Showing posts with label penjajah. Show all posts
Showing posts with label penjajah. Show all posts

Friday, August 30, 2024

Naratif Melayu ‘Disuap’ Masih Dimainkan

mediaislam.net

Naiklah pemimpin mana pun, orang Melayu terus direndah-rendahkan dengan istilah disuap, pemalas, papa kedana, sambil lewa, mentaliti rendah dan sebagainya.

Setelah penjajah dan pendatang menindas kaum Melayu, pihak yang seterusnya menyambung kerja penjajah dan pendatang adalah pemimpin Melayu sendiri yang enggan memahami sejarah, atau termakan dengan sejarah naratif penjajah dan pendatang.

Orang Melayu ditindas dan ditekan secara dahsyat ketika penjajahan dalam sektor ekonomi dan pemilikan.

Hak-hak orang Melayu sebagai tuan tanah diratah oleh penjajah sambil dibantu oleh pemimpin-pemimpin Melayu yang warnanya bersinar keemasan.

Ketika menjelang kemerdekaan, penjajah British menyalurkan kepada tauke-tauke pendatang yang menjadi rakan kongsi penjajah kurang lebih 1 bilyun paun sterling waktu itu, yakni bernilai hampir 1 trilion USD hari ini.

Kekayaan mendadak tauke-tauke pendatang yang dahulunya hanyalah pekerja lombong, membolehkan mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu pasca merdeka.

Dalam sektor perlombongan dan perladangan penjajah menguasai 60% daripada keseluruhan sektor, 30% dikuasai tauke pendatang yang dibela oleh penjajah.

Hanya 10% sahaja diberi milik kepada orang Melayu, itu pun di bawah pemilikan kerajaan.

Kekayaan kaum pendatang yang bernilai triliyun iti sudah cukup untuk mereka gagah menongkat langit Malaya, menguasai hampir keseluruhan sektor ekonomi dan mewarisinya hingga tujuh lapan keturunan.

Mereka sudah boleh berdiri sendiri bahkan terbang mendunia walhal mereka dahulunya papa kedana sebagai pekerja lombong.

Mustahil dengan kerja kuat keras dan rajin sahaja dapat jadi kaya sedemikian.

Mereka telah lama diberi tongkat dan disuap secara besar-besaran, diberi kemewahan laba yang besar – hanya kerana British tidak mahu Melayu kuat.

Logik British, jika orang Melayu sebagai tuan tanah kuat dari segi ekonomi dan politik, mereka akan halau penjajah.

Tetapi jika British memperkuat tauke pendatang, adat pendatang tidak ada kepentingan untuk menghalau British.

Malahan pendatang boleh kawtim dengan penjajah.

Tidak sama sentimen antara tuan tanah terhadap penjajah.

Maka tauke-tauke diberi modal sebesar-besarnya.

Sepatutnya setelah merdeka, pemimpin Melayu mengembalikan semula hak dan kekuatan orang Melayu dari sudut ekonomi dan politik.

Orang Melayu perlu diberi tongkat yang sama gagah dengan tauke pendatang, bukan diperli disindir malas, disuap bagai.

Orang Melayu dari awal lagi tidak diberi peluang yang setara dengan tauke-tauke pendatang.

Ibarat tauke pendatang diberi RM100,000 untuk berniaga, orang Melayu diberi modal RM500 sahaja.

Lepas tu merengek meraban suruh Melayu jangan terus mahu disuap.

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

Tuesday, November 11, 2014

Haramjadah!, senang-senang aje mereka menjajah negara kita ni........

Malaysia kini boleh ditukar nama kepada Banglasia.....

Beginalah keadaan negara kita hari ini, dilimpahi oleh pendatang2 asing terutama nya dari Indonesia, Pilipina, Bangadesh dan lain2 negara yang berhampiran.

Kedatangan mereka ni se olah2 direstui oleh pemerintah, ianya nampak tidak ada titik tanda langsung akan berkurang malahan ianya semakin ber tambah2 ramai lagi setiap hari.






ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-