Showing posts with label haram. Show all posts
Showing posts with label haram. Show all posts

Monday, January 27, 2025

Arak jelas haram dalam Islam, semua pihak wajib faham - Mufti

sinarharian.com
NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
27 Januari 2025 09:00am
Mohamad Sabri. Laporan Sinar Harian berhubung PBT disaran kekalkan status quo jualan arak

KUALA TERENGGANU - Kerajaan tidak sepatutnya mengeluarkan saranan supaya mengekalkan dasar sedia ada atau status quo berhubung isu penjualan minuman keras di mana-mana premis perniagaan, termasuk di kawasan majoriti beragama Islam.

Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron berkata, ia bagi menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini.

Menurut beliau, umum mengetahui Islam adalah agama rasmi di Malaysia dan sepatutnya isu pengharaman arak yang jelas dinyatakan di dalam al-Quran difahami semua pihak.

“Memang sepatutnya arak diharamkan. Jadi, kenapa kita nak benarkan penjualan arak itu di kawasan yang ramai penduduk beragama Islam.

“Menteri perlu mempunyai satu garis panduan berhubung penjualan arak di tempat majoriti orang Islam serta kena jaga sensitiviti umat Islam," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya mengekalkan dasar sedia ada atau status quo berhubung isu penjualan minuman keras di mana-mana premis perniagaan.

Sementara itu, Mohamad Sabri berkata, isu penjualan arak perlu dihormati semua pihak kerana dikhuatiri mencetuskan ketegangan serta menjejaskan keharmonian antara kaum berlainan.

“Maslahat umat Islam itu perlu diutamakan sebab agama rasmi di negara ini adalah agama Islam. Oleh itu, sepatutnya ia difahami semua pihak terutama bukan Islam, kena jaga sensitiviti.

“Kita di bawah negara Islam dan perlu jaga perkara ini bahawa arak jelas dilarang. Semua pihak kena faham,” jelas beliau.

Wednesday, December 30, 2020

Dituduh guna lambang halal palsu, syarikat pembekal daging, pengarah mengaku tak bersalah

FMT Reporters
-December 30, 2020 3:20 PM

(Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Sebuah syarikat pembekal daging dan dua pengarahnya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menggunakan lambang halal yang tidak diperakui pihak berkuasa pada lori milik mereka, awal bulan ini.

Raihanah Cold Storage Sdn Bhd, yang diwakili pasangan suami isteri, Rahman Sheikh Abdullah, 44, dan Raihanah Kasim, 42, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan pemilik serta pengarah syarikat Raihanah Enterprise, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Mengikut tuduhan pertama, syarikat Raihanah Cold Storage didakwa menggunakan lambang halal yang tidak diperakui sedemikian oleh pihak berkuasa berwibawa, pada sebuah lori jenama Isuzu.

Bagi tuduhan kedua pula, Rahman dan Raihanah, dituduh selaku pemilik syarikat Raihanah Enterprise melakukan kesalahan sama, membabitkan lori jenama Mitsubishi.

Kesalahan didakwa dilakukan Syarikat di premis perniagaan Raihanah Cold Storage Sdn Bhd, di Taman Perniagaan Setia kira-kira 1 tengah hari, 1 Dis lepas.

Raihanah Cold Storage didakwa mengikut Perenggan 8 (a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan menghadapi hukuman maksimum denda RM200,000 bagi kesalahan dilakukan kali pertama, manakala untuk kesalahan kali kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda sehingga RM500,000.

Rahman dan Raihanah selaku pengarah syarikat, pula didakwa mengikut Perenggan 8 (a) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) dan berdepan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan kali pertama. Jika kesalahan berulang pula denda dihadapi adalah sehingga RM250,000 atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya T Ashvinii, yang memohon mahkamah mengenakan tertuduh masing-masing diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin kes lambang halal mendapat liputan meluas media dan turut dibincangkan di Parlimen.

Peguam Lau Kok Guan dan Noor Liana Hashim yang mewakili pasangan itu, bagaimanapun, merayu jaminan dikurangkan dengan alasan syarikat itu masih beroperasi.

Menurutnya, syarikat itu memiliki 20 pekerja selain pasangan suami isteri terbabit menanggung empat anak berumur antara 10 dan 20 tahun.

Mahkamah kemudian membenarkan pasangan itu diikat jamin masing-masing RM40,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Jan depan untuk sebutan semula kes tersebut.

Wednesday, December 25, 2019

Rangkuman kes Zahid: Rekod kad kredit, cukai jalan dan siapa Mazlina?

Diterbitkan Hari ini 11:19 tengahari 

BERITA

Pada 12 Disember lalu merupakan hari terakhir perbicaraan kes Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, bagi tahun 2019.

Ahmad Zahid berhadapan dengan 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah (CBT) melibatkan dana Yayasan Akalbudi, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

Sepanjang 12 hari perbicaraan (sejak 18 November), 26 saksi hadir memberikan keterangan di mahkamah, dan perbicaraan banyak berkisar tentang dakwaan pecah amanah terhadap dana Yayasan Akalbudi.

Dalam pertuduhan pecah amanah (CBT), Ahmad Zahid dituduh menyeleweng RM31 juta dana Yayasan Akalbudi- yang mana beliau merupakan pengasas, pemegang amanah, dan penandatangan tunggal.

Melalui jejak aliran tunai yang dibentangkan kepada mahkamah, pihak pendakwaan cuba membuktikan bahawa satu amaun besar milik yayasan digunakan untuk, antara lain, membayar bil kad kredit peribadi, membeli polisi insurans kenderaan-bermotor dan membeli cukai jalan untuk kenderaan milik peribadi.

Laporan mengenai rekod cukai jalan bagi kenderaan Ahmad Zahid merupakan antara perkara yang paling memancing perhatian ramai dalam perbicaraan setakat ini.

Sebanyak 20 kenderaan, yang hampir kesemuanya kereta dan motosikal mewah, dan hampir semuanya didaftarkan atas nama beliau, mempunyai cukai jalan berjumlah RM35,726.80.

Sementara nilai polisi insurans kenderaan Ahmad Zahid dan keluarganya mencecah RM72,209.57 untuk 20 kenderaan yang dimiliki mereka. Semua kenderaan ini sama dengan rekod kenderaan yang disenaraikan saksi bagi cukai jalan, kecuali dua kenderaan kerana berlaku pertukaran nombor plat.
Salah seorang saksi yang merupakan ejen insurans memberitahu mahkamah, dia menerima tiga cek bernilai RM107,509.55 untuk pembayaran polisi insurans dan cukai jalan bagi 20 kenderaan.

Laporan rekod kad kredit Ahmad Zahid juga menarik perhatian banyak pihak, apabila saksi mendedahkan perbelanjaan yang dibuat Ahmad Zahid dan keluarganya, termasuk di butik-butik mewah luar negara.

Rekod kad kredit Ambank yang dibentangkan saksi menunjukkan penggunaan kad kredit Ahmad Zahid dan isterinya, Hamidah Khamis mencecah lebih RM1.4 juta dalam tempoh dua tahun dua bulan (antara Disember 2013 hingga Januari 2016), termasuk di luar negara.

Ini termasuklah perbelanjaan di pusat beli-belah, fesyen dan butik mewah seperti Burberry, Louis Vuitton, Swarovski, Harrods, Max Mara, Myer, Zilli Hermes, Stefano Ricci, Marks & Spencer, Escada dan Giorgio Armani; pusat mainan seperti Toys R Us dan DC Super Heroes, pusat barang kemas seperti Poh Kong Jewellers, Habib Jewels dan Swarovski; pusat farmasi, bil hospital, serta perbelanjaan lain.

Pembayaran yang direkodkan terhadap kad kredit itu pula mencecah RM1,296,715.98 (dari Januari 2014 hingga Januari 2016) melalui 37 transaksi cek (dua dipulangkan semula).

Bagi kad kredit Maybank pula, sebanyak RM 45,951.36 perbelanjaan direkodkan- termasuk di Kiev, Ukraine dan Seoul, Korea Selatan- manakala pembayarannya pula ialah sebanyak RM65,251.83, dibuat menerusi sembilan transaksi cek (satu dipulangkan semula).

Menurut salah seorang saksi, Ahmad Zahid juga mengarahkan penebusan semua akaun simpanan tetap milik Yayasan Akalbudi dan mengeluarkan cek bank (banker’s cheque) atas nama Messrs Lewis & Co berjumlah RM17,953,185.21, bagi tujuan “membina bangunan Yayasan Akalbudi”.

Siapa Mejar Mazlina?

Walaupun perbelanjaan kad kredit dan nilai polisi insurans menjadi perhatian rakyat, pasukan pendakwaan- seperti yang dinyatakan dalam pernyataan pembukaan- perlu membuktikan penyelewengan Yayasan Akalbudi oleh Ahmad Zahid berlaku menerusi pembayaran-pembayaran yang dibuat.

Dengan itu, pasukan pembelaan mendakwa, pembayaran untuk kad kredit dan insurans yang dibuat melalui cek Yayasan Akalbudi itu, dibuat tanpa pengetahuan Ahmad Zahid oleh pembantunya ketika itu yang bernama Mejar Mazlina.

Nama Mejar Mazlina boleh dikatakan nama yang paling banyak ditimbulkan oleh pasukan pembelaan, khususnya ketika pemeriksaan balas terhadap keterangan tentang transaksi melibatkan cek.
Menurut peguam bela, pihaknya telah menghantar sejumlah cek ke Jabatan Kimia Malaysia untuk pengesahan, dan hasilnya, daripada semua cek itu, sebanyak 32 cek didapati bukan dihasilkan menggunakan tulisan tangan, sebaliknya menggunakan cap tandatangan.

Ini termasuklah 25 cek kepada Ambank dan enam cek kepada Maybank untuk pembayaran kad kredit. Dakwa peguam bela, cek-cek tersebut dicap oleh Mejar Mazlina tanpa pengetahuan Ahmad Zahid.

Penggunaan dana Yayasan Akalbudi untuk membuat pembayaran kad kredit, kata mereka, juga disebabkan kesalahan Mejar Mazlina yang sepatutnya menggunakan wang dari akaun peribadi Ahmad Zahid.

Malah, mereka turut mendakwa Mejar Mazlina sememangnya diketahui sering melakukan kesilapan seperti menghantar cek kosong (tanpa tandatangan) kepada bank sehingga menyebabkan cek tersebut dipulangkan semula.

Mejar Mazlina dijangka akan dipanggil sebagai salah seorang saksi tahun hadapan.

Selain pembayaran kad kredit dan insurans, Ahmad Zahid turut dituduh memberikan wang Yayasan Akalbudi kepada syarikat TS Consultancy & Resources (RM360,000); Pasukan Persatuan Bola Sepak PDRM (RM 1.3 juta), dan Armada Holdings (RM10 juta).

Bagi peruntukan tersebut, peguam bela mendakwa ia sebenarnya untuk mencetak al-Quran (untuk TS), “kebajikan pemain” (untuk pasukan bola sepak), dan sebagai pelaburan yang menguntungkan yayasan (untuk Armada Holdings).

Tak tahu aktiviti yayasan

Ahmad Zahid merupakan salah seorang daripada ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Akalbudi yang ditubuhkan sejak 1997 (ketika itu Yayasan Budi), sebelum memohon menjadi penandatangan tunggal bagi badan tersebut pada 2013.

Bagaimanapun, berdasarkan keterangan ahli lembaga pemegang amanah yayasan lain yang menjadi saksi perbicaraan, kebanyakan mereka tidak tahu menahu mengenai apa-apa perjalanan dan aktiviti yayasan.

Ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Akalbudi (mantan atau penyandang) yang memberi keterangan sebagai saksi ialah Mohd Samsuri Tun, Prof Dr Zulkifli Senteri, Muhammad Nabil Saleh dan Khairuddin Tarmizi.

Hampir semua mendakwa tidak tahu sumber kewangan yayasan, tidak pernah berbincang mengenai aktiviti dan perbelanjaan yayasan dengan Ahmad Zahid (kecuali Khairuddin), tidak pernah dirujuk dengan penyata akuan atau penyata kewangan yayasan, serta tidak tahu yayasan mempunyai dana berjumlah jutaan ringgit.

Malah, mereka semua mengaku tidak pernah menandatangani sebarang dokumen kewangan seperti cek milik yayasan, kecuali Samsuri (pernah tandatangan cek) dan Nabil (tidak menyebut langsung mengenai cek dalam pernyataan saksinya).

Mereka juga akur apabila diminta melepaskan jawatan oleh Ahmad Zahid.

Khairuddin juga membuat pengakuan mengejutkan, iaitu akuan bersumpah (SD) yang ditandatanganinya pada 2017 bahawa terdapat pembayaran balik dana Yayasan Akalbudi sebanyak lebih RM800,000 oleh Ahmad Zahid Hamidi, adalah sebenarnya tidak benar.

SD itu tidak disediakan olehnya, sebaliknya hanya ditandanganinya sahaja setelah diminta berbuat demikian oleh seorang peguam.

Berdasarkan maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Yayasan Akalbudi, Zulkifli dan Samsuri masih lagi pengarah yayasan, biarpun kedua-duanya telah menandatangani surat peletakan jawatan pada 2012.

Dalam pemeriksaan balas terhadap beberapa saksi, peguam bela mencadangkan bahawa Yayasan Akalbudi adalah “sebenarnya kepunyaan Ahmad Zahid”, dan wang peribadi Ahmad Zahid bercampur aduk dengan dana yayasan memandangkan sebahagian besar pendapatannya dimasukkan ke dalam akaun yayasan sejak awal penubuhannya lagi.

Peguam bela juga beberapa kali membangkitkan apa yang disebut sebagai “sumbangan dan projek” oleh Yayasan Akalbudi. Antaranya, sumbangan kepada surau dan masjid berjumlah lebih RM 46 juta, melibatkan pembinaan, penambahbaikan, sumbangan karpet, pendingin hawa, pengecatan dan atap.

Selain itu, turut disenaraikan sumbangan kepada golongan memerlukan, sumbangan pelajaran, pembinaan sekolah, serta sumbangan lain seperti sumbangan hari perayaan dan bulan Ramadan, baik pulih bangunan awam, serta sumbangan tahunan kepada warga Bagan Datuk.

Rasuah

Hari ke-12 turut menyaksikan perbicaraan mula masuk dalam kes rasuah.

Bagi pertuduhan rasuah, Ahmad Zahid dituduh menerima RM17 juta antara 2016 hingga 2018, sebagai imbuhan buat dirinya untuk menganugerahkan tiga kontrak kepada beberapa syarikat. Beliau ketika itu Menteri Pertahanan dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa Ahmad Zahid “memainkan peranan penting” (instrumental) dalam penganugerahan kontrak-kontrak tersebut.

Pada atau sekitar waktu sama, Ahmad Zahid dituduh menerima rasuah RM4.25 juta daripada “seseorang” sebagai imbuhan terhadap projek MyEG bawah bidang kuasa kementeriannya ketika itu.

Pada hari ke-12, pasukan pendakwaan memanggil saksi-saksi formal dari beberapa bank untuk mengesahkan berlakunya transaksi cek dari lima syarikat kepada Lewis & Co antara 2016 hingga 2018.

Lima syarikat itu ialah Syarikat Jogabonito Jewellery and Diamonds (sekeping cek RM250,000), Berani & Jujur Trading (RM5 juta dalam 10 transaksi cek), Mastoro Kenny IT Consultant & Services (RM8 juta dalam 13 transaksi cek), Sarana Kencana Sdn Bhd (RM6 juta dalam dua transaksi cek), dan Profound Radiance Sdn Bhd (RM2 juta dalam tiga transaksi cek).

Messrs Lewis & Co juga nama yang sering timbul dalam perbicaraan Ahmad Zahid. Pihak pembelaan konsisten mencadangkan bahawa Lewis & Co ialah pemegang amanah kepada Yayasan Akalbudi.

Peguam bela juga mencadangkan bahawa saksi-saksi yang dipanggil setakat hari ke-12, “tidak boleh menafikan” sekiranya dikatakan bayaran yang dibuat adalah untuk tujuan kebajikan, infak atau sedekah, selain untuk tujuan “dana politik kepada TPM” (political fund to TPM).

Bagi pertuduhan pengubahan wang haram pula, Ahmad Zahid dituduh menerima cek berjumlah RM65 juta menerusi peguam dari Messrs Lewis & Co, dengan sebahagian besar daripada amaun itu kemudiannya digunakan untuk penempatan deposit tetap bawah nama firma tersebut.

Selain itu, dua unit banglo berjumlah RM5.9 juta didakwa dibeli tertuduh menggunakan duit tersebut.

Pasukan pendakwaan terdiri daripada timbalan pendakwa raya Raja Rozela Raja Toran, Ahmad Sazilee Abdul Khairi, Lee Keng Fatt, Gan Peng Kun, Harris Ong Mohd Jeffery Ong, Nur Aishah Maulat Ahmad Zakiuddin dan Mohd Afif Ali.

Manakala pasukan pembelaan diwakili peguam bela Hisyam Teh Poh Teik, Ahmad Zaidi Zainal, Hamidi Mohd Noh, Rosal Azimin Ahmad, Haziq Dhiyauddin Razali, dan Aiman Abdul Rahman.

Perbicaraan dilakukan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Perbicaraan akan bersambung semula, Februari tahun hadapan.

Wednesday, February 6, 2019

PAS bertahaluf, taawun ikut keperluan semasa

Diterbitkan Hari ini 11:09 tengahari


Presiden PAS Abdul Hadi Awang menegaskan hubungan tahaluf dan taawun parti itu dengan pihak lain boleh berubah-ubah dan bergantung kepada ijtihad yang akan menentukan sama ada ia bersifat harus atau pun haram.

Bagaimanapun kata Abdul Hadi, Islam melarang umatnya memberikan walak (taat setia) kepada orang bukan Islam.

Malah katanya hukum mengenai aspek itu sudah jelas dan Islam melarang ia dibuat berdasarkan ijtihad.

"Nas-nas al-Quran, hadis dan ijmak para ulama menegaskan bahawa hubungan tahaluf dan taawun bergantung kepada ijtihad yang boleh berubah hukum harus dan haramnya berdasarkan kepada situasi yang berubah, dan sikap terhadap syarat-syaratnya yang dipatuhi atau tidak.

"Adapun haramnya berwalak kepada bukan Islam, adalah nas yang nyata yang tidak diizinkan berijtihad," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anggota parlimen Marang itu kemudian menambah lebih haram dan besar akibatnya apabila melantik kepimpinan kerajaan yang berwalak kepada negara asing yang sangat bermusuh terhadap Islam dan penganutnya.

Tanpa menamakan pihak yang disebut itu Abdul Hadi berkata larangan memberikan walak itu juga meliputi kerajaan yang mendukung falsafah politik pragmatik yang "menenggelamkan Islam atau melemahkan kedudukannya".

Macam DAP dan lain-lain

Tidak dapat dipastikan sasaran kenyataan tersebut tetapi berdasarkan keadaan semasa yang menyaksikan PAS berbaik-baik dengan BN, kemungkinan besar ditujukan kepada PH yang menjadi kerajaan pusat sekarang.

Abdul Hadi pernah mendakwa DAP - yang menjadi sebahagian daripada kerajaan sekarang - sebagai "anak butir tahi" Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura.

PAS juga berkali-kali menegaskan parti yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin mereka - Amanah - sebagai kuda tunggangan DAP.

Kedua-dua tuduhan tersebut bagaimanapun dinafikan oleh DAP dan Amanah.

Untuk rekod PAS pernah menjalin kerjasama - digelarkan sebagai tahaluf siyasi sebelum ini - dengan DAP. Bagaimanapun hubungan itu berakhir selepas PRU ke-13 lalu dan menyaksikan PAS mula berbaik-baik dengan Umno.

Baca Pemuda DAP: Semoga Hadi banyak beristighfar

Kata Abdul Hadi PAS membatalkan hubungan dengan pihak yang dianggap menunjukkan penentang terhadap Islam dan mencabar kepemimpinan Islam seperti DAP.

Sementara itu Abdul Hadi berkata PAS membuat keputusan mengikut kajian Majlis Syura Ulama dan dilaksanakan oleh kepimpinan pusat berpandukan al-Quran dan sunnah.

"Mendahulukan pendekatan bersama kumpulan Islam di pelbagai lapangan, politik dan lain-lain serta mengadakan tahaluf dan taawun dengan bukan Islam yang tidak bermusuh terhadap Islam dan umatnya.

"PAS membatalkan hubungan dengan pihak yang menunjukkan permusuhan terhadap Islam dan mencabar kepimpinan Islam seperti DAP dan lain-lain," katanya.

Dalam kenyataan itu juga Abdul Hadi tidak ketinggalan menyindir Amanah.

Katanya mereka "melarikan diri daripada perjuangan Islam" kerana mahu mengejar kuasa dan dianggap mengutamakan perjuangan yang didasarkan kepada konsep sesat.

Abdul Hadi sekali lagi mengulangi dakwaan bahawa bekas anggota PAS itu memberikan walaknya kepada "musuh Islam".

"Begitu juga pemimpin dan ahli PAS yang meninggalkan PAS kerana meletakkan perjuangannya di atas konsep yang salah dan sesat, tidak beristiqamah bersama Islam, melarikan diri daripada perjuangan Islam dan menunjukkan sikap walaknya kepada mereka yang nyata bermusuh terhadap Islam dan umatnya, sehingga segala matlamat menghalalkan segala caranya semata-mata mahu cepat mendapat kuasa dan kedudukan," katanya.

Monday, November 26, 2018

Asri mahu tindakan terhadap rumah ibadat haram selepas keganasan di Subang Jaya

FMT Reporters
-November 26, 2018 4:35 PM


PETALING JAYA: Datuk Mohd Asri Zainul Abidin mahu kerajaan bertindak tegas terhadap rumah ibadat yang dibina tanpa mengikut peraturan atau secara haram, ketika negara digemparkan dengan keganasan di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya awal pagi tadi.

“Apatah lagi yang dibina secara haram atas tanah yang bukan milik penganut agama berkenaan,” kata mufti Perlis di Facebook hari ini.

Beliau juga mempersoalkan mengapa pampasan dan tanah dituntut apabila binaan-binaan bermasalah itu diminta berpindah.

“Mudahnya mendapat tanah pampasan kerajaan. Itupun ada yang mendakwa kononnya tertindas dan dipaksa tukar agama,” katanya.

Asri berkata kerajaan lepas terlalu menjaga undi sehingga dibiarkan wujud begitu banyak rumah ibadat tidak mengikut peraturan atau secara haram itu.

Beliau menggesa kerajaan hari ini menegaskan dan menegakkan peraturan-peraturan yang berkenaan, kerana undang-undang tidak membenarkan mana-mana orang membina rumah ibadah “di mana dia suka”.

“Apatah lagi kadang-kadang jumlah rumah ibadat itu tidak seimbang dengan taburan penganut,” katanya.

Asri berkata kerajaan hari ini perlu membetulkan kesalahan lepas dengan menegakkan undang-undang yang sepatutnya “sebelum keadaan yang lebih tidak aman berlaku”.

Polis mengerahkan elemen, termasuk Unit Simpanan Persekutuan, ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan susulan pergaduhan melibatkan 2 kumpulan pada 2.00 pagi hari ini, yang berpunca daripada salah faham berhubung penempatan semula kuil itu.

Kekecohan itu menyaksikan 18 kereta dan 2 motosikal dibakar. Polis mengumumkan setakat ini 7 orang sudah ditahan.

Kuil berkenaan dijadualkan dipindahkan pada 22 November berikutan penyelesaian mahkamah melibatkan pemaju, One City Development Sdn Bhd, kerajaan Selangor dan 2 penuntut terhadap pentadbiran kuil, K Chellapa dan M Nagaraju.

Bagaimanapun satu kumpulan dalam kalangan penganut di kuil berkenaan berkeras mahu ia dikekalkan di tapak sedia ada, dan tidak dipindahkan ke tapak baru 3km dari situ, walaupun selepas bersetuju berbuat demikian dalam satu penghakiman persetujuan di Mahkamah Tinggi pada 2014.

Monday, February 2, 2015

Bebaskan umat Islam dari najis arak

HARAKAHDAILY | 02 Februari 2015.
TAHNIAH kepada Kerajaan Negeri Melaka kerana akan menguatkuasakan pengharaman penjualan minuman keras (arak) di kedai serbaneka mengikut taburan populasi masyarakat setempat. Ini satu tindakan yang wajar dan harus dicontohi oleh kerajaan-kerajaan negeri yang lain.

Polisi yang diambil oleh Kerajaan Negeri Melaka ini pernah dilakukan oleh bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali pada tahun 2009. Tindakan tersebut adalah berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Kita menghargai usaha untuk menjaga kesucian Islam dan membantu umat Islam daripada terjebak dalam industri yang diharamkan dalam agama. Ini secara tidak langsung membantu individu-individu yang terbabit mendapatkan sumber rezeki yang halal.

Sebagai individu Islam, penjualan arak adalah ditegah menurut Syariat. Ia termasuk dalam 10 golongan yang dilaknat oleh Allah dan Rasulullah SAW dalam urusan pemprosesan serta penyediaan arak.

Merujuk perkembangan yang sama, Parlimen Singapura telah meluluskan satu Rang Undang-Undang Liquor Control (Supply and Consumption) pada 30 Januari lalu. Rang tersebut melarang orang ramai daripada minum di kawasan awam dan menjualnya pada waktu tertentu kerana berlaku peningkatan jenayah.

Ini jelas menunjukkan bawah arak memberikan dampak kepada masyarakat. Apatah lagi, penjualan arak di Malaysia khususnya di kawasan bandar amat mudah didapati di kedai-kedai serbaneka dan tiada tindakan tegas boleh diambil.

Oleh yang demikian, kami menggesa agar polisi kerajaan negeri berkaitan arak dapat diselaraskan di seluruh negara. Malah, setiap usaha untuk membebaskan umat Islam daripada industri arak wajib disokong bersama.

Sekian, terima kasih.

Nasrudin bin Hasan
Ahli Parlimen Temerloh | AJK PAS Pusat

Datuk Dr. Khairuddin bin Aman Razali At-Takiri
Ahli Parlimen Kuala Nerus | AJK PAS Pusat

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Ahli Parlimen Pasir Mas | AJK PAS Pusat

2 Februari 2015 | 12 Rabi'ul Akhir 1436

Friday, January 16, 2015

Pemimpin, artis berpeluk jadi contoh buruk kepada rakyat

HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Menghukum denda hanya ke atas remaja bertudung yang berpelukan dengan artis K-Pop bukanlah satu penyelesaian yang tuntas bagi menangani gejala sosial yang melanda negara hari ini.

"Tanpa saya menafikan bahawa tindakan mereka salah di sisi agama, namun saya kira mereka keliru dan tidak menghayati ajaran Islam dengan baik," ujar Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Nasrudin Hassan menerusi facebook.

Bagi beliau, mereka perlu dipanggil oleh pihak berkuasa agama untuk diberi nasihat dan bimbingan di samping penguatkuasaan undang-undang.

Bagi kesalahan pertama, ujarnya mungkin peluang untuk mereka bertaubat dan memperbaiki kesalahan itu lebih afdhal.

Lebih malang, kata Ahli Parlimen Temerloh itu persekitaran atau iklim sosial negara kita sekarang sangat terdedah kepada maksiat dan mungkar.

Menurutnya lagi, menyekat gejala maksiat dan mungkar ini selayaknya menjadi agenda utama pihak berkuasa agama.

"Inilah pokok isu. Mematahkan ranting sedang pokoknya masih subur hanya menumbuhkan ranting yang lain," ujarnya.

Sebelum ini, beliau lihat terdapat pemimpin negara yang berpelukan dengan artis dan peminat mereka di khalayak ramai.

Perbuatan itu, katanya menjadi contoh yang buruk kepada rakyat tetapi tidak pula didengar mereka dihukum dan didenda sedang kesalahan mereka serupa di sisi Islam.

Beliau menjelaskan, berbeza dengan Islam dan syariatnya, tiada siapa yang boleh dikecualikan sekalipun ia adalah orang besar negara.

"Selagi jerung tidak dihukum maka janganlah bilis sahaja yang dipilih untuk dihukum. Inilah antara kezaliman yang wajib dihapuskan," tegas beliau. - HARAKAHDAILY

Tuesday, October 28, 2014

Kecekapan pehak berkuasa Thailand.........

Di Malaysia mereke dah kaut duit ratusan juta RM.........







sepandai2 zhang dan yoyo melompat...kantoi jugak...menipu orang xakan selamat punya...
"The richest man in the world in the future," Thailand arrested!
28/10/2014 ahead of the world's richest man, Zhang Jian and his wife shake King, has been in Thailand has been arrested!
According to the roadside message, who was in Phuket, Thailand Thailand Phuket train ^^!
Police seized large quantities of cash on the spot, with 5 Malaysia citizen, all detained! There is no further news! (Translated by Bing)

Friday, June 6, 2014

Mengape 'HARAM' babi terlalu di persoalkan...........?


Wak tak hairan jike ade yang mengatekan segale pemberian di kale menjelang PRU atau PRK itu adelah "rasuah" juge. Memberi dan menerime rasuah itu hukum nye haram kate alim ulamak. Mengape semue alim ulamak diam membisu dan terus membiarkan ianye tumbuh subur?


Arak juge haram, haram same seperti haram nye daging babi. Ianye jige tidak pernah dipersoal kan keujudan nye di negara Islam Malaysia ini. Bah kan ianye juge telah mendapat restu dari pemerintah negare.


Jike dibandingkan dengan segale keharaman yang sedang berlaku di negare Islam Malaysia ni, ape sangat le haram nye coklet kadberi ni? Lagi pun ianye bukan nye makanan utame kite. Anggap saje lah ianye sebagai salah satu bende2 makanan yang haram diantare berjute makanan yang haram terdapat di negare Islam Malaysia ni.


ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-