Showing posts with label mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label mahasiswa. Show all posts

Tuesday, December 11, 2018

Gamis dakwa pindaan AUKU 2018 masih sekat kebebasan mahasiswa

MALAYSIADATELINE
December 11, 2018 8:47 am

Muhammad Faizzuddin Mohd Zai

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) berpendapat pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 2018) yang diluluskan oleh Parlimen semalam, hanya menguntungkan parti politik dan tidak memberikan manfaat kepada gerakan mahasiswa.

Presidennya Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, pindaan pada pada Seksyen 15(2)(C) akan memberi ruang kepada pemimpin politik dalam negara untuk lebih mendekati mahasiswa secara langsung selepas daripada ini sedangkan mahasiswa di dalam kampus mempunyai perjuangan dan ideologi mereka yang tersendiri.

“AUKU 2018 adalah masih sama seperti dahulu iaitu masih menyekat mahasiswa daripada mengurus organisasi mahasiswa secara autonomi seperti yang termaktub dalam seksyen 15A(1), keadilan mahkamah universiti yang masih di bawah kuasa individu lantikan politik (Naib Canselor) atau pemain politik negara seperti yang termaktub dalam seksyen 16(1) dan kekebalan Naib Canselor serta ahli lembaga daripada undang-undang seperti yang termaktub dalan seksyen 24C.

“Kami juga menentang sekeras-kerasnya peruntukan rimba yang mengikat Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di universti oleh pihak lembaga universiti seperti yang termaktub di dalam seksyen 48(1A) dalam AUKU. Apa yang menjadi tuntutan kepada gerakan mahasiswa ialah kebebasan untuk berorganisasi dan bukannya kebebasan untuk berpolitik secara kepartian kerana majoriti anak muda atau mahasiswa hari ini menolak politik kepartian,” ujarnya dalam kenyataan.

Beliau mengulas keputusan dewan rakyat semalam meluluskan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang akan membolehkan mahasiswa terlibat aktiviti parti politik di dalam kampus.

Keputusan itu dicapai selepas ahli-ahli Dewan bersetuju terhadap Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2018 bagi memansuhkan peruntukan Seksyen 15(2)(c) AUKU 1971 berhubung larangan ke atas pelajar universiti terlibat dalam parti politik di kampus.

Maszlee turut dilaporkan berkata,Pindaan itu bagaimanapun hanya menyentuh kepada bahagian yang menghalang mahasiswa berpolitik, bukannya memansuhkan keseluruhan AUKU.

Menurut Muhammad Faizzuddin lagi, dengan kuasa politik yang ada sepatutnya Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memansuhkan segala seksyen yang menekan mahasiswa daripada bebas berorganisasi dan memberikan kepada mahasiswa kuasa untuk mengurus masyarakat kampus secara autonomi.

“Alasan tidak cukup masa adalah alasan politik semata-mata. Tempoh masa kerajaan selama 6 bulan memerintah negara sepatutnya lebih daripada cukup untuk mengkaji dan meminda undang-undang AUKU yang menyekat kebebasan mahasiswa.

“Kami menyeru kepada kerajaan agar menilai kembali pindaan yang sangat tidak bertanggungjawab dan hanya memberi kelebihan kepada parti politik sahaja ini dan meminda seksyen-skesyen lain yang selama ini membelenggu dan menafikan hak gerakan mahasiswa,” ujarnya.

Selain pindaan AUKU 2018 semalam Dewan Rakyat juga dijangka meluluskan pindaan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 bagi melengkapkan usaha memansuhkan halangan mahasiswa terlibat aktiviti politik dalam kampus.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/gamis-dakwa-pindaan-auku-2018-masih-sekat-kebebasan-mahasiswa/

Monday, December 4, 2017

Najib: Sejak saya PM, kerajaan lebih terbuka kepada orang muda

Bernama
December 4, 2017

Kerajaan mahu menyediakan pemimpin pelapis negara pada masa datang, kata Najib di UiTM.
SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata sejak memegang tampuk kepimpinan negara, beliau mengamalkan dasar keterbukaan untuk generasi muda khususnya golongan mahasiswa bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pembangunan negara.

Beliau berkata sebagai bukti, kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti bagi membolehkan generasi muda bebas berfikir dan menyuarakan pendapat masing-masing walaupun agak kritikal.

“Dengan dasar rancangan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan pimpinan Umno, generasi muda khususnya mahasiswa diberi peluang seluasnya untuk berdialog.

“Mereka boleh tanya soalan tanpa sekatan sehingga ada menteri-menteri berpeluh nak jawab,” kata Najib yang juga Presiden Umno ketika berucap merasmikan Persidangan Kepemimpinan Mahasiswa Nasional Ke-5 (Pemanas 5.0) 2017 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini malam tadi.

Turut hadir Menteri Pertahanan yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Noh Omar, Pengerusi Biro Pendidikan Umno Tan Sri Ibrahim Abu Shah serta Pengarah Pemanas, Mohd Shahar Abdullah.

Pemanas 5.0, yang bertemakan “Mahasiswa Arkitek Malaysia Alaf Baru”, dianjurkan Biro Pendidikan Umno.

Seramai 350 orang menyertai persidangan itu yang bermula pada 29 Nov lepas sebagai Pra Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2017.

Najib berkata kerajaan mengamalkan dasar keterbukaan untuk golongan muda itu kerana mahu menyediakan pemimpin pelapis negara pada masa datang.

“Kami memahami bahawa generasi hari ini adalah kesinambungan dan kerajaan yang ada pada hari ini menyediakan landasan untuk anda bawa negara kita ke mercu kejayaan.

“Kita sediakan platform ini… kita sediakan Parlimen Belia untuk belia berbahas, kita sediakan program latihan amali dengan kerajaaan. Satu daripada tanggungjawab pemimpin mestilah sediakan barisan kepimpinan akan datang,” kata beliau.

Najib berharap generasi muda khususnya mahasiswa akan bersama-sama dengan kerajaan dan tidak mengikut jejak bekas pemimpin tertentu dan pembangkang yang ingin meruntuhkan apa yang dibina Umno serta Barisan Nasional (BN) selama ini.

Beliau berkata sebagai parti yang memerintah, Umno dan BN boleh terus membawa negara menuju ke mercu kecemerlangan.

Sunday, August 28, 2016

#TangkapMO1: Ambil tindakan mahasiswa terlibat

WARTAWAN SINAR HARIAN
28 OGOS 2016
SHAH ALAM – Pihak universiti dan penaja perlu memandang serius serta mengambil tindakan sewajarnya ke atas mahasiswa yang terlibat dalam Himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 (#TangkapMO1) berlangsung di ibu kota, semalam.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata, mahasiswa perlu memanfaatkan peluang belajar di universiti awam memandangkan kerajaan telah membelanjakan purata sebanyak RM18,000 setahun untuk setiap pelajar.

“Tidak salah bagi mahasiswa mengambil tahu tentang isu politik negara tetapi mereka perlu elakkan diri dari dipergunakan oleh sesetengah pihak yang bijak mengambil kesempatan dengan memanipulasi penglibatan para pelajar dalam isu-isu tertentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bawa mesej ubah urus tadbir negara]

Himpunan #TangkapMO1 yang berlangsung semalam dianjurkan bagi membawa mesej bahawa anak muda mahukan perubahan dalam urus tadbir negara.

Dalam pada itu, Jamawi memaklumkan bahawa mahasiswa perlu memberikan penumpuan kepada pelajaran dan menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar bagi menamatkan pengajian masing-masing dengan jayanya dan bukannya memberontak serta menyertai aktiviti-aktiviti melanggar etika.

“Saya berasa sedih dan kasihan dengan tindakan sekumpulan mahasiswa dan belia yang menggelar diri sebagai ‘Gabungan #TangkapMO1’.

“Daripada ucapan-ucapan yang diberikan jelas menunjukkan mahasiswa terlibat hanya berpandukan kepada laporan sebelah pihak sahaja dan saya lihat ia mempunyai agenda tertentu,”katanya.

Tambah beliau, sebelum ini, pimpinan negara dan juga pihak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah pun membuat menjawab dan membuat pencerahan mengenai isu berkenaan.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-