Kedah, P Pinang dan Selangor sudah berpecah dan terpaksa tunduk dan akur kepada DAP. Perak bernasib baik kerana terlepas dari bencana ini.

Jika perkara ini terus berlaku sehingga PRU13, maka 'kuasa politik melayu' akan terus hancur.


Thursday, July 16, 2009

DAP, PAS dan PKR pecahkan kuasa politik melayu...........................anda bersetuju?

DAP,PKR dan PAS pecahkan kuasa politik melayu

Kuasa politik menentukan siapa yang berhak memerintah dan berkuasa dalam sesebuah negara demokrasi. Kuasa politik juga akan menentukan kaum yang mana lebih berhak memerintah sesebuah negara.

Sebagai contoh, satu masa dulu di Singapura, melayu ada suara dalam pemerintahan negara itu. Tetapi malang nya pada hari ini suara melayu sudah ditenggelam kan dan melayu sudah tidak bersuara lagi. Inilah bencana dan bahana yang di timpa oleh melayu Singapura bila sudah kehilangan kuasa politiknya.

Kebijaksanaan Lee Kuan Yew memerintah telah dengan mudah kuasa politik melayu dapat dihapuskan nya. Sekarang kita kena berfikir bijak sebelum terjerat. Kita kena ingat siapa Lim Kit Siang, apa hubungan nya dengan Lee kuan Yew, dan apa kaitan DAP dengan PAP?

Mengapa DAP yang anti-islam sanggup membantu dan menyokong PAS, adakah mereka benar2 ikhlas?
Mengapa LKY tetiba datang memberi ucap tahniah kepada DAP, PAS dan PKR?

Persoalan ini perlu dikaji dan dijawab secara ilmiah bukan nya emosi.

Pada pendapat Wak, DAP dan PAP ada niat buruk untuk menghapuskan kuasa politik melayu di Malaysia pula.

Orang melayu harus sedar dan ingat jangan jadi melayu Singapura, mula2 berkongsi kuasa politik dan akhirnya terus kehilangan kuasa politik.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-